Tuesday, August 27, 2013

raya jauh: episod 1

assalamualaikum.

lepak tanpa nisa, rasa macam something missing. dulu kita berempat. lepas tyka kahwin, kita memang bertiga. bila aku takde, memang korang berdua dan aku sensorang kat sini.

mus ajak beraya rumah cikgu-cikgu sekolah. okay. dia dah ajak. aku on jela. takde bende nak buat kat rumah + aku bosan gila sebab takde kawan kat sini.

tapi..

hari jumaat petang, rumah aku ada marhaban perempuan. petang baru siap. bas petang paling lewat pukul 3.45 petang. macam tak sempat je nak naik.

hari sabtu mus kata nak pergi beraya rumah cikgu-cikgu.

hari ahad, beraya rumah kawan-kawan pulak.

hmm.. setelah berbincang dengan mus depan kaunter bas tu, aku decide beli tiket bas pukul 9.45 malam. nanti sampai klang muiz ambil sebab mus takde kete. ayah dia bawak g johor. tu pon setelah berkias-kias dengan muiz. hahahaha

okay tapi setelah tiket dibeli tiba-tiba aku dapat tahu hari sabtu tu sekolah la pulak. hmm.. cancel program hari sabtu. jadi, hari sabtu tu program aku dengan mus adalah masak bersama-sama, bergosip bersama-sama, pergi kedai bersama-sama, jalan-jalan bersama-sama,dengan tengok tv bersama-sama. haa.. korang hade? hahaha. lama kot tak buat macam tu sama-sama. tapi bila berdua, rindu pulak kat nisa. huuu :'(

first time makan burger rebus. ni special resepi dari mus. lepas tu letak ingredient sendiri macam dekat subway tu. hahaha.

okay. nak cerita pasal hari ahad. tapi macam panjang sangatlah pulak. jadinya, to be continue lah. hahahaha.

kbye. assalamualaikum :)



Shoutbox