Monday, June 27, 2011

tips untuk jadi comel.

aku comel tak?

C O M E L sangat!!

jangan marah dulu. aku bukan perasan taw. itu kenyataan. hahahaha

bagi aku..

comel tu sama erti dengan TEMBAM!

aku da tembam. sangat tembam.

dalam erti kata yang lain sangat comel!

haha..

nak taw kan cara-cara untuk jadi comel a.k.a tembam..


  1. makan laa banyak-banyak. kalau boleh dalam mulut tu ada makanan 24jam.
  2. lepas makan terus tidur. 
  3. takyah bersenam. duduk je.
  4. bangun lambat tiap-tiap pagi.

hmm, apa lagi ye? 

haha. tu je kot. =]

oke. tu je nak share.

bubbye n assalamualaikum.

cantik tak?

minggu lepas bisnes uncle sangat teruk. customer takde kot. aku da tak taw nak buat apa kat kedai tu. minggu ni baru oke. maybe sebab mereka da dapat gaji kot. huhu :)

hmmm, time tu..

B O S A N GILA!!


kadang-kadang tertidur. tiba-tiba customer masuk. segan kot!! haha

untuk menghilangkan rasa ngatuk tahap gaban aku pon amek majalah ujang yang aku da khatam ntah berapa banyak kali tu. pastu amek kertas. amek pen. then, lukis. hahaha..

lampor gelak vs lampor jerit

gemok pendek vs kurus tinggi

hmm, tengok laa.. cam tak jadi je. haha

abes dakwat pen uncle aku guna. ingat tak kalau beli kasut dalam tu ada kertas? kertas tu laa yang aku guna. sebab tu kertasnya keronyok-keronyok. recycle paper =]

oke. tu je nak share.

bubbye n assalamualaikum.

p/s: i'm not a good painter. jealous dengan my siblings! mereka ada bakat terpendam. haha.. aku tak creative laa. :'[

Saturday, June 25, 2011

cara nak jimat duit.

apa transport yang korang guna?

motor?

kereta?

basikal?

public transport?

hmm, sebenarnya nak cerita pasal minyak petrol la..

aku g keje naek kete. yela kan. balek kan malam. kalau naek moto bahaya. lagipon moto takde. adeq aku bawak g skola. lesen moto pon aku takde. hehe =]

setelah membuat prbandingan antara minyak BHP n PETRONAS, aku dapati kalau guna PETRONAS lagi jimat sikit. kalau guna BHP, isi rm10 pon kadang-kadang meter tak naek. hmm, sabo jela.

aku kan keje kat kedai kasut je. gaji pon ciput. ko da keje. da dapat gaji. nak mintak kat mak lagi ke? tak malu ke? ada duit guna la duit sendiri. betol tak?

oleh kerana gaji tak berapa nak banyak so terpaksa la berjimat cermat sikit.

tapi..

PETRONAS ni jauh sikit ngan umah aku. kalau da kat E tu isi jugak guna BHP. 15 minit dari rumah aku baru jumpa PETRONAS.

tapi takpe la. dekat je ngan tempat keje aku. alang-alang g keje isi minyak sekali. hehe :)

oke. tu je nak share.

bubbye n assalamualaikum.

Friday, June 24, 2011

kalau laa...

pernah tengok cerita 3 idiots?

laskar pelangi?

sang pemimpi?

tahu tak persamaan ketiga-tiga muvie diatas?


  • pasal student yg miskin belajar sampai berjaya
  • keseronokan belajar
  • persahabatan
  • ada selit sikit elemen kekeluargaan dan percintaan
  • ni sume bukan muvie malaysia
dala.. xyah banyak-banyak. haha

oke la. apa kaitan ketiga-tiga muvie tu ngan aku??

sebenarnya aku nak komen sikit pasal muvie-muvie yang malaysia hasilkan. tak dinafikan. TERBAIK KOT!

cuma..

terlalu banyak filem genre aksi yang dihasilakan. bukannya takde nilai-nilai murni dalam filem-filem tu. ada.. 

tapi..

sedar tak budak-budak zaman sekarang  belajar kebanyakan benda melalui mata. kemudian diaplikasikan menggunakan anggota badan.

