Sunday, January 22, 2012

saya suka sangat dia!

siapa?

limau mandarin. hahahaha

masa sekolah cina dulu, aku selalu minta kat kawan aku limau. taknak sebiji tapi nak sekotak. hahaha. (demand)

aku teringat bila aku pernah minta ngan cikgu tuisyen aku,

aku: sir, nak limau boleh?
sir: sure. i'll give u on next class.
aku: i taknak sikit. i nak banyak.
sir: oke. i'll give u more than 1. haha
aku: -.-'' sir, i nak 1 kotak.
sir: boleh. i kasi u 1 kotak. dalamnya ada 2 biji limau.
aku: -.-'' (speechless + geram) hahaha

ayat tu xdela sama tapi lebih kurang mcm tu la conversation ktowg. he is 1 of the best teacher i ever have :P

my fwens baik. cz nanti dia mesti bawak limau untuk aku. mee chin, ai ching, siew lee, chi ken, lai hua.. erk, ramai kot dak cina klas aku. tak muat kalau nak mention semua. haha. dowg ingt jugak la kat aku. bawak limau banyak-banyak untuk aku. then bila lapar aku makan. oleh krn aku dok belakang skali so xde sapela yg perasan. tapi salah. sebab bila aku kupas je buah limau tu mesti 1 klas bau sebab klas aku guna air-con. haha.

skang dah tak dapat limau lagi. sedih. huhu.

Monday, January 16, 2012

setiap orang ada kelebihannya (:

hari ni jadi cikgu tuisyen terjun. means tak bercadang pon nak mengajar. tetiba je.


sebab kenapa, bagaimana benda ni semua berlaku takyah la tahu. malas nak tulis panjang-panjang. hehe


studentnya sorang je. sebab dia special la aku dapat dia. dia tak reti membaca. oke lupa nak cakap. aku ajar BM td. aku da try ajar 2 suku kata tapi macam tak boleh je sebab dia macam tak faham. emm, umur dia 12 tahun.


seriously masa aku ajar dia tu aku da terbayang muka dr. samsilah, lecturer yang ajar psikologi kanak-kanak & remaja. asyik teringat dyslexia je.


sedikit info tentang dyslexia:


dyslexia merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.


ciri-ciri


  1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
  2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
  3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
  4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
  5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
  6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
  7. Sering berlaku di kalangan lelaki.
  8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
  9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.


sumber: cik wiki




ni contoh dyslexia. 



aku tak sure la dia dyslexia ke tak. sebab aku bukan doktor. hehe

so, oleh kerana aku takde alat bantuan mengajar, aku pon tukar dari sesi belajar BM kepada sesi penerokaan. melalui sesi penerokaan, dia ni masa kecik-kecik kena demam panas, pastu ada urat terputus then kena kancing gigi pulak tu. 

tapi.. dia sangat suka n pandai melukis. (aku takde la suruh dia melukis tadi, ni berdasarkan apa yang dia cakap) hmm, dia ada bakat kot. tapi, oleh kerana dia tak reti membaca itu yang menjadi masalahnya.

kenapa orang hanya menilai seseorang itu pandai bila dia dapat straight A's dalam exam? kalau tak pandai akademik tu bodoh ke? sistem pembelajaran di malaysia lebih menekankan pencapaian akademik melalui peperiksaan. tapi sekarang ni dah berubah sikit la. dorang dah tak guna grade A, B, C tu. sekarang guna band. macam muet tu. sampai band 6 je ae. tak de sampai band10. nanti bertukar pulak. haha


emm, aku kan tak mengajar sangat tadi. so, aku tanya la budak tu nanti lepas ni nak sekolah kat mana. dia cakap ayah dia suruh masuk asrama penuh. kesian dia sebab pressure. hmm, kalau budak ni masuk sekolah seni mesti bakat seni dia boleh digilap kan? tapi nak masuk sekolah seni pon minimum kene dapat 3B dalam UPSR.


aku rasa aku dah jauh melalut ni. sebenarnya aku nak cakap aku tak tahu nak ajar apa kat budak ni sebab aku dah lupa macam mana aku belajar membaca dulu. yang aku ingat sambung titik-titik jadi huruf, pastu tetiba aku dah reti membaca. macam mana la nak ajar dia. kang kalau ajar phonetic symbols rasa dia boleh ke ikut?


konpius la -.-''



Wednesday, January 11, 2012

jauh ke dekat?

dulu, masa dekat matrix.. aku selalu cakap dengan abang aku macam ni:

'kalau tak nak amek, aku tak nak balik!'

sebab abang aku suruh balik naik bas. so, dengan alasan aku ni baru pindah dekat muar, tak reti sistem bas kat situ, tak de kawan nak balik dan sebagainya minda aku pon berkata tak boleh dan aku taknak!

tapi, bila kat UPM ni no more hantar-hantar lagi ye sayang. abang aku cakap jauh.

erkk, 2jam tu jauh ae?

dengan membawa perasaan sedih bak di hiris sembilu, aku pun pergi membawa hati yang parah ke UPM dengan menaiki bas setiap kali aku nak balik rumah. (ceh, ayat sastera betul. haha)


cuti semestar dah nak mula. jadi, semua barang kena bawak balik. (sebenarnya boleh je tinggal kat store tapi aku taknak) yeah! mak aku datang amek. suka suka suka.

tiba-tiba teringat kakak aku yang ada kat sarawak tu. naik flight, bawak beg yang besar gedabak tu, pastu kalau nak balik maktab kena tunggu kawan balik sama-sama. sebab dia kata kalau naik teksi sensorang dari airport ke maktab tambangnya RM100++. GILA kan.

dulu, aku jeles gila kat dia. dia dapat study jauh-jauh. aku ni dulu nak study kat perlis pon tak dapat. padahal, perlis tu still semenanjung malaysia. tapi.. bila difikir-fikirkan balik, ada hikmah semua tu berlaku. dan aku bersyukur sangat aku dapat study dekat UPM, bukan UUM seperti yang aku nak sangat masa aku kat matrix dulu.

duduk dekat ada banyak kelebihannaya.

