Tuesday, May 31, 2011

first contest

bw kt blog cik smile. ada contest baru laa.

click sini untuk maklumat lanjut.

aku ni kan blogger baru. so, ni first contest yg aku nak join. hadiahnya best taw.



kalau nak join cepat la ye sebab tarikh tutup contest ni 7 jun 2011.

entry terakhir

jgn salah anggap oke!

ni entry terakhir untuk bulan mei.

mei~

  • start kerja bulan ni
  • banyak timba pengalaman baru
  • jumpa org yang macam-macam
  • busy~ everyday balek pukul 10 malam
  • dapat cuti sampai bulan jun :) [2 minggu taw]
kalau nak tahu aku ni suka memerhatikan org. hmm, banyak jumpa org lagi banyak pengalaman yang kita dapat. ada org yang ramah, ada org yg berlagak. kadang-kadang penat bila layan customer ni. nak ni, nak tuu, aleh-aleh tak beli pape pon. sabar jela. kalau ikutkan hati, mati.. senyum jela kann. nak buat cmne lagi.

yang penting pengalaman. korang ada ke pengalaman cm aku? xde kann. so, jgn jeles. hahahaha ;)

bulan ni ada manis ada pahit. walau apa pun yg terjadi, kita kena hadapi dgn hati yg terbuka. bulan ni aku belajar untuk membuat keputusan dgn cepat. tension gak. tapi tuu la lumrah hidup. semua manusia akan laluinya.

oke. tuu jela nakk kongsi. esok-esok kalau ada masa aku update lagi entry baru.

bubbye n assalamualaikum 

Wednesday, May 25, 2011

me + UTHM = interview

seperti yg kamu-kamu sekalian tahu, aku ada temuduga cikgu kt UTHM harini. hmm, jmpe gak dak matrix kt situ. yg xley blah jmpe ngan rumate azira n iza [my classmate]. name dye IMAH. mse mula-mula sampai tu tegur-tegur laa orang yg kt sekeliling tuu. cigu kann.. mana bole sombong. hehe.

mula-mula tnya dye dr matrix mana. dye ckp KMJ. owh, same laa kite.

tiba-tiba dye ckp patut laa cm pena jumpa. tapi kat mana ye. dye tnye amek course apa n class apa. aku ckp laa   amek acc class A9. then, dye ckp patut laa. pena dtg bilik ye. ni rumate azira n iza. haha.

kecik je dunia ni.

temuduga bermula pada pukul 9.00 pagi. tapi kene dtg awal 30 minit.

pukul 9.00 pagi tepat baru aku sampai. hmm, naseb baek tak sesat. kalau tak, ntah jd apa lak kann.

aku adalah org yg terakhir. so, ada masa prepared apa yg patut. baca laa gak buku medsi yg tak khatam lagi tuu.

SEMASA INTERVIEW~

ceritakan tentang diri anda..

nama saya............
hobi saya berkhemah. tu sahaja~

terangkan tentang pendidikan selepas SPM

saya melanjutkan pelajaran di KOLEJ MATRIKULASI JOHOR dalam bidang perakaunan............................................

ntah apa ntah ag.

yang tuu dlm bm. part bi pulak...

he talk about sekinchan. the peaceful place because have a lot of paddy field.

am i proud to sekinchan? then, why i don't want to become a farmer?? why i want to enter the stress world full of numbers??

because i love math! this is my soul, my world.

buntu aku dibuatnya. =.=


oke tak jawapan aku tuu??  hehe

tapi bila difikir-fikirkan lagi sebenarnya soalan tersurat tuu ialah kenapa aku nk jd cikgu. hahahahaa

pengetahuan am juga ditanya. 

u know what happen to mesir??
yes, i know.

north africa, libya??

what is the first country involved in the transfer of power?

[ni ayat edit sendiri. not exactly the same oke!]

ngan muka konfiden + gagap-gagap - broken english aku pon jawab jela. 

aku tak suka sangat baca paper sebab kadang-kadang berita dlm tuu cm mengarut-ngarut je. lagi-lagi pasal politik. ntah apa-apa ntah. naseb baek aku ni suka gosip-gosip ngan kawan aku pasal apa yang berlaku kt sekeliling. so, sedikit sebanyak membantu jugak la. hehe

then, aku ni mohon pendidikan matematik [UPSI] n bachelor pendidikan (bimbingan dan kaunseling) [UPM] tapi dye suruh aku aja acc. 

cuba awak ajar kami yang org kampung ni pasal debit dan kredit.

aku pon buat muka confident aja jela apa yang patut.

