Monday, October 31, 2011

bila orang tanya kita jawablaa :)

satu benda baru->> ditag orang. haha

alia merangkap ex-classmate saya masa f1 n f2 telah menge'tag' saya. lama tak jumpa dia ni. da besar panjang rupanya. haha. xcited pulak rasanya ditag-tag ni. oke. ada beberapa soalan yang dia tanya. so, sebagai budak yang baik lagi skema saya kenala jawab. hehe ^^,

1. 3 benda mesti ada dalam wallet awak
-duit. lesen. ic.

2. tabiat buruk awak yang orang lain tak tahu?
-hmm, suka on9 sampai pagi kot. kadang-kadang bila mak suruh tido tutup dulu. lepas mak tido on9 balik. tapi tak selalu la. haha

3. bila bangun pagi apa benda pertama yang awak buat?
-mestilah buka mata. haha

4.kawan awak yang paling sweet. siapa dan kenapa?
-anna sebab dia comel and dia selalu ada time saya susah senang :)

5.UPSR berapa? PMR? SPM?
-saya bukan genius. jadi biasa-biasa je. hee :D UPSR 4A 1B. PMR 5A 3B. SPM 5A 3B 2C.

6.tempat honeymoon impian. story sikit :D
-hmm, australia kot. sebab ada kanggaru, opera house. nak pergi sydney dengan brisbane. mesti best. haha (dah berangan dan ni.)

7.lagu favourite awak. kenapa?
-count on me- bruno mars. best best best. sebab pasal frienship. :)

8.fashion dengan shawl. mana pilihan awak?
-shawl kot. fashion tak up-to-date sangat. tapi shawl pon tak reti pakai sangat. selebet. haha

9.ciri-ciri boyfriend yang awak nak sangat. story lah  :D
-tinggi. sebab rasa selamat sikit. haha (boleh pulak)
-tak nak yang hensem sangat. nanti kena kebas. haha XD
-pandai amek hati. sebab saya suka merajuk. hehe

10. cita-cita awak? tercapai tak?
-cikgu tapi tak tahu la tercapai ke tak. sebab tak semestinya saya jadi cikgu nanti after graduate even saya amek pendidikan. =]

11. subject favourite waktu sekolah dulu.
-add maths. sebab sangat mencabar. c(:

SIAP ~.~

*teringat belajar BM dulu. haha

Sunday, October 30, 2011

think positive

ada hikmah disebalik kejadian. kau dah besar. kau patut belajar berdikari. kenapa nak harapkan orang lain sedangkan kau boleh buat sendiri? kenapa nak fikir yang semua yang kau minta akan dipenuhi macam dulu?

ZAHRAH, do not depend on others. or you will be hurt later. you should realize it :')

cuti dah abes

disaat parents orang lain sume hantar anak mereka balek semula ke UPM aku sendiri.

maybe orang bole cakap,

'aku pon sendiri jugak. kecoh la lu.'

maaf. aku tak. sebab aku TAK PERNAH balek hostel sendiri!

balek rumah pernah la.

dan bagi aku tak sama antara balek rumah dengan balek hostel sendiri.

dan disaat ini aku rasa..

'bestnya kalau ayah ada.'

aku cuba tak menangis untuk benda yang remeh ni tapi tak boleh. mungkin bagi orang lain aku ni manja, menjeng, ciwek.

YA. ITULAH AKU!

dan yang paling penting aku nak bagi tahu KAU TAKKAN FAHAM APA YANG AKU RASA!
NEVER AND EVER!

Saturday, October 29, 2011

cikgu part 2

oke. ni sambungan entry cikgu part 1.

sebenarnya aku buat assignment ni 2 hari. memey da cakap ngan GB da sebab ingatkan tak sempat nak buat 5 aktiviti dalam masa 1 hari. rupa-rupanya lebih dari cukup. hari 1st memey aku ni sampai dah buntu nak buat apa. yela. apa yang kita rancang tak berjalan seperti yang dirancang. terasa hidup ni kucar-kacir. buku bimbingan kelompok pulak tertinggal kat rumah. haru sungguh tapi apa yang penting COOL!

sebab aku tahu ada hikmah kenapa semua tu berlaku. ALLAH lebih mengetahui segala-galanya.

semua aktiviti yang kami pernah buat dekat klas bimbingan kelompok memang aku aplikasikan kat situ. haha

hari 1st memang nampakla gagap-gagapnya budak-budak tu bila aku suruh g depan. ada yang sampai tak keluar suara. dalam hati cakap,

'maybe sebab baru lagi kot. takpe la.'

tapi bila sembang-sembang ngan cikgu dowg rupa-rupanya memang macam tu perangainya.

