Saturday, September 27, 2014

rindu..

Ayah: Ara.. hari ni ayah tak boleh amek kat asrama. Balik naik bas ye. Ayah ada meeting.

Ara: hmmm.. kena naik bas ae? Alaaa.. hmmm.. penatlah.. kita tak suka naik bas..

Ayah: habis tu nak buat camne? Ayah ada meeting..

Ara: yela yelaaa. Kita balik naik bas hari ni..

Tapi.. bila ara keluar dari pintu asrama.. ayah ada dekat luar. Dia tunggu anak manja dia ni.

Ara: kata meeting..

Ayah: sebab ada orang tu taknak naik bas..


"Aku tahu ayah dah takde. Aku tahu walau macam mana aku tak suka sekalipun naik bas.. aku kena jugak naik. Sebab ayah dah takde nak amek hantar aku lagi.. aku cuma.. rindu sangat dekat dia. Insan yang aku panggil ayah.."


bila kaki berhenti melangkah..

Apa yang jadi bila kaki berhenti melangkah? Hmmm.. ibarat kau terkaku pada dunia yang laju berjalan. Termenung, menangis.. macam mana nak terus melangkah?

Ya.. aku pernah rasa perasaan tu. Rasa tak kuat untuk berdepan dengan dunia. Rasa kerdil bila berdiri di hadapan manusia.. tapi aku lupa.. lupa yang aku tak pernah sendiri.

Ya Allah.. sesungguhnya kaulah pemilik segala yang ada di alam ni. Maafkan aku ya Allah kerana selalu mengeluh. Maafkan aku ya Allah. Maafkan aku ya Allah. Aku bersyukur dengan nikmat yang kau kurniakan. Ya Allah.. bantu aku hambamu yang lemah ini. Pinjamkan aku sedikit kekuatanmu ya Allah. Bantu aku ya Allah. Permudahkanlah urusan hidupku.

Kerana setiap yang bernyawa akan mati.. maka berserah dirilah kepada allah atas setiap perkara yang kita lakukan.

Sunday, July 13, 2014

antara aku dan maryam

assalamualaikum :)

15 ramadhan 1412 bersamaan 18 mac 1992. maksudnya semalam bufday aku ikut kalender hijrah. tak perasan pulak hari ni dah masuk 16 ramadhan. cepat masa berlalu.

mak lahirkan aku pada pertengahan ramadhan. tiba-tiba teringat cerita mak masa mengandungkan aku. mak cakap mak selalu bacakan surah maryam untuk aku. sebelum bersalin pun mak sempat habiskan baca surah maryam dulu. mungkin berkat baca surah maryam.. mak mudah lahirkan aku :)

tapi mak cakap..

"ara yang paling senang nak dilahirkan tapi paling susah nak dididik."

hehee. mak, kita tahu kita degil. nakal pulak tu. terima kasih sebab jaga kita, didik kita, ajar kita, sayang kita. kita sayang mak jugak. sorry coz always make trouble. heeee :p

itulah kisah antara aku dan surah maryam :)

surah maryam. surah ke-19. terdiri daripada 98 ayat. diturunkan di makkah.

kbye. tu je nak tulis. assalamualaikum :)

Wednesday, July 9, 2014

campak-campak ramadhan :)

assalamualaikum.

heee.. cam dah berabuk je blog ni. meh kita update sket. hahaha.

hmmm.. ramadhan ni merupakan ramadhan pertama aku hidup berdikari. ermm.. ramadhan sebelum-sebelumnya semua kat rumah, asrama, matrix dan rumah balik. hehee. in 1st time tau aku puasa kat universiti.

berdikari kan. huuu.. pagi-pagi dah takde lagi mak kejut bangun sahur. dah takde lagi mak tolong masakkan. sedih sedih.. kadang-kadang bangun pukul 5.30 pagi. bangun-bangun sempat minum air je. yelaa.. penat kot kerja. tidur mati tak ingat dunia. hahahaha.

okay. oleh kerana nak jimat punya pasal.. tiap kali sahur kami akan masak tapi kalau sempat. kalau tak sempat masak.. megi jela jawabnya. hahaha. tiap kali off day pon aku akan masak.

aku.. bukan tak reti masak.. tapi dah lama tak masak.. dan dulu aku pernah taknak masak langsung. tapi sekarang.. hmm.. sampai bila taknak masak. yang lepas tu biarlah lepas dan hidup ni perlu diteruskan :)

jadinya.. sebab dah lama tak masak kan.. maka panduan yang ada hanyalah mr google. maka, aku masak sambil online. kejap kejap tengok resepi. hahaha. so inilah hasil campakkan harini..



ni namanya ayam masak merah. sepatutnya rupa dia begini..


tapi entah apa salah aku.. rupanya jadi lain. terlebih air kot. dah la tu dia suruh letak sos tomato, aku tibai letak jus tomato. hahahaha. 

