Tuesday, March 20, 2012

fasa baru.

sekarang dah genap la umur aku 20 tahun. hmm, terasa kejap masa berlalu. dah 20 tahun rupanya aku hidup kat bumi ALLAh ni. alhamdulillah, ALLAH masih sayangkan aku. DIA masih beri aku peluang untuk hidup.

kalau tahun lepas aku di KMJ, tahun ni aku di UPM. grand tak sambut birthday kat hotel? haha. dari pagi sampai la malam aku berkampug dekat Equotorial Hotel Bangi-Putrajaya. rugi je free call yang maxis kasi. yela, dah duduk kat dalam dewan, segan pulak aku nak call orang. kang semua orang pandang aku. haha. *perasan :P

okayla. berdosa kan tipu orang. sebenarnya aku bukan celeb birthday aku kat situ. MMMR buat kat situ. aku ni jadi ajk. so, kena la datang awal. MMMR = Majlis Makan Malam Rasmi. event ni dibuat sebab nak meraikan akak-akak n abang-abang final year. hmm, aku ni tak tahu la sempat ke tak nak join majlis ni 3 tahun lagi.

walaupun semalam penat sangat tapi pengalaman yang dapat tu memang berbaloi. pengalaman merupakan cikgu yang terbaik kan :)


erk, memang tak sah la kalau xde pic kan. hehe













Wednesday, March 7, 2012

untung saya cuma belajar di malaysia :)

homesick! dah sebulan tak balik rumah. okay. ini tempoh yang paling lama aku tak balik rumah. MAK, nak balik!

dekat sini penat sangat. nak balik. nak rehat. taknak fikir lagi apa-apa yang berkaitan dengan UPM buat sementara waktu. boleh tak?

rindu dekat mak, dekat budak kecik 2 orang tu yang selalu kena buli ngan aku. rindu nak tengok tv kat rumah. rindu dekat rumah.

paling cepat boleh balik pon bulan 4 nanti. tu pon bila cuti mid sem. seriously, before this 2 minggu ke 3 minggu sekali aku balik rumah. ni macam dah lama je tak balik. tapi syukur lah. at least aku still kat malaysia. kalau aku study kat oberse amek kaw! setahun sekali kot baru aku balik. hmm, sabar lah hati. sebulan lagi. bila lagi nak berjauhan dengan keluarga. at least kau lagi beruntung dari kakak kau tu.

*rasanya tak jumpa aina bila dia balik rumah nanti. sorry. orang busy sangat! tolonglah datang UPM lawat orang kat sini :(

Sunday, March 4, 2012

kisah budak macam tomboy

dulu

perangai dia seperti lelaki. kalau ada budak lelaki kacau sikit habis la budak tu kena pukul. tak kisah la guna buku ke calculator ke, botol air ke semua boleh. apa yang terdekat dengan tangan la yang pastinya. kalau takde bende tu semua, memang guna penumbuk jela. sampai cikgu dekat sekolah pernah tegur dia ganas. cikgu cakap,

"awak tu perempuan. lembut la sikit."

suara? haha. walaupun orang tu dekat sebelah cakap macam sebatu jauhnya. air mata? wah, jatuhla martabat dia kalau menangis depan orang. garang. hmm, itulah yang paling sesuai untuk dia rasanya pada masa tu.

yup. dia macam tomboy. tapi dia masih seorang perempuan. bertudung dan masih menutup aurat walaupun tak sempurna mana. cuma gayanya seperti lelaki.

tapi

kerana suatu kejadian, dia berubah. dia bukan lagi tomboy. dia cuba menjadi seorang perempuan. perempuan yang lemah lembut. ayahnya meninggalkan pesanan sebelum pergi menghadap Ilahi.

kata ayah,

"kamu kena sabar. tak boleh marah-marah selalu. nanti orang takut nak kawan dengan kamu."

beberapa hari sebelum ayah pergi, ayah pernah bertanya,

"bila kamu nak berubah?"

perginya si ayah membawa 1001 perubahan pada dirinya. dia bukan dirinya yang dulu lagi.

cara percakapannya berubah sehingga kawan-kawannya ketika sekolah dahulu tidak mempercayai itu adalah dia bila mereka berhubung melalui telefon. sikapnya juga berubah dari seorang yang agak laser kepada seorang yang pemendam. baginya, buat apa nak balas balik setiap apa yang orang lain perkatakan? bukan boleh mengubah keadaan pun. diam adalah cara yang terbaik. daripada si pemarah bertukar kepada si ciwek. air mata terlalu murah baginya. perasaan marah tentunya ada. cuma dia sudah lupa bagaimana hendak menunjukkannya.

kadang-kadang, dia terfikir untuk kembali menjadi tomboy. siapa berani mahu membuli si tomboy ni? tapi, setelah difikir-fikirkan kembali, dia adalah seorang perempuan. lumrah sifat perempuan adalah lemah-lembut.

sekian.

Shoutbox