Tuesday, December 31, 2013

exam terakhir untuk tahun ini.

assalamualaikum..

alhamdulillah. masih lagi hidup. boleh bernafas hingga ke hujung tahun 2013. hari ni hari terakhir bagi tahun 2013. esok dah masuk tahun 2014.

okay. oleh kerana exam seterusnya akan dijalankan pada 2/1/2014, maka hari ni merupakan hari terakhir exam aku bagi tahun ni. tahun depan baru sambung exam balik. hahahaha

semalam.. aku rasa itulah kali pertama aku riadah untuk sem ni. main badminton dengan mereka. walaupun tanpa net dan juga kasut sukan. redah je walaupun hanya pakai seliper jepun. hahaha. tapi itu best. sebab ada mereka, pemain dari timor leste, mynmar, kemboja, indonesia dan juga us. nampak tak kawan aku.. sume orang obersea. aku tak main dengan orang malaysia ni. hahahaha.

okay. tipu. saja buat lawak :p


kitorang fefeling jadi pemain kat sukan sea. siap ada pengulas sukan dan juga pengadil. lawak! sumpah tak tipu. hahaha

 fefeling main macam maria sharapova.
ehh.. dia ni main tennis. hahahaha

dan akibatnya aku tidur lepas magrib dan bangun lepas azan isyak berkumandang. penat. maklumlah dah lama tak riadah. no wonder lemak naik bertingkek-tingkek.

bangun-bangun aku tengok rumate aku tengah layan runningman. dan aku pon join tanpa dia sedari. (dia pakai earphone. so dia tak perasan aku tengok sebab dia khusyuk tengok. hahaha) tak tahu episod berapa. tapi episod tu dorang kena seberang Sungai Han guna sampan yang dibuat dari kotak. gigih tengok dorang dayung. kesian Jae Suk, Garry, Joong Kok dengan Kwang So sebab sampan dorang terbalik. tapi memang salute la sebab Haha, Suk Jin n Ji Hyo dapat seberang sungai tu dalam masa 20 minit lebih. nak nangis dorang sebab dorang sendiri tak sangka boleh buat.




then tiba-tiba aku reflek balik diri aku. nota aku ni ada kat depan mata je. tinggal nak baca je. dorang.. kene buat sampan ikut kreativiti masing-masing. dah tu kena dayung merentas sungai dengan angin kuat n ombak sungai.. tapi dorang tak give up. walaupun sampan Jae Suk, Garry, Joong Kok dengan Kwang So terbalik, tapi dorang start over again. walaupun dorang tahu yang tendency dorang nak kalah tu tinggi.

sungguh aku tak tipu.. aku tak siap lagi study semua bab masa tu. untuk 2 subjek pulak tu. maka dengan azam yang kuat.. lepas tengok runningman.. setiap 1 jam lepas aku study je aku akan tidur dalam masa 15 minit. sampailah ke pagi. dengan masalah hidung tersumbat dan suhu badan yang dirasakan naik dengan mendadak.. aku pulun jugak study. (perghh kau tengok.. tengok runningman time pekse boleh membantu meningkatkan motivasi diri. hahahaha)

sampai satu saat.. aku dah tak boleh nak pandang nota. pagi tadi nak pergi exam pon hampir accident. nasib baik orang tu senyum kat aku. kalau tak memang nak kena maki orang tu. hahaha. tapi salah aku jugak sebenarnya.


 lambakan nota. muak.

masa tu aku dah tawakal je. aku dah berusaha. aku dah buat sehabis yang baik. maka, berserah diri lah kepada Allah. alhamdulillah. Allah permudahkan urusan aku.

jangan tanya berapa yang aku boleh skor. kerana sesungguhnya aku pon tak tahu betul ke tak jawapan tu. tunggu tahun depan baru tahu berapa pointer aku. heee :p


moral of the story.. jangan study last minute. kalau masa betul-betul takde dan korang terpaksa study last minute, study selagi termampu. ayah aku pernah kata.. kalau kau menyesal lepas jawab exam, sebab tak study.. tu dah tak guna dah. kalau nak menyesal, baik menyesal sebelum exam. sebab kau masih mampu lagi nak ubah keputusan yang akan berlaku. tak salah berkorban sekali sekala. dalam setahun ada 2 minggu je kalau tak tidur sebab study pon :p

kbye. dah banyak sangat menaip. assalamualaikum :)

-akan aku cakap dekat anak-anak aku nanti.. ummi dulu study hard. bukan study smart. sebab tu tak pernah dapat 4 flat. maka anak-anak ummi, kamu studylah smart. hahaha #bajet


Shoutbox