Wednesday, August 31, 2011

last puasa last kerja

bekerja bersama

raya time. memang bz sampai nak susun kasut pon tak sempat.


tempat solat. at least ada kann?

hmm.. sedey bila ramadhan berlalu. terasa amal tak banyak masa time ramadhan. [bukan time ramadhan je nak beramal ye.]

oke. bila last ramadhan tu bermakna berakhirla tugas aku sebagai seorang penjual kasut. sedey sangat. lagi-lagi time minta maaf ngan kak nora. yela. dia kan pekerja paling lama kat situ. masa minta kerja dulu aku jumpa dia dulu la. hmm,menitis air mata ku. adoi. cover-cover bila ada customer masuk. aku ni bila dah menangis susah nak berhenti. huhu

honestly,aku bersyukur sangat dapat kerja kat situ. nak tahu tak?? uncle kasi kitorang duit raya. RM100 + kasut raya. terharu beb! tak sangka dapat bos yang sangat baik. teringat first week keje kat situ. tiap-tiap malam aku mimpi pasal kasut. maybe sebab aku masuk je kasut banyak sampai. ohh,sangat penat! tapi first week kann. so,xdela nak merungut bagai.. alhamdulillah ada juga orang nak amek aku keje. maklumlah.. bukan senang nak dapat keje ni.

bila dah keje baru tahu penat keje ngan belajar lain sangat. teringat kata-kata ayah..

"ayah suruh belajar je. bukan kene angkat batu pon kann."

ni bila aku merungut penat belajar. tak tahan laa. nanges-nanges tak suka chemistry masa skola dulu. hahaha. betul kata ayah. belajar lagi senang dari keje. at least belajar xdela lenguh-lenguh kaki,badan apa sume. just pening kepala je bila tak dapat jawapan. kerja?? ya allah.. sampai sekarang kaki aku sakit sebab berdiri terlalu lama.

hari ni 30 ogos 2011. seminggu lagi sebelum bergelar seorang mahasiswi di Universiti Putra Malaysia (UPM). apa pon tak prepared. nak kata mood raya tak jugak. takde perasaan la. hmm.. mybe penat keje tak ilang lagi kot. nak rest untuk sehari dua ni sebelum pergi shopping kat mana-mana.

*ingat tak aku pernah tulis entry pasal kasut raya yang maybe aku tu? aku amek kasut lain. nanti aku cite lagi ye. =]

Saturday, August 27, 2011

kita tak tahu apa yang berlaku esok

diadaptasi dari kisah benar..

suatu pagi di hari raya.

anak: ayah,kita minta maaf ye kalau ada buat silap.
ayah: hari ni minta maaf,esok buat lagi..
anak: tahun depan minta maaf laa lagi. hehe
ayah: kalau tahun depan ayah takde macam mana?
anak: .....

tahun hadapan.
di pagi raya..

anak: ayah,kita minta maaf kalau buat silap. ampunkan kita ayah..
ayah: .......
anak: kenapa ayah diam? cakap laa.

si anak menangis di depan kubur arwah ayahnya. ayahnya sudah tiada lagi di dunia. terngia-ngia perbualan antara mereka setahun yang lalu..

"kalau tahun depan ayah dah takde macam mana?"

*meminta maaf dan memaafkan seseorang bukanlah di hari raya sahaja.
di kala orang bersuka ria ingatlah ada yang menangis hiba. marilah kita sedekahkan AL-FATIHAH kepada ayah saya MOHD ZULKIFLI BIN MOHD NOR dan sesiapa yang sudah tiada lagi di dunia ini.

Thursday, August 18, 2011

masa itu emas

jam ada kaitan dengan masa. jam lama aku ada dua. satu cermin dia dah pecah then hilang. yang kedua pulak dah buruk. tak elok dah.  so,aku beli laa jam baru tadi. ingat nak tengok je. tapi alang-alang dah pergi tu terus je beli. alaa,murah je. kalau mahal takdenya aku beli. yang paling penting i use my own money. hehe



cantek tak? simple je kann. aku memang seorang yg simple. bagi aku asalkan sedap mata memandang dan benda tu berfungsi dengan baik tu da cukup bagus. =]

Wednesday, August 17, 2011

high heels? hmmm..

penat gila keje. ramai customer. banyak kerenah. sekarang aku nak cite pasal kasut febret budak-budak zaman sekarang. ko taw dowg suka pakai kasut apa?

HIGH HEELS!

gila kot. umo baru bape tahun dah reti pakai high heels. tak pon kasut yg ada heels sikit. sekolah rendah tuu. adoi! aku memang da pening bila jumpa budak camni. ada yg sampai amek kasut org dewasa semata-mata nak kasut yg ada heels. tak kesah la besa sikit. nak jugak!

