Tuesday, September 10, 2013

2nd day :)

assalamualaikum..

hari ni hari selasa. hari kedua klas bermula. okay. ko tahu, masuk 1st klas je dr dah suruh buat group. next week ada 1st presentation. gilos! tapi tulahh kos aku. 1st day tu jangan harap nak main-main. dah takde main-main lagi. terus je kasi esaimen segala bagai. tiba-tiba teringat masa 1st year dulu. aku terkejut gila sampai tak dapat terima kenyataan. matrix sangat berbeza dengan universiti. seriyes tak tipu! okay. time tu culture shock jugak la sampai tak hantar esaimen segala bagai tu. bukan senang bagi aku nak suaikan diri duduk u ni. setahun jugaklah nak amek mood study tu. heee :p

okay. 2nd day. masuk klas teknologi pendidikan. nama glamer teknopend. bila tengok course outline, rasa macam excited semacam. masuk je klas, dr tanya sape ada ipad, smartfon, laptop dan segala bagai tu. well, dia kata mesti bosan kan kalau belajar cara chalk and talk sahaja. kita belajar cara yang lain. then takde test 1 pulak tu. 70% carrymark berdasarkan tugasan and only 30% final exam. okay. bagi aku, ini best! sebab bagi aku faham tapi tak tahu.. itu tak guna. aplikasikan apa yang kita belajar tu penting. tapi.. sebenarnya takut jugak bila takde test. sebab kalau tak buat esaimen betul-betul.. cuba bayangkan apa yang berlaku. 70% tu.. tapi takdelah 70% tu untuk satu esaimen je. ada banyak pecahan kat bawah 70% tu.

macam-macam yang kami akan belajar dalam teknopend. antaranya photography. hahahaha. macam lawak pulak bila kami akan belajar cara nak guna manual n digital SLR camera.  tapi dalam masa yang sama wahhh best gila! kalau belajar kat luar mahal kot. hmm.. okay tak semua orang ada camera besar gedabak tu tapi dr kata kat fakulti ada provide camera tu kalau nak pinjam. hee.. excited kot!

teknopend memang best. cuma ada banyak esaimen yang aku kena buat. aku boleh bayangkan betapa bizinya hidup aku sem ni. hmm.. dengan nak jual cendol lagi. hmm..

ada lagi satu klas lagi yang aku nak sangat masuk. klas MGM. nama panjang asas keusahawanan. ini klas untuk berniaga. hee.. okay tak sabar sangat!

aku harap nanti dah tengah sem takde aku meroyan kata sume subjek sem ni killer paper. hahahaha

okay. banyak dah membebel ni. stop sampai sini je. kbye. assalamualaikum :)



Shoutbox