Saturday, August 31, 2013

counselor wannabe :)

assalamualaikum.

pagi-pagi bukak facebook tengok ada notification. amzar post something dekat group BnK. satu video. dan fikiran aku melayang-layang dekat 2 tahun yang lalu. masa sebelum dan selepas aku masuk upm. masa 1st year.

klik sini untuk tengok video tu :)

i decided to be a counselor when i was 17. before SPM. i told ayah that i want to be like him. hmm.. ayah cuma cakap, kenapa tak nak amek psychology? sebab aku amek bidang sains masa tu. aku cakap sebab dah malas nak baca buku yang related dengan sains lagi. dah tak tahan dengan sains dan sains tu macam bukan bidang aku je. hmm.. then ayah diam. dia tak halang dan dia tak sokong :)

aku dah rancang hidup aku sampai umur aku 30 tahun kalau aku jadi counselor dan ayah ada disamping aku. tapi allah lebih sayangkan dia. ayah pergi lepas 1 bulan aku umur aku genap 18 tahun. dan bukan senang bila ayah takde lagi disisi. aku cuba lupakan segalanya yang berkaitan dengan ayah. termasuklah cita-cita aku nak jadi macam ayah.

sesungguhnya perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan. walaupun masa 1st time isi upu tu, memang takde langsung course yang berkaitan dengan pendidikan tapi masa kali ketiga aku isi upm tu, ada 2 course pendidikan yang aku pilih. matematik 1st choice. counselling 2nd choice. kenapa aku tukar? sebab yang paling kuat, mak aku. aku rasa apa salahnya aku gembirakan mak disaat-saat macam ni. kenapa bukan counselling yang jadi 1st choice. sebab aku takut. dan aku ada banyak sebab kenapa aku takut. dalam hati aku berdoa, ya Allah, aku pilih apa yang baik untuk aku. apa yang aku suka. kau bantulah aku untuk pilih yang mana yang terbaik untuk aku.

kalau betullah aku ditakdirkan untuk dapat course counselling ni, aku akan dapat jugak walaupun aku letak kat pilihan kedua. Allah maha mengetahui segala-galanya.

dan Allah pilih aku untuk berada disini. UPM. counselling :)

bukan senang untuk aku terima apa yang aku belajar pada mulanya. bukan senang bila kita sedar diri kita melakukan kesilapan, kita sebenarnya yang tak mahu berubah dan kita selalu menyalahkan orang lain untuk menutup kesilapan kita. belajar tentang manusia membuatkan aku kenal dengan lebih dalam siapa diri aku. dan ada hikmahnya kenapa aku ada disini. walaupun pada mulanya aku rasa macam nak tukar course dan aku taknak belajar lagi kat upm. hmm.. 1st year aku sangat sempoi. aku tak buat esaimen. presentation pun slide tak siap. memang gila!

okay sekarang dah 3rd year. dah rasa macam makin matang. pengalaman mengajar kita banyak benda. dan persekitaran mendidik kita untuk lebih berusaha :) wish me luck to be what i want :)

kbye. assalamualaikum :)



Shoutbox