Tuesday, September 10, 2013

awak comel lah :p

assalamualaikum..

makcik aku mengandung. kalau ikutkan due date dia bersalin 13/9 ni. tapi dipendekkan cerita.. dia masuk hospital 7/9 haritu.. pukul 11 malam. haa.. time ni aku dekat rumah nenek aku. tengah update entry the last..

masa tu kan, makcik aku kata dah keluar air ketuban. tapi dia cakap tak sakit. (hmm.. yeke cik ayun? cam tak caye je..)

8/9 tu.. masa aku dah nak siap-siap balik UPM, makcik aku selamat bersalinkan seorang bayi lelaki melalui pembedahan pada pukul 11.45 pagi. kalau ikutkan hati, aku memang nak pergi tengok dia kat hospital. tapi memandangkan masa tu dah tengahari, aku takut tak sempat sampai UPM cepat.. maka aku tangguhkan la nak tengok makcik aku. sebabnya aku ingatkan minggu ni nak balik lagi tapi rasanya tak jadilah pulak. 



comel kan dia :)

sekarang ni dok sibuk cari nama dia. tak kisahlah nama dia sape tapi asalkan maksudnya baik sudah. hmm.. kakak ipar aku dah 7 bulan mengadung. lagi 2 bulan dia pulak. bila scan baby tak nampak. pemalu macam makcik dia rasanya. aku rasa anak abang aku tu perempuan. hee..

takmau membebel panjang-panjang. ai nak g tengok the conjuring. ada kawan buat bilik terbuka. hahaha. kbye. assalamualaikum :)

*teringat pulak masa nak letak nama haziq. nama panjang muhammad haziq zakuan. haziq, mak dia yang pilih. zakuan, aku yang pilih. maksud haziq dan zakuan tu pandai. jadinya dua kali pandai. and haziq memang pandai. kecik lagi haziq tu tapi dah nampak kebijaksanaan dia :) inshaallah menjadi orang yang bijak dan berguna nanti ;D


2nd day :)

assalamualaikum..

hari ni hari selasa. hari kedua klas bermula. okay. ko tahu, masuk 1st klas je dr dah suruh buat group. next week ada 1st presentation. gilos! tapi tulahh kos aku. 1st day tu jangan harap nak main-main. dah takde main-main lagi. terus je kasi esaimen segala bagai. tiba-tiba teringat masa 1st year dulu. aku terkejut gila sampai tak dapat terima kenyataan. matrix sangat berbeza dengan universiti. seriyes tak tipu! okay. time tu culture shock jugak la sampai tak hantar esaimen segala bagai tu. bukan senang bagi aku nak suaikan diri duduk u ni. setahun jugaklah nak amek mood study tu. heee :p

okay. 2nd day. masuk klas teknologi pendidikan. nama glamer teknopend. bila tengok course outline, rasa macam excited semacam. masuk je klas, dr tanya sape ada ipad, smartfon, laptop dan segala bagai tu. well, dia kata mesti bosan kan kalau belajar cara chalk and talk sahaja. kita belajar cara yang lain. then takde test 1 pulak tu. 70% carrymark berdasarkan tugasan and only 30% final exam. okay. bagi aku, ini best! sebab bagi aku faham tapi tak tahu.. itu tak guna. aplikasikan apa yang kita belajar tu penting. tapi.. sebenarnya takut jugak bila takde test. sebab kalau tak buat esaimen betul-betul.. cuba bayangkan apa yang berlaku. 70% tu.. tapi takdelah 70% tu untuk satu esaimen je. ada banyak pecahan kat bawah 70% tu.

macam-macam yang kami akan belajar dalam teknopend. antaranya photography. hahahaha. macam lawak pulak bila kami akan belajar cara nak guna manual n digital SLR camera.  tapi dalam masa yang sama wahhh best gila! kalau belajar kat luar mahal kot. hmm.. okay tak semua orang ada camera besar gedabak tu tapi dr kata kat fakulti ada provide camera tu kalau nak pinjam. hee.. excited kot!

teknopend memang best. cuma ada banyak esaimen yang aku kena buat. aku boleh bayangkan betapa bizinya hidup aku sem ni. hmm.. dengan nak jual cendol lagi. hmm..

ada lagi satu klas lagi yang aku nak sangat masuk. klas MGM. nama panjang asas keusahawanan. ini klas untuk berniaga. hee.. okay tak sabar sangat!

aku harap nanti dah tengah sem takde aku meroyan kata sume subjek sem ni killer paper. hahahaha

okay. banyak dah membebel ni. stop sampai sini je. kbye. assalamualaikum :)


Saturday, September 7, 2013

the last..

assalamualaikum..