OMG!!

what should I do?

hari 2nd

hari ni memang kena start buat ice breaking balek. yela kan. semalam kan tak rakam. so bermula la assignment sebenar.

alhamdulillah. selepas dengar ceramah free aku semalam barulah perasaan malu tu kurang sikit. sebenarnya itu semua atas kesedaran diri dowg gak. kalau dowg still taknak cakap aku tak bole nak buat apa. aku rasa mungkin faktor persekitaran mempengaruhi tingkah laku mereka. ni sume berdasarkan apa yang mereka tulis masa ice breaking hari 1st.

'saya anak penoreh getah je'
'saya tak pandai sangat'
'saya hensem sikit'

kalau kita hargai mereka baru dapat lihat betapa 'banyak mulut'nya mereka. haha. coklat memang aku spare banyak-banyak la.

'nak crispy tak?'

'kalau nak kena cakap kat depan.'

so. konklusinya dowg ni ibarat batu permata yang belum digilap. kena bagi semangat, push sikit baru bole gerak.

tapi yang paling best budak-budak kat situ BAIK SANGAT!

balek salam tangan.

oke. mesti kowg kata normal tapi bagi aku tak sebab..

budak darjah lain pon salam jugak. siap peluk lagi. ohh,memang terharu sebab rasa dihargai. hahahaha

sebenarnya ada banyak sangat nak tulis. TERLALU banyak!!

tapi..

biarlah jadi rahsia aku ngan budak-budak tu ^^,

kowg,
akak beruntung kenal kowg. walaupun kowg kata kowg ni budak ulu. kita ni sama je =]

Friday, October 28, 2011

cikgu part 1

assalamualaikum readers ~.~

bila baca tajuk entry terasa 'cikgu' la sangat kan.. hahaha

al-kisah bermulalah assignment bimbingan kelompok aku di SK KUNDANG ULU.

ohhh, hari first menjejak kaki ke sekolah nervous usah cerita. memang nak meletup dadaku. tapi muka kena cool. barulah macho. betul tak? hahaha [erkk, aku perempuan bukan lelaki XD]

masa tu hanya 23 orang pelajar saja yang datang. jumlah sebenar ada 27.

0oOoppsss..

lupa pulak nak cakap. aku buat assignment ni ngan FAHIMAH. so, kteowg pecahlah kepada 2 kumpulan. yela.. ni kan assignment individu. bukan berkumpulan. lecturer pulak kata max 11 pelajar je. tapi tak pe kot lebih sorang dua. [skeati ko je] hahahaha

aku amek 11 orang. FAHIMAH amek 12 orang.

sapelah budak-budak bertuah tu:

zul.azri.amin.haqim.azim.hanif
sopiah.miza.wani.ezrin.athirah.

alhamdulillah. mereka semua baik sangat. tapi aku berdepan dengan MASALAH BESAR!
  • sifat malu yang extrem.
  • ada pelajar yang tak tahu membaca.
  • kamera tak boleh rakam. max 4 SAAT !

oleh kerana aku ni cool kan so aku redah jela. aku memang suka bab redah-redah ni.

MALU?
-memang nak kena kasi ceramah FREE ni. my febret part. haha

TAK TAHU MEMBACA
-hmm,aktiviti kene ubah ni. unfair kalau aku teruskan jugak dengan aktiviti membaca.

