Saturday, August 31, 2013

counselor wannabe :)

assalamualaikum.

pagi-pagi bukak facebook tengok ada notification. amzar post something dekat group BnK. satu video. dan fikiran aku melayang-layang dekat 2 tahun yang lalu. masa sebelum dan selepas aku masuk upm. masa 1st year.

klik sini untuk tengok video tu :)

i decided to be a counselor when i was 17. before SPM. i told ayah that i want to be like him. hmm.. ayah cuma cakap, kenapa tak nak amek psychology? sebab aku amek bidang sains masa tu. aku cakap sebab dah malas nak baca buku yang related dengan sains lagi. dah tak tahan dengan sains dan sains tu macam bukan bidang aku je. hmm.. then ayah diam. dia tak halang dan dia tak sokong :)

aku dah rancang hidup aku sampai umur aku 30 tahun kalau aku jadi counselor dan ayah ada disamping aku. tapi allah lebih sayangkan dia. ayah pergi lepas 1 bulan aku umur aku genap 18 tahun. dan bukan senang bila ayah takde lagi disisi. aku cuba lupakan segalanya yang berkaitan dengan ayah. termasuklah cita-cita aku nak jadi macam ayah.

sesungguhnya perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan. walaupun masa 1st time isi upu tu, memang takde langsung course yang berkaitan dengan pendidikan tapi masa kali ketiga aku isi upm tu, ada 2 course pendidikan yang aku pilih. matematik 1st choice. counselling 2nd choice. kenapa aku tukar? sebab yang paling kuat, mak aku. aku rasa apa salahnya aku gembirakan mak disaat-saat macam ni. kenapa bukan counselling yang jadi 1st choice. sebab aku takut. dan aku ada banyak sebab kenapa aku takut. dalam hati aku berdoa, ya Allah, aku pilih apa yang baik untuk aku. apa yang aku suka. kau bantulah aku untuk pilih yang mana yang terbaik untuk aku.

kalau betullah aku ditakdirkan untuk dapat course counselling ni, aku akan dapat jugak walaupun aku letak kat pilihan kedua. Allah maha mengetahui segala-galanya.

dan Allah pilih aku untuk berada disini. UPM. counselling :)

bukan senang untuk aku terima apa yang aku belajar pada mulanya. bukan senang bila kita sedar diri kita melakukan kesilapan, kita sebenarnya yang tak mahu berubah dan kita selalu menyalahkan orang lain untuk menutup kesilapan kita. belajar tentang manusia membuatkan aku kenal dengan lebih dalam siapa diri aku. dan ada hikmahnya kenapa aku ada disini. walaupun pada mulanya aku rasa macam nak tukar course dan aku taknak belajar lagi kat upm. hmm.. 1st year aku sangat sempoi. aku tak buat esaimen. presentation pun slide tak siap. memang gila!

okay sekarang dah 3rd year. dah rasa macam makin matang. pengalaman mengajar kita banyak benda. dan persekitaran mendidik kita untuk lebih berusaha :) wish me luck to be what i want :)

kbye. assalamualaikum :)


raya jauh: episod 2.

assalamualaikum.

haa.. ni nak sambung citer yang tergantung tu. oleh kerana rumah musfirah rumah first, maka rasanya makanan berat tu perlulah dibuat. so, mus kata nak masak bakso. cadangnya malam sabtu tu masak then tinggalkan dlm rice cooker. then keep warm jelah kuah bakso tu. tapi malangnya kami malas sangat nak masak. melingkar depan tv sambil gossip-gossip dengan nisa. nisa call mus tapi cakap ngan aku. hee.. hari sabtu tu tak buat apa sangatlah. petang tu nak tengok wayang dengan muiz n zahirin tak jadi. nak keluar dinner dengan am pun tak jadi. takpelah. nanti kita lepak baik punya kat rumah aku pulak ye. hehehe :p

okay. oleh kerana kemalasan tahap kritikal melanda diri malam tu, maka esok pagi-pagi lepas subuh terus masak. pukul 8.30 pagi dah siap dah buat air apa sume. bila aku siap mandi segala bagai tu tiba-tiba mira dah sampai. okay dah pukul 9. menepati masa betul dia tu. hehe. next, sasa, neneng, rina n pektong sampai. tunggu punya tunggu, pukul 10, am sampai. then barulah muiz, zahirin, hakim, amer sampai. lepas tu dayah ngan ogy pulak. makin bertambahlah orang kat rumah mus tu. hee.. tetiba rasa macam ehh, dah besar sume orang. muka dah matured. makin vouge, cantik, hensem, tembam, bergaya. weyhh, kita dah besar weyhh. macam baru semalam je darjah 6. naik basikal g sekolah. huuu.. cepat masa berlalu.

