Saturday, December 31, 2011

pertandingan blog tercantik

hmm, blog aku biasa-biasa je. tapi terasa nak mencuba nasib. hehe. ada siapa-siapa nak join sekali tak? jom lah. kalau nak join klik kat pic kat ni ae.


kat sini saya nak tag insan-insan bertuah iaitu:


2011

apa je yang dah berlaku tahun ni?


  • habis matrix.
terasa macam dah lama je habis matrix ni. baru tahun ni rupanya. matrix, tempat yang penuh dengan air mata. dan gelak ketawa. macam-macam dugaan yang kita lalui bersama kan my roomates. dan yang pastinya muvie dan games adalah ubat yang paling mujarab bila habis jawab paper. walaupun tak habis exam lagi. haha. konon-konon tak nak fikir la pasal paper yang dah jawab tu. kat sini jugaklah belajar main tenis dengan kuzahier n squash dengan bukhari. 

to bukhari,
'weyh, roomate ko yang main sama-sama dengan kita tu satu U dengan aku.'

  • kerja

sepanjang 4 bulan aku cuti tu aku kerja kat kedai kasut. teringat masa mula-mula kerja dulu. mimpi kasut hampir tiap malam. fobia kot dengan kasut sebab kena lap semuanaya. hahaha. hmm, masa puasa pon still kerja lagi. yang paling best dapat kasut murah kalau beli dekat kedai tu.


  • masuk UPM
ingat lagi masa tu tengah lap kasut. punyalah sms MOHE sebab berdebar-debar dapat U mana. wahh, bila tahu dapat UPM terus senyum lebar. rasa macam nak gelak kuat-kuat sebab happy sangat. lepas tu sebok msg kawan tanya dapat mana. masa tu tak tahu lagi dapat course apa sebab dia tulis code course je. tapi hati dah agak dah dapat kaunseling. seronok bila hasya pon dapat U yang sama. mus pon. masa call mus tanya dia, aku terus menjerit sebab kitorang dapat UPM. tertunai jugakla hasrat mus nak sama U ngan aku.

kalau nak cerita semua memang tak habis. macam-macam berlaku. yang pastinya apa yang berlaku mesti ada hikmahnya. walaupun kadang-kadang rasa tak larat je nak hadapi dugaan yang datang tapi ALLAH dah pilih aku untuk melaluinya. I AM THE CHOSEN ONE :)

Friday, December 30, 2011

i miss uolss

ingat tak aku pernah hasut korang tukar kelas acc bila rasa macam bengapnya la belajar kat kelas sains. tapi sebab kita sayangkan cikgu norizan tak jadi. bio best kan time tu. bedah-bedah katak. i loike! haha.

ingat tak ramai yang anti aku sebab aku hasut korang tukar sekolah. wahh, rasa masa tu cam berjaya je plan nak tukar sekolah tu.

tapi ada macam-macam sebab kenapa kita tak jadi buat semua tu. salah satunya ayah aku la.

oleh kerana dia kaunselor, mestilah aku minta pendapat dia. dan jawapan dia tidak.

so, dengan semangat untuk buktikan melayu boleh, kita pun belajar dengan.. erkk, hard ke? boleh la jugak. tuisyen tak tinggal. hehe. sape lambat akan berderinglah telefon korang. best tak dengar suara aku yang merdu tu? haha. study group kat library. perpustakaan awam tu dah jadi port febret kita kan. kalau tak tahu buat addmaths memang siaplah am. aku msg n call dia sampailah siap semuanya. tu semua gara-gara takut dengan THP. kalau tak kita mesti datang awal-awal n tiru jawapan budak cina. ingat tak lagi kita terketar-ketar nak jumpa THP tanya soalan addmaths. tak siap buat addmaths kena denda berdiri dekat tapak perhimpunan. buat sampai siap. owhh, sungguh sadis bila atikah tak datang dan kepala aku je yang berwarna putih. malu siot! bila nampak ayah aku lalu mesti rasa macam nak nyorok. segannya! bila mus ngan nisa taknak pergi tuisyen bm dan sejarah, aku sanggup pergi rumah dowg. kita naik motr bertiga. hahaha. bestkan. bila nak balik segan gila.

bila melayu jadi minoriti, kita kuat bersatu. sebab kita nak tunjukkan kita boleh. betul tak?

aku jumpa video ni kat youtube. rasa dulu dah pernah tengok.




time ni tengah nak dekat spm kan. nampaklah am ngan paan n muiz rajin. haha. aku rindu kat korang. rindu kat tyka yang dah lama tak dengar kabo. dah jadi bini orang pon dia. hahaha. teringat macam mana kita menentang sekeras-kerasnya hubungan dia ngan pakwe dia dulu [skang dah jadi suami dia da pon].