kl drift
bohsia
impak maksima
kongsi
kl gangster

aku da tengok da filem-filem ni kecuali kl gangster. ni sume filem aksi. ada adegan tumbuk-tumbuk. kalau tak g cinema kat umah pon boleh tengok. astro kan macam-macam ada. aku ni cucu ketiga. maklumlaa.. mak aku anak sulung. so, adeq-adeq aku ngan sepupu-sepupu aku kecik-kecik lagi. yang tak tahannya bila tengok cerita-cerita cm tu diorang ni kadang-kadang aplikasikannya kat aku. 

saket taw!!

takkan aku nak lawan balek kot. budak kecik tuu. t mak aku mara. ngan budak kecik pon takmo ngalah. hmm..

bukan tak boleh hasilkan filem-filem cm tuu. BOLEH. best jugaklaa. antara banyak-banyak tu aku suka kongsi. ada lawak sikit filem tu. 

tapi..

umur-umur dak cm aku ni sesuai laa. dak-dak kecik tak brapa nak sesuai.

apa kata pengarahpengarah kat malaysia ni perbanyakkan filem-filem yang berkisarkan tentang pendidikan. itu lagi bagus. benda-benda yang negatif pon tak banyak sangat ditunjukkan.

hmm, itu hanya pendapat aku. apa yang aku rasa sebagai seorang penonton.

terfikir gak.. 

ntah ada orang kisah ke tak ngan apa yang aku tulis ni. maklumlaa.. blog kecil je. hihi

oke laa.. tu je nak share.

bubbye n assalamualaikum.

Thursday, June 23, 2011

hak pengguna!

badan aku taklaa besa mana. nak kata kecik tak jugak.

tapi..

aku ni lapa memanjang.

nak dipendekkan cerita, aku pon beli laa apa-apa makanan kat JULTA. yela kann.. customer takde. bila bosan + lapar + ngantuk jawapannya makan. hahahaha..

takde laa banyak mana yang aku beli. roti ngan kacang tumbuk je. da lama tak makan kacang tumbuk.dulu masa kecik-kecik slalu beli kt kedai. ni da bertahun-tahun tak makan. terjumpa pulak masa belek-belek makanan kt tempat makanan ringan. harga murah je. rm1.80 je. hmm.. sedap sedap sedap!!

dalam satu pek tu ada 8 bungkus kacang tumbuknya. aku kasi KAK NORA satu, KAK SYIKIN satu dan LISA satu. yang lagi 5 aku punya. hahahahaha.. [perut besar betul]

dah syok-syok makan ni. yela kann.. customer takde. so kejenya melantak jela. da 3 aku makan. tinggal 2 je lagi ni. ni nak makan yang kali ke 4 pulak. tiba-tiba aku nampak something.

'asal cm gerak-gerak je serdak kacang ni.'

mak datok!! ULAT kot! aku da gigit daa kacang tumbuknya. terus aku keluarkan balek. waa.. kenapa ini semua terjadi kepadaku??

rasa cam nak buat aduan rakyat je. tapi nanti orang kata aku ntah apa-apa ntah. ulat sekor pon nak kecoh! kepochi betol.

hey kalian semua, bila ada ulat itu tandanya apa? berlaku pencemaran pada makanan tersebut. nasib baek antibody aku kuat. kalau orang yang antibody dia lemah ntah-ntah dah masuk wat sebab keracunan makanan.

[erk, seriusnya aku ni]

hmm, kalau kamu-kamu semua jadi aku apa yang korang buat?

oke, tu je nak share.

bubbye n assalamualaikum


Friday, June 17, 2011

mari mengundi~


like me please


saya telah join my BFF contest.. minta khidmat like anda..

step 1 : like eight design >> http://www.facebook.com/eightdesigns

step 2 : like my pic BFF >> http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150192637325808&set=at.10150192591695808.303732.130763970807.1444877270&type=1&theater

step 3 : sebarkan..
thanx for ur liking.. so appriceated

Wednesday, June 15, 2011

bila da keje apa yang paling orang suka??

