Friday, December 24, 2010

berhentilah!


skrng sy ad kwn baru. tp sy benci sgt dgn dye. dye membuatkn sy nampak lemah. saya kuat la!! nama dye TEARS~

tears,
sy benci awk sgt2! tolong berhenti mengalir. knpa sejak akhir2 ni awk selalu ada dkt EYE! sy KUAT! sy xnk menangis lagi! sy cme nk jd seorang yg ceria dan gembira. tp knp bayang2 muncul dan awk hadir selepas itu? KENAPA?

Saturday, December 18, 2010

me+confuse=xtaw



btol ke keputusan aku ni? btol ke pilihan aku memilih course accounting kt UUM sbg pilihan pertama? aku nk jd accountant ke? ada ke t syarikat yg nk amek aku bekerja?

btol ke aku pilih course pend. bimbingan dan kaunseling kt UPM ntok pilihan kedua aku? aku nk jd cam ayah ke? boleh ke aku jd sehebat dye? petah berbicara di khalayak ramai? mempunyai keyakinan yg tinggi? BOLEH KE? betul ke aku nk jd cikgu?

zahrah,ayah ckp buat apa yg kita nk buat. tawakal sjela~
sy yakin sy boleh! jd sy pilih apa yg sy suka.

Thursday, December 2, 2010

saya rindukan dia~



alhamdulillah~

result PSPM (final sem 1) da kua. result? gempaq ke?

alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi. pointer aku ok. xdela trok sgt. even tak dpt 4 flat pon xpe. yg penting aku berusaha dan itu hasilnya. (",)
bila result kua aku teringat ayah. aku tak sempat share berita gembira ni ngan dia. aku tak sempat tgk muka dia tersenyum bangga. aku terlewat. dia tak sempat melihat aku disini.
tak apa. itu semua ketentuan ilahi.aku pasrah~


kita berdoa meminta matahari kepada Allah tetapi Allah turunkan hujan dan sembunyikan matahari. kita menangis mencari mana perginya matahari. rupa-rupanya Allah kurniakan matahari selepas hujan dan memberikan kita pelangi yang indah.

hmm..
bagi aku allah turunkan hujan time dia ambil ayah dari aku. ye. aku nangis. ayah umpama matahari dalam hidup aku. dialah yg membantu aku,membimbing aku,membetulkan kesalahan aku ketika aku membuat silap,menegur aku ketika aku leka. macam-macam yang dia buat untuk aku bagi memastikan aku sentiasa berada di landasan yang betul.

aku menagis mencari kenapa matahari itu hilang. kenapa mendung yang menjelma. kenapa hujan yang turun. sampai satu tahap aku putus asa. tapi ayah pesan jangan mudah mengalah. insyaallah allah bantu kita. aku pegang kata-kata ayah sebab ayah tak pernah menipu aku.

sekarang terbukti. allah beri aku pelangi yang indah. aku harap sangat pelangi ini tak akan hilang. syukur. alhamdulillah~


Shoutbox