Tuesday, August 27, 2013

bus stop.

assalamualaikum..

ini kisah apabila aku sampai di muar. kebetulan bas sampai sejam lebih awal dari yang aku jangkakan. sementara menunggu sesiapa yang bertuah datang menjemput, aku duduk sebentar di bus stop berhadapan dengan pejabat pos. ada seorang pakcik duduk disitu. badannya besar dan perutnya buncit. apabila dia senyum, jelas menampakkan giginya yang rongak.

pakcik itu cuba mengajak aku berbual-bual. 10 patah yang dia cerita, 5 patah aje respon aku. maksudnya, dia lagi banyak cakap berbanding aku. hahahahaha. tak lama selepas kami berbual, pakcik tu tanya aku:

pakcik: dik, ada seringgit tak?

-flashback-

aku: kenapa ayah kasi orang tu duit? entah-entah nanti dia beli benda lain. bukannya nak beli makanan.

ayah: dalam rezeki yang Allah kasi kat kita, mungkin ada juga rezeki orang lain di dalamnya. apa salahnya kita berkongsi? lagipun bukan banyak yang dia nak. apa yang berlaku seterusnya samada dia nak beli makanan ke rokok ke apa ke itu urusan dia dengan Allah. bersangka baiklah dengan dia. -senyum-

-realiti-

aku: ni pakcik. ambil lah.
pakcik: dahaga. nak beli air nanti. kaki pakcik ni dah tak boleh jalan jauh.

baru aku perasan, kakinya berbalut dengan kain biru tua. ye, keadaan kaki dia tak berapa baik. lepas tu dia mula bercerita tentang anak-anaknya. ada yang duduk kat shah alam, dan sebagainya. tiba-tiba

aku: pakcik, tu pakcik saya dah sampai. saya pergi dulu ye.
pakcik: haa. yelah.

pakcik aku tak membawa aku pulang ke rumah terus. dia membawa aku pergi ke rumah ibunya yang terletak di bandar muar. sebelum pulang, ada 3 orang memberi aku duit raya. yelah, raya kan belum habis lagi. jumlahnya lebih 10 kali ganda daripada jumlah yang aku beri kepada pakcik di bus stop tadi. alhamdulillah. Allah bayar cash terus kat dunia :)

-dalam rezeki yang kita dapat tu, mungkin ada rezeki untuk orang lain juga-

tamat.


*terasa nak jadi penulis lepas ni. arghh.. kecelaruan identiti. banyak sangat cita-cita.



Shoutbox