mestilaa time gaji. hehe =)

td dapat gaji. suka suka suka >.<

tapi tak banyak. yela keje baru 18 hari pastu da cuti 2 minggu. hahahaha. c wa [anak uncle yg comel dan baik] kata cm daa lama je aku keje kat situ. hehe

oke laa. cakap pasal keje ni tadi kami-kami semua mangadakan mesyuarat kasut kat kedai.

nape namanya mesyuarat kasut?

sebab wat mesyuarat kat depan kasut. hahaha

tapi..
ktowg tak bincang pasal kasut pon. ktowg bincang pasal pekerja. hmm, tak cukup orang laa. WANI n JIHA takde daa. maklum laa.. da masuk matrix kann. KMJ pulak tuu. amek course accounting lagi. sama ngan aku. hehe =p

KAK NORA  da bising-bising kat C WA kenapa tak amek Y. Y ni dulu pena keje kt situ. tapi C WA tak suka dia sebab masalah disiplin. yela kann. chinese sangat menjaga masa. KAK NORA bising bukan apa. da nak puasa tak lama lagi. takde orang nak jaga kedai nanti. setakat 3 orang ni je memang tak cukup tangan laa. KAK NORA kata tahun lepas 6 orang pon kelam-kabut daa kedainya. dia nak tahun ni sekurang-kurangnya ada 8 orang jaga kedai.

mak'aih! ramainya..

tiba-tiba terbuka cerita bahawa masa bulan puasa kedai tuu biasanya tutup pukul 12 malam.

mak datok! gila apa?

terkejut aku! 12 malam.

aku perempuan kot. naseb baek aku tak naek moto g keje. kalau tak..

ish! takot gila!

jalan sunyi. gelap. takde lampu jalan. tepi semak-semak. takut takut takut.

tapi..

gaji double. kalau keje penuh boleh dapat rm1000. [bagi budak kecik macam aku, rm1000 tu dikira banyak oke.]

rasanya nanti puasa aku keje jugak kot. walaupun penat.. takpe laa. nak cari duit lebih sikit. yela kann.. da nak masuk u. banyak duit kene guna.

oke laa. tu je nak share.

bubbye n assalamualaikum.

Tuesday, June 14, 2011

patut atau tidak?

ni cerita masa aku balek klate aritu.cerita kat wakaf che yeh (tak abes-abes cite dia ni.)

oke laa. nak mula ni..

sedang aku belek-belek baju kt situ, aku tgk xde laa beza sangat ngan harga yang dijual kat kedai biasa. bukan kedai branded taw. tapi yang penting bajunya mesti cantek dan menutup aurat kann. ada apa dengan jenama?? betul tak??


aku tengok je baju tuu. bukan nak beli pon. gaji pon tak dapat lagi kann. takkan nak mintak duit mak. malu kot. daa besa [besa laa sangat =p]. 

tapi aku bukan nak cerita pasal baju ke apa.. 

aku nak cerita pasal pengemis. (cam kasar je bunyinya.)

oke. sambung balek. tiba-tiba ada seorang mencuit aku dari belakang.rupa-rupanya seorang budak kecil. lelaki. berdasarkan susuk tubuhnya umurnya mungkin dalam lingkungan 5-7 tahun. dia menghulurkan aku sticker ayat seribu dinar. 

"eh,kenapa kasi akak ni? ni bukan akak punya."

budak itu dia sambil tangannya terus menghulurkan sticker itu kepada aku. aku pon ambil jela.

tiba-tiba, datang 2 orang budak perempuan. badannya lebih besar dari budak lelaki tadi. aku kira umurnya diantara 10-13 tahun. dia menuturkan sesuatu yang aku tidak fahami. sepupu aku yang tinggal kat kelantan ni pon tak faham apa yang dia kata. tapi, aku rasa mereka meminta duit padaku. memandangkan aku belum dapat gaji, aku tengok kat dalam purse aku ada sehelai je duit kertas. besar pulak tu. duit syiling ada berapa sen je. macam mana ni? keadaan kelam-kabut sikit sebab salah seorang budak perempuan itu tidak berhenti-henti menuturkan sesuatu yang aku tidak fahami apa maksudnya.  kakak dan spupu aku pon takda duit kecil. maklumla, masing-masing baru mengeluarkan duit dari bank. itu pon tak banyak. tak terlintas difikiran aku untuk menukar duit tersebut dengan peniaga lain disekitar itu. budak perempuan itu sudah merengus tanda marah sebab apa yang diperkatakan tidak difahami. aku pula simpulkan budak tu cakap "seikhlas hati." [sesuka je.] aku pon kasi jela duit syiling tuu. 

tapi..

tiba-tiba..

budak perempuan itu berkata 3 ya [3 ringgit] sambil tangannya menunjuk ke arah sticker ayat seribu dinar ditanganku.