RAKAMAN
-oke. tak yah rakam. COOL kan. haha

walaupun tak boleh rakam, aktiviti kena diteruskan jugak. sepanjang aktiviti tula aku dapat kenal pasti kelemahan dowg. 

tajuk modul aku ialah 'AKU ANUGERAH TUHAN'.

aku nak bagi kesedaran kepada mereka bahawa mereka itu istimewa. SANGAT ISTIMEWA! jangan berasa rendah diri kalau awak tak pandai. jangan fikir orang lain hebat dan awak tak setanding mereka. sebab setiap manusia ada kelebihan masing-masing. cuma awak yang tak sedar.

azim dan ezrin merupakan atlet sekolah. tapi mereka pemalu. tapi takdelah extrem sangat pemalunya.

paling tak dapat aku lupakan seorang pelajar menangis semasa aktiviti dijalankan. waahhh, cuak seyh! anak orang kot! dan dia mempunyai sifat malu yang sangat extrem. 

BERJAYAKAH AKU MENGUBAH MEREKA?
CAPAI KE OBJEKTIF MODUL AKU?

sambungan entry seterusnya. haha


selamat hari lahir.

apabila tiba hari kelahiran seseorang patutkah kita menyambutnya?

aku?

hmm, family aku memang tak sambut pun. kadang-kadang ayah aku sendiri lupa. bila aku cakap barulah dia buat-buat ingat [rasanyala =P]

bila tibanya ulang tahun kelahiran sedarkah kita bahawa umur kita semakin meningkat. semakin tua. bak kata orang 'rumah kata shuhh-shhuuhh kubur kata lai-lai'. haha.

apa yang aku nak sampaikan sebenarnya?

bila umur kita makin meningkat kita patut sedar bahawa hayat kita makin pendek.

"ohh, lex lu. aku baru 16 tahun. lama lagi nak hidup."

kau tuhan ke nak tentukan hidup mati kau? ajal maut ni kita tak tahu bila. sebelum masuk U ni kami dikejutkan dengan berita kematian seorang JPP kami di KMJ. tengok muka ada ciri-ciri bakal suami pilihan. baik je budaknya. tapi tulahh.. orang yang baik ni ALLAH sayang lebih. umur baru 19 tahun tapi ALLAH da jemput dia dulu.

sebenarnya harini hari lahir ayah aku. 52 tahun yang lalu lahirlah seorang hamba ALLAH yang diberi nama MOHD ZULKIFLI BIN MOHD NOR.

tapi..

ketika umurnya belum lagi cukup 51 tahun, dia telah pergi menghadap ILAHI. 52 tahun adalah satu jangka masa yang panjang kan? tapi bagi aku sekejap sangat masa dengan ayah.

ayah tak sempat nak tengok aku dapat result exam yang gempaq-gempaq.
ayah tak sempat nak tengok aku masuk U.
ayah tak sempat nak jadi wali aku.
ayah tak sempat nak tengok aku kawen. [tak tahu la bila]
ayah tak sempat nak tengok cucu dia.

banyak yang ayah tak sempat nk buat dengan aku.

ALLAH sayang sangat orang yang baik. sebab tu ayah pergi dulu.

ayah, kita tahu kita kena laksanakan semua pesanan ayah. WAJIB.
paling wajib jaga mak ngan adek-adek. tapi kadang-kadang kita tak kuat.
kita jeles tengok orang lain ada ayah. kadang-kadang kita lupa pesanan ayah.

SATU PESANAN YANG SANGAT PENTING!

-ALLAH ada di sisi kita selalu.

al-fatihah buat ARWAH HAJI MOHD ZULKIFLI BIN MOHD NOR.

Tuesday, October 25, 2011

dugaan yang datang.

mungkin situasi kita berbeza

tapi

apa yang kita rasa sama.

Monday, October 24, 2011

sekolah rendah? saya rindu~

tadi pergi kat sekolah rendah dengan hasya zeyy a.k.a ika. bukan sekolah rendah aku ye. ni sekolah yang akan aku pergi untuk buat program hari khamis dan jumaat ni.

SK KUNDANG ULU.

ni sekolah luar bandar. sebenarnya masa nak decide nak buat bimbingan kelompok kat mana, lecturer da bagitaw da sekolah ni susah sikit. banyak prosedur yang kena ikut. alhamdulillah kerja aku dipermudahkan. masa datang tadi ada cikgu-cikgu tanya dari mana. bila cakap dari UPM nak buat program kat sini cikgu-cikgu tu suka sangat. siap cakap terima kasih lagi sebab buat kat sekolah tu. aku pulak yang rasa terharu. aku yang sepatutnya cakap terima kasih sebab bagi aku kebenaran nak buat kat situ.

