Tuesday, December 31, 2013

exam terakhir untuk tahun ini.

assalamualaikum..

alhamdulillah. masih lagi hidup. boleh bernafas hingga ke hujung tahun 2013. hari ni hari terakhir bagi tahun 2013. esok dah masuk tahun 2014.

okay. oleh kerana exam seterusnya akan dijalankan pada 2/1/2014, maka hari ni merupakan hari terakhir exam aku bagi tahun ni. tahun depan baru sambung exam balik. hahahaha

semalam.. aku rasa itulah kali pertama aku riadah untuk sem ni. main badminton dengan mereka. walaupun tanpa net dan juga kasut sukan. redah je walaupun hanya pakai seliper jepun. hahaha. tapi itu best. sebab ada mereka, pemain dari timor leste, mynmar, kemboja, indonesia dan juga us. nampak tak kawan aku.. sume orang obersea. aku tak main dengan orang malaysia ni. hahahaha.

okay. tipu. saja buat lawak :p


kitorang fefeling jadi pemain kat sukan sea. siap ada pengulas sukan dan juga pengadil. lawak! sumpah tak tipu. hahaha

 fefeling main macam maria sharapova.
ehh.. dia ni main tennis. hahahaha

dan akibatnya aku tidur lepas magrib dan bangun lepas azan isyak berkumandang. penat. maklumlah dah lama tak riadah. no wonder lemak naik bertingkek-tingkek.

bangun-bangun aku tengok rumate aku tengah layan runningman. dan aku pon join tanpa dia sedari. (dia pakai earphone. so dia tak perasan aku tengok sebab dia khusyuk tengok. hahaha) tak tahu episod berapa. tapi episod tu dorang kena seberang Sungai Han guna sampan yang dibuat dari kotak. gigih tengok dorang dayung. kesian Jae Suk, Garry, Joong Kok dengan Kwang So sebab sampan dorang terbalik. tapi memang salute la sebab Haha, Suk Jin n Ji Hyo dapat seberang sungai tu dalam masa 20 minit lebih. nak nangis dorang sebab dorang sendiri tak sangka boleh buat.




then tiba-tiba aku reflek balik diri aku. nota aku ni ada kat depan mata je. tinggal nak baca je. dorang.. kene buat sampan ikut kreativiti masing-masing. dah tu kena dayung merentas sungai dengan angin kuat n ombak sungai.. tapi dorang tak give up. walaupun sampan Jae Suk, Garry, Joong Kok dengan Kwang So terbalik, tapi dorang start over again. walaupun dorang tahu yang tendency dorang nak kalah tu tinggi.

sungguh aku tak tipu.. aku tak siap lagi study semua bab masa tu. untuk 2 subjek pulak tu. maka dengan azam yang kuat.. lepas tengok runningman.. setiap 1 jam lepas aku study je aku akan tidur dalam masa 15 minit. sampailah ke pagi. dengan masalah hidung tersumbat dan suhu badan yang dirasakan naik dengan mendadak.. aku pulun jugak study. (perghh kau tengok.. tengok runningman time pekse boleh membantu meningkatkan motivasi diri. hahahaha)

sampai satu saat.. aku dah tak boleh nak pandang nota. pagi tadi nak pergi exam pon hampir accident. nasib baik orang tu senyum kat aku. kalau tak memang nak kena maki orang tu. hahaha. tapi salah aku jugak sebenarnya.


 lambakan nota. muak.

masa tu aku dah tawakal je. aku dah berusaha. aku dah buat sehabis yang baik. maka, berserah diri lah kepada Allah. alhamdulillah. Allah permudahkan urusan aku.

jangan tanya berapa yang aku boleh skor. kerana sesungguhnya aku pon tak tahu betul ke tak jawapan tu. tunggu tahun depan baru tahu berapa pointer aku. heee :p


moral of the story.. jangan study last minute. kalau masa betul-betul takde dan korang terpaksa study last minute, study selagi termampu. ayah aku pernah kata.. kalau kau menyesal lepas jawab exam, sebab tak study.. tu dah tak guna dah. kalau nak menyesal, baik menyesal sebelum exam. sebab kau masih mampu lagi nak ubah keputusan yang akan berlaku. tak salah berkorban sekali sekala. dalam setahun ada 2 minggu je kalau tak tidur sebab study pon :p

kbye. dah banyak sangat menaip. assalamualaikum :)

-akan aku cakap dekat anak-anak aku nanti.. ummi dulu study hard. bukan study smart. sebab tu tak pernah dapat 4 flat. maka anak-anak ummi, kamu studylah smart. hahaha #bajet

Tuesday, December 3, 2013

di saat hati terasa kosong.

aku penat. lelah dengan semua ini. hati terasa kosong. merasakan hidup ini terlalu sukar untuk diteruskan.. Ya Allah, kenapa ujian itu milik aku? kenapa aku yang diuji.. bukan orang lain?

ketika diri tiada tempat untuk meluah segala resah di jiwa.. Allah sentiasa ada untuk kita.

sesungguhnya Allah sedang melihat kamu. sesungguhnya Allah menguji kamu kerana dia sayang kepadamu. berdoalah. hanya kepada-Nya tempat kami berserah, hanya kepada-nya tempat kami meminta, hanya kepada-nya tempat kami memohon pertolongan.

usah berputus asa dengan rahmat Allah. sesungguhnya dia mengetahui yang terbaik untuk dirimu :)








-muhasabah diri. santapan jiwa untuk pagi ini- 


Monday, November 25, 2013

last weekend. tanjung rambutan.

assalamualaikum.

last weekend aku pergi tanjung rambutan. tidur dekat hospital tanjung rambutan. ada buat program dekat sana. okay, aku nak cerita pasal ni tapi aku sangatlah takde mood. maka, entry ditangguhkan kepada minggu hadapan Inshaallah :)

tanjung rambutan best. ada kisah disebalik kisah. disebalik kegembiran, disebalik senyum, tersimpan 1001 kedukaan.


helpless.

bila apa yang kita harapkan tak seperti yang dirancang, mesti kita rasa.. argghhhhh. DOWN GILA! apa yang mampu dibuat hanyalah menangis menangis dan menangis.

YA ALLAH, APA YANG PATUT AKU BUAT SEKARANG? AKU BUNTU.


contengan untuk motivasikan diri balik.



berhenti menangis. fikir positif bahawa semuanya ada hikmah cuma aku yang tak nampak sekarang. ALLAH lebih tahu apa yang aku tak tahu. istifar..

maka.. apa yang patut aku lakukan sekarang adalah bertenang, fikir positif dan senyum. setiap masalah yang datang mesti ada jalan penyelesaiannya.






aku terfikir, alangkah baiknya kalau ayah ada. tapi.. ayah tak mungkin hidup kembali. maka.. redha itu penting. percaya bahawa ALLAH sentiasa ada untuk bantu aku walau kat mana aku berada :)


Monday, November 18, 2013

ayah, mak tak sayang kita ke?

assalamualaikum..

sambil merangka-rangka apa yang perlu dicakap untuk presentation esok, tiba-tiba aku teringat dekat mak ngan ayah. maklumlah.. tengah buat esaimen pasal siblings rivalry, family segala bagai ni.. tiba-tiba teringat pulak kat mak ngan ayah. hmm.. dulu aku pernah tanya satu soalan ni..

ayah, mak tak sayang kita ke?

bila mak aku selalu tak kasi aku buat apa yang aku nak. bila mak aku selalu marah aku bila aku nak buat sesuatu.. kadang-kadang aku rasa terkongkong dan rasa macam.. mak aku ni macam tak percaya je kat anak sendiri. rasa macam kecewa sangat..

berbeza sangat dengan ayah aku. aku nak buat apa, buatlah. asalkan aku tanggung semua risiko yang aku kena nanti. ayah.. dia tak halang aku.. biasanya dia akan kata boleh.. tapi.. kalau buat ni nanti ara jadi camni. kalau buat tu nanti jadi camni pulak. he always make me think before i make a decision.

jawapan ayah aku:

sebab mak sayang lah mak tak kasi.

aku: owhh.. habis tu ayah tak sayang kita la?

ayah: bukan tak sayang. sayang. cuma.. sayang mak dengan ayah lain. mak tak kasi sebab mak takut sangat nanti kalau ada apa-apa yang berlaku kat anak dia ni. kan mak mengandungkan ara 9 bulan bawak ke hulu ke hilir. mestilah mak tak nak apa-apa berlaku kat anak dia.

aku: owhh. dah tu kenapa ayah tak macam mak?

ayah: sebab ayah nak ara berdikari, cuba sendiri. tu cara ayah tunjukkan kasih sayang ayah.

parents.. what ever decisions they have made, its for your happiness. not them. trust me!

bila ayah dah takde, aku rindu sangat nak dengar ayat motivasi dia :'(


Sunday, November 17, 2013

sembang kencang punya!

assalamualaikum :)

topik hari ni sambung belajar.

aku grad degree nanti masa umur aku 23 tahun. hmm.. kalau ikutkan hati aku nak dapatkan ph.D sebelum umur aku 30 tahun. tapi.. aku nak kerja. cari duit kasi mak dulu baru sambung belajar balik. lagipun Dr. Nani kata.. kalau nak sambung master, biar ada pengalaman dulu. makanya, aku nak kerja setahun dulu then baru sambung balajar balik.