"owh,ambil la. akak da ada banyak kat rumah."

lepas itu budak-budak terus pergi.

sepupu aku kata mereka tu budak-budak sindiket. wang yang mereka perolehi bukan dinikmati oleh mereka tetapi pihak lain yang berhati binatang! ct [sepupu] cakap lain kali jangan kasi mereka duit. mereka tu budak myanmar.

tapi..

kesian...

iklan jap


penatlaa wat karangan bm baku ni. da lme tak practice. dulu time essay je aku ske wat karangan cerita. oke. skang nak gne tulisan pasar blek. hehe 


oke, iklan tamat.


ada orang cakap,

"ala, takyah laa kc dwet. kc laa makanan kat budak-budak tuu."

hello!! kau ingat ni sinetron ke??

dowg tuu taw pilih tempat yg strategik laa.  datang kat owg yg dok jauh sket dr tmpat makanan.

owg kata,

"nak seribu daya, taknak seribu dalih."

cuba kowg berhadapan sendiri ngan mereka. aku rasa mereka diajar ntok wat owg gelabah la.. kalau aku ada dwet kecik da lme aku kc. yela.. takot pon ada. ngan tak pahamnya ag. kene kerumun. 3 vs 3. hehe.

kalau kowg jd aku kowg kc ke?? 

kasi dwet tapi bukan ntok dowg. ntok owg laen yg normal tapi malas cr keje!! nak kutip dwet owg laen je tapi gne owg laen yg tak berdosa.

tuu bru tgk kt KB. lom KL, JB, Penang n tempat-tempat laen. kat KL aku rasa yang paleng trok kot. yela.. pusat bandar laa katakan. kat KB tuu kat luar bangunan siap tulis dilarang memberi wang kepada pengemis. 

hmm, macam ditelan mati mak diluah mati bapak je.

renung-renung kan la ye.

oke. tu je nak share.

bubbye n assalamualaikum.

Sunday, June 12, 2011

lawak laa budak kecik ni

budak kecik mana??





adeq aku laa. anas.6 tahun. darjah 1.sk gersik.johor. DOB 1.1.05.

hahaha. aku ajar dia baca. alaa, malas nak beli buku. so on9 jela.

baca cerita tentang tikus dan singa.

huruf 'b' disebut 'd'
'binatang disebut 'bentang'

dia eja lubang cmni:

l.u "lu" d.a.n.g "dang" = lubang.

ntah cmne ntah ludang yg dieja lubang pulak sebutannya. hahaha.

budak kecik kan cepat bosan. baru baca siki dia cakap,

"jom la tgk citer tu. baca tak besh la."

sesuka dia je. aku cakap,

"mana bole. ni kene baca je."

kalau tgk astro pon asek dialehkan je suaranya. dr bi ke bm. ish,cmne nak aja dia bi ni?

teringat dulu aku tak suka bi. masa sekolah rendah. pastu ayah paksa aku cakap cmni,

"cuba cakap saya suka english."

aku melalak cakap,

"taknak. kita tak suka, tak suka, tak suka laaa."

then ayah cakap,

"ayah tak mara pon. jangan la nanges."

aku.budak ciwek.tak suka kene paksa.

hahaha..

teringat..

ayah seorang yang sabar. ajar ktowg slow-slow. kalau ngadu susah laa blaja t ayah cakap mana ada benda yang senang kalau malas. makan pon susah.

kadang-kadang bila nak ngadu je mesti tak jadi. daa taw daa ayah nak cakap apa. hahaha

kesian dak kecik ni. ayah takde nak aja dowg cm ayah aja ktowg. so,jadi tanggungjawab ktowg la aja dak-dak kecik ni.