TERIMA KASIH CIKGU SEBAB HARGAI SAYA.

tadi ada budak masuk pejabat tu. pengawas. ingatkan dia nak main nyorok-nyorok dalam tu sebab kawan dia kat luar kira 1 2 3. rupa-rupanya dia nak tekan loceng dah habis rehat. yela. before dia masuk tu sebenarnya dia dah mundar-mandir dah kat luar. kitowg yang dok kat dalam dah gelak-gelak sebab lucu sangat tengok dia ngan kawan dia. haha

seriously rindu zaman budak-budak. main batu seremban, rebut-rebut tiang, zero fine..
argghh, i miss that moment!

sekarang aku dah besar. dah 6 tahun meninggalkan zaman sekolah rendah. entah-entah kawan aku masa sekolah rendah dulu tu dah tak ingat aku lagi. maklumlah sekolah rendah aku kan ada 3. aku memang suka pindah-randah ni. haha XD

oke la. tu je nak share. bubbye n assalamualaikum.

Sunday, October 23, 2011

wake up ZAHRAH!

dalam sebulan lebih aku dok kat UPM ni dah 3 kali aku pergi MID, 2 kali aku pergi MINES. kalau stress je mesti keluar. tak tahan nak duduk kat U ni. serabut otak aku.

'jangan jadikan MID dan MINES tu kiblat kowg.'
-daripada kawan aku dipetik dari kata-kata senior kami.

thanks friend! u make me realize something.

aku jauh dari DIA. dah makin jauh. dah berubah sikit. dah tak macam dulu.

kalau tension bukan pergi MID atau MINES. tapi tak pergi jumpa DIA.
kalau serabut bukan sepatutnya kita cuci mata dekat MID atau MINES tapi bersihkan mata kita dengan mengadu kepadanya.

aku bertuah ALLAH masih sayang kepada aku. DIA tolong aku masa aku susah. DIA hantar orang beri peringatan kepada aku masa aku lalai. DIA beri segala-galanya kepada aku. ALHAMDULILLAH.

kuatkan lah iman aku YA ALLAH.

Saturday, October 15, 2011

TEST? haha

minggu ni da start test!

buku?
xdenya aku nak baca.

oke. tipu je. haha

ofcoz aku baca. budak nerd la katakan.
aku baca muka buku. hahaha.

perancangan seperti biasa. last minute study.

boleh ke jawab?

hmm, common sense je. memang gila la kan. akak senior tu pulak yang risau bila aku slumber. maybe stylematrix masih ada. aku lupa kot test tu lagi banyak markahnya berbanding final exam. haha

oke. minggu ni ada tiga test.
psychology. philosophy. pertanian dan manusia.

psychology.
-ada 10 soalan objektif n 4 soalan essay. objektif jawab semua. essay jawab 2 je. objektif bole kot. subjektif memang aku tibai je. markah keseluruhan 30markah.

philosophy,
-ada 30 soalan objektif. jawab semua. org bole cakap:

"ala, A,B, C, D, E. kacang kuda je."

banyakla ko punya KACANG KUDA! soalannya lebih kurang. jawapan pon lebih kurang. memang aku spent all my time to finish it la. yela, philosophy xde nota. memey aku kena pay attention dalam klas tu. sape yang tak pay attention memey kena la dengan dr. haha

pertanian dan manusia.
-memey aku tak baca la. ni kes berani mati. klas ni petang pukul 3. balek je dari klas philosophy memang ngantuk. tido je pas balek tu. bagun pukul 2. solat. belek-belek nota pastu kol 2.30 naek bas. then sampai-sampai je klas, lecturer da ada. teros kasi kertas soalan. dan lepas tu otak aku teros berputar untuk menggoreng jawapan. haha

ohh, kalian semua.. tolong jangan tiru perangai aku. kat U ni test tu adalah 60% n final exam tu cuma 40%. sangat penting ye. ni baru 3 test. ada 5 test yang menanti aku. yang da lepas takyah nak dikenang. yang penting 5 test yang menanti aku tu.

oke. bubbye. nak study. assalamualaikum c=

Thursday, October 13, 2011

apa yang saya rasa

mungkin ada hikmah bila dia pergi dan saya yang melihat dia pergi, menguruskan jenzah dia, dan buat semua yang tak pernah saya buat. seriosly, saya rasa ada satu batu besar kat bahu ni. saya rasa saya bukan seorang budak lagi.