ada la sorang dua nak buat cmni. doakan la semoga kami dapat sambung sama-sama nanti. heee :p

tempat nak sambung: kalau ikutkan hati, mestilah aku nak pergi US. sumpah tak tipu! rasa macam nak kumpul duit banyak-banyak pergi study kat sana. tapi kan.. kalau tak dapat ergi US, kat UPM pon okay. aku bangga sebenarnya belajar kat sini. bangga sebab berguru dengan orang-orang yang hebat dan pakar dalam bidang kaunseling ni. dulu masa kat sekolah selalu buat inventori minat kerjaya Sidek. sekanag belajar sendiri dengan Dr. Sidek Noah. masa kat sekolah dulu aku bayangkan muka Dr. Sidek ada misai, kulit hitam manis. tiba-tiba tengok face to face ermmm.. jauh berbeza. Dr. Sidek putih, pastu takde misai pun macam dalam imaginasi aku. hahaha.

kalau master buat kat malaysia, aku harap sangat aku boleh buat Ph.D dekat US. hmmm.. kita hanya merancang tapi Allah yang tentukan :)

okbye. tu je nak merapu meraban. nanti-nanti aku update lagi. gambar takde. tak syiok pulak kalau nak update pasal tg. malim, tempat aku dibesarkan selama 4 tahun.. heee :p

assalamualaikum :)


Thursday, November 14, 2013

them :)

assalamualaikum..

aku tahu raya dah lama habis.. tapi aku nak jugak update entry pasal raya aidil fitri haritu. heeee :p

raya tahun ni agak lain sikit. ni 1st time aku pergi sekinchan naik bas. okay. takdelah direct bas tu sampai kat sekinchan. aku naik bas sampai klang je. sampai klang, muiz dengan zahirin amek. tapi.. muiz dengan zahirin amek aku lambat. dahla masa tu dah pukul 1 pagi.. aku tinggal sensorang kat stesen bas tu dengan pakcik teksi. takut gila kot. nak hilangkan rasa takut, aku pon mesej la mus. konon-konon nak buat luahan perasaan lah. tapi mus pulak tak caya dorang tak sampai lagi. haihhhh... haru je rasanya. hahahahaha

tapi.. apa-apa pun.. aku selamat sampai kat rumah mus pukul 3 pagi. weyhh.. tengs sebab amek aku. tengs tengs tengs muiz n zahirin :)

plan nak pergi beraya rumah cikgu terpaksa dibatalkan sebab semua cikgu ada kelas ganti hari tu. maka, kerja aku dengan mus adalah dok lepak gosip jela. hmmm.. dah lama tak tengok sawah padi.. petang tu kami naik motor sama-sama pergi tengoh sawah padi walaupun padi takde. orang baru nak tanam. heee..

seriyes masa tu aku teringat time kita sekolah dulu. bila kita pergi rumah atika, bila kita pergi tuisyen sama-sama, bila kita naik motor bertiga. seriyes aku rindu sangat masa kita sekolah dulu. (tiba-tiba rasa macam nak nangis)

masa hari ahad, bila semua ada.. semua orang.. ehh, kebanyakkan orang terkejut sebab aku ada. yelah.. rumah aku bukan lagi kat taman sekinchan jaya macam dulu. rumah aku dah dekat muar, johor. for sure orang tak jangka aku ada kat sekinchan. ahad.. seharian kita pergi beraya. tangkap gambar bagai nak gila. heee.. itu pengalaman. seriyes aku tak tipu, masa kat sekolah dulu aku lebih rapat dengan mus, nisa ngan tyka je. tapi hari tu.. bila ada neneng, rina, sasa, pektong, dayah, meera, ogy.. rasa macam.. hahahahahaha. gelak je memanjang. hahahaha. mungkin kita tak berpeluang untuk kenal dengan rapat masa kat sekolah dulu.. tapi tak terlambat lagi kan untuk aku kenal korang :)

okay. ni pic yang zahirin amek guna DSLR dia. hahaha. sumpah lawak bila sasa nak tangkap gambar guna camera zahirin tiba-tiba tak boleh sebab bateri habis. penat kami senyum sampai ke telinga tiba-tiba.. ehh.. kenapa tak boleh ni? hee.. pengalaman. korang mungkin tak faham apa yang aku cuba nak sampaikan sebab korang takde kat situ masa tu :)

















okbye. tu je. yang lain biar simpan dalam memori :)
aku nak tido. gudnite and assalamualaikum :D


Wednesday, November 13, 2013

tetap menantimu.

aku sukakan kau. sejak dulu lagi. mungkin kau tak pernah tahu atau perasan. sebab aku lebih suka hubungan yang kita bina atas dasar persahabatan. namun, suatu hari.. apabila aku dapat tahu bahawa kau sudah ada yang punya, aku jadi kecewa. ya.. mungkin aku ditakdirkan untuk melihat kau cuma dari jauh. cuma dari jauh.

----------------------------------------------------------------------------

perghh.. okay. ni bahagian sinopsis. entah dah kenapa aku rasa macam nak tulis novel ni. hahahaha. manalah tahu kan. tiba-tiba jadi terkenal. hahahaha.

sekarang fokus dekat assignment. kalau ditakdirkan aku menulis bab 1, mungkin akan ada epilognya suatu hari nanti. doakan :)

okbye. assalamualaikum :)


Thursday, October 31, 2013

perancangan allah :)

assalamualaikum :)

jam mununjukkan pukul 2 pagi tapi aku masih lagi segar. tengah makan ruski sambil on9 update entry, tweeting, facebooking dan main game farm heroes saga.

normally, time macam ni mesti semua orang dah ngantuk.

dipendekkan cerita, lepas maghrib tadi aku terus tido sampai pukul 10. bangun pon sebab bunyi handphone. ezzy call cakap ada meeting dekat k2. kalau ikutkan hati malas sebenarnya. yelaa.. kan baru bangun tido. tak mandi lagi. klas habis nak dekat pukul 7 kot. aku penat sangat sebab time gap pon aku sibuk siapkan belanjawan MGM. tapi.. disebabkan rasa kita perlu bertanggungjawab dan jangan rasa susah kalau orang lain boleh buat kenapa aku tak boleh, maka aku pun pergilah k2.

sebenarnya.. aku taknak tido lama-lama. aku nak tido setengah jam je. sebab aku nak siapkan esaimen aku. yang pasal makalah penyelidikan pendidikan. tapi allah permudahkan urusan aku. biarkan aku tido, rehatkan diri sebab masa aku kat k2 tu senior aku kasi aku pinjam buku yang sangat-sangat aku perlukan untuk buat esaimen ni. yelaa.. kalau nak buat esaimen tapi tak rujuk buu ni, macam tak guna je. at least, bila kita ada buku, kita tahu apa yang perlu ada dalam ulasan yang kita nak buat.

aku susah hati la juga bila buku ni takde. nak fotostate, bilanya aku nak pergi library? nak beli, harga mahal kot. RM65.90. kang kalau beli ke fotostate ke tiba-tiba buku tu ada kat rumah kan dah membazir. betul tak?

maka, konklusinya.. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Allah maha mendengar dan melihat. dan sesungguhnya perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan :)

sekian. assalamualaikum :)
kbye. nak sambung buat esaimen. hehe


Thursday, October 24, 2013

i'm hurt :(

assalamualaikum..

me as a counselor next to be, still have a problem because i'm a human. like you. so sometimes i didn't have a courage to face the world. sometimes i feel this world is too cruel to me. i have a lot things to think. why others can't be like this? why others can't be nice to me? why others can't understand me very well? why others didn't think that matter just like me? why others are so self-fish?

one day, i meet a counselor. the real one. not counselor next to be. she said.. why you focus on others? we can't change others but we can change our self. (smile)

-----------------------------------------------------------------------------

sebenarnya, masalah tak pernah nak selesai sebab kita selalu salahkan orang lain. kita selalu nak orang lain faham situasi kita. tapi... pernah tak kita faham situasi orang lain? kita nak mereka berubah jadi seperti apa yang kita harapkan. tapi.. siapa kita nak ubah mereka? bukan tak boleh nak ubah mereka cuma lebih mudah kalau kita mengubah diri kita sendiri :)

apa yang awak rasa tentang dunia ni adalah bagaimana cara awak lihat dunia ni. kalau awak rasa dunia ni sesuatu yang membebankan, awak akan rasa sedih, benci, marah dan sebagainya. tapi.. kalau awak lihat dunia ni sesuatu yang menyeronokkan, awak akan bahagia.




analoginya, hidup ni kalau takde masalah, mesti bosan jadinya. ibarat main game yang takde level. tiba-tiba dah menang. bosan kan..

dan lagi satu... Allah takkan ujian hambaNya kalau hambaNya tak mampu nak hadapi ujian itu :)

be positive. open your eyes. bravely see the world.

cukup sampai disini. assalamualaikum :)

p/s: bila kita jumpa kaunselor, tak semestinya sebab kita ada masalah. tapi sebab kita perlukan seseorang untuk mendengar cerita kita. jangan malu nak jumpa dengan kaunselor sebab kaunselor tu tak nak tahu pun kisah awak. tapi dia nak dengar kisah awak dan lihat bagaimana awak menghadapinya :)

p/s: yang atas tu aku bajet je tulis english. kalau salah grammar ke vocab ke mohon ignore . hahaha


Saturday, October 19, 2013

i'm not in the mood :(

aku ada lagi 2 test. asas psikologi dan sosiologi ngan penyelidikan pendidikan. hmmm.. taw apa yang aku rasa? MALAS GILA GILA TAHAP GABAN!

tapi.. kalau tak score test ni habis la aku. kang result aku jatuh kang menangis tak berlagu. arghhh.. zahrah, mana ada benda yang kita boleh dapat tanpa perlu melakukan pengorbanan. jadi, sila korbankan malas kau tu kalau kau nak dapat dean list. tolong lahhhhh! tinggal lagi 4 sem je lagi.. jangan malas. tolonglahhh. tolonglah jadi rajin.

hmm.. motivate diri sendiri. tu je yg mampu bila diri dah tak larat nak hadap semua ni..