okay. dah pukul 11. kalau lepak rumah mus lama-lama kang tak habis beraya pulak rumah orang lain. masa nak keluar tu nazri, arep n arep aini sampai. kesian depa. tak sempat nak rasa bakso mus. next rumah, rumah mira. ada rambutan kat rumah mira. mira petik sendiri petang tu kat depan rumah. hahaha.

 lepas tu rumah dayah. dayah masak speggati dengan puding trifle. wahh bandar uolls. hahahaha

banyak rumah jugaklah kami pergi. rumah asyraf, amer, cikgu ros, ogy, arep then lawat azizah chia. dia baru lepas bersalin. bila kat rumah zizah, sume orang kerumun tengok baby dia. hee.. comel :)

pukul 6 baru kami balik rumah. hmm.. ingatkan nak pergi rumah cikgu norizan tapi tak sempatlah pulak. dah petang sangat. dorang belum solat asar lagi.

cikgu, saya minta maaf tak dapat pergi rumah cikgu. saya nak sangat jumpa cikgu tapi tak rezeki kita nak jumpa. saya tahu cikgu tahu saya ada kat sekinchan. seriyes rasa macam tak sedap pulak tak jumpa cikgu. ingatkan nak jumpa cikgu hari sabtu tu tapi ada sekolah ganti la pulak. nak call cikgu tapi no telefon cikgu dah hilang lah pulak. maaf cikgu. inshaallah next time kita jumpa ye cikgu :)

-bajet macam cikgu baca blog aku je-

okay. sebenarnya malam tu ada lagi 1 rumah yang aku ngan musfirah pergi. rumah am. lepak kejap kat situ dengan ijat, arep, asyraf n zahirin sebelum dorang g main futsal. then masa nak balik tu dapat jumpa paan kejap. hee :)

bukan semua benda aku tulis kat sini. dengan gelak nak pecah perut masa sasa amek pic, pasal gosip petang dekat rumah mus, pasal internet, wechat, instagram dan segala macam tu. cukup hanya kita je yang tahu yang lain-lain tu. walaupun kita tak lepak lama sangat tapi yang tak lama tulah yang berharga. k korang, next time rumah aku. hahahaha

oraite. settle entry yang tertangguh. kbye uolls. assalamualaikum :)



the girls :)





Tuesday, August 27, 2013

raya jauh: episod 1

assalamualaikum.

lepak tanpa nisa, rasa macam something missing. dulu kita berempat. lepas tyka kahwin, kita memang bertiga. bila aku takde, memang korang berdua dan aku sensorang kat sini.

mus ajak beraya rumah cikgu-cikgu sekolah. okay. dia dah ajak. aku on jela. takde bende nak buat kat rumah + aku bosan gila sebab takde kawan kat sini.

tapi..

hari jumaat petang, rumah aku ada marhaban perempuan. petang baru siap. bas petang paling lewat pukul 3.45 petang. macam tak sempat je nak naik.

hari sabtu mus kata nak pergi beraya rumah cikgu-cikgu.

hari ahad, beraya rumah kawan-kawan pulak.

hmm.. setelah berbincang dengan mus depan kaunter bas tu, aku decide beli tiket bas pukul 9.45 malam. nanti sampai klang muiz ambil sebab mus takde kete. ayah dia bawak g johor. tu pon setelah berkias-kias dengan muiz. hahahaha

okay tapi setelah tiket dibeli tiba-tiba aku dapat tahu hari sabtu tu sekolah la pulak. hmm.. cancel program hari sabtu. jadi, hari sabtu tu program aku dengan mus adalah masak bersama-sama, bergosip bersama-sama, pergi kedai bersama-sama, jalan-jalan bersama-sama,dengan tengok tv bersama-sama. haa.. korang hade? hahaha. lama kot tak buat macam tu sama-sama. tapi bila berdua, rindu pulak kat nisa. huuu :'(

first time makan burger rebus. ni special resepi dari mus. lepas tu letak ingredient sendiri macam dekat subway tu. hahaha.

okay. nak cerita pasal hari ahad. tapi macam panjang sangatlah pulak. jadinya, to be continue lah. hahahaha.

kbye. assalamualaikum :)


bus stop.

assalamualaikum..

