Saturday, September 7, 2013

the last..

assalamualaikum..

sedar-sedar esok aku dah balik upm. hmm..cepat masa berlalu. macam baru semalam je aku balik dari camping, start kerja raya sume tulah.. ahad ni dah nak balik upm. hmm.. dengar cerita kat twitter, banyak perubahan yang berlaku kat UPM. ni yang rasa tak sabar nak balik ni. yang paling tak sabar nak tengok, tempat laluan basikal tu. hmmm.. guess what? UPM sekarang tengah lancarkan kempen green campus. memang lepas ni majorti orang naik basikal pergi kelas. aku harap sangat lepas ni takde lagi kelas malam or exam malam. scary kot nak pergi fakulti malam-malam.. *--*

hmm.. baju belum kemas. hmmm.. hmmm.. hmmmmmm... malas lah. cmne ni? malas gila. rasa macam taknak bangun je. nak tulis pon tak tahu nak tulis apa lagi. hmmm... hmmm... hmmm.. haaahhh.. citer pasal laptop lah.

dipendekkan cerita.. (sebab malas nak tulis panjang-panjang) laptop ni selalu over heating. cooler aku tu dahla besar gedabak. pastu haritu balik naik bas je. dah tak muat tangan nak pegang cooler. so tak bawak la cooler balik rumah. lepas tu kipas laptop ni bunyi-bunyi la pulak. then selalu mati sendiri bila dah sejam guna.

ko bayangkan.. aku tengah buat-buat esaimen tiba-tiba laptop ni mati. pastu takde autosave pulak tu. rasa macam nak hempuk je laptop ni. haishhh.. geram gila! ohhh.. lupa nak cakap. laptop aku rosak buat kali yg ke 5. malas aku nak betulkan sebab nak saving duit. nak beli basikal kann. so aku sekarang guna laptop abang aku.

haaa.. sambung balik cerita kat perenggan 3.. adik aku suruh aku betulkan laptop tu. katanya bau hangit lah apa lah. yelakann.. tak bawak cooler, pastu over heating lagi. dah tu on9 atas katil. memanglaaahhhh.. memandangkan aku ni ada lagi 2 tahun nak guna laptop ni.. aku pon konon-konon expert la pergi jumpa pakcik aku nak pinjam screw driver. dah kat depan mata ni screw drivernya.. tinggal nak bukak je laptop ni.. konon-konon aku tengok macam banyak habuk je kat fan laptop ni. nak bersihkan sendiri la. tiba-tiba pakcik aku tanya..

pakcik: ko ni reti ke nak bukak laptop ni?
aku: hmm.. tak tahu. tapi bukak jela sume screw tu.
pakcik: kang kalau tak hidup lepas tu camne? iman dahla takde ni.
aku: alaaa.. (dalam hati: try n error je tak boleh ke?)

(iman: kazen aku. dia amek sijil komputer sebelum ni)

dengan hati yang berat bak membawa batu yang berat, aku pon melangkah la kat kedai komputer. dia charge rm50. dalam hati: mahal gila! bukak bersihkan habuk je kot. tapi.. oleh kerana aku dah nak balik.. betulkan jelahh. sementara ada duit ni. kang dah takde duit pastu laptop buat hal dengan esaimen berlambak-lambak malas pulak nak menapak kat lowyat tu.

hantar laptop --> singgah kedai tupperware --> pergi econsave

tiba-tiba orang kedai laptop tu call. dia ckp dlm laptop ni ada banyak semut. seriously, aku tak tahu nak respon apa.. heee.. aku just tanya laptop dah siap ke.. sebab ni laptop abang aku. aku memang tahu dia suka minum air ngan laptop. pastu dah minum dia tinggal je kat situ. adik-adik aku pon sama. tengok tonton pastu makan depan laptop. hmm.. okay. laptop belum siap. aku ingat aku taknak balik. yelaa.. kot kot lepas siap shopping apa sume tu laptop aku dah siap.. takyah aku ulang alik nak balik rumah pastu datang balik amek laptop. minyak naik wooo.. jimat-jimat. tapi.. lepas tu org kedai tu tak call balik. balik rumah.. tido sampai ke petang sambil letak fon kat sebelah telinga. tapi org kedai tu tak call balik. takut kot. kang tak siap laptop ni kang esok kelam kabut nak balik. alhamdulillah aku call kedai tu balik then dia cakap dah siap. fuhhh.. lega.

okay. sekarang tengah online.dari tadi aku bukak. dah lebih sejam ni. dah tak over heat lagi. dah tak bunyi lagi. heee.. cuma kekadang ada semut lalu.

conclusion: jangan makan dengan minum bersama-sama laptop anda. nak makan, makan je. jangan gatal-gatal nak guna laptop sekali.

dah banyak sangat merepek ni. kbye. assalamualaikum :)

#tiba-tiba aku rindu laptop aku laaa.



DANGER. i miss u laaa :'(



Shoutbox