"adek,ko tu kecik lagi. kang jatuh terpelecok padam muka." kata aku di dalam hati. kang cakap terus-terang lari pulak customer. haha

kecik-kecik dah pandai. akak yg dah umo 19 tahun ni pon tak reti pakai high heels. takde satu pon high heels kat umah ni. ingat nak beli wedges raya tahun ni. saje je nak jadi tinggi sikit. baru jalan sikit dah nak jatuh. memang ko dah berjaya kalahkan akak laa dek oi.

kan uncle suruh amek je mana-mana kasut. ingat nak amek kasuk ni. hmm..

masa nak masuk matrix dulu kan dia suruh beli kasut pvc. aku pon beli laa kasut yg ada tumit. satu inci je kot. ya allah! terseksa jiwa raga aku pakai kasut tu. saket gila!! tu laa. sume kasut aku flat je selama ni. huhu..

*kowg reti ke pakai high heels?

bila novel ada kaki..

saya kaki novel. yup. it is true! tapi dulu laa.. sekarang dah tak ada masa nak baca novel. [alasan]

ingat lagi entry i luv buku? masa kecik-kecik mak aku marah sebab baca buku kann. sumenya sebab aku baca buku novel. ingat lagi time tuu memang gila ngan novel siri penyiasatan salmah. terus berangan-angan nak jadi penyiasat terkenal seperti kogoru maori. tak pon polis. hahaha.

dari situlah timbul minat aku untuk membaca. kalau setakat 300 muka surat tu sehari je aku bole habiskan. aku pernah baca buku novel pasal NATRAH. korang kenal ke sape natrah ni?

natrah adalah seorang budak belanda yg dibesarkan oleh aminah yg berasal dari terengganu. natrah diserahkan kpd aminah semasa aminah tinggal di indonesia. natrah diserahkan oleh ibunya kpd aminah tanpa pengetahuan ayahnya yg masa tu kena tawan ngan tentera jepun. bila natrah da besar berlakulah perebutan hak jagaan natrah antara aminah dan ibu bapa kandung natrah. masa tu jadi kes hangat sebab natrah dibesarkan dalam suasana islam sedangkan ibu bapa nya beragama kristian. lastly, natrah dibawa balik ke belanda dan agamanya ditukar kpd kristian.

sadis cite natrah ni. novel tu tebal gila! masa tu aku skola rendah lagi. mau dekat 2 minggu baru habis baca. aku ni kalau dah baca novel memang aku hayati habis la. macam kita ada kat situ. sedih kot. syukur aku dilahirkan di dalam keluarga islam. kesian natrah. akhirnya mati dalam kafir.

ok laa.. hari tuu aku ada pergi kedai buku. cari novel baru. kat johor ni aku tak jumpa lagi perpustakaan awam. kalau dulu kat selangor banyak gila. kat kampung pon ada. kat sini tak nampak pon. maybe ada kat kawasan bandar je kot. ke aku je yg tak jumpa. hehe

aku nak promote satu novel ni. tajuknya roti cicah susu. mengisahkan tentang persahabatan antara ayim,mai,aris dan elmy. dowg ni dibesarkan di rumah anak yatim. cite ni sweet sgt pada mulanya. yela kann. masa zaman budak-budak. nakal sikit mai ni. asyik berkepit ngan ayim je sampai elmy jeles. mai ni selekeh. pastu kasar cam budak laki. elmy ni pulak lawa. dia jeles nape ayim yg baru pindah kat situ suka kawan ngan mai berbanding dia. aris laa yg selalu jadi org tgh antara mai dan elmy bila elmy jeles. bila dah besar sume dah berubah. sedih sangat ending dia. nak nangis aku dibuatnya.



honestly,novel pasal kawan lagi best drpd novel pasal percintaan sebab novel percintaan ni kadang-kadang terlalu mengarut sangat. kalau kat realiti suah sket nak terjadi. lagipun aku mana penah bercinta. so,tak dapat nak hayati sume tu. haha

*nape laa aku tak bole anggap buku pelajaran tu macam buku novel? kejap je da abes baca. haha

Friday, August 12, 2011

saya suka kad raya!

ingat tak aku pernah cite aku g melaka sampai sesat-sesat tu? aku pena tulis kat entry ni. kan aku g mydin time tu kan. jumpa pulak kad raya padahal time tu belum lagi puasa. haha. xcited punya pasal aku pon beli laa. sesiapa yang bertuah akan mendapat kad raya dari aku. yang pasti dia tu kawan aku yang paling aku sayang. yang laen bukan aku tak sayang. sayang jugak. cuma ongkosnya ngak ada banyak. aku beli sikit je. sape-sape yang tak dapat nanti aku kasi email ok. hehe


tadi sebok tulis time takde customer. baru teringat har ni da puasa yang ke 11. kang kalau send lambat posmen cuti pulak. haha. aku harap sape-sape yang dapat kad ni suka ye.

