Thursday, October 31, 2013

perancangan allah :)

assalamualaikum :)

jam mununjukkan pukul 2 pagi tapi aku masih lagi segar. tengah makan ruski sambil on9 update entry, tweeting, facebooking dan main game farm heroes saga.

normally, time macam ni mesti semua orang dah ngantuk.

dipendekkan cerita, lepas maghrib tadi aku terus tido sampai pukul 10. bangun pon sebab bunyi handphone. ezzy call cakap ada meeting dekat k2. kalau ikutkan hati malas sebenarnya. yelaa.. kan baru bangun tido. tak mandi lagi. klas habis nak dekat pukul 7 kot. aku penat sangat sebab time gap pon aku sibuk siapkan belanjawan MGM. tapi.. disebabkan rasa kita perlu bertanggungjawab dan jangan rasa susah kalau orang lain boleh buat kenapa aku tak boleh, maka aku pun pergilah k2.

sebenarnya.. aku taknak tido lama-lama. aku nak tido setengah jam je. sebab aku nak siapkan esaimen aku. yang pasal makalah penyelidikan pendidikan. tapi allah permudahkan urusan aku. biarkan aku tido, rehatkan diri sebab masa aku kat k2 tu senior aku kasi aku pinjam buku yang sangat-sangat aku perlukan untuk buat esaimen ni. yelaa.. kalau nak buat esaimen tapi tak rujuk buu ni, macam tak guna je. at least, bila kita ada buku, kita tahu apa yang perlu ada dalam ulasan yang kita nak buat.

aku susah hati la juga bila buku ni takde. nak fotostate, bilanya aku nak pergi library? nak beli, harga mahal kot. RM65.90. kang kalau beli ke fotostate ke tiba-tiba buku tu ada kat rumah kan dah membazir. betul tak?

maka, konklusinya.. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Allah maha mendengar dan melihat. dan sesungguhnya perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan :)

sekian. assalamualaikum :)
kbye. nak sambung buat esaimen. hehe


Thursday, October 24, 2013

i'm hurt :(

assalamualaikum..

me as a counselor next to be, still have a problem because i'm a human. like you. so sometimes i didn't have a courage to face the world. sometimes i feel this world is too cruel to me. i have a lot things to think. why others can't be like this? why others can't be nice to me? why others can't understand me very well? why others didn't think that matter just like me? why others are so self-fish?

one day, i meet a counselor. the real one. not counselor next to be. she said.. why you focus on others? we can't change others but we can change our self. (smile)

-----------------------------------------------------------------------------

sebenarnya, masalah tak pernah nak selesai sebab kita selalu salahkan orang lain. kita selalu nak orang lain faham situasi kita. tapi... pernah tak kita faham situasi orang lain? kita nak mereka berubah jadi seperti apa yang kita harapkan. tapi.. siapa kita nak ubah mereka? bukan tak boleh nak ubah mereka cuma lebih mudah kalau kita mengubah diri kita sendiri :)

apa yang awak rasa tentang dunia ni adalah bagaimana cara awak lihat dunia ni. kalau awak rasa dunia ni sesuatu yang membebankan, awak akan rasa sedih, benci, marah dan sebagainya. tapi.. kalau awak lihat dunia ni sesuatu yang menyeronokkan, awak akan bahagia.




analoginya, hidup ni kalau takde masalah, mesti bosan jadinya. ibarat main game yang takde level. tiba-tiba dah menang. bosan kan..

dan lagi satu... Allah takkan ujian hambaNya kalau hambaNya tak mampu nak hadapi ujian itu :)

be positive. open your eyes. bravely see the world.

cukup sampai disini. assalamualaikum :)

p/s: bila kita jumpa kaunselor, tak semestinya sebab kita ada masalah. tapi sebab kita perlukan seseorang untuk mendengar cerita kita. jangan malu nak jumpa dengan kaunselor sebab kaunselor tu tak nak tahu pun kisah awak. tapi dia nak dengar kisah awak dan lihat bagaimana awak menghadapinya :)

p/s: yang atas tu aku bajet je tulis english. kalau salah grammar ke vocab ke mohon ignore . hahaha


Saturday, October 19, 2013

i'm not in the mood :(

aku ada lagi 2 test. asas psikologi dan sosiologi ngan penyelidikan pendidikan. hmmm.. taw apa yang aku rasa? MALAS GILA GILA TAHAP GABAN!

tapi.. kalau tak score test ni habis la aku. kang result aku jatuh kang menangis tak berlagu. arghhh.. zahrah, mana ada benda yang kita boleh dapat tanpa perlu melakukan pengorbanan. jadi, sila korbankan malas kau tu kalau kau nak dapat dean list. tolong lahhhhh! tinggal lagi 4 sem je lagi.. jangan malas. tolonglahhh. tolonglah jadi rajin.

hmm.. motivate diri sendiri. tu je yg mampu bila diri dah tak larat nak hadap semua ni..


