Monday, September 27, 2010

macam betul~

oleh kerana aku balik hujung minggu hari tu,so aku tak buat tutorial. hehe..
dipendekkan cerita,malam tu tak de la bertungkus-lumus sangta buat semua homework tu. bila dah ngantuk tido jela. tak tahu la terlelap pukul berapa. yang pasti pukul 4 aku bangun siapkan semua homework tu.

lepas solat subuh aku buka homework ekonomi. tiba-tiba aku tertidur.

aku bermimpi. tapi mimpi ni x mcmmimpi. aku jumpa lagi dengan ayah. dalam mimpi tu sume adik-beradik aku ada. mak pun ada. mereka kata ayah tak meninggal lagi. terduduk aku. apa makna semua ni? takkan aku lupa bagaimana sakaratul maut datang menjemput ayah. aku disisinya membisikkan kalimah allah ketika kami dalam perjalanan ke hospital. aku yang berjumpa doktor ketika pastu dan doktor tu sendiri yg gtaw aku yang ayah dah tak ada.tapi sekarang kenapa dorng kte ayah tak meninggal lagi? dorng kte ayah hanya berpura-pura meninggal untuk menguji sejauh mana keadaan aku.

dan aku terjaga selepas itu. apa maksud mimpi ni? ya allah,beri aku kekuatan. aku tak kuat nak hadapi semua ni. aku hanya insan yang lemah. tolong bantu aku ya allah.

ayah,i muss u very much. life without u is really hard. i'm so tired!

zahrah,ad org lagi susah berbanding kamu. bersyukurlah. sekurang-kurangnya kamu masih ad mak. dun cry n read the book now. PSPM around a corner..

Monday, September 13, 2010

tutorial vs raya~

which 1 i choose? rayalaa~ haha.. tutorial lom siap. arini balik. abesla mlm ni xtido siapkn sume tutorial tu..huuu~ haru sungguh!!
smlm for da first in my life ak g mah sedara ak kt kota tinggi. ingtkn sedara ak belah mak ak ni kt area muar je. rupanye tidak. so,ak xwat hmwork. haha.. g pg balek mlm. mne smpat nk wat sume tutorial tu. penat 0oo0.. sbnrnye ak diberi pilihan smada nk ikot ke x. oleh sebab ak ni x ske kne tinggal so ak ikotla. agpon ble ag nk knal sedara. tol x?
nk taw x?? ak sbnrnye g mah nyai sedara ak kt felda air tawar 3,kota tinggi. means adeq nyai ak la. (nyai tu nenek dlm bhs jawa). ak masuk je mah tu tibe-tibe.... jeng jeng jeng.. ak jd artis. haha.. cucu nyai tu a.k.a 2 pupu ak tnpa segan silu menangkap gmba ak. bkn ak sowg jela. sume family ak dowg tangkp gmbarnye. malu seyh~ segan sungguh ak dwatnye. nk mkn pon x senang. klu 1 camera je xpela gak. ni sekali 2 buah camera. agaknye dye bru beli kowt. dye pk dye sowg je kowt yg ad camera cm dlm cte adamaya tu. ak pon ad la. cme x bawak je. sbnrnye bkn ak pnye. abg ak yg pnye. hehe. xley blah sungguh mereka yg mengambil gmbar itu. huh~ xpela. nseb baek jmpe setahun skali je. kalau jmpe slalu xtawla ak nk ckp pe~
konklusinye,ak xwat tutorial. kpd sume lecture yg mengajar sy. sory,hmwork x siap. di hari raya yg mulia ni marila kita bermaaf-maafan. haha..
(sy jnji sy akan siapkn sblm tarikh hntarnye klu smpat)
okey la. adios. bubbye~