*terharu sangat sebab ada sorang kawan aku ni happy sangat bila aku cakap aku nak kasi dia kad raya. terasa dihargai. haha. tengs beb!

i am spectacled girl. lalalala

power aku takde la tinggi mana. sikit je. aku just pakai spec bila nak study je. kalau tak pakai spec kejap je bole study. paling lama sejam. pastu da kene tidojap. mata tak tahan. maybe sebab sebelah mata rabun silau then sebelah mata lagi rabun jauh. oleh kerana aku still bole nampak lagi kalau tak pakai spec,so aku memang tak akan pakai kat luar. spec hanya untuk di bilik. huduh gila bila pakai spec. haha. sebenarnya da lama aku pakai spec. since f4 ke f5 camtu la. da lupa. haha. ok. aku baru buat spec baru sebab spec lama da tak nampak.


bingkai full. da macam budak nerd da. aku ni dala selalu dianggap sebagai budak hayat walaupon sebenarnya aku amek acc masa kat matrix. mybe sebab mereka kata muka aku muka innocent. baik je. kiranya muka budak skema la. mereka yang kata. BUKAN AKU! ni bila da pakai spec ni bertambah skema la aku jadinya. haha. nasib baek aku tak amek bingkai tebal. kalau tak.. macam mana la muka aku. haha

ok la. tu je nak share

bubbye n assalamualaikum

aku dapat baju, mus dapat kasut =]

mus atau nama sebenarnya SITI MUSFIRAH BT NOR HADI.
jangan salah anggap mus ni laki ye. hehe

ok. aku janji ngan mus nak kasi dia kasut. tapi dia mesti bagi aku baju. baju da sampai kat aku. cuma belum siap lagi.

da bulan puasa ni. memang susah nak cari tukang jahit. hmm,aku memang bernasib baek. ada jugak org nak amek tempahan baju. aku d cakap ngan dia,kalau siap pagi raya pun tak pe. yela,aku hantar banyak kot.. huhu.

pernah baca entry ni tak??

kalau pernah baca, for ur information xde satu pun kasut kat situ jadi milik mus. haha. ada 1 kasut ni. cantek sangat [bagi aku la.] wedges. made in thailand [kasut from oversea tuu]. kaler putih. tepi-tepi dia ada bunga-bunga. lembut je mata memandang. sama ngan orang yang pilihkan ni. latest punya pulak tu. kasut tu laa jadi kasut mus.



cantek tak??

hmm, ni pulak kain yang mus kasi. purple kaler. my febret one selain hijau,biru,kuning,putih..  erk, cm sume kaler aku suke je.hehe



sekarang sedang menunggu blouse n tudung dari seorang lagi kawan aku. hari tu dia cakap nak kasut kaler hitam merah. ok. aku da jumpa satu kasut EDWIN. memang cun [bagi aku laa]. tapi tiba-tiba rasa cm nak kasi dia kasut kaler krim pulak. dia pon da kasi saiz kasut. hmm, rambang mata pulak nak pilih. huhu. tadi dia kata dia dah belikan blouse ngan tudung aku. tak saba nak tengok camne rupa blousenya. kalau dia kasi saiz adek aku memang aku soh dia pulang balek. haha.

Saturday, August 6, 2011

band pilihan terbaru-gensekii

aku patahkan ariel kete. sampai skang aku belum ganti lagi. abes jahanam kete tu aku guna. pasni nak g toyota servis betulkan sume. tapi tak de duit. toyota mahal. huhu ='[

oleh kerana itu, tak banyak siaran radio yang aku bole dengar. so, aku layan jela xfm.

tiba-tiba

ada suatu hari tu, time aku g melaka ngan kawan-kawan aku.. aku terdengar satu lagu ni. wah, memang dah terjatuh hati la. tapi tak tahu tajuk lagu tu apa. kan aku kerja skang ni, so malas nak tengok carta xfm semata-mata nak tahu tu lagu sape. tapi akhirnya aku cari jugak.

tajuk lagu tu melankolik dari gensekii..

best gila lagu tu.

selain daripada tu aku suka jugak lagu ceritera-bittersweet n lagu-bedroom sanctuary . best best best~

*tiba-tiba terjatuh hati kembali kpd band indie.