'tyka, nanti kat U jumpa orang yang lagi bagus la'


tapi..


kalau dah jodoh tak ke mana. hmm, sekarang boleh jumpa mus je. hengout dengan dia. lepas ni am study kat shah alam. boleh la hengout bertiga pulak. :)

*manusia sentiasa rindu akan benda yang dah lepas. ke aku je yang rasa macam tu?

Wednesday, December 28, 2011

exam fever

owhh, exam.. bila nak exam ni akan muncul la satu perasaan --> M.A.L.A.S



studylah sebab kamu nak belajar. bukan study sebab exam.


*rindu dekat roomates kat matrix. mereka sangatlah rajin study. pastu aku hasut janganlah study. kang stress. hohoho. miss hasya, jom g jalan-jalan pusing UPM nak?

Sunday, December 25, 2011

o.s.e.m

semalaman tengok video osem. tu pon tak abes tengok lagi. mesti korang tertanya-tanya osem tu apa? adakah sama dengan perkataan awesome yang bermaksud mengagumkan?

o.s.e.m --> ordinary.student.extra-oordinary.muslim

atau

o.s.e.m --> ordinary.self.extra-ordinary.muslim

kalau student bolehlah pilih yang nombor satu tu. tapi kalau secara umum pilihlah yang nombor dua tu. hehe :)

mesti lagi tak fahamkan..

apasal aku asyik sebut osem je. kat fb pun sibuk osem. okelah. mai singgah blog inche gabbana ni. tuan punya blog angel pakai gucci. siyes osem. tapi ada amaran daripada inche gabbana sebelum korang baca blog dia.

[AMARAN: Belog ini tidak sesuai untuk para pembaca yang alerjik dengan perkataan-perkataan seperti dakwah, usrah, tarbiyyah, bulatan gembira, konferens riang dan yang sewaktu dengannya! Pihak berwajib sama sekali tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kes sawan atau gatal-gatal kulit selepas membaca belog ini sekian terima kasih.]  


dia ada buat satu contest --> pertandingan video osem APG'11 [APG stands for Angel Pakai Gucci]

ada satu video ni yang best sangat. ya allah.. aku nangis kot tgk video ni.




best friend till jannah. ada sape-sape nak ajak aku masuk jannah sama-sama tak? tolong.. aku takut hanyut :\

tolong pimpin aku ke jannah..

*ada banyak vid yang osem. SUMPAH OSEM! try la tgk kat youtube. takpon tgk kat blog inche gabbana. kat situ ada link :)

Saturday, December 24, 2011

bimbingan dan kaunseling. FIRST YEAR

aku suka sangat amek pic. candid la yang pastinya. baru best. haha. sebenarnya banyak sangat pic candid yang aku amek. tapi fon aku kena virus aritu. so, sume pic da ilang. rugi betol. hmm, ni je yang aku ada. enjoy~


PHILOSOPHY CLASS


our beloved lecturer
dr halimatun halaliah mokhtar :)


dr with us


cake time


posing time :)


classmates :)


jejaka HOT


SWEET lady


couples :)


AGRICULTURE CLASS


suasanaedaran


wah, study hard na..


gambar berangkai


presentation





*banyak lagi pic nya ni. tapi tak larat la nak edit. hohoho

Friday, December 23, 2011

pakcik bikin cuak la

bas pukul 6. klas abes pukul 5. ohh, mana sempat ni. oke. 4.30 cabut la. hehe. dala last kuliah. hmm, sory prof. laen kali tak buat lagi sbb da xde da klas tu. hahahaha

oke la. berbalik kepada tajuk di atas. apa yang aku nak ceritakan sebenarnya pasal pakcik driver bas tu. sebenarnya aku nak balek pukul 8. malas nak kelam-kelibut ni. tapi tiket bas dah abes. so, aku pon amek jela tiket pukul 6. bas td tak penuh pon. ada banyak seat kosong. 

oke. pendahuluan terover panjang.

hah, yang ni baru nak masuk isi..

bila sampai kat seremban, pakcik driver bas ni call someone. dia cakap macam ni,

'saya rasa bas ni rosak la. macam ada bunyi pelik sikit. saya bawak slow je ni. ada bas spare x?'

ya Allah! aku rasa semua orang kat situ terkejut. mau tak nya. pakcik tu cakap kuat kot. aku yang nak tertido ni pon terus tak jadi tido. kalaula bas ni benti kat tepi jalan abes basah kuyup la kitowg. kalau pakcik tu tros je takot accident pulak. masa tu da fikir wasiat dah. dah terbayang keadaan bas yang remuk-redam macam kat paper tu. kalau aku mati macam mana ni. dosa banyak ni. janganlah accident. ishh, macam mana ni.. 

dalam hati tak putus-putus zikir. masa tu la baru nak ingat Allah. nasib baik Allah berminat lagi nak sambung nyawa aku. alhamdulillah selamat sampai. ishh, memang cuak la naik public transport ni. maklumlaa, aku kan tak biasa naik public transport ni. biasanya ayah aku yang hantr pergi mana-mana. hehe.. baru la best ada pengalaman kan.