tapi aku ni garang. kadang-kadang dowg takot ngan aku. hahahaha. akak muka garang tapi hati baek.

ntahlaa. sape tak kenal aku mybe cakap aku sombong. muka tak reti senyum. hahahaha

oke la.

tuu je nak share.

bubbye n assalamualaikum

da tua pon kene lagi ke??

saket gigi. tolong~

huhuhu. bengkak daa. cuba bayangkan kowg drive 12jam ngan gigi saket. haru kot. sangat tension!! asek nak naek angin je. kete bederet pon aku mara. ni sume sebab saket gigi. huhuhu.

sok keje. cakap pon da pelat 's' da ni. sedey tol. sok kene jadi pendiam sket. da tak ley tnye customer banyak-banyak. huhu.

nak makan pon saket. harini aku tak lunch. tak boleh makan nasi.

tak suka saket gigi =.=*

johor-pahang-terengganu-kelantan

cuti sekolah kann.. so,balek kg la.. woohooo

hohoho balek kg..
hohoho balek kg..
hati riang.

da 3 thn aku tak balek klate. last balek masa raya puasa 3 thn lps la. masa tuu ayah ada lagi. sedey pulak balek sana ayah takde.

kali ni tak semua balek. mak,akak n adeq aku 2 owg yg paling kecik tu je ikot balek kg. motif? ala,saje je nk lawat family kt sne. n ada urusan yg kene diselesaikan secepat mungkin. tak ley wat kt tempat laen. kene wat kt kelantan je. leceh kot. saba jela nk uruskan bende tuu.

bende apa??

secret. haha =]

aku jd driver sepenuh masa. 12jam tu journey from johor to kelantan. s0o0o0o0 tired. tu pon x benti lama-lama taw. just benti untuk isi minyak,solat n makan je.

akibatnya..

selepas 8 jam drive kaki aku nak cramp. gler kot. aku ingat nak benti rehat kt masjid terapung. tapi ntah cmne ntah  ley terlajak. so, troskan jela. huhuhu~

kan aku cakap aku balek kelantan sebab nak uruskan satu urusan ni kann. alhamdulillah satu hari je masa yg diperlukan nak selesaikan masalah tuu. 5 bulan pasni kene kelik (balik) klate semula. nak masuk court lak. hehe. saya bukan penjenayah oke. saje je nak lawat mahkamah kt sana. hehe

pas abes je urusan tuu, malam tuu ktowg g wakaf che yeh. waaa, rindu kot. last g ngan ayah dulu. masa last time aku balek klate la. time raya. ramai owg kot time tuu. kol 11 mlm g pastu balek kol 4 pagi sebab ayah lupa tututp lampu kete. pastu kete xley hidup laa. hahahaha. haru kot. naseb baek ada abang yang baek hati tolong ktowg time tuu. and cuba teka apa aku jumpa masa aku g wakaf che yeh hari tu?? i saw that abang again. teringat balek kot time tuu. abang tuu sanggup tolong ktowg walaupon tak kenal ktowg. terharu.. sampai mati aku tak kann lupa abang tuu.

balek hari rabu. uruskan benda alah tuu hari khamis. ingatkan jumaat nak g jalan-jalan tapi.. kete kene paku. naseb baik perasan masa g umah maksu. patutlaa rasa laen macam je. tak dapat aku g jalan-jalan kt sempadan thailand. huhu. ada hikmat di sebalik kejadian.

tapi..

aku g jalan-jalan kt pantai irama,bachok. ct (sepupu) cakap tulaa satu-satunya pantai yang boleh mandi kat sana. yela kann. ombak kat pantai timur kann besar. angin pon kuat. kalau badan ringan bole melayang-layang. hahahaha :)

oke la..

berbalek kepada tayar kete yg kene paku tuu.. aku memang da glabah. for ur information, kt klate sume kedai tutup hari jumaat. haru, haru bertambah haru. aku nak balek ni hari sabtu. kalau bertolak lambat t sampai lambat. tayar spare lak rosak. tayar baru tuu. hmm, cmne ni??

ayahsu kata tampal tayar tuu dulu.

tapi..