ini kisah apabila aku sampai di muar. kebetulan bas sampai sejam lebih awal dari yang aku jangkakan. sementara menunggu sesiapa yang bertuah datang menjemput, aku duduk sebentar di bus stop berhadapan dengan pejabat pos. ada seorang pakcik duduk disitu. badannya besar dan perutnya buncit. apabila dia senyum, jelas menampakkan giginya yang rongak.

pakcik itu cuba mengajak aku berbual-bual. 10 patah yang dia cerita, 5 patah aje respon aku. maksudnya, dia lagi banyak cakap berbanding aku. hahahahaha. tak lama selepas kami berbual, pakcik tu tanya aku:

pakcik: dik, ada seringgit tak?

-flashback-

aku: kenapa ayah kasi orang tu duit? entah-entah nanti dia beli benda lain. bukannya nak beli makanan.

ayah: dalam rezeki yang Allah kasi kat kita, mungkin ada juga rezeki orang lain di dalamnya. apa salahnya kita berkongsi? lagipun bukan banyak yang dia nak. apa yang berlaku seterusnya samada dia nak beli makanan ke rokok ke apa ke itu urusan dia dengan Allah. bersangka baiklah dengan dia. -senyum-

-realiti-

aku: ni pakcik. ambil lah.
pakcik: dahaga. nak beli air nanti. kaki pakcik ni dah tak boleh jalan jauh.

baru aku perasan, kakinya berbalut dengan kain biru tua. ye, keadaan kaki dia tak berapa baik. lepas tu dia mula bercerita tentang anak-anaknya. ada yang duduk kat shah alam, dan sebagainya. tiba-tiba

aku: pakcik, tu pakcik saya dah sampai. saya pergi dulu ye.
pakcik: haa. yelah.

pakcik aku tak membawa aku pulang ke rumah terus. dia membawa aku pergi ke rumah ibunya yang terletak di bandar muar. sebelum pulang, ada 3 orang memberi aku duit raya. yelah, raya kan belum habis lagi. jumlahnya lebih 10 kali ganda daripada jumlah yang aku beri kepada pakcik di bus stop tadi. alhamdulillah. Allah bayar cash terus kat dunia :)

-dalam rezeki yang kita dapat tu, mungkin ada rezeki untuk orang lain juga-

tamat.


*terasa nak jadi penulis lepas ni. arghh.. kecelaruan identiti. banyak sangat cita-cita.


Friday, August 9, 2013

raya pertama

assalamualaikum..

dulu time raya part yang paling best


  1. balik kampung. tak kisahlah balik johor ke kelantan.
  2. duit raya berkepuk-kepuk
  3. kuih raya especially tart nanas
  4. tengok tv. tak raya pon takpe kalau ngadap tv

dulu, masa raya first aku ngan kazen-kazen aku rajin jugaklah kumpul duit raya. orang belum balik sembahyang raya lagi ktorang dah g rumah cik emon. nak kumpul duit raya. lepas tu kira sape punya duit raya paling banyak. kedekut nak beli barang guna duit raya sebab taknak duit sikit. hahaha. lawak!

then, bangun pagi-pagi sebab nak pakai baju raya baru. sayang nak jejak tanah sebab pakai kasut baru. hee.. budak-budak sangat!

kalau ada rancangan tv yang menarik kat tv, tak g beraya pon takpe. sanggup bersengkang mata sebab nak tengok tv. kan kadang-kadang sume program best kat tv2, tv3, ria ngan prima. so bila iklan je tukar channel lain. hahahaha. 

sekarang..

pagi raya pakai baju lama pon takpe. part wajib, pergi kubur ziarah ayah. tahun ni dah tahun ke 4 aku raya tanpa ayah. hmm.. cepat masa berlalu. maknanya dah 4 tahun aku tak balik beraya kat kelantan. dah 4 syawal aku sambut raya kat johor. dah takde balik kampung dah. sebab aku dah memang dok kat kampung pon. atok pon dah takde kat kelantan. yang ada cuma pakcik, makcik aku je. 

kalau dulu sibuk kumpul duit raya masa awal pagi.. sekarang just makan ngan tido je time raya 1st. jauh bezanya. yelahh, balik keje je dah pukul 1 pagi. penat, letih tak hilang lagi. 

kadang-kadang bila tengok budak kecik rasa macam bahagia je dorang n. tapi dulu time aku jadi budak kecik sibuk nak jadi dewasa. hmm.. manusia ni tak suka bersyukur. bersyukur zahrah. 

