Monday, November 25, 2013

last weekend. tanjung rambutan.

assalamualaikum.

last weekend aku pergi tanjung rambutan. tidur dekat hospital tanjung rambutan. ada buat program dekat sana. okay, aku nak cerita pasal ni tapi aku sangatlah takde mood. maka, entry ditangguhkan kepada minggu hadapan Inshaallah :)

tanjung rambutan best. ada kisah disebalik kisah. disebalik kegembiran, disebalik senyum, tersimpan 1001 kedukaan.


helpless.

bila apa yang kita harapkan tak seperti yang dirancang, mesti kita rasa.. argghhhhh. DOWN GILA! apa yang mampu dibuat hanyalah menangis menangis dan menangis.

YA ALLAH, APA YANG PATUT AKU BUAT SEKARANG? AKU BUNTU.


contengan untuk motivasikan diri balik.



berhenti menangis. fikir positif bahawa semuanya ada hikmah cuma aku yang tak nampak sekarang. ALLAH lebih tahu apa yang aku tak tahu. istifar..

maka.. apa yang patut aku lakukan sekarang adalah bertenang, fikir positif dan senyum. setiap masalah yang datang mesti ada jalan penyelesaiannya.






aku terfikir, alangkah baiknya kalau ayah ada. tapi.. ayah tak mungkin hidup kembali. maka.. redha itu penting. percaya bahawa ALLAH sentiasa ada untuk bantu aku walau kat mana aku berada :)


Monday, November 18, 2013

ayah, mak tak sayang kita ke?

assalamualaikum..

sambil merangka-rangka apa yang perlu dicakap untuk presentation esok, tiba-tiba aku teringat dekat mak ngan ayah. maklumlah.. tengah buat esaimen pasal siblings rivalry, family segala bagai ni.. tiba-tiba teringat pulak kat mak ngan ayah. hmm.. dulu aku pernah tanya satu soalan ni..

ayah, mak tak sayang kita ke?

bila mak aku selalu tak kasi aku buat apa yang aku nak. bila mak aku selalu marah aku bila aku nak buat sesuatu.. kadang-kadang aku rasa terkongkong dan rasa macam.. mak aku ni macam tak percaya je kat anak sendiri. rasa macam kecewa sangat..

berbeza sangat dengan ayah aku. aku nak buat apa, buatlah. asalkan aku tanggung semua risiko yang aku kena nanti. ayah.. dia tak halang aku.. biasanya dia akan kata boleh.. tapi.. kalau buat ni nanti ara jadi camni. kalau buat tu nanti jadi camni pulak. he always make me think before i make a decision.

jawapan ayah aku:

sebab mak sayang lah mak tak kasi.

aku: owhh.. habis tu ayah tak sayang kita la?

ayah: bukan tak sayang. sayang. cuma.. sayang mak dengan ayah lain. mak tak kasi sebab mak takut sangat nanti kalau ada apa-apa yang berlaku kat anak dia ni. kan mak mengandungkan ara 9 bulan bawak ke hulu ke hilir. mestilah mak tak nak apa-apa berlaku kat anak dia.

aku: owhh. dah tu kenapa ayah tak macam mak?

ayah: sebab ayah nak ara berdikari, cuba sendiri. tu cara ayah tunjukkan kasih sayang ayah.

parents.. what ever decisions they have made, its for your happiness. not them. trust me!

bila ayah dah takde, aku rindu sangat nak dengar ayat motivasi dia :'(


Sunday, November 17, 2013

sembang kencang punya!

assalamualaikum :)

topik hari ni sambung belajar.

aku grad degree nanti masa umur aku 23 tahun. hmm.. kalau ikutkan hati aku nak dapatkan ph.D sebelum umur aku 30 tahun. tapi.. aku nak kerja. cari duit kasi mak dulu baru sambung belajar balik. lagipun Dr. Nani kata.. kalau nak sambung master, biar ada pengalaman dulu. makanya, aku nak kerja setahun dulu then baru sambung balajar balik.

ada la sorang dua nak buat cmni. doakan la semoga kami dapat sambung sama-sama nanti. heee :p

tempat nak sambung: kalau ikutkan hati, mestilah aku nak pergi US. sumpah tak tipu! rasa macam nak kumpul duit banyak-banyak pergi study kat sana. tapi kan.. kalau tak dapat ergi US, kat UPM pon okay. aku bangga sebenarnya belajar kat sini. bangga sebab berguru dengan orang-orang yang hebat dan pakar dalam bidang kaunseling ni. dulu masa kat sekolah selalu buat inventori minat kerjaya Sidek. sekanag belajar sendiri dengan Dr. Sidek Noah. masa kat sekolah dulu aku bayangkan muka Dr. Sidek ada misai, kulit hitam manis. tiba-tiba tengok face to face ermmm.. jauh berbeza. Dr. Sidek putih, pastu takde misai pun macam dalam imaginasi aku. hahaha.