Tuesday, September 7, 2010

i'm back~

huh..penatnyer. sggh jauh pjalanan ak dr kmj ke umah. JAUH SANGAT!!~ hahaha.. stengah jam je da smpai. kpd dak2 yg balek naek bas 2 jgn jeles ad owg amek ak td xpecially kpd my roomate: ika,syakira,anne n syaza(roomate ke? boleyla..layan. hahaha). syaza,jgn mara.. tp kn ak bkn balek mah ak. ak kt mah nenek ak ni. sok bru balek mah sndiri cz td pakcik ak yg amek. maklumla,ayah da xde. hehe
1 2 3 4 5 6 7.. akhirnye cukup gak. sume anak mak balek. yeah~ tp ktowg kurang sorangla. ayah xde la plak. eh,x.. sbnrnye ayah ad je. cme ktowg je yg xnmpak. ssh tol ktowg 7 beradik nk kumpul sme2. yg paling ssh nk jmpe mstlah kakak ak yg kt sarawak 2 n adq ak yg kt perak 2. last time ktowg sume kumpul sme2 mse ayah ak meninggal ari2. 22/4/2010. pas2 masing2 da bpecah. bile da jauh rndu plak. teringat mse kecik2 dlu. ktowg slalu gadoh. ag2 ak n akak ak. mmg xley jmpe. asyih gadoh je. ayah ak penah kate,kowg ni xley jmpe slalu. setahun skali jmpe bru ok kowt. klu x mcm anjing ngan kucing. hahaha. ayah,ktowg bkn gado la. cme gurau kasar je. hahahaha..
td sepupu2 ak maen mercun ngan bunga api. time ak dtg je dowg da abes maen. hampeh tol. huhu. xpela. dpt maen bunga api 4 batang pon jdla. haha. bila di congak2,rupa2nye raye tinggal berape ari ag. cepat tol mse blalu. sedey tol nk tinggalkn bulan ramadhan. raya tahun ni rse sayu je. buat pertama kali dlm idop ak,tahun ni ak xbalek kampung. sbb mah ak ngan kampung 2 dkt sgt. x terasa balek kampung pon. yela,da slalu sgt balek. pas2 da x rase da jam kt highway. klu x,mst jam kt seremban. seremban 2 WAJIB JAM!! klu x jam x sah. mmg terasa balek kampungla. pas2,ni la time first ak raye tnpa ayah. pagi raye mst ckp cmni kt ayah;
aku: ayah,mnx maaf.halalkn makan minum ye.
ayah:hmm,mnx maaf skang tp t wat balek dosenye.
aku:ala,tahun dpn mnx maafla balek.
ayah:klu xsmpat nk mnx maaf cmne?
aku:...
tibe2 ak terpk. klu kte wat salah ngan seseorang 2 pas2 sblm kite mnx maaf dye da xde cmne? ak nasihatkn kt kowg jgnla saketkn ati mak ayah. jgn jd mcm ak. xsmpat mnx maaf kt ayah ak. mklumla dak nakal. so,moral of the story,jgn time raye je mnx maaf. mnx maafla bile kowg rse perlu.hahaha.. ap yg ak melalut ni. k la. malas nk post pnjang2. t kowg boring plak bace.hehe.. last word, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR N BATIN. 0-0 ok?!

Friday, September 3, 2010

hilang satu tapi diganti banyak~

Akhirnya aku dapat terima hakikat bahawa ayah dah tiada dalam dunia ini. Ya allah,terima kasih kerana kau memberi aku petunjuk dan hidayah. Alhamdulillah~ miracle of Allah. Itulah tajuk fatayat masa munggu lepas. Ya Allah,alhamdulillah syukur padaMu ya Allah kerana aku dilahirkan sebagai seorang muslimah. Nak tahu tak?? Allah beri aku macam-macam. Dia beri aku rezeki yang melimpah ruah,keputusan yang cemerlang semasa UPS masa hari tu,kesihatahan tubuh badan,kemudahan untuk belajar dan macam-macam lagi. Dia cuma ambil ayah sahaja dari aku. Sepatutnya aku bersyukur. Patut ke aku jadi tamak? Patut ke aku menyalahkan Dia kerana ambil ayah terlalu awal dari aku? Patut ke aku tak reda dengan ketentuan Ilahi sebab orang yang paling aku sayang pergi tinggalkan aku dalam sekelip mata sahaja di depan mata aku? Patut ke aku marah,takpuas hati,benci? Patut ke?