Thursday, August 4, 2011

aku rindu mereka.

bila ada kat depan mata kami selalu bergaduh. bagaikan anjing dan kucing. pernah satu ketika dahulu ayah berkata begini,

"agaknya nanti kalau jumpa setahun sekali baru baru tak gaduh ye?"

haha. akhirnya betul apa yang ayah katakan.

kakak aku kat sarawak. adek aku kat perak. aku kat johor. kejap lagi nak berhijrah ke selangor.

kalau nak kumpulkan semua adik-beradik aku tu memang time raya jela nampaknya. maklum laa. cuti tak sama. bila yang kat sarawak tu balek yang kat perak pulak tak dapat cuti. kadang-kadang bila mereka balek, aku pulak yang tak ada. hmm, rindu nak gado. hahaha

yang paling susah nak balek adek aku yang kat perak tu. dia sekolah tahfiz. ustaz dia memang susah nak kasi balek. maybe sebab kitorang selalu hantar dia balek perak lambat kot. hahaha. alaa, 2 minggu bukan lama pon. hmm, sebenarnya tak bole nak salahkan ustaz tu jugak sebab kalau dia balek lambat nanti takot dia terlupa surah yang dia hafal. hmm, dia lah harapan keluarga untuk menyelamatkan kami di kubur nanti. yang lain semua tak amek aliran agama. ayah pula jenis yang tak memaksa. aku ni pon 4 bulan je sekolah kat sekolah agama. nak tahu reasons aku berhenti?


  • subjek biasa dah 8 + bahasa arab komunikasi, bahasa arab azhar, tauhid, hadis, al-quran, feq, ntah apa ntah lagi.. aku lupa. yang pasti banyak la. aku tak bole bawak. ak ni lemah sikit bab hafal-hafal ni.
  • transport tak ada. g skola kene naik bas. kalau ayah aku sempat dia hantar n amek la aku g skola. tapi biasanya naik bas g balek. sampai rumah je mesti pukul 3. tak ada bus stop pulak tu. 
  • permohonan aku tukar ke sekolah agama yang ada asrama ditolak. 
sebenarnya kalau aku nak bole je bawak. yela kann. nak seribu daya. taknak seribu dalih. bila aku tukar sekolah, aku tak amek bahasa arab komunikasi lagi. mak marah gila. bila aku balek rumah je mak taknak tego aku. time ni aku dah pindah kat sekolah asrama harian. mak cakap kalau mak tahu mak tak kasi aku tuka sekolah sebab bahasa arab aku ok la jugak. huhu. bukan taknak amek tapi bahasa arab tak termasuk dalam subjek yang di ajar di dalam kelas. tak ada sape pon dak asrama yang amek bahasa arab. aku ni pulak tak reti bahagikan masa time tu. hahaha. lawak bila teringat balek zaman jahiliah dulu.

hmm, sekarang terasa rugi sebab tak tahu banyak bahasa. 

sekarang dah terasa melalut dah cerita. hahaha

hmm, cepat laa aina n arbain balek. nak g shopping sama-sama ni. haahaha

Monday, August 1, 2011

hari pertama ramadhan: sahur

hmm,da masuk bulan ramadhan. terasa kejap masa berlalu. lepas habis puasa raya. pastu masuk u. time to study back. then graduate. pastu amek master, phd then keje. [ewah-ewah.. berangan. haha]

ok. harini nak cite pasal adeq aku yang paling bongsu. susah betul nak kejut dia sahur. kene kejut dengan lembut sebab dia tu manja sikit. geram aku ngan budak kecik sorang ni!! ngada-ngada lebih. laki pulak tu. naseb baek aku sayang dia. hahahaha

dipendekkan cite, mak aku punya laa paksa dia makan. memang sampai kembung perut dia. hahaha. kesian dia. lepas sahur dia nak tido balek. aku kacau dia kaw-kaw punya. budak ni kalau dah tido memang tak bole bangun balek. ok. dia tak tido. siap bole g masjid lagi sembahyang subuh.

yang tu da bagus. masalahnya yang tak bole blah lepas balek masjid. ktorang ngah tengok tv.

tiba-tiba..

aku dengar bunyi benda mengunyah! adeq aku tgh makan ayam crispy!

rasa cam nak jerit je! baru 1 jam lebih sahur dia dah berbuka. dala harini hari first.

naseb baek umur dia baru 6 tahun. kalau tak memang aku dah sekeh kepala dia. hahahaha.

mak aku cakap maybe dia lupa harini puasa. huhu. sadis betul adeq aku tu.

oke. tu je nak share.

bubbye n assalamualaikum.

Shoutbox