Tuesday, October 15, 2013

salam aidil adha :)

assalamualaikum..

disaat orang sibuk masak-masak petang tadi.. aku sibuk berjalan sana sini. bukan jalan-jalan cari makan, tapi jalan-jalan pergi rumah kawan kakak aku hantar barang. hee.. 1st time pergi rumah nenek amal. ramai gilaa family dia. okay. lepas balik rumah amal, adik aku bising fon dia brick lagi. haa.. tulah. rajin sangat nak guna jelly bean la ice cream sandwich la. kan tak memasal dah brick. so, untuk kali yang kedua, aku pon try la solve masalah dia. kali ni lebih mencabar sebab pc tak boleh nak detect usb fon tu. try banyak kali jugak la baru boleh unbrick. then, petang tu makcik aku minta tolong hantar kuih kat rumah kawan nenek aku. lepas hantar tu, lepak rumah nenek aku. main dengan firas. ya allah! comelnya firas ni :D


firas and me :)

lepas azan isyak rasanya baru aku balik. tu pon sebab nenek aku dah bising suruh balik rumah sebab nak masak cepat. oppsss.. lupa nak bagitahu, kali ni masak semua kat rumah aku. heee.. sampai rumah, dah nampak kereta kelisa kat luar. bukak pintu, tiba-tiba ada fizi ngan emy. 

dalam hati, "habislah aku. mesti dorang ni dah tunggu lama."

mak cakap dari magrib dorang sampai. hee.. korang, sorry. ingatkan korang datang esok. heee..

fizi ngan emy tu dua pupu aku. dorang datang hantar keropok lekor. keropok lekor untuk dijual kat upm nanti. hee.. okay. done fikir pasal bisnes. keropok lekor dah ada. donut pun dah ambil tadi. 

esok.. hari raya haji..
esok.. aku balik upm..
terasa kejap je cuti ni..
esaimen bertimbun. arghhh.. malas gila nak buat.

walau semalas mana pun aku, aku tetap jugak kena hadapi hari-hari seterusnya dalam kehidupan ni. okay. buat masa sekarang ni aku taknak langsung baca buku. konon-konon nak take a rest la. taknak pk pasal sume bende yang ada kaitan dengan upm. esok baru pk pasal sume bende ni.. hehe

okay korang. walaupun entry ni sume macam takde kaitan dengan aidil adha, tapi aku tak kira.. aku nak tulis jugak. hahahaha. okay. last but not least, selamat hari raya aidil adha awak awakk semua !!

kbye. assalamualaikum :)


Wednesday, October 9, 2013

mimpi

aku bermimpi masa diputarkan kembali. dan aku berjumpa lagi dengan ayah. perasaan aku? ya Allah, gembira sangat! ayah tinggalkan banyak pesanan. dan bila tiba saat untuk berpisah, aku menangis. aku menangis sampailah aku terjaga dari mimpi.

pesanan ayah terlalu banyak. dia motivasikan aku. sama macam masa dia ada dulu. ayah.. sungguh kita cuba untuk jadi kuat. kuat untuk teruskan hidup. walaupun ayah dah takde lagi..

Ya Allah, terima kasih sebab kau temukan aku dengan ayah. walaupun cuma di dalam mimpi. at least, aku dapat peluk ayah, dengar suara dia.. walaupun dalam mimpi.

ayah datang membawa pesanan. suruh aku kuat hadapi semua dugaan. hmm.. mungkin akan berlaku sesuatu nanti.. bersedialah..

bila tiba saat untuk berpisah, mesti ayah tak kasi aku ikut dia. kawan aku kata "mungkin sebab amal awak tak cukup, sebab tu ayah awak tak kasi awak ikut".

mimpi.. mainan tidur ataupun petunjuk. semoga ayah tenang di alam sana. al-fatihah.


Tuesday, September 10, 2013

awak comel lah :p

assalamualaikum..

makcik aku mengandung. kalau ikutkan due date dia bersalin 13/9 ni. tapi dipendekkan cerita.. dia masuk hospital 7/9 haritu.. pukul 11 malam. haa.. time ni aku dekat rumah nenek aku. tengah update entry the last..

masa tu kan, makcik aku kata dah keluar air ketuban. tapi dia cakap tak sakit. (hmm.. yeke cik ayun? cam tak caye je..)

8/9 tu.. masa aku dah nak siap-siap balik UPM, makcik aku selamat bersalinkan seorang bayi lelaki melalui pembedahan pada pukul 11.45 pagi. kalau ikutkan hati, aku memang nak pergi tengok dia kat hospital. tapi memandangkan masa tu dah tengahari, aku takut tak sempat sampai UPM cepat.. maka aku tangguhkan la nak tengok makcik aku. sebabnya aku ingatkan minggu ni nak balik lagi tapi rasanya tak jadilah pulak. 



comel kan dia :)

sekarang ni dok sibuk cari nama dia. tak kisahlah nama dia sape tapi asalkan maksudnya baik sudah. hmm.. kakak ipar aku dah 7 bulan mengadung. lagi 2 bulan dia pulak. bila scan baby tak nampak. pemalu macam makcik dia rasanya. aku rasa anak abang aku tu perempuan. hee..

takmau membebel panjang-panjang. ai nak g tengok the conjuring. ada kawan buat bilik terbuka. hahaha. kbye. assalamualaikum :)

*teringat pulak masa nak letak nama haziq. nama panjang muhammad haziq zakuan. haziq, mak dia yang pilih. zakuan, aku yang pilih. maksud haziq dan zakuan tu pandai. jadinya dua kali pandai. and haziq memang pandai. kecik lagi haziq tu tapi dah nampak kebijaksanaan dia :) inshaallah menjadi orang yang bijak dan berguna nanti ;D


2nd day :)

assalamualaikum..

hari ni hari selasa. hari kedua klas bermula. okay. ko tahu, masuk 1st klas je dr dah suruh buat group. next week ada 1st presentation. gilos! tapi tulahh kos aku. 1st day tu jangan harap nak main-main. dah takde main-main lagi. terus je kasi esaimen segala bagai. tiba-tiba teringat masa 1st year dulu. aku terkejut gila sampai tak dapat terima kenyataan. matrix sangat berbeza dengan universiti. seriyes tak tipu! okay. time tu culture shock jugak la sampai tak hantar esaimen segala bagai tu. bukan senang bagi aku nak suaikan diri duduk u ni. setahun jugaklah nak amek mood study tu. heee :p

okay. 2nd day. masuk klas teknologi pendidikan. nama glamer teknopend. bila tengok course outline, rasa macam excited semacam. masuk je klas, dr tanya sape ada ipad, smartfon, laptop dan segala bagai tu. well, dia kata mesti bosan kan kalau belajar cara chalk and talk sahaja. kita belajar cara yang lain. then takde test 1 pulak tu. 70% carrymark berdasarkan tugasan and only 30% final exam. okay. bagi aku, ini best! sebab bagi aku faham tapi tak tahu.. itu tak guna. aplikasikan apa yang kita belajar tu penting. tapi.. sebenarnya takut jugak bila takde test. sebab kalau tak buat esaimen betul-betul.. cuba bayangkan apa yang berlaku. 70% tu.. tapi takdelah 70% tu untuk satu esaimen je. ada banyak pecahan kat bawah 70% tu.

macam-macam yang kami akan belajar dalam teknopend. antaranya photography. hahahaha. macam lawak pulak bila kami akan belajar cara nak guna manual n digital SLR camera.  tapi dalam masa yang sama wahhh best gila! kalau belajar kat luar mahal kot. hmm.. okay tak semua orang ada camera besar gedabak tu tapi dr kata kat fakulti ada provide camera tu kalau nak pinjam. hee.. excited kot!

teknopend memang best. cuma ada banyak esaimen yang aku kena buat. aku boleh bayangkan betapa bizinya hidup aku sem ni. hmm.. dengan nak jual cendol lagi. hmm..

ada lagi satu klas lagi yang aku nak sangat masuk. klas MGM. nama panjang asas keusahawanan. ini klas untuk berniaga. hee.. okay tak sabar sangat!

