Thursday, November 24, 2011

the worst week!!

kadang-kala apa yang kita harapkan tak menjadi kenyataan. macam-macam terjadi minggu ni. dengan assignment yang berlambak-lambak dan presentation yang sangatlah teruk! seriously aku penat! walaupun hari ni baru hari khamis, aku dah simpulkan minggu ni hidup aku memang teruk. tunggang terbalik. hmm, ada la tu silap kat mana-mana bila aku yang banyak cakap ni tak boleh nak bercakap kat depan..

*muhasabah diri kejap. setiap yang berlaku ada hikmahnya. 

Thursday, November 17, 2011

weh, dia ADD aku la.. wink wink ~.~

aku da lama tak jumpa dia. bagi aku dia tu COMEL sangat! haha. dialah kawan pertama aku masa aku pindah kt Sekolah Rendah Agama Harmoni. huuu.. masa tu darjah 1. ingat lagi time tu. aku tanya dia macam-macam tapi dia jawab sepatah je. muka dia nampak macam takut je kat aku. weyh, aku tak garang pon. huhu

oke. taknak buat korang tertanya-tanya. nama dia ADNIN. muka dia lembut sangat. a soft girl. hee~

tapi ktowg da lama tak jumpa. yela, lepas sekolah rendah ktowg da tak sama sekolah lagi. excited sangat dia add aku kat FB. sebab tu tandanya dia ingat kat aku lagi, budak kecik yang COMOT! hehe

Tuesday, November 15, 2011

enter aje.

hari ni ada PC Fair dekat UPM. tawaran yang paling hebat: pendrive RM1. (dengan pembelian minimum RM50. sementara stok masih ada)


oke la. taknak cerita pasal pendrive tu. nak cerita pasal benda lain.

masuk-masuk je dewan (PC Fair tu buat dekat dewan) kami nampak satu booth INTEL. booth ni berjaya menarik perhatian kami. nak tahu kenapa? sebab orang yang jaga booth tu kata ada game. so, excited ni nak maen. free kan.

mula-mula tangkap pic sorang-sorang dulu. pastu... tak tahula nak cakap macam mana.

hmm,nanti ada la katun menari-nari tapi muka kita. rasa cam comel sangat. gelak terkekeh-kekeh. haha.

nak tengok tak? cuba tekan sini.

nama game ni dance-dance aje.. XD

 kalau nak tgk yg ni id dia 00503.

oke. tu je nak share. bubbye n assalamualaikum =]

Saturday, November 12, 2011

saya manusia biasa. mudah lupa.

isnin ni SPM.

adeq aku amek SPM tahun ni. gudluck epit!

tiba-tiba teringat time aku SPM dulu. air mata murah kot time tu. yela, abes SPM da kena pindah. sedey gila nak tinggalkan kawan-kawan aku yang havoc bagai nak mati tu. haha.

dan seperti yang korang sume tahu, aku memang sayang sangat life aku masa skola dulu. yg sweet+sour-bitter time=happy. huhu

best sangat time tu. dan semestinya lagi best sebab time tu ayah still ada. air mata da start mengalir.

bestnya la orang lain ada ayah. aku takde.

my other side say: untunglah ada mak. ada orang takde mak ngan ayah.



*Allah maha mengetahui segala-galanya. maafkan aku sbb meragui rancangan yang telah Kau atur sebelum aku lahir lagi. sesungguhnya aku seorang yang pelupa. lupa bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. :'(



Monday, November 7, 2011

hidup ini sekali je

aku selalu membandingkan hidup aku yang dulu dengan sekarang. dan tentunya membandingkan antara yang best hidup yang dulu dan betapa tak bestnya hidup aku yang sekarang. kadang-kadang aku terus lupa apa yang bestnya hidup sekarang sebab asyik nampak yang tak best je.

bagi aku..

hidup sekarang ni BOSAN!!

tapi..

bila difikir kembali, aku pernah je ketawa dengan hidup yang sekarang. maknanya hidup yang sekarang ni takdela teruk sangat. aku jumpa dengan mereka. yang menjadi gula, garam dan lada. yang mengajar aku erti hidup. yang membuatkan aku sedar manusia tu tak sama. hidup ni sekali je. jadi, aku takmo asyik tengok yang negatif je. positif sikit zahrah :)