*kesian kepada kawan-kawan aku yang lain sebab bas delay. sabar ae. hujan kan. nak buat macam mana :)

sem 1 --> UPM

tak sangka cepat masa berlalu. dah nak abes sem 1 dah.maknanya dah 4 bulan aku bertapa kat UPM ni. dan selama 4 bulan tu macam-macam berlaku. dengan konflik jiwanya.. hmm, seriously sometimes aku rasa macam aku tak layak masuk kaunseling. aku rasa aku adalah seorang yang teruk. ohh, macam mana nak kaunseling orang kalau diri sendiri teruk? rasa macam nak tukar course. tak pon berhenti terus.

my mom said:

'ara oke x? kalau boleh tukar maths tukar la.'

padahal dialah orang yang paling happy bila aku dapat course ni. dia happy sampai dia nangis. sebab ada jugak anak ayah yang sambung apa yang ayah buat.

then aku fikir.. kenapa aku tak terbuka? counselling is interesting course. best gila course ni sebenarnya. cubalah enjoy. takpe la tak ada maths. tak ada nombor. dah lama sangat ko guna otak kiri tu. guna la pulak otak kanan tu. kenapa aku tak tolerate ngan mak? mak suka sangat. kalau kita buat apa yang orang tua kita suka, insyaallha kita akan dapat keredhaan Allah tu. :)

sebenarnya aku suka je course yang aku amek sekarang ni. cuma aku tak tahan bila aku teringat kat ayah. matlamat aku sebelum ayah aku pergi.


  • masuk matrix setahun
  • amek course kaunseling kat UPSI (sebab ayah aku budak UPSI)
  • minta ayah ajar sume pasal kaunseling. 
  • kalau ada assignment tiru je ayah punya assignment dulu. (aku kan nak masuk UPSI. mesti soalan lebih kurang sama je ngan batch ayah dulu)
  • ayah nak amek Ph.D. aku degree. nanti boleh belajar sama-sama
  • graduate nanti boleh la buka klinik kaunseling ngan ayah
  • nanti ayah boleh ajar cara nak kasi talk
  • yang pasti ayah boleh tolong aku bila aku ada masalah.

tapi..

ayah dah tak ada. sebab tu aku rasa aku tak larat amek kaunseling. impian aku hancur. aku dah tak ada matlamat. itulah yang terjadi bila manusia bergantung pada benda yang hidup.

bukan senang nak bangun. susah sangat. tapi sampai bila nak terduduk dan tanya kenapa aku yang kena hadapi semua ni. bukan orang lain.

ye, hidup kena diteruskan.  aku kena matang. nampaklah egocentrism tu ada. hmm, aku remaja lagi rupanya. tak matang lagi.

aku cuba sesuaikan diri dengan keadaan. oleh kerana aku rasa aku ni difficult child masa kecik-kecik dulu, jadi aku memang amek masa nak sesuaikan diri. biasanya antara 3-6 bulan baru aku oke. 

tahun depan dah start final exam. ko jangan ingat tahun depan tu lama lagi. tinggal 2 minggu je dari sekarang. aku harap aku boleh score. sebab aku tak larat nak bayar duit PTPTN. aku nak scholarship. hmm, minta-minta KPM buka scholarship untuk budak kaunseling. aku harap sangat! 

wish me luck friend :)

  

Wednesday, December 21, 2011

messege..

hmm.. aku baca blog aiman azlan tadi. pasal sms.

cerita pasal murahnya nk buat dosa. hanya 0.5 sen. tak sampai 1 sen pon. aku bukan la baik sangat. cuma terfikir, boleh ke kita ni sms dengan lelaki yang bukan muhrim? kalau benda tu penting tak pe la kot (agaknya). tapi kalau saje-saje macam mana?

mak aku selalu cakap,

'hukum tetap hukum'

sekali lagi aku cakap, aku hanyalah insan biasa. tak baik mana pon. banyak sangat dosa yang aku buat tiap-tiap hari. cuma, renung-renungkan lah bersama. sekadar untuk peringatan buat diri sendiri juga :)

Saturday, December 10, 2011

pejamkan mata dan melangkahlah..

semua orang ada impian, ada harapan. tapi.. tercapai ke impian dan harapan kita tu? kadang-kala, dengan sedikit keberanian itu segala impian kita akan tercapai. hmm, kita berhak untuk berjaya. pedulikan apa yang orang lain cakap. genggam tangan kau dan berlarilah mengejar sebelum segalanya terlambat.

Shoutbox