aku harap nanti dah tengah sem takde aku meroyan kata sume subjek sem ni killer paper. hahahaha

okay. banyak dah membebel ni. stop sampai sini je. kbye. assalamualaikum :)


Saturday, September 7, 2013

the last..

assalamualaikum..

sedar-sedar esok aku dah balik upm. hmm..cepat masa berlalu. macam baru semalam je aku balik dari camping, start kerja raya sume tulah.. ahad ni dah nak balik upm. hmm.. dengar cerita kat twitter, banyak perubahan yang berlaku kat UPM. ni yang rasa tak sabar nak balik ni. yang paling tak sabar nak tengok, tempat laluan basikal tu. hmmm.. guess what? UPM sekarang tengah lancarkan kempen green campus. memang lepas ni majorti orang naik basikal pergi kelas. aku harap sangat lepas ni takde lagi kelas malam or exam malam. scary kot nak pergi fakulti malam-malam.. *--*

hmm.. baju belum kemas. hmmm.. hmmm.. hmmmmmm... malas lah. cmne ni? malas gila. rasa macam taknak bangun je. nak tulis pon tak tahu nak tulis apa lagi. hmmm... hmmm... hmmm.. haaahhh.. citer pasal laptop lah.

dipendekkan cerita.. (sebab malas nak tulis panjang-panjang) laptop ni selalu over heating. cooler aku tu dahla besar gedabak. pastu haritu balik naik bas je. dah tak muat tangan nak pegang cooler. so tak bawak la cooler balik rumah. lepas tu kipas laptop ni bunyi-bunyi la pulak. then selalu mati sendiri bila dah sejam guna.

ko bayangkan.. aku tengah buat-buat esaimen tiba-tiba laptop ni mati. pastu takde autosave pulak tu. rasa macam nak hempuk je laptop ni. haishhh.. geram gila! ohhh.. lupa nak cakap. laptop aku rosak buat kali yg ke 5. malas aku nak betulkan sebab nak saving duit. nak beli basikal kann. so aku sekarang guna laptop abang aku.

haaa.. sambung balik cerita kat perenggan 3.. adik aku suruh aku betulkan laptop tu. katanya bau hangit lah apa lah. yelakann.. tak bawak cooler, pastu over heating lagi. dah tu on9 atas katil. memanglaaahhhh.. memandangkan aku ni ada lagi 2 tahun nak guna laptop ni.. aku pon konon-konon expert la pergi jumpa pakcik aku nak pinjam screw driver. dah kat depan mata ni screw drivernya.. tinggal nak bukak je laptop ni.. konon-konon aku tengok macam banyak habuk je kat fan laptop ni. nak bersihkan sendiri la. tiba-tiba pakcik aku tanya..

pakcik: ko ni reti ke nak bukak laptop ni?
aku: hmm.. tak tahu. tapi bukak jela sume screw tu.
pakcik: kang kalau tak hidup lepas tu camne? iman dahla takde ni.
aku: alaaa.. (dalam hati: try n error je tak boleh ke?)

(iman: kazen aku. dia amek sijil komputer sebelum ni)

dengan hati yang berat bak membawa batu yang berat, aku pon melangkah la kat kedai komputer. dia charge rm50. dalam hati: mahal gila! bukak bersihkan habuk je kot. tapi.. oleh kerana aku dah nak balik.. betulkan jelahh. sementara ada duit ni. kang dah takde duit pastu laptop buat hal dengan esaimen berlambak-lambak malas pulak nak menapak kat lowyat tu.

hantar laptop --> singgah kedai tupperware --> pergi econsave

tiba-tiba orang kedai laptop tu call. dia ckp dlm laptop ni ada banyak semut. seriously, aku tak tahu nak respon apa.. heee.. aku just tanya laptop dah siap ke.. sebab ni laptop abang aku. aku memang tahu dia suka minum air ngan laptop. pastu dah minum dia tinggal je kat situ. adik-adik aku pon sama. tengok tonton pastu makan depan laptop. hmm.. okay. laptop belum siap. aku ingat aku taknak balik. yelaa.. kot kot lepas siap shopping apa sume tu laptop aku dah siap.. takyah aku ulang alik nak balik rumah pastu datang balik amek laptop. minyak naik wooo.. jimat-jimat. tapi.. lepas tu org kedai tu tak call balik. balik rumah.. tido sampai ke petang sambil letak fon kat sebelah telinga. tapi org kedai tu tak call balik. takut kot. kang tak siap laptop ni kang esok kelam kabut nak balik. alhamdulillah aku call kedai tu balik then dia cakap dah siap. fuhhh.. lega.

okay. sekarang tengah online.dari tadi aku bukak. dah lebih sejam ni. dah tak over heat lagi. dah tak bunyi lagi. heee.. cuma kekadang ada semut lalu.

conclusion: jangan makan dengan minum bersama-sama laptop anda. nak makan, makan je. jangan gatal-gatal nak guna laptop sekali.

dah banyak sangat merepek ni. kbye. assalamualaikum :)

#tiba-tiba aku rindu laptop aku laaa.



DANGER. i miss u laaa :'(


Saturday, August 31, 2013

counselor wannabe :)

assalamualaikum.

pagi-pagi bukak facebook tengok ada notification. amzar post something dekat group BnK. satu video. dan fikiran aku melayang-layang dekat 2 tahun yang lalu. masa sebelum dan selepas aku masuk upm. masa 1st year.

klik sini untuk tengok video tu :)

i decided to be a counselor when i was 17. before SPM. i told ayah that i want to be like him. hmm.. ayah cuma cakap, kenapa tak nak amek psychology? sebab aku amek bidang sains masa tu. aku cakap sebab dah malas nak baca buku yang related dengan sains lagi. dah tak tahan dengan sains dan sains tu macam bukan bidang aku je. hmm.. then ayah diam. dia tak halang dan dia tak sokong :)

aku dah rancang hidup aku sampai umur aku 30 tahun kalau aku jadi counselor dan ayah ada disamping aku. tapi allah lebih sayangkan dia. ayah pergi lepas 1 bulan aku umur aku genap 18 tahun. dan bukan senang bila ayah takde lagi disisi. aku cuba lupakan segalanya yang berkaitan dengan ayah. termasuklah cita-cita aku nak jadi macam ayah.

sesungguhnya perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan. walaupun masa 1st time isi upu tu, memang takde langsung course yang berkaitan dengan pendidikan tapi masa kali ketiga aku isi upm tu, ada 2 course pendidikan yang aku pilih. matematik 1st choice. counselling 2nd choice. kenapa aku tukar? sebab yang paling kuat, mak aku. aku rasa apa salahnya aku gembirakan mak disaat-saat macam ni. kenapa bukan counselling yang jadi 1st choice. sebab aku takut. dan aku ada banyak sebab kenapa aku takut. dalam hati aku berdoa, ya Allah, aku pilih apa yang baik untuk aku. apa yang aku suka. kau bantulah aku untuk pilih yang mana yang terbaik untuk aku.

kalau betullah aku ditakdirkan untuk dapat course counselling ni, aku akan dapat jugak walaupun aku letak kat pilihan kedua. Allah maha mengetahui segala-galanya.

dan Allah pilih aku untuk berada disini. UPM. counselling :)

bukan senang untuk aku terima apa yang aku belajar pada mulanya. bukan senang bila kita sedar diri kita melakukan kesilapan, kita sebenarnya yang tak mahu berubah dan kita selalu menyalahkan orang lain untuk menutup kesilapan kita. belajar tentang manusia membuatkan aku kenal dengan lebih dalam siapa diri aku. dan ada hikmahnya kenapa aku ada disini. walaupun pada mulanya aku rasa macam nak tukar course dan aku taknak belajar lagi kat upm. hmm.. 1st year aku sangat sempoi. aku tak buat esaimen. presentation pun slide tak siap. memang gila!

okay sekarang dah 3rd year. dah rasa macam makin matang. pengalaman mengajar kita banyak benda. dan persekitaran mendidik kita untuk lebih berusaha :) wish me luck to be what i want :)

kbye. assalamualaikum :)


raya jauh: episod 2.

assalamualaikum.

haa.. ni nak sambung citer yang tergantung tu. oleh kerana rumah musfirah rumah first, maka rasanya makanan berat tu perlulah dibuat. so, mus kata nak masak bakso. cadangnya malam sabtu tu masak then tinggalkan dlm rice cooker. then keep warm jelah kuah bakso tu. tapi malangnya kami malas sangat nak masak. melingkar depan tv sambil gossip-gossip dengan nisa. nisa call mus tapi cakap ngan aku. hee.. hari sabtu tu tak buat apa sangatlah. petang tu nak tengok wayang dengan muiz n zahirin tak jadi. nak keluar dinner dengan am pun tak jadi. takpelah. nanti kita lepak baik punya kat rumah aku pulak ye. hehehe :p

okay. oleh kerana kemalasan tahap kritikal melanda diri malam tu, maka esok pagi-pagi lepas subuh terus masak. pukul 8.30 pagi dah siap dah buat air apa sume. bila aku siap mandi segala bagai tu tiba-tiba mira dah sampai. okay dah pukul 9. menepati masa betul dia tu. hehe. next, sasa, neneng, rina n pektong sampai. tunggu punya tunggu, pukul 10, am sampai. then barulah muiz, zahirin, hakim, amer sampai. lepas tu dayah ngan ogy pulak. makin bertambahlah orang kat rumah mus tu. hee.. tetiba rasa macam ehh, dah besar sume orang. muka dah matured. makin vouge, cantik, hensem, tembam, bergaya. weyhh, kita dah besar weyhh. macam baru semalam je darjah 6. naik basikal g sekolah. huuu.. cepat masa berlalu.