  • boleh balik rumah selalu
  • kalau ada emergency case senang sikit nak balik
  • silap hari bulan tak payah la ko naik bas balik rumah. parents boleh amek ko nanti
  • tambang nak balik kalau naik bas ke apa ke murah sikit.

duduk jauh pun best jugak. dapat tengok negeri orang. hmm.. jadi, sebelum korang buat keputusan nak study kat mana lepas ni, fikir-fikir kan la ye dulu. jangan fikir nak seronok je. fikir orang lain jugak. kalau ada apa-apa yang berlaku nanti kena menyusahkan orang lain tak..(kakak aku independent. tiket flight pon bayar sendiri)

panjang pulak aku tulis. hehe (:

*adeq aku yang baru lepas SPM tu pilih mana la ye. hmm, dia lelaki.. kalau tercampak kat mana-mana pon mak tak risau sangat :P



Monday, January 9, 2012

aku sayang ko. Happy birthday (:





dulu masa kat sekolah rendah, kita bukan  rapat sangat pon. sebab ko tak sama sekolah pagi ngan aku. ko sekolah cina. aku sekolah melayu. kita sama sekolah petang je. antara ko ngan amira, aku lagi banyak cakap dengan amira. hmm, kenapa ntah. haha

dulu, ko selalu bawak kerja rumah sekolah pagi kat sekolah petang. buat tulisan yang pelik tu. haha. sumpah aku tak faham. hmm, dulu aku tak suka sekolah petang. maybe sebab tu aku tak rapat sangat dengan orang yang tak sama sekolah pagi ngan aku. lagi pon ko selalu ponteng sekolah petang. kan? aku pon. haha

tapi, ko selalu kasi aku kad raya. dan bila aku dapat je kad raya dari ko mesti aku bengang! sebab ko pecahkan nama aku kepada 3. Fatimah Tul Zahrah. ko ingat nama aku nama cina ke hah? ingat sampai mati ye. nama aku ada 1 je. FATIMATULZAHRAH.

macam mana kita boleh jadi rapat sangat ae?

terlalu rapat.

macam-macam benda yang kita buat bersama. walaupun lepas sekolah kita masuk lain-lain matrix, kita still rapat. ko baik. tapi takde la baik sangat. hahahaha

kalau aku tulis semua benda yang ko ngan aku buat sama-sama memang tak muat 1 entry. biar kita jela yang tahu ae. :)

SITI MUSFIRAH BINTI NOR HADI

SELAMAT HARI LAHIR


  • anda dah tua
  • dah 20 tahun. saya 19 je. hahaha
  • u're not teen anymore.
  • hmm, dah boleh jadi mak orang dah
  • semoga panjang umur
  • murah rezeki
  • dapat kahwin cepat-cepat
  • dapat baby
  • nanti aku kasi hadiah yang besar punya bila ko dapat anak yang ke 10. hahaha
  • semoga ko berjaya dunia dan akhirat
  • semoga ko terus jadi kawan aku.
  • may allah bless u always dear 
  • i luv u so much (:
*sekolah pagi-sekolah kebangsaan
sekolah petabg-sekolah agama

Thursday, January 5, 2012

first paper

pandang-pandang kiri kanan.. kenapa dorang ni tulis tak berhenti-henti? panjang gila kot. amende la yang dorang tulis panjang-panjang ni. kang kalau tenung lama-lama kang kena tangkap pulak sebab disyaki meniru. haha.

paper tadi alhamdulillah boleh buat. cuma tu lah.. coursemates aku semua tulis panjang-panjang. aku rasa jawapan aku tu pendek je. hmm, yang tak boleh blah ada sorang kawan aku aku ni cakap dia tak baca buku pon. tapi tadi.. mak'aih, sampai minta kertas tambahan lagi. penuh buku jawapan dia. apa yang aku boleh cakap tentang dia adalah:

hye girl, u memang osem + cool la. i loike. haha :D 

Sunday, January 1, 2012

no longer TEEN

sebelum feymesnya facebook, kitorang suka sangat hapdete status dekat myspace.
(kitorang merujuk kepada kawan-kawan aku time sekolah cina)

kadang-kadang sebelum pergi sekolah on9 dulu. hapdate status yang entah apa-apa (ala, kat fb skang pon camtu gak). kebanyakan status macam nak telan orang tak pon tanya pasal homework dan tuisyen. seriously aku rindu gila kat zaman tu. 

myspace sekarang dah banyak berubah. dah tak macam dulu dah. aku dah lupa camne rupa myspace yang dulu.

hmm, membelek-belek photo album yang ada kat situ. comel jugak kan kita time sekolah dulu. hakhak (perasan habis)

sekarang kita dah besar kan. dah nak masuk 20 tahun. rasa kejap je masa berlalu. macam baru semalam je umur aku 16 tahun. pindah sekolah cina tu. main-main dengan korang. mengarow (ayat muiz). hmm, lepas ni dah tak boleh perangai macam budak-budak. sebab kita dah diketogorikan sebagai orang dewasa. :)



Shoutbox