Tuesday, October 15, 2013

salam aidil adha :)

assalamualaikum..

disaat orang sibuk masak-masak petang tadi.. aku sibuk berjalan sana sini. bukan jalan-jalan cari makan, tapi jalan-jalan pergi rumah kawan kakak aku hantar barang. hee.. 1st time pergi rumah nenek amal. ramai gilaa family dia. okay. lepas balik rumah amal, adik aku bising fon dia brick lagi. haa.. tulah. rajin sangat nak guna jelly bean la ice cream sandwich la. kan tak memasal dah brick. so, untuk kali yang kedua, aku pon try la solve masalah dia. kali ni lebih mencabar sebab pc tak boleh nak detect usb fon tu. try banyak kali jugak la baru boleh unbrick. then, petang tu makcik aku minta tolong hantar kuih kat rumah kawan nenek aku. lepas hantar tu, lepak rumah nenek aku. main dengan firas. ya allah! comelnya firas ni :D


firas and me :)

lepas azan isyak rasanya baru aku balik. tu pon sebab nenek aku dah bising suruh balik rumah sebab nak masak cepat. oppsss.. lupa nak bagitahu, kali ni masak semua kat rumah aku. heee.. sampai rumah, dah nampak kereta kelisa kat luar. bukak pintu, tiba-tiba ada fizi ngan emy. 

dalam hati, "habislah aku. mesti dorang ni dah tunggu lama."

mak cakap dari magrib dorang sampai. hee.. korang, sorry. ingatkan korang datang esok. heee..

fizi ngan emy tu dua pupu aku. dorang datang hantar keropok lekor. keropok lekor untuk dijual kat upm nanti. hee.. okay. done fikir pasal bisnes. keropok lekor dah ada. donut pun dah ambil tadi. 

esok.. hari raya haji..
esok.. aku balik upm..
terasa kejap je cuti ni..
esaimen bertimbun. arghhh.. malas gila nak buat.

walau semalas mana pun aku, aku tetap jugak kena hadapi hari-hari seterusnya dalam kehidupan ni. okay. buat masa sekarang ni aku taknak langsung baca buku. konon-konon nak take a rest la. taknak pk pasal sume bende yang ada kaitan dengan upm. esok baru pk pasal sume bende ni.. hehe

okay korang. walaupun entry ni sume macam takde kaitan dengan aidil adha, tapi aku tak kira.. aku nak tulis jugak. hahahaha. okay. last but not least, selamat hari raya aidil adha awak awakk semua !!

kbye. assalamualaikum :)


Wednesday, October 9, 2013

mimpi

aku bermimpi masa diputarkan kembali. dan aku berjumpa lagi dengan ayah. perasaan aku? ya Allah, gembira sangat! ayah tinggalkan banyak pesanan. dan bila tiba saat untuk berpisah, aku menangis. aku menangis sampailah aku terjaga dari mimpi.

pesanan ayah terlalu banyak. dia motivasikan aku. sama macam masa dia ada dulu. ayah.. sungguh kita cuba untuk jadi kuat. kuat untuk teruskan hidup. walaupun ayah dah takde lagi..

Ya Allah, terima kasih sebab kau temukan aku dengan ayah. walaupun cuma di dalam mimpi. at least, aku dapat peluk ayah, dengar suara dia.. walaupun dalam mimpi.

ayah datang membawa pesanan. suruh aku kuat hadapi semua dugaan. hmm.. mungkin akan berlaku sesuatu nanti.. bersedialah..

bila tiba saat untuk berpisah, mesti ayah tak kasi aku ikut dia. kawan aku kata "mungkin sebab amal awak tak cukup, sebab tu ayah awak tak kasi awak ikut".

mimpi.. mainan tidur ataupun petunjuk. semoga ayah tenang di alam sana. al-fatihah.



Shoutbox