okay. dah pukul 11. kalau lepak rumah mus lama-lama kang tak habis beraya pulak rumah orang lain. masa nak keluar tu nazri, arep n arep aini sampai. kesian depa. tak sempat nak rasa bakso mus. next rumah, rumah mira. ada rambutan kat rumah mira. mira petik sendiri petang tu kat depan rumah. hahaha.

 lepas tu rumah dayah. dayah masak speggati dengan puding trifle. wahh bandar uolls. hahahaha

banyak rumah jugaklah kami pergi. rumah asyraf, amer, cikgu ros, ogy, arep then lawat azizah chia. dia baru lepas bersalin. bila kat rumah zizah, sume orang kerumun tengok baby dia. hee.. comel :)

pukul 6 baru kami balik rumah. hmm.. ingatkan nak pergi rumah cikgu norizan tapi tak sempatlah pulak. dah petang sangat. dorang belum solat asar lagi.

cikgu, saya minta maaf tak dapat pergi rumah cikgu. saya nak sangat jumpa cikgu tapi tak rezeki kita nak jumpa. saya tahu cikgu tahu saya ada kat sekinchan. seriyes rasa macam tak sedap pulak tak jumpa cikgu. ingatkan nak jumpa cikgu hari sabtu tu tapi ada sekolah ganti la pulak. nak call cikgu tapi no telefon cikgu dah hilang lah pulak. maaf cikgu. inshaallah next time kita jumpa ye cikgu :)

-bajet macam cikgu baca blog aku je-

okay. sebenarnya malam tu ada lagi 1 rumah yang aku ngan musfirah pergi. rumah am. lepak kejap kat situ dengan ijat, arep, asyraf n zahirin sebelum dorang g main futsal. then masa nak balik tu dapat jumpa paan kejap. hee :)

bukan semua benda aku tulis kat sini. dengan gelak nak pecah perut masa sasa amek pic, pasal gosip petang dekat rumah mus, pasal internet, wechat, instagram dan segala macam tu. cukup hanya kita je yang tahu yang lain-lain tu. walaupun kita tak lepak lama sangat tapi yang tak lama tulah yang berharga. k korang, next time rumah aku. hahahaha

oraite. settle entry yang tertangguh. kbye uolls. assalamualaikum :)



the girls :)





Tuesday, August 27, 2013

raya jauh: episod 1

assalamualaikum.

lepak tanpa nisa, rasa macam something missing. dulu kita berempat. lepas tyka kahwin, kita memang bertiga. bila aku takde, memang korang berdua dan aku sensorang kat sini.

mus ajak beraya rumah cikgu-cikgu sekolah. okay. dia dah ajak. aku on jela. takde bende nak buat kat rumah + aku bosan gila sebab takde kawan kat sini.

tapi..

hari jumaat petang, rumah aku ada marhaban perempuan. petang baru siap. bas petang paling lewat pukul 3.45 petang. macam tak sempat je nak naik.

hari sabtu mus kata nak pergi beraya rumah cikgu-cikgu.

hari ahad, beraya rumah kawan-kawan pulak.

hmm.. setelah berbincang dengan mus depan kaunter bas tu, aku decide beli tiket bas pukul 9.45 malam. nanti sampai klang muiz ambil sebab mus takde kete. ayah dia bawak g johor. tu pon setelah berkias-kias dengan muiz. hahahaha

okay tapi setelah tiket dibeli tiba-tiba aku dapat tahu hari sabtu tu sekolah la pulak. hmm.. cancel program hari sabtu. jadi, hari sabtu tu program aku dengan mus adalah masak bersama-sama, bergosip bersama-sama, pergi kedai bersama-sama, jalan-jalan bersama-sama,dengan tengok tv bersama-sama. haa.. korang hade? hahaha. lama kot tak buat macam tu sama-sama. tapi bila berdua, rindu pulak kat nisa. huuu :'(

first time makan burger rebus. ni special resepi dari mus. lepas tu letak ingredient sendiri macam dekat subway tu. hahaha.

okay. nak cerita pasal hari ahad. tapi macam panjang sangatlah pulak. jadinya, to be continue lah. hahahaha.

kbye. assalamualaikum :)


bus stop.

assalamualaikum..

ini kisah apabila aku sampai di muar. kebetulan bas sampai sejam lebih awal dari yang aku jangkakan. sementara menunggu sesiapa yang bertuah datang menjemput, aku duduk sebentar di bus stop berhadapan dengan pejabat pos. ada seorang pakcik duduk disitu. badannya besar dan perutnya buncit. apabila dia senyum, jelas menampakkan giginya yang rongak.

pakcik itu cuba mengajak aku berbual-bual. 10 patah yang dia cerita, 5 patah aje respon aku. maksudnya, dia lagi banyak cakap berbanding aku. hahahahaha. tak lama selepas kami berbual, pakcik tu tanya aku:

pakcik: dik, ada seringgit tak?

-flashback-

aku: kenapa ayah kasi orang tu duit? entah-entah nanti dia beli benda lain. bukannya nak beli makanan.

ayah: dalam rezeki yang Allah kasi kat kita, mungkin ada juga rezeki orang lain di dalamnya. apa salahnya kita berkongsi? lagipun bukan banyak yang dia nak. apa yang berlaku seterusnya samada dia nak beli makanan ke rokok ke apa ke itu urusan dia dengan Allah. bersangka baiklah dengan dia. -senyum-

-realiti-

aku: ni pakcik. ambil lah.
pakcik: dahaga. nak beli air nanti. kaki pakcik ni dah tak boleh jalan jauh.

baru aku perasan, kakinya berbalut dengan kain biru tua. ye, keadaan kaki dia tak berapa baik. lepas tu dia mula bercerita tentang anak-anaknya. ada yang duduk kat shah alam, dan sebagainya. tiba-tiba

aku: pakcik, tu pakcik saya dah sampai. saya pergi dulu ye.
pakcik: haa. yelah.

pakcik aku tak membawa aku pulang ke rumah terus. dia membawa aku pergi ke rumah ibunya yang terletak di bandar muar. sebelum pulang, ada 3 orang memberi aku duit raya. yelah, raya kan belum habis lagi. jumlahnya lebih 10 kali ganda daripada jumlah yang aku beri kepada pakcik di bus stop tadi. alhamdulillah. Allah bayar cash terus kat dunia :)

-dalam rezeki yang kita dapat tu, mungkin ada rezeki untuk orang lain juga-

tamat.


*terasa nak jadi penulis lepas ni. arghh.. kecelaruan identiti. banyak sangat cita-cita.


Friday, August 9, 2013

raya pertama

assalamualaikum..

dulu time raya part yang paling best


  1. balik kampung. tak kisahlah balik johor ke kelantan.
  2. duit raya berkepuk-kepuk
  3. kuih raya especially tart nanas
  4. tengok tv. tak raya pon takpe kalau ngadap tv

dulu, masa raya first aku ngan kazen-kazen aku rajin jugaklah kumpul duit raya. orang belum balik sembahyang raya lagi ktorang dah g rumah cik emon. nak kumpul duit raya. lepas tu kira sape punya duit raya paling banyak. kedekut nak beli barang guna duit raya sebab taknak duit sikit. hahaha. lawak!

then, bangun pagi-pagi sebab nak pakai baju raya baru. sayang nak jejak tanah sebab pakai kasut baru. hee.. budak-budak sangat!

kalau ada rancangan tv yang menarik kat tv, tak g beraya pon takpe. sanggup bersengkang mata sebab nak tengok tv. kan kadang-kadang sume program best kat tv2, tv3, ria ngan prima. so bila iklan je tukar channel lain. hahahaha. 

sekarang..

pagi raya pakai baju lama pon takpe. part wajib, pergi kubur ziarah ayah. tahun ni dah tahun ke 4 aku raya tanpa ayah. hmm.. cepat masa berlalu. maknanya dah 4 tahun aku tak balik beraya kat kelantan. dah 4 syawal aku sambut raya kat johor. dah takde balik kampung dah. sebab aku dah memang dok kat kampung pon. atok pon dah takde kat kelantan. yang ada cuma pakcik, makcik aku je. 

kalau dulu sibuk kumpul duit raya masa awal pagi.. sekarang just makan ngan tido je time raya 1st. jauh bezanya. yelahh, balik keje je dah pukul 1 pagi. penat, letih tak hilang lagi. 

kadang-kadang bila tengok budak kecik rasa macam bahagia je dorang n. tapi dulu time aku jadi budak kecik sibuk nak jadi dewasa. hmm.. manusia ni tak suka bersyukur. bersyukur zahrah. 

okaylah. selamat hari raya semua. maaf zahir batin.

tu je buat masa ni. byebyebye. assalamualaikum :)



muka pagi raya bersama hadeks

Thursday, August 8, 2013

selangor vs johor

twitter..