sedar-sedar esok aku dah balik upm. hmm..cepat masa berlalu. macam baru semalam je aku balik dari camping, start kerja raya sume tulah.. ahad ni dah nak balik upm. hmm.. dengar cerita kat twitter, banyak perubahan yang berlaku kat UPM. ni yang rasa tak sabar nak balik ni. yang paling tak sabar nak tengok, tempat laluan basikal tu. hmmm.. guess what? UPM sekarang tengah lancarkan kempen green campus. memang lepas ni majorti orang naik basikal pergi kelas. aku harap sangat lepas ni takde lagi kelas malam or exam malam. scary kot nak pergi fakulti malam-malam.. *--*

hmm.. baju belum kemas. hmmm.. hmmm.. hmmmmmm... malas lah. cmne ni? malas gila. rasa macam taknak bangun je. nak tulis pon tak tahu nak tulis apa lagi. hmmm... hmmm... hmmm.. haaahhh.. citer pasal laptop lah.

dipendekkan cerita.. (sebab malas nak tulis panjang-panjang) laptop ni selalu over heating. cooler aku tu dahla besar gedabak. pastu haritu balik naik bas je. dah tak muat tangan nak pegang cooler. so tak bawak la cooler balik rumah. lepas tu kipas laptop ni bunyi-bunyi la pulak. then selalu mati sendiri bila dah sejam guna.

ko bayangkan.. aku tengah buat-buat esaimen tiba-tiba laptop ni mati. pastu takde autosave pulak tu. rasa macam nak hempuk je laptop ni. haishhh.. geram gila! ohhh.. lupa nak cakap. laptop aku rosak buat kali yg ke 5. malas aku nak betulkan sebab nak saving duit. nak beli basikal kann. so aku sekarang guna laptop abang aku.

haaa.. sambung balik cerita kat perenggan 3.. adik aku suruh aku betulkan laptop tu. katanya bau hangit lah apa lah. yelakann.. tak bawak cooler, pastu over heating lagi. dah tu on9 atas katil. memanglaaahhhh.. memandangkan aku ni ada lagi 2 tahun nak guna laptop ni.. aku pon konon-konon expert la pergi jumpa pakcik aku nak pinjam screw driver. dah kat depan mata ni screw drivernya.. tinggal nak bukak je laptop ni.. konon-konon aku tengok macam banyak habuk je kat fan laptop ni. nak bersihkan sendiri la. tiba-tiba pakcik aku tanya..

pakcik: ko ni reti ke nak bukak laptop ni?
aku: hmm.. tak tahu. tapi bukak jela sume screw tu.
pakcik: kang kalau tak hidup lepas tu camne? iman dahla takde ni.
aku: alaaa.. (dalam hati: try n error je tak boleh ke?)

(iman: kazen aku. dia amek sijil komputer sebelum ni)

dengan hati yang berat bak membawa batu yang berat, aku pon melangkah la kat kedai komputer. dia charge rm50. dalam hati: mahal gila! bukak bersihkan habuk je kot. tapi.. oleh kerana aku dah nak balik.. betulkan jelahh. sementara ada duit ni. kang dah takde duit pastu laptop buat hal dengan esaimen berlambak-lambak malas pulak nak menapak kat lowyat tu.

hantar laptop --> singgah kedai tupperware --> pergi econsave

tiba-tiba orang kedai laptop tu call. dia ckp dlm laptop ni ada banyak semut. seriously, aku tak tahu nak respon apa.. heee.. aku just tanya laptop dah siap ke.. sebab ni laptop abang aku. aku memang tahu dia suka minum air ngan laptop. pastu dah minum dia tinggal je kat situ. adik-adik aku pon sama. tengok tonton pastu makan depan laptop. hmm.. okay. laptop belum siap. aku ingat aku taknak balik. yelaa.. kot kot lepas siap shopping apa sume tu laptop aku dah siap.. takyah aku ulang alik nak balik rumah pastu datang balik amek laptop. minyak naik wooo.. jimat-jimat. tapi.. lepas tu org kedai tu tak call balik. balik rumah.. tido sampai ke petang sambil letak fon kat sebelah telinga. tapi org kedai tu tak call balik. takut kot. kang tak siap laptop ni kang esok kelam kabut nak balik. alhamdulillah aku call kedai tu balik then dia cakap dah siap. fuhhh.. lega.

okay. sekarang tengah online.dari tadi aku bukak. dah lebih sejam ni. dah tak over heat lagi. dah tak bunyi lagi. heee.. cuma kekadang ada semut lalu.

conclusion: jangan makan dengan minum bersama-sama laptop anda. nak makan, makan je. jangan gatal-gatal nak guna laptop sekali.

dah banyak sangat merepek ni. kbye. assalamualaikum :)

#tiba-tiba aku rindu laptop aku laaa.



DANGER. i miss u laaa :'(



Shoutbox