Thursday, June 26, 2014

pertemuan

assalamualaikum..

hmm.. aku pernah cerita betapa suatu ketika dahulu aku cukup benci bila terpaksa naik bas bila nak balik universiti. menangis-nangis taknak naik bas. sedih tahap gila nak mampus kritikal bila time nak balik universiti. hahahaha. ya.. budak manja macam aku mana biasa naik bas. okay. terasa diri gedik seketika.

orang pernah cakap.. benda yang kita benci, boleh jadi benda yang kita suka. dan benda yang kita suka boleh jadi benda yang kita benci.

pengalaman mematangkan aku. hmm.. bila aku naik bas, aku jumpa dengan macam-macam jenis manusia. dan itu semua mengajar aku erti kehidupan. dan hari ini aku jumpa seseorang yang punya kisah seperti aku. berjumpa dengannya buat aku teringat masa silam aku. disaat aku lemah, terasa macam tiada sesiapa di sisi.

ya.. situasi yang kami hadapi sama. pada umur yang sama. aku pernah alaminya. cuma dia.. cukup kuat untuk menahan jatuhnya air mata. dan aku.. begitu murahnya air mata mengalir menandakan aku tidak cukup kuat untuk hadap semua ujian yang aku terima. mungkin kerana dia seorang lelaki dan aku seorang perempuan..

cuma satu pesan aku pada dia untuk hadapi ujian ini..

"kalau kau tak cukup kuat, dah lama kau takde kat dunia ni"

weyhh, aku harap Allah permudahkan urusan kau, aiman..

-disaat kita terasa lemahnya diri nak hadapi ujian yang Allah beri, pandang ke bawah. masih ramai lagi yang menerima ujian yang lebih hebat berbanding dirimu-


Monday, June 23, 2014

i year more :)

assalamualaikum :)

alhamdulillah. yeay akhirnya habis jugak semua paper untuk sem 6 ni. sem 6.. hmm.. sem ni sebenarnya lebih banyak kepada paktikal. practice how to be a counselor. do a group counseling, individual counseling. meet real clients. berakhinya sem 6 itu bermakna weolls jadi abam and akak seniorlah next sem :)

hmm.. rasa macam baru semalam je terlompat-lompat masa dapat tawaran masuk upm. rasa macam baru semalam je join group intake upm 2011/2012 kat facebook. rasa macam baru semalam je jejak kaki ke kolej canselor. rasa macam baru semalam je meredah upm mencari kelas yang tak jumpa-jumpa masa 1st year. rasa macam baru semalam.. kann..

tiba-tiba sedih..

tu maksudnya tinggal lagi setahun masa untuk kita bersama. tinggal lagi setahun masa untuk kita bergurau lepak sekali. ehh.. tinggal 1 sem je sebenarnya. sebab sem akhir adalah waktu paktikal dan kita mungkin akan berpecah mengikut negeri yang kita pilih. sedih weyhh. hadirnya korang dalam hidup aku memang memberi kesan dalam diri aku. terima kasih sebab jadi LUNA aku sepanjang masa :) aku sayang korang :)

kenapa LUNA? sebab dalam banyak-banyak kaler, aku paling suka LUNA. cantik, menyerlah, menarik, diminati ramai.. macam korang. hehe :p



PADANG KAWAD :)








MAKAN :)








STUDY :)








CLASS :)







ASSIGNMENT :)









JENJALAN :)










KAHWIN :)






fuhhh.. siap gak aku upload pic kat sini. hehe.. 

sem 6.. macam-macam yang berlaku. sem 6 jugak mencatat sejarah bila sorang klasmate aku kahwin. neesa.. congrats dear! sem 6 jugak banyak merubah hidup aku. hahaha. korang.. tenkiu for coloring my life. u're awesome, gorgeous, smart, pretty, handsome.. okay semua yang seangkatan dengannyalah. hehe :p

okay done. sampai sini jela. penat aku tulis entry ni. hehee. panjang berjela. kbye. assalamualaikum :)





Shoutbox