perghh.. ko jangan terkejut. saloma ngan ahmad jais tu kawan aku kot. aku kawan dgn lagend. hahahahaha



bila kawan aku ajak raya kat rumah dorang..

weyh, sengaja kan! aku jeles tahu tak! huuu.. sedih kot. korang boleh baraan sama-sama. aku kat sini sensorang. nak jugaaakkkk g raya rumah korang. tapi apakan dayaaa.. masa tak akan kembali. hancur musnahlah segalanya.. #eh tenyanyi la pulak. heee

kepada mereka..

firstly, selamat hari raya korang. minta maaf zahir batin. sorry weyh kalau ada terkasar bahasa. aku tahu mulut aku kadang-kadang macam takde insurans walaupun hakikatnya memang takde pon.tahun ni maybe aku tak dapat datang rumah korang. hmm.. tahun lepas dapat raya kat rumah mus, nisa ngan am pun dah bersyukur sangat-sangat. 

secondly, kalau korang rajin, banyak dapat duit raya, ada masa, rindu kat aku, nak jumpa aku, nak lepak ngan aku, nak rasa kuih kat rumah aku, jemput datang rumah weyh. walaupun aku tahu percentage korang nak datang tu hanyalah 0.00000001% je tapi tak salah menjemput kan. kedatangan korang amat aku alu-alukan.

lastly, tahun ni takde kad raya. nak beli tak sempat. nak buat macam dulu-dulu lagilah tak sempat. so, entry ni sebagai ganti kad raya. special ntok korang aku tulis. heee :p akhir kata, takde kad raya takpe. tapi duit raya wajib post weyh. hahahahaha. 

assalamualaikum. byebyebye :D

(terasa macam buat karangan bm+bi la pulak. hehe)


5 scene yang menarik

scene yang menarik sepanjang aku bekerja sebagai seorang penjual kasut.

5

customer: dik, dik.. kasut ni ada tak? kasut ni? kasut ni. (sambil tunjuk 2, 3 pasang kasut)
aku: ada ada (panjat kerus, naik turun tangga, tarik kotak)

at last..

customer: takpelah dik. tengok dulu ye.
aku: astaghfirullahhalazim... -.-*

4

customer: (cakap kat anak dia) adik pilih lah nak kasut mana. mama tak kisah.

bila anak dia pilih..

customer: mama taknak kasut ni. tak cantik, tak tahan, tak murah dan macam-macam tak lagi..

scene ni berakhir dengan anak dia menangis sebab nak kasut tu jugak or kami kena cari kasut yang mak dia nak dia pakai or at last beli jugak kasut yang pertama kali kami amek. -.-*

3

bahagian seliper
customer: haaa.. dik, ni cantik. ni cantik. (sambil selongkar sume seliper nak tengok saiz)
aku: nak cari saiz apa kak?
customer: takpelah dik. anak akak saje je main-main.

seliper terabur kat rak. -.-*

2

customer: kasut ni harga berapa?
aku: rm200++
customer: mahalnya! (sambil berlalu pergi)

yang part ni dulu aku pernah kena marah tiba-tiba dengan customer. perghh.. kasut kulit kot. mana ada barang baik harga murah. plus bukan aku yang tentukan harga tu.

1

customer: dik, cari kasut ni saiz ni dengan kasut ni saiz ni.
aku: ni kak saiznya. saya letak kat kaunter ye.

kedai dah nak tutup. kasut tu still dekat kaunter tapi customer tu hilang entah kemana.

uncle: ni kasut letak balik tempatnya. takde orang mau beli.

bila letak balik kasutnya tiba-tiba.. ada customer masuk. muka macam kenal.

customer: kasut lelaki tadi mana ye? saya lupa nak bayar tadi. dah nak sampai rumah baru teringat.

-pon boleh begitu. hahahahaha-

yang pasti, kesabaran yang tinggi amat diperlukan bila kerja macam ni. dahlah puasa. penat. naik turun tangga pergi amek kasut kat tingkat atas tu berpuluh kali. habis berguguran lemak di badan. terus slim! haaa.. muat baju raya aku nanti. hehe.

okaylah. sebenarnya ada banyak lagi scene yang menarik sebenarnya tapi cukuplah ni je. heee :p
assalamualaikum. byebyebye


Friday, July 26, 2013

semester 4 tahun 2.

assalamualaikum.

buat pelajar UPM, harini result kita keluar. tahniah kepada sesiapa yang dapat dekan. kepada yang tak dapat dekan, awak ada lagi peluang nak berjaya. ada lagi sem-sem yang akan datang tu kan. kecuali untuk final year la. hehe.

aku --> alhamdulillah experiment aku dengan wani berjaya. kalau korang baca post-post yang lepas korang boleh tengoklah betapa aku malas dan taknak baca buku bila esoknya ada paper. kawan aku si wani ni lah yang sibuk paksa aku baca buku. well, takdelah dia paksa teruk-teruk tapi bila aku tengok betapa dia rajin pergi study.. tu sedikit sebanyak mempengaruhi aku.

kalau dia boleh study kenapa aku tak boleh?
kalau dia boleh kenapa aku mesti give up?
kalau dia boleh dapat result yang cemerlang kenapa aku tak boleh?

aku tak nafikan mindset memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. bila mindset kita -ve, maka -ve lah perlakuan kita. ni namanya kuasa minda ^.^

so bila dah malas tahap kritikal tu apa yang aku buat?


  • main game.
  • tidur
  • muhasabah diri

sebab apa aku buat benda-benda ni? sebab aku rasa nak muntah bila pandang buku. seriously i'm not ulat buku. i hate read a books. especially about the facts. ohh.. bosan gila nak mati!

tapi sampai bila aku nak layan perasaan malas tu? sampai bila aku nak layan yang aku suka nombor gila-gila dan aku tak suka baca buku?

terima kasih wani sebab experiment berjaya. sebab awak rajin, saya nampak diri saya malas. sebab awak sentiasa berusaha awak buat saya fikir kenapa saya perlu menyerah. terima kasih banyak-banyak :D

done for 2nd year. i have another 2 years at UPM. wish me luck. misi memburu diteruskan supaya tak payah bayar PTPTN. heee :p

okay. tu je buat masa ni. assalamualaikum. byebyebye


Thursday, June 20, 2013

kemalasan melanda diri.

assalamualaikum.

seperti yang diketahui, esok adalah last paper aku untuk sem ni. kaunseling keluarga. seriyesly aku tak tahu apa yang aku belajar sepanjang aku belajar subjek ni. ya allah. rasa macam loser je. esok nak jawab paper final exam pukul 8.30 pagi. tapi aku still tak baca buku lagi sampai sekarang. sekarang dah pukul 10.49 malam. lebih kurang 10 jam lagi sebelum aku pekse.

kenapa malas sangat ni zahrah? awak ingat awak dah pandai sangat ke?

wani kat sebelah aku ni rajin bebenor study. tapi aku takde mood sangat nak bukak buku. seriyes. arghhhhhhh!!!!!!!!!! taknak study. i'm not in the mood.

okay. let motivate my self..

dear zahrah,
awak fikir lah tak kan awak nak bazirkan masa awak selama 1 sem ni dapat result teruk semata-mata sebab awak layan malas awak tu. zahrah baik, tinggal lagi 1 paper je. lepas ni awak cuti 3 bulan taw. lagi 1 paper je zahrah. cuba bayangkan penat lelah awak pergi tu. tak kan awak rugikan masa awak redah panas-panas tu semata-mata sebab awak malas nak study. zahrah.. ni yang terakhir. lepas ni dah xde lagi dah. jangan malas. ingat, kalau tak dapat dekan jugak sem ni susah awak nak dapatkan dekan ntuk cgpa awak tu. tiap-tiap sem dapat 3.6 something je. lagi sikit awak nak dapat dekan. tak kan awak nak bayar ptptn. zahrah.. baca buku. walaupun awak tak suka baca buku tapi mesti ada hikmah bila awak kena baca buku. takpe zahrah. baca buku walaupun sikit. jangan give up awal sangat. sempat awak nak baca and score untuk paper esok.

cakap dengan diri sendiri. ni namanya teknik top dog under dog dalam teori gestalt.

okay bye. nak baca buku. assalamualaikum :)


Sunday, June 16, 2013

merungut dan terus merungut.

dah 3 tahun berlalu. tapi kita tak berubah bila nak exam. merungut dan terus merungut.

kenapa kena baca ni? kenapa susah sangat ni? kenapa.. kenapa.. kenapa..

-mana ada benda yang senang kat dunia ni. even nak makan pun susah kalau malas.- 

ayah, i miss your motivation words. i miss you so much. rindu nak mengadu yang bukan-bukan dengan ayah. rindu nak dengar ayah marah kita. rindu nak dengar kisah hidup ayah masa dulu-dulu. rindu nak dengar ayah buat lawak. rindu nak buat macam-macam dengan ayah. kita rindu ayah..

allah tak suka orang yang merungut zahrah. ada hikmah..