kalau master buat kat malaysia, aku harap sangat aku boleh buat Ph.D dekat US. hmmm.. kita hanya merancang tapi Allah yang tentukan :)

okbye. tu je nak merapu meraban. nanti-nanti aku update lagi. gambar takde. tak syiok pulak kalau nak update pasal tg. malim, tempat aku dibesarkan selama 4 tahun.. heee :p

assalamualaikum :)


Thursday, November 14, 2013

them :)

assalamualaikum..

aku tahu raya dah lama habis.. tapi aku nak jugak update entry pasal raya aidil fitri haritu. heeee :p

raya tahun ni agak lain sikit. ni 1st time aku pergi sekinchan naik bas. okay. takdelah direct bas tu sampai kat sekinchan. aku naik bas sampai klang je. sampai klang, muiz dengan zahirin amek. tapi.. muiz dengan zahirin amek aku lambat. dahla masa tu dah pukul 1 pagi.. aku tinggal sensorang kat stesen bas tu dengan pakcik teksi. takut gila kot. nak hilangkan rasa takut, aku pon mesej la mus. konon-konon nak buat luahan perasaan lah. tapi mus pulak tak caya dorang tak sampai lagi. haihhhh... haru je rasanya. hahahahaha

tapi.. apa-apa pun.. aku selamat sampai kat rumah mus pukul 3 pagi. weyhh.. tengs sebab amek aku. tengs tengs tengs muiz n zahirin :)

plan nak pergi beraya rumah cikgu terpaksa dibatalkan sebab semua cikgu ada kelas ganti hari tu. maka, kerja aku dengan mus adalah dok lepak gosip jela. hmmm.. dah lama tak tengok sawah padi.. petang tu kami naik motor sama-sama pergi tengoh sawah padi walaupun padi takde. orang baru nak tanam. heee..

seriyes masa tu aku teringat time kita sekolah dulu. bila kita pergi rumah atika, bila kita pergi tuisyen sama-sama, bila kita naik motor bertiga. seriyes aku rindu sangat masa kita sekolah dulu. (tiba-tiba rasa macam nak nangis)

masa hari ahad, bila semua ada.. semua orang.. ehh, kebanyakkan orang terkejut sebab aku ada. yelah.. rumah aku bukan lagi kat taman sekinchan jaya macam dulu. rumah aku dah dekat muar, johor. for sure orang tak jangka aku ada kat sekinchan. ahad.. seharian kita pergi beraya. tangkap gambar bagai nak gila. heee.. itu pengalaman. seriyes aku tak tipu, masa kat sekolah dulu aku lebih rapat dengan mus, nisa ngan tyka je. tapi hari tu.. bila ada neneng, rina, sasa, pektong, dayah, meera, ogy.. rasa macam.. hahahahahaha. gelak je memanjang. hahahaha. mungkin kita tak berpeluang untuk kenal dengan rapat masa kat sekolah dulu.. tapi tak terlambat lagi kan untuk aku kenal korang :)

okay. ni pic yang zahirin amek guna DSLR dia. hahaha. sumpah lawak bila sasa nak tangkap gambar guna camera zahirin tiba-tiba tak boleh sebab bateri habis. penat kami senyum sampai ke telinga tiba-tiba.. ehh.. kenapa tak boleh ni? hee.. pengalaman. korang mungkin tak faham apa yang aku cuba nak sampaikan sebab korang takde kat situ masa tu :)

















okbye. tu je. yang lain biar simpan dalam memori :)
aku nak tido. gudnite and assalamualaikum :D


Wednesday, November 13, 2013

tetap menantimu.

aku sukakan kau. sejak dulu lagi. mungkin kau tak pernah tahu atau perasan. sebab aku lebih suka hubungan yang kita bina atas dasar persahabatan. namun, suatu hari.. apabila aku dapat tahu bahawa kau sudah ada yang punya, aku jadi kecewa. ya.. mungkin aku ditakdirkan untuk melihat kau cuma dari jauh. cuma dari jauh.

----------------------------------------------------------------------------

perghh.. okay. ni bahagian sinopsis. entah dah kenapa aku rasa macam nak tulis novel ni. hahahaha. manalah tahu kan. tiba-tiba jadi terkenal. hahahaha.

sekarang fokus dekat assignment. kalau ditakdirkan aku menulis bab 1, mungkin akan ada epilognya suatu hari nanti. doakan :)

okbye. assalamualaikum :)



Shoutbox