pastu nak masak sayur.. tapi malas. yang ada dalam peti tu kobis je. nak masak bening ikan bilis takde. hmm.. last-last aku buat telur dadar sayur kobis. hahahaha. asal boleh makan.



ni resepi ni diadaptasi dari resepi ayah. dulu ayah buat telur dadar sayur sawi. pastu dia letak sos, kicap segala bagai dalam telur tu. yang pasti apa yang ayah masak memang sedap! hmmm.. tiba-tiba rindu dia..

okay. apa pun.. inilah hasil campak-campak ramadhan. hehee :p okay bye. selamat berbuka puasa. assalamualaikum :)



*kepada awak yang bakal makan masakan saya sepanjang hidup tu.. saya ni memang suka renovate resepi. dan saya ni memang tak reti masak macam chef kat restauran tu. asal boleh masuk perut je rasa apa yang saya masak ni. harap awak makan semua yang saya masak tanpa komplain. hahahaha :p


Thursday, June 26, 2014

pertemuan

assalamualaikum..

hmm.. aku pernah cerita betapa suatu ketika dahulu aku cukup benci bila terpaksa naik bas bila nak balik universiti. menangis-nangis taknak naik bas. sedih tahap gila nak mampus kritikal bila time nak balik universiti. hahahaha. ya.. budak manja macam aku mana biasa naik bas. okay. terasa diri gedik seketika.

orang pernah cakap.. benda yang kita benci, boleh jadi benda yang kita suka. dan benda yang kita suka boleh jadi benda yang kita benci.

pengalaman mematangkan aku. hmm.. bila aku naik bas, aku jumpa dengan macam-macam jenis manusia. dan itu semua mengajar aku erti kehidupan. dan hari ini aku jumpa seseorang yang punya kisah seperti aku. berjumpa dengannya buat aku teringat masa silam aku. disaat aku lemah, terasa macam tiada sesiapa di sisi.

ya.. situasi yang kami hadapi sama. pada umur yang sama. aku pernah alaminya. cuma dia.. cukup kuat untuk menahan jatuhnya air mata. dan aku.. begitu murahnya air mata mengalir menandakan aku tidak cukup kuat untuk hadap semua ujian yang aku terima. mungkin kerana dia seorang lelaki dan aku seorang perempuan..

cuma satu pesan aku pada dia untuk hadapi ujian ini..

"kalau kau tak cukup kuat, dah lama kau takde kat dunia ni"

weyhh, aku harap Allah permudahkan urusan kau, aiman..

-disaat kita terasa lemahnya diri nak hadapi ujian yang Allah beri, pandang ke bawah. masih ramai lagi yang menerima ujian yang lebih hebat berbanding dirimu-


Monday, June 23, 2014

i year more :)

assalamualaikum :)

alhamdulillah. yeay akhirnya habis jugak semua paper untuk sem 6 ni. sem 6.. hmm.. sem ni sebenarnya lebih banyak kepada paktikal. practice how to be a counselor. do a group counseling, individual counseling. meet real clients. berakhinya sem 6 itu bermakna weolls jadi abam and akak seniorlah next sem :)

hmm.. rasa macam baru semalam je terlompat-lompat masa dapat tawaran masuk upm. rasa macam baru semalam je join group intake upm 2011/2012 kat facebook. rasa macam baru semalam je jejak kaki ke kolej canselor. rasa macam baru semalam je meredah upm mencari kelas yang tak jumpa-jumpa masa 1st year. rasa macam baru semalam.. kann..

tiba-tiba sedih..

tu maksudnya tinggal lagi setahun masa untuk kita bersama. tinggal lagi setahun masa untuk kita bergurau lepak sekali. ehh.. tinggal 1 sem je sebenarnya. sebab sem akhir adalah waktu paktikal dan kita mungkin akan berpecah mengikut negeri yang kita pilih. sedih weyhh. hadirnya korang dalam hidup aku memang memberi kesan dalam diri aku. terima kasih sebab jadi LUNA aku sepanjang masa :) aku sayang korang :)

kenapa LUNA? sebab dalam banyak-banyak kaler, aku paling suka LUNA. cantik, menyerlah, menarik, diminati ramai.. macam korang. hehe :p



PADANG KAWAD :)








MAKAN :)








STUDY :)








CLASS :)







ASSIGNMENT :)









JENJALAN :)










KAHWIN :)






fuhhh.. siap gak aku upload pic kat sini. hehe.. 

sem 6.. macam-macam yang berlaku. sem 6 jugak mencatat sejarah bila sorang klasmate aku kahwin. neesa.. congrats dear! sem 6 jugak banyak merubah hidup aku. hahaha. korang.. tenkiu for coloring my life. u're awesome, gorgeous, smart, pretty, handsome.. okay semua yang seangkatan dengannyalah. hehe :p

okay done. sampai sini jela. penat aku tulis entry ni. hehee. panjang berjela. kbye. assalamualaikum :)





Shoutbox