Wednesday, April 24, 2013

him :'(

assalamualaikum.

masa aku sekolah dulu, masa form 4 n form 5.. aku rasa susah sangat nak belajar aliran sains. oleh kerana aku yang pilih aliran tu, pilihan sekolah tu.. ayah cakap, aku kena bertanggungjawab atas pilihan yang aku dah buat. menyeluk pekasam biar sampai ke lengan. dah alang-alang amek, baik habiskan.

perit. sangat perit. nangis tu toksah cerita la bila tak tahu buat addmaths. hmm.. cikgu addmaths aku kat sekolah garang. kasi homework bertimbun-timbun. pastu kalau kasi homework arini, esok wajib hantar. okay.. kadang-kadang tak hantar.. kena denda berdiri kat tapak perhimpunan siapkan homework sampai siap. memanglah buat ramai-ramai.. tapi bila aku sorang je kepala putih malu kot.. i mean others do not wear tudung. my school is chinese school..

malu sangat.. kalau ayah lalu cepat-cepat nyorok. lupa nak cakap.. aku satu sekolah ngan ayah aku. memang aku sengaja pilih satu sekolah masa tu. senang. ni kes bila taknak duduk asrama lagi.

bila aku nangis.. tak reti buat homework.. rasa macam nak give up.. ofcoz aku nangis. and only ayah know it. sebab aku start study pukul 3 pagi. takde sape perasan aku nangis. hanya ayah tahu sebab ayah bangun malam. he hug me. give me motivation to make me strong. calm me.. ayah akan cakap..

"ara, ni baru spm. ayah ni amek master masa umur ayah berapa? dah tua pun ayah nak lagi belajar.. kenapa ara taknak belajar? ayah lagi tua dari ara tapi ayah lagi kuat dari ara.. ara kan muda lagi. sepatutnya lagi kuat dari ayah."

ayah buat aku berfikir.. kenapa nak give up cepat sangat? kalau ayah boleh kenapa aku tak boleh? if he can do it, why not me?

ayah.. kita rindu ayah. kita malas nak belajar sekarang. esaimen berlambak tapi kita tak start lagi. tapi takde sape nak motivate kita.. i have to motivate myself and i hate it. i need you but you...

 ayah,epah, mak dan anas


ayah n epah

allah tahu apa yang terbaik untuk kita. i keep remind myself.. ada hikmah disebalik kejadian. redha zahrah. ayah tak kan hidup walau engkau menangis air mata darah sekalipun. zahrah kuat, budak bijak.. ayah memang dah takde nak motivate engkau tapi ayah tinggalkan memori yang boleh memotivasikan engkau. 


 
 listen this song and i start crying..
bila kita gembira, kita hayati rentak lagu. tapi bila kita bersedih kita hayati lirik lagu..


Shoutbox