okaylah. selamat hari raya semua. maaf zahir batin.

tu je buat masa ni. byebyebye. assalamualaikum :)



muka pagi raya bersama hadeks

Thursday, August 8, 2013

selangor vs johor

twitter..


perghh.. ko jangan terkejut. saloma ngan ahmad jais tu kawan aku kot. aku kawan dgn lagend. hahahahaha



bila kawan aku ajak raya kat rumah dorang..

weyh, sengaja kan! aku jeles tahu tak! huuu.. sedih kot. korang boleh baraan sama-sama. aku kat sini sensorang. nak jugaaakkkk g raya rumah korang. tapi apakan dayaaa.. masa tak akan kembali. hancur musnahlah segalanya.. #eh tenyanyi la pulak. heee

kepada mereka..

firstly, selamat hari raya korang. minta maaf zahir batin. sorry weyh kalau ada terkasar bahasa. aku tahu mulut aku kadang-kadang macam takde insurans walaupun hakikatnya memang takde pon.tahun ni maybe aku tak dapat datang rumah korang. hmm.. tahun lepas dapat raya kat rumah mus, nisa ngan am pun dah bersyukur sangat-sangat. 

secondly, kalau korang rajin, banyak dapat duit raya, ada masa, rindu kat aku, nak jumpa aku, nak lepak ngan aku, nak rasa kuih kat rumah aku, jemput datang rumah weyh. walaupun aku tahu percentage korang nak datang tu hanyalah 0.00000001% je tapi tak salah menjemput kan. kedatangan korang amat aku alu-alukan.

lastly, tahun ni takde kad raya. nak beli tak sempat. nak buat macam dulu-dulu lagilah tak sempat. so, entry ni sebagai ganti kad raya. special ntok korang aku tulis. heee :p akhir kata, takde kad raya takpe. tapi duit raya wajib post weyh. hahahahaha. 

assalamualaikum. byebyebye :D

(terasa macam buat karangan bm+bi la pulak. hehe)


5 scene yang menarik

scene yang menarik sepanjang aku bekerja sebagai seorang penjual kasut.

5

customer: dik, dik.. kasut ni ada tak? kasut ni? kasut ni. (sambil tunjuk 2, 3 pasang kasut)
aku: ada ada (panjat kerus, naik turun tangga, tarik kotak)

at last..

customer: takpelah dik. tengok dulu ye.
aku: astaghfirullahhalazim... -.-*

4

customer: (cakap kat anak dia) adik pilih lah nak kasut mana. mama tak kisah.

bila anak dia pilih..

customer: mama taknak kasut ni. tak cantik, tak tahan, tak murah dan macam-macam tak lagi..

scene ni berakhir dengan anak dia menangis sebab nak kasut tu jugak or kami kena cari kasut yang mak dia nak dia pakai or at last beli jugak kasut yang pertama kali kami amek. -.-*

3

bahagian seliper
customer: haaa.. dik, ni cantik. ni cantik. (sambil selongkar sume seliper nak tengok saiz)
aku: nak cari saiz apa kak?
customer: takpelah dik. anak akak saje je main-main.

seliper terabur kat rak. -.-*

2

customer: kasut ni harga berapa?
aku: rm200++
customer: mahalnya! (sambil berlalu pergi)

yang part ni dulu aku pernah kena marah tiba-tiba dengan customer. perghh.. kasut kulit kot. mana ada barang baik harga murah. plus bukan aku yang tentukan harga tu.

1

customer: dik, cari kasut ni saiz ni dengan kasut ni saiz ni.
aku: ni kak saiznya. saya letak kat kaunter ye.

kedai dah nak tutup. kasut tu still dekat kaunter tapi customer tu hilang entah kemana.

uncle: ni kasut letak balik tempatnya. takde orang mau beli.

bila letak balik kasutnya tiba-tiba.. ada customer masuk. muka macam kenal.

customer: kasut lelaki tadi mana ye? saya lupa nak bayar tadi. dah nak sampai rumah baru teringat.

-pon boleh begitu. hahahahaha-

yang pasti, kesabaran yang tinggi amat diperlukan bila kerja macam ni. dahlah puasa. penat. naik turun tangga pergi amek kasut kat tingkat atas tu berpuluh kali. habis berguguran lemak di badan. terus slim! haaa.. muat baju raya aku nanti. hehe.

okaylah. sebenarnya ada banyak lagi scene yang menarik sebenarnya tapi cukuplah ni je. heee :p
assalamualaikum. byebyebye



Shoutbox