[confident tuu penting :) ]

debit dan kredit ni berbeza antara bank dan syarikat. kalau bank debit ni tolak n kredit ni tambah. syarikat pula terbalik ngan bank. blablablabla..........

tuu la antara benda yang aku aja kt panel tuu. 

apa pon last skali dye ckp banyak-banyak berdoa and buat solat hajat.

aku berpuas hati. aku dah buat yang terbaik. alhamdulillah. 

kalau rezeki aku dalam bidang pendidikan aku akan cuba jadi cikgu yang terbaek. kalau tak, memang dah ditakdirkan akuejadi lecturer laa samada dalam bidang acc atau math [i luv numbers]

yang penting aku redha dan bersyukur dengan apa yang aku dapat :)

yang penting happy kann??



Tuesday, May 24, 2011

i am rushing today

entah knp digerakkan ati aku pg td g check file yg aku simpan sume sijil-sijil aku tuu. then,semak apa yang kene bwk sok. t xdela kelam-kabut sangat. konon-kononnya early prepared la ni.

tiba-tiba..

ada 1 bende yang xda.

SIJIL SPM.

oke! last g skola masa amek result spm aritu. pastu da x g skola da. aku pon pkpk la. yela,mne la taw kot-kot da amek ke. slah letak ke. apa ke..

so,kompem x amek ag kt skola.

sekolah aku tuu jauh kt selangor. umah aku pulak kt johor. dr umah at least 3 jam lebih baru sampai skola aku taw. aku da cuak. cmne ni??

call kaunselor sekolah tnye cmne nk buat. dye ckp sijil tuu mmg penting pon. dye ckp faks jela. pastu t kelentong jela penemuduga tu apa yg patut.

uish, x sanggup aku. bab-bab kelentong ni susah sket.aku x reti. t kalau nk tipu je mst aku gelak. hahaha

aku pon ambil laa keputusan drastik! mesti g sekinchan amek sijil spm tuu.

tapi..

cmne aku nk g sne??

drive sendiri??

bukan tak boleh tapi mak aku tak kasi. dye ckp aku mne taw jln. t sesat sampai perlis kang. hahahaha.. memang pon. tuu laa.. tido je dlm kete.

abg aku??

mula-mula dye nak anta. pastu ble mak aku bising soh anta dye ckp dye xmo anta. tapi lastly dye anta gak. hehe

sbb apa??

dye kan abg. mstlaa kne tolong adeq dye. =]

ktowg g kol 10. smpai yoke kuan kol 2. 2.30 bru siap urusannya. pastu balek. abg aku kata:

"ko balek semata-mata setengah jam ni nk amek sijil. kalau tak pass interviewnya siap ko!!."

hahaha. untung setengah jam je kne tunggu. sebenarnya PUAN YONG (penolong kanan 1) ngah mesyuarat. sepatutnya kene tunggu dye abes mesyuarat dulu. tapi aku ckp aku dr johor n perlukan sijil tuu skang jugak sbb nk balek pasni. then abg tuu ckp:

"owh, ni anak arwah cikgu zul ye."

pastu dye tros cri kt dlm bilik PN YONG.

ingat lagi dowg kt ayah.

masa nk balek tuu jmpe CKG ARMIDA. dye ni kaunselor pelajar a.k.a x-colleagues ayah. rapat jugak laa ngan ckg ni sbb dulu slalu lepak kt bilik kaunseling. pastu ckg-ckg lain yg tak kenal aku ingt aku ni budak bermasalah sbb asyik kne g bilik kaunseling je.[padahal aku yg suka g sne. bkn disuruh g ye.]

tak brani aku lama-lama kt yoke kuan. takot nangis. banyak kenangan ngan ayah kt situ. kang owg ingt aku tak betol kang tiba-tiba nangis tak suda. [emo sket ='( ]

mmg tak sempat jmpe sape-sape la. rushing gler sbb bnyk benda lom buat n esok ada interview. takot kot. istifar je dlm hati.

aku smpai umah dlm pukul 7 cm tuu laa.

alhamdulillah selamat smpai umah.

doakan aku esok ye~

bubbye n assalamualaikum

Monday, May 23, 2011

cuak laa..

hari ni hari isnin.
esok hari selasa.
lusa hari rabu.

hari rabu ada interview.

so, kenapa??

masalahnya aku tak prepared lagi!! waa~
takot kot.




hmm,buku medsi tu dala tebal. semalam baru beli. sempat ke aku nak abes baca??

dok kedai dala busy.

mesti kowg pk cmni kann~

"ala, bkn ada customer dtg slalu pon."
"setakat keje kt keda kasut bkn penat pon."

HELLO~

kau tak keje kat situ kau mmg bole banyak bunyi. cuba kau keje kat situ dulu. baru bole comment oke!
[emo pulak =.=]

hmm, aku pon mengambil inisiatif membawa buku tu ke