Monday, June 3, 2013

the longest journey to UPM

assalamualaikum..

for the first time in my life, i took train to back to UPM. why? sebab aku bawa maria dengan fizah pergi melaka. jalan-jalan kat kota A Famosa dulu. ni memang kerja gila! main redah je. tapi okay lah. perjalanan dipermudahkan walaupun jam sikit masa nak pergi kat dataran pahlawan tu. ohh ye.. aku ni bukan drive pergi melaka tu. aku naik bas ting tong. again.. first time in my life!

then guess what happen to me...

tiket bas semua habis. SOLD OUT!

-dalam hati : mati aku.. tak kan nak tidur kat melaka kot-

nasib baik la kawan aku ada sorang study dekat bandar melaka. dan memang aku ajak dia jumpa pon. ingatkan tak jadi tapi last minit dia call nak jumpa. good timing. sebab time tu aku baru habis jalan-jalan. betul-betul baru sampai melaka sentral dia call. lepas hang up call aku cari tiket bas semua habis.. hee.. Allah gerakkan hati dia nak datang jumpa aku..

muiz, tengs a lot friend. meredah jam dengan kereta manual. nasib baik ko ni mat kereta. kalau ko naik motor jenuh jugak aku nak bayar teksi segala macam tu. huuu.. tengs tengs tengs :))

kami lalu jalan dalam sebab jam sangat guna highway. tiba-tiba jumpa stesen kereta api sg gadut. seriyes aku  ingat sg gadut tu dekat selangor. rupanya sg gadut tu last hentian ktm kat negeri sembilan. mati-mati aku ingat last hentian kat seremban selama ni. huuu... sampai je kat sg gadut train nak sampai lagi 4 minit. lari laju-laju sampai tertinggal dodol kat dalam kereta muiz. aku mengidam kot dodol tu -.-  takpela. rezeki muiz.

hmm.. at last sampai dekat serdang dalam pukul 11 malam. amek teksi balik upm sebab bas macam dah takde.

moral of the story: lain kali buat plan A, B, C, D.... heee... tapi best sebab macam tengah melancong hari ni. cuma nak buat try and error ni kena berani amek risiko. alhamdulillah perjalanan aku dipermudahkan :))

okaylah. nak tido. esok nak study. kbye. assalamualaikum :)


Saturday, May 18, 2013

shine your way :)

assalamualaikum :)

aku ada masalah. masalah keyakinan diri. tapi.. aku jumpa mereka dan kongsi dengan mereka. hmm.. mungkin dorang nampak aku ni macam menolak je apa yang dorang kata. tapi.. balik tu aku muhasabah diri balik. hmm.. betul jugak apa yang dorang cakap. aku ada banyak kelebihan lain. kenapa nak rasa teruk kalau hanya ada satu atau dua perkara je yang aku tak berapa nak kuasai?

jangan kerana kau ada 1 kelemahan, kau lupa semua kelebihan yang kau ada.

itu salah satu benda yang aku belajar. yup, u make me realize something. mana ada manusia yang sempurna. mungkin sebab aku selalu nak jadi yang terbaik, sebab tu aku jadi macam ni.

terima kasih sebab buat saya tersedar. buat saya tersedar yang saya sebenarnya tak teruk. hanya saya saje yang fikir macam tu :)

owhh. btw hari ni ada tournament futsal. wish me luck :)

okbye. nak siap-siap g main futsal:)


lagu ni macam sesuai je untuk cerita aku. luv it!

Friday, May 17, 2013

the cloudy day,

assalamualaikum..

cuaca mendung kat UPM.

"time cuaca panas tak bukak. time mendung korang jual."

hee.. maaf. kitorang kan bizi, tak sempat nak jual masa hari jumaat yang lain. tiba-tiba bukak harini mendung la pulak.

hmm, taknak update panjang-panjang sebab tengak berjual sekarang. kbye. assalamualaikum :)


cendol kami :)

 

Wednesday, April 24, 2013

him :'(

assalamualaikum.

masa aku sekolah dulu, masa form 4 n form 5.. aku rasa susah sangat nak belajar aliran sains. oleh kerana aku yang pilih aliran tu, pilihan sekolah tu.. ayah cakap, aku kena bertanggungjawab atas pilihan yang aku dah buat. menyeluk pekasam biar sampai ke lengan. dah alang-alang amek, baik habiskan.

perit. sangat perit. nangis tu toksah cerita la bila tak tahu buat addmaths. hmm.. cikgu addmaths aku kat sekolah garang. kasi homework bertimbun-timbun. pastu kalau kasi homework arini, esok wajib hantar. okay.. kadang-kadang tak hantar.. kena denda berdiri kat tapak perhimpunan siapkan homework sampai siap. memanglah buat ramai-ramai.. tapi bila aku sorang je kepala putih malu kot.. i mean others do not wear tudung. my school is chinese school..

malu sangat.. kalau ayah lalu cepat-cepat nyorok. lupa nak cakap.. aku satu sekolah ngan ayah aku. memang aku sengaja pilih satu sekolah masa tu. senang. ni kes bila taknak duduk asrama lagi.

bila aku nangis.. tak reti buat homework.. rasa macam nak give up.. ofcoz aku nangis. and only ayah know it. sebab aku start study pukul 3 pagi. takde sape perasan aku nangis. hanya ayah tahu sebab ayah bangun malam. he hug me. give me motivation to make me strong. calm me.. ayah akan cakap..

"ara, ni baru spm. ayah ni amek master masa umur ayah berapa? dah tua pun ayah nak lagi belajar.. kenapa ara taknak belajar? ayah lagi tua dari ara tapi ayah lagi kuat dari ara.. ara kan muda lagi. sepatutnya lagi kuat dari ayah."

ayah buat aku berfikir.. kenapa nak give up cepat sangat? kalau ayah boleh kenapa aku tak boleh? if he can do it, why not me?

ayah.. kita rindu ayah. kita malas nak belajar sekarang. esaimen berlambak tapi kita tak start lagi. tapi takde sape nak motivate kita.. i have to motivate myself and i hate it. i need you but you...

 ayah,epah, mak dan anas


ayah n epah

allah tahu apa yang terbaik untuk kita. i keep remind myself.. ada hikmah disebalik kejadian. redha zahrah. ayah tak kan hidup walau engkau menangis air mata darah sekalipun. zahrah kuat, budak bijak.. ayah memang dah takde nak motivate engkau tapi ayah tinggalkan memori yang boleh memotivasikan engkau. 


 
 listen this song and i start crying..
bila kita gembira, kita hayati rentak lagu. tapi bila kita bersedih kita hayati lirik lagu..

Wednesday, April 17, 2013

belajar dari kesilapan

assalamualaikum.

sekarang minggu esaimen berlambak-lambak. present berderet-deret. report bertimbun-timbun.


karya tak berapa nak seni :p


arrrgghhhhhh!!!

tension oi!!

huu.. ada satu subjek ni. nama dia falsafah pendidikan. sebab cikgu kan.. wajiblah pendidikan tu. masalahnya sekarang aku tahu apa tu falsafah. tapi acane nak buatnye? how to create or write philosophy? i don't know. ohhh, someone please teach me!

seriyes aku rasa "eh betul ke ini falsafah?" bila aku tulis esaimen ni.

DARE TO WRONG!

orang cakap bila kita silap, masa tu lah kita belajar. dan aku paling tak berapa suka buat silap. huuu.. acane ni?

tapi.. lebih baik silap daripada tak buat apa-apa. kann?

lebih baik aku siapkan esaimen tu daripada kosong aje. lebih baik silap sebab nanti aku tahu kat mana salah aku daripada aku tak buat apa-apa dan cakap kat dr aku tak faham. at least i try to do something then be silent and do nothing.

actually i do ask my lecturer but i still can't get it. philosophy is not easy than i though. it is about wisdom. something that we think about it deeply and not roughly.

sesungguhnya saya bukan budak sastera tapi saya belajar untuk menjadi seorang pencinta ilmu. so, better u do your assignment. then ask dr is that correct or not. kalau salah pun masih boleh dibetulkan..

oraite. nak sambung buat esaimen. kbye. assalamualaikum :)


Saturday, April 6, 2013

the little kid, anas.

assalamualaikum.

anas is my youngest brothers. bongsu. manja. hensem. busuk. adik aku yang paling kecil.

ayah pergi tinggalkan aku masa umur aku 18 tahun. tapi anas.. masa tu umur dia baru 5 tahun. he only a little kid when ayah pass away. i ask him bout ayah a few hours ago..

aku: anas rindu ayah tak?
anas: angguk
aku: anas ingat kat ayah lagi tak?
anas: hmm, tak tahu la. aku lupa.

then i start crying.. in silent.. but i still keep asking him.

aku: anas tahu tak.. dulu ko susah sangat nak bangun pagi. nak pergi sekolah. pastu aku mesti marah ko. pastu nanti ayah mesti marah aku. ayah cakap, nak kejutkan anas bukan macam tu. kalau kejut macam tu sampai bila pun anas tak bangun. kene kejut elok-elok. pastu ayah amek ko bawak masuk dalam bilik air. mandikan terus.

then i keep talking about ayah. and tell him about what ayah always do in his life.

i hope anas will continue what ayah always do. poor him. he lack of love from ayah. he just spend 5 years of his life with ayah.

i miss my ayah..

kalau ayah masih ada mungkin kita tak jadi seorang yang tahu akan tanggungjawab kita.
kalau ayah masih ada mungkin kita masih lagi tak tahu berdikari.
kalau ayah masih ada mungkin kita masih lagi menjadi seorang yang suka bergantung pada orang lain.
kalau ayah masih ada mungkin kita tak jadi seorang manusia.

yes, i really miss u ayah but i have continue my life and looking forward. kalau anas boleh, kenapa aku tak boleh..

ayah, anas makin hensem. anak ayah tu bukan budak kecil lagi. tak lama lagi ayah nak dapat cucu. anas suka sangat sebab nanti dia boleh dapat kawan baru. i hope you were here. with us. tapi siapa kita nak lawan takdir Allah. sesungguhnya perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan.