bole ke? ni first time aku dgr tampal tayar kete. =="

tampal jela. tapi pas tampal tuu aku tgk tayarnya makin kempes. so, aku amek keputusan ntok tukar jela tayar tu. esoknya aku ngan mat (sepupu) gla kok lanas tukar tayar kete tuu. 1 tayar rm200. xyahlaa aku cter bape aku kene bayar kt bengkel tuu. ayahsu kata kalau tuka kt wakaf che yeh boleh dpt rm180 atau lagi murah. tapi nak wat cmne.. aku da bayar pon. hmm =.=

macam-macam yang berlaku. mula-mula mak suruh balek sana naek bas je. xpon train. tapi aku taknak cz rasa cm menyusahkan owg je. mak cakap,

"awak tuu perempuan. kalau kete rosak ke tayar pancit ke cmne?"

kann betol. da berlaku pon.

moral of the story, dgrlaa ckp mak laen kali. hehe.

oke tu jela entry ntok kali ni.

bubbye n assalamualaikum.

cuci mata

















Saturday, June 11, 2011

like me please =]

aku baru je balek dr klate. smpai umah tros on9. pale da pening-pening ni yela, drive sowg-sowg. 12jam tuu. ni on9 ponn sbb nk promote diri sendiri. hahahaha. korang tolonglaa like pic aku ni. ingt tak aritu aku ckp aku join satu contest ni. haa. ni laa contestnya. like ye. hehe =]

click di sini

Monday, June 6, 2011

bermimpilah setinggi-tingginya

ayah pernah kata,

"dari mimpi itulah terciptanya kenyataan."

dulu, bila ayah kata nak sambung belajar lagi mak kata,

"berangan je awak ni."

tapi ayah buktikan.

dulu bila kereta avanza baru keluar ayah kata suatu hari nanti ayah akan beli kereta tu. mak kata,

"berangan je awak ni."

tapi ayah buktikan.

dari mimpi itulah segalanya bermula.

dulu, masa UPSR ayah pernah tanya..

ayah: nanti nak berapa a ?
aku: at least 4.
ayah: kenapa sikit sangat?
aku: macam boleh je dpt 5a.
ayah: kita mestilah letak target yg tinggi dlm hidup kita supaya kita akan dapat yg terbaik.

aku selalu rasa rendah diri. aku selalu rasa aku bodoh. ramai lagi orang di sekeliling aku yg pandai. aku tak pandai cm mereka. terasa diri ni kecik je. aku selalu fikir siapalah aku di mata cikgu. kalau aku tak ada pun cikgu tak perasan.

hal ini berlanjutan sehingga aku masuk ke sekolah menengah. perasaan rendah diri itu makin menebal.

tapi..

ayah selalu ada mendorong aku. meniup kata-kata semangat. dia kata,

"jadilah yg terbaik diantara yg baik."
"kenapa kita hendak berputus asa sedangkan harapan masih ada?"
"selagi ada waktu segalanya mungkin terjadi."
"jangan fikir apa orang lain kata. bayangkan ada tembok besar disebelah kau dan kau tak mendengar apa yang mereka katakan."

sekarang, aku faham apa maksud ayah. allah menjadikan manusia itu istimewa. dikurniakan akal untuk menilai mana baik dan mana buruk. semua manusia adalah sama kerana allah itu maha adil. bagi aku tiada istilah ada orang pandai dan ada orang bodoh. semuanya sama.

bila orang pandang kita jangan fikir dia pandang kerana kita pelik tapi fikirlah dia pandang kerana kita HEBAT!


jangan pernah berasa kecil kerana itu hanya akan mematahkan semangat kita untuk terus melangkah ke hadapan. yakinlah dengan diri sendiri. dengan itu barulah kita dapat mencapai mimpi. berusaha dan yg paling penting berdoa kepada yg maha esa. sesungguhnya dia maha mendengar.

bermimpilah setinggi-tingginya kerana tidak mustahil kita dapat mencapainya.


"mimpi adalah kunci, untuk kita menaklukkan dunia berlarilah tanpa lelah sampai engkau meraihnya. Menarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindah surga bersyukurlah pada yang kuasa cinta kita di dunia" -laskar pelangi-


Shoutbox