I AM A BIG GIRL NOW. big girl cannot cry.

itulah yang saya cakap kat diri saya.

penat? ofcoz la.
putus asa? never!!

sebab saya kuat.

cuba baca dr cinta punya blog.

"Namun, perpisahan yang kita lalui merupakan satu titik mula pada satu kehidupan. Bukan satu pengakhiran. Bukan jua noktah kehidupan. Boleh jadi, kita berpisah dengan kedua ibu bapa kita untuk tempoh belajar ini ialah supaya kita menjadi lebih berdikari. If selama ini kita sentiasa hidup dengan bantuan mereka, sekarang kita perlu belajar hidup sendiri, mengurus hidup sendiri. Dan mungkin jua Allah ingin melatih kita hidup di atas kaki sendiri supaya apabila satu hari nanti apabila kedua orang tua kita diambil Ilahi, kita tidak cepat melatah untuk terus hidup. See? =)"
-dr cinta yang tulis 


saya manja sangat. ayah saya kasi semua yang saya nak [kalau mampu la]. saya nak pergi mana dia yang hantarkan. bas? jarang sekali oke.

tapi..

saya kene independent bila dia dah takde. saya menangis bila kene drive alone masa buat medical checkup. saya rasa saya sorang-sorang.

tapi saya lupa..

maafkan saya sebab saya lupa ada orang yang lebih teruk ujian yang mereka terima.

takpe. saya belajar berdikari. saya belajar jadi kuat. saya belajar kenali diri [walaupun saya tertanya-tanya siapa saya ni]

ALLAH takkan uji hambanya kalau DIA tahu hambanya itu tak kuat.

maknanya saya sangat TABAH untuk hadapi ujian ni.

walaupun sudah setahun lebih perkara itu berlaku, saya rasa macam semalam ia terjadi. 

Friday, October 7, 2011

yg mana satu?

duit PTPTN dah masuk. HOORAY!!

oleh kerana aku ni kene buat banyak program luar yang sangat memerlukan aku take a pics n make a video maka aku nak la beli handy cam.

nape tak beli DSLR je?

sebab DSLR lebih fokus kpd amek gambar. aku nak amek video banyak ni. pics tu sikit-sikit je. kalau guna fon pon bole. video? 1 jam 1 aktiviti. bole ke aku buat banyak aktiviti guna fon je? dah la kene submit video nya. nak la jugak hantar yang best quality video. senang sikit lecturer nak kasi markah.

tadi aku tanya akak aku. tahu tak dia cakap pe?

"better beli iphone tak pun ipad."

hah? nape pulak?

"senang nak buat kerja. banyak function. baik beli sekarang sebab banyak lagi duit ko tu. kang nanti abes tapi tak nampak ko beli apa."

hmm..

handy cam - rm 400++
ipad - rm 1499++
galaxy tab - rm 1300 [harga yg abg aku beli]
iphone - rm 1500++

kalau ikutkan handy cam lagi murah. hmm,penting ke benda ni? sekarang cam better beli handy cam je. tapi untuk jangka masa yang panjang camne?

ak try la cari maklumat psl benda-benda ni. terjumpa la blog mereka-mereka ni. tryla baca =]
samsung galaxy tab
ipad apple

hmm, nak beli ke tak? ke tak payah beli langsung?
*aku bukan gila gadget. so tak berapa nak tahu apa benda alah ni =p

Saturday, October 1, 2011

siapa aku?

siapa aku?

ada sape-sape nak citer tak sape aku ni? aku tak kenal sape aku sebab aku dah delete memory yang dulu.

END

Shoutbox