"hye awak, saya bukan seorang yang baik. tapi kalau saya dah kawan dengan seseorang, saya akan cuba jadi kawan yang terbaik. sebab bukan senang nak jadi kawan saya c(:"

Sunday, November 6, 2011

mereka tu LIMITED EDITION in the world!

tadi call MUIZ. one of my best friend till now. we are friend since primary school :)

muiz, azham, musfirah, ame n nisa.

paan n tyka pulak kenal dowg time f4 n f5. time tu jadi budak baru sama ngan aku =]

masa sekolah dulu, budak-budak ni la yang jadi LUNA hidup aku. almost everything i do with them. dan ada satu benda yang korang kena tahu..

mereka ni LIMITED EDITION!

sebab susah sangat nak jumpa orang yang macam mereka. sampai sekarang aku tak dapat jumpa orang macam mereka.

sempoi, tak cepat terasa, boleh cakap lepas, caring, suka tolong waktu susah, study together, sekepala.

aku bersyukurlah kenal mereka ni. family ktowg pon memang dah kenal family masing-masing. ayah aku pulak kaunselor. so memang data dowg sume dalam tangan ayah aku la. hehe c[:

seriously aku rindu kat dowg. kita dah jauhkan sekarang. yang paling jauh mestilah aku. sebab kowg sume still dok sekinchan. aku je yang terdampar kat muar.

dulu, sebelum spm habis.. aku nangis hampir tiap-tiap malam. sebab aku kena berpisah ngan kowg sume bila spm habis. ayah aku tahu aku sedih. dia lambatkan 2 minggu dari tarikh yang sepatutnya ktowg pindah. sedih bila ingat balik.

[kalaula aku tahu aku kena berpisah ngan ayah aku tak tahula apa yang akan aku buat]

hope we still friend till we all marry. haha


masa tak boleh berputar balik ke zaman dulu :'(

selamat hari raya aidiladha :)

Allah berfirman, maksudnya:
“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”.
Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.
Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami), serta Kami menyerunya: “Wahai Ibrahim! “Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu”.
Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata; Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: “Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!”.
Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman. Dan Kami pula berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh.
Dan Kami limpahi berkat kepadanya dan kepada (anaknya): Ishak; dan di antara zuriat keturunan keduanya ada yang mengerjakan kebaikan, dan ada pula yang berlaku zalim dengan nyata, terhadap dirinya sendiri.”
AsSaffat:102-113

apa pengorbanan terbesar yang pernah kita lakukan? adakah telah cukup pengorbanan itu? 

fikir sejenak dan renung-renungkan. =]

Friday, November 4, 2011

i never been alone :)

aku selalu rasa aku keseorangan. sendiri tanpa sesiapa disisi.

SALAH!

baru aku sedar aku salah. setiap kali aku keseorangan, ALLAH hantar seseorang sebagai teman. sungguh indah apa yang telah ALLAH aturkan. cuma sebagai manusia, kita sentiasa lihat dari sudut yang negatif.

menurut salah satu teori falsafah kaunseling, masalah berpunca daripada pemikiran manusia.

so, positif la sikit :)

Thursday, November 3, 2011

hanya mereka sahaja yang mengenali aku.

siyes. aku yang DULU sangat lain dengan aku yang SEKARANG.

aku yang DULU banyak cakap.
aku yang SEKARANG pendiam sikit.

aku yang DULU sentiasa kena berteman.
aku yang SEKARANG sentiasa sorang-sorang.

aku yang DULU kuat makan.
aku yang SEKARANG kadang-kadang breakfast, lunch + dinner satu package.

aku yang DULU suka gaduh.
aku yang SEKARANG suka mengalah.

aku yang DULU adalah berbeza dengan aku yang SEKARANG.

hanya mereka yang kenal aku yang DULU sahaja faham aku yang SEKARANG.

thanks MUSFIRAH for a wonderful day today :)

Shoutbox