Wednesday, April 3, 2013

sony xperia la pulak

assalamualaikum.

sekarang ni semua orang guna henfon touch screen. iolls pun nak jugak. hehe *gedik.

okayokay. ni bukan entry aku guna henfon baru ke hape. cukuplah nokia ni dengan samsung torch light ni. nak beli henfon mahal-mahal ni rasa macam tak berbaloi je. sebab kejap je nanti keluar henfon yang lagi canggih.

stop membebel.

aku nak cerita aku baru siapkan customer aku punya casing. aritu aku buat casing samsung galaxy s advance, ariniaku buat casing untuk sony xperia pulak. hee.. suka suka suka. sebab try n error menjadi :D

ni adalah casing yang ketiga yang aku dah buat.


1st casing. ninetology


2nd casing. samsung galaxy s advance

3rd casing. sony xperia 

mencari magnet untuk buat casing. sampai sekarang tak jumpa lagi. yang casing untuk samsung galaxy s advance dan sony xperia aku guna magnet tapi magnet tu aku dapat dari tuan empunya henfon. hee.. tengs korang sebab menggunakan khidmat aku.

okay. settle pasal casing. cuti nanti siapkan keychain pulak. dah terdeley dah keychain orang ni. sekarang fokus test. esok ada test moral. huu.. tak prepared apa-apa lagi.


okay.bye.assalamualaikum :)


Tuesday, April 2, 2013

dugaan. jangan mengeluh.

assalamualaikum.

sejak akhir-akhir ni aku rasa banyak sangat dugaan. lagi-lagi bila dah start berniaga ni.

dugaan minggu pertama: takde tapak berniaga
dugaan minggu ke dua: kanopi terbang. 2 kali pulak tu.
dugaan minggu ke tiga: kanopi patah. kena ribut.
dugaan minggu ke empat: peti sejuk rosak.

tu baru dugaan berniaga. belum lagi dugaan yang lain. gaduh, tak puas hati, pendrive kena virus, test..

Ya Allah, aku tertanya-tanya kenapa dugaan datang bertimpa-timpa. sampai satu tahap aku nak berputus asa. stop la buat semua ni. stop lah berniaga. stop lah baca buku. aku taknak fikir lagi.

but i found something..

Allah uji kita supaya kita ingat padanya. Kesenangan itu satu ujian. Bila kita senang, biasanya kita lupa pada Allah. Dan bila kita susah barulah merangkak-rangkak, menangis mengadu pada Allah. Allah sayang kita. Sebab tu Allah uji kita. Supaya kita selalu ingat padaNya dan tak lalai dengan dunia.

analogi daripada program motivasi dalam tv:

jiwa (soul) itu ibarat bekas yang berisi air.
masalah itu ibarat garam.

kalau kita letak garam segenggam dalam mug, masinkan. tapi kalau kita letak garam dengan kuantiti yang sama dalam periuk besar, rasanya taklah semasim air yang dalam mug tu.

maksudnya, kalau jiwa kita besar, kita boleh hadapi apa-apa masalah yang datang. kalau jiwa kecil, mulalah mengeluh.

credit to cik mel

konklusinya, jangan mengeluh zahrah. take it easy. kalau dulu awak boleh cool, kenapa sekarang nak emo sangat? tak macho la kakak. hahahaha

#minggu lepas, kebanyakan orang kena marah dengan aku. i'm sorry. aku marah sebab aku nak korang tahu korang pun perlu bertanggungjawab :)

adios. assalamualaikum. kalau tak jawab dosa, kalau jawab aku memang comel. hahahaha #perasan :p


Sunday, February 24, 2013

bukit broga vs bukit ampang

kami plan nak pergi hiking kat bukit broga. kami : kawan lama aku. tapi kami cancel last minute. sebab azham ngan ame tak balik-balik dari kedah. musfirah ada klas ari jumaat. transport takde. okayy. macam-macam hal.

memanglah rasa cam alahhh.. aku nak g hiking. tapi takpelah. ada hikmah bila kita tak dapat hiking. walaupun kita tak dapat keluar sama-sama tapi aku keluar jugak hari tu. walaupun bukan dengan korang. aku keluar dengan classmate aku.

cadangnya nak pergi muzium negara je. nak tengok pameran topeng. pergi lepas sembahyang jumaat. oleh kerana lepas tengok pameran tu tengok jam macam awal lagi, kami decide nak pergi zoo negara pulak. macam budak kecik betul. tapi.. sampai je zoo, tengok zoo dah tutup. huuuu.. sedih sedih. penat merentas jam kat kl tu. tiba-tiba tutup. macam tak berbaloi je. lepas tu tiba-tiba abang mie cakap "nak g bukit ampang tak? cantik.. tengok kl waktu malam." kitorang "NAK!!" hahahaha. sebijik macam budak kecik. exited gila

oleh kerana bukit ampang tu dekat ngan rumah ex-classmate kitorang, paklah, so, ajak dia join sekaki lah. lama tak jumpa paklah. hehe..


wani, fahimah, aku, paklah, fizi.
bukit ampang. cantik kann :))

 yang kat tepi paklah tu abang mie. hehe :p


best kat bukit ampang. makan malam kat situ tengok kl waktu malam. tiba-tiba ada pulak bunga api. wuu.. cantik gila! tu tu tuu.. bunga api. exited gila aku cakap kat dorang time makan tu. tiba-tiba orang lain pon pandang kat tempat yang aku tunjuk tu. nampak tak betapa aku kuat cakap kat dorang. hahahaha

okayy. pas g bukit ampang tu kitorang balik la ke serdang. ingatkan nak balik terus. tapi abang mie cakap nak pergi downtown tak. hahahaha. reaksi? ofkos exited! aku first time pergi downtown walaupun dah 2 tahun dok kat serdang ni. okaylah. baru pukul 10.30 malam. kejap je kan. tapi cuba teka pukul berapa kami balik? 1 PAGI! gila kan. tak sedar masa berlalu cepat sangat. 

conclusion: muzium negara tu best. bukit ampang tu cantik. downtown serdang tu besar. i enjoy hang out with uolls. 

*nak pic kat umah wani. cepatlah abang mie upload pic tu :))

 

Thursday, February 14, 2013

mata yang bulat itu cantik.

assalamualaikum.

sekarang tiap-tiap malam aku bukak adobe photoshop. perghh.. bila dah start ngadap laptop ni bukan reti nak berenti. dulu kadang-kadang aku sampai lupa nak makan. tapi dulu sebab penangan game. tiba-tiba rasa perut main lagu keroonchong. hee.. dulu aku ni peminat setia chicken invaders. game budak-budak yang comel tapi mencabar lagi jugak.

okayy. aku nak cerita pasal adobe photoshop ni. sekarang aku dah asyik buat doodle tu. kazen aku pon cakap tak habis-habis ngan kartun dia tu. hmm.. bila orang dah minat, dia akan lakukan apa je. betul tak? tapi aku ada masalah. aku tak reti nak buat mata yang cantik tu. ohh.. sangat jeles tengok mereka lukis mata yang cantik tu. dari sekolah rendah ehh tak. dari tadika lagi aku tak reti nak lukis mata. i hate to draw that part very much. walaupun dalam banyak-banyak bahagian, aku paling suka mata. lagi-lagi kalau bulu mata dia panjang. lentik. macam mata anas dan haziq. terasa nak tukar mata ngan budak berdua tu. hehe :p

huu.. sape la yang rajin nak ajar aku buat mata ni.. ohh pliss. nak mata yang cantik.. macam ni..

   yang ni cik dil yang lukis. cantik kan..



okay yang bawah ni aku yang buat. 

 


 hmm.. tiba-tiba terasa nak jadi graphic designer. hee.. baru reti buat 5 doodle dah berangan. angan-angan tinggi melangit. hmm.. malam ni result kuar. simulasi menunjukkan aku tak dapat dekan. kawan aku kata selagi official tak kuar jangan berhenti berharap result tu naik. punya positif dia ni. bagus-bagus. tapi aku dah redha. hmm.. ingatkan sem ni boleh dapat 4 flat. hampeh! sebab exam aku buat main-main. okay. salah aku. malas piang kawan aku kata. hahaha. ntah betul ntah tak aku tulis ni.

okaybye. malas nak membebel panjang. bukan ada orang baca pon. nanti bila aku dah tua, bila dah nyanyuk, mesti aku senyum sorang-sorang baca blog ni. hehe :p

assalamualaikum. kalau tak jawab dosa. kalau jawab sayang :) (tiru maria elena la pulak)




Shoutbox