Tak patut langsung!!! Alhamdulillah akhirnya aku sedar. Setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Alhamdulillah ya Allah. Kalau Allah tak ambil ayah mesti aku dekat KMP sekarang bukan KMJ. Kalau Allah tak ambil ayah dari aku mesti aku tak belajar betul-betul. Yela,nak duit senang je. Ayah,nak duit. Macam tu je. Tak payah belajar betul-betul. Ayah ada. Jangan risaulah. Apabila ayah sudah tiada baru aku sedar. Lepas ni nak minta duit dekat siapa? Mak surirumah je. Duit gaji ayah mestilah tinggal separuh saja. Bayar kereta dengan belanja rumah terus habis duit tu. Macam mana ni? Lepas ni kalau aku ada masalah siapa nak dengar? Siapa nak motivate aku kalau aku malas? Siapa nak tolong aku nanti? Aku ni budak kecil. Ayah selalu ada bila-bila masa saja bila aku perlukan dia. Jadi aku kene belajar betul-betul sebab aku nak dapatkan biasiswa bila nak buat degree nanti. Tak mahu susahkan mak. Adik-adik kecil lagi. Duit yang ada tu biarlah untuk diorang je. Aku tak mahu kerana aku nanti diorang dekat rumah kene bajet. Kesian. Kecil-kecil dah tak dapat kasih sayang ayah. Sekurang-kurangnya kalau aku dapat biasiswa aku tak perlu susahkan mak. lagi,bila ayah dah tak ada aku jadi semakin kuat. Kuat untuk terus menempuh dugaan hidup. Dulu,aku selalu menangis. Kadang-kadang kerana benda yang kecil pun nak menangis. Tak sabar dan cepat marah. Sekarang aku tak boleh sedih selalu sebab telinga aku da hilang. Dulu,setiap masalah aku mesti kongsi dengan ayah aku. Sekarang tak boleh lagi. So,fatimatulzahrah must be strong. Kalau ayah ada mesti aku masih lagi mengambil mudah soal agama. Teringat lebih kurang seminggu sebelum ayah pergi dia pernah tanya aku bila nak berubah? Dia suruh aku pakai tudung labuh. Aku cakap. Nantilah. Tak sampai seru lagi. Bila aku beli baju muslimah guna duit gaji aku yang pertama dia gembira sangat. Dia call kakak aku cakap aku dah berubah. Bila ayah dah tiada,suara ayah selalu terngia-ngia dekat telinga aku. Bila nak berubah?~ Sabar ayah,kita berubah sikit-sikit. Memang aku belum pakai tudung labuh lagi tapi aku ke arah itu. First apa yang aku buat ialah pakai handsock dan stoking bila nak keluar. Second,aku still pakai tudung biasa tapi aku dah tak selempang-selempang. Ayah, sabar ye. Kita cuba.

Banyak kan hikmah di sebalik kejadian ini. Ada sebab kenapa ayah pergi dulu. Lagipun Allah takkan uji hambanya kalau dia tahu aku tak mampu. Lagipun,aku tak boleh sedih selalu sebab nanti mak nangis. Kalau nak dibandingkan dengan aku mesti mak yang paling sedih sebab ayah adalah soul mate dia. Mak dengan ayah jarang berenggang. Kalau keluar pakai baju warna sama. Romantik. Haha. Jadi,aku kena kuat. Untuk mak,adik-adik dan diri sendiri. Sampai bila aku nak bersedih. Nanti mesti ayah susah hati. Sedangkan kalau tengok muka aku monyok pun dia dah tanya banyak inikan pula bila aku nangis. Kalau dia nampak aku nangis jelas terpancar kerisauan dekat wajah dia. Kenapa? Sakit ke? Ada orang buli ke?kalau dia tahu aku menangis sebab dia mesti dia rasa sedih sangat. So,fatimatulzahrah must smile smile and smile always!! Itulah yang ayah cakap bila nampak muka aku masam. Sayangnya ayah dengan aku. Jadi,apa kata aku ikut cakap dia. Aku kene senyum. Aku tak boleh sedih. Aku kena kuat. Aku kena belajar betul-betul sebab ayah kata " Kita tak kaya Ara. Hanya pelajaran yang ayah boleh beri kat kamu supaya kamu boleh terus hidup dekat dunia ini. Mencari ilmu itu merupakan satu ibadah". Jangan risau ayah. I try my best to be the best!! I promise u!!

~I miss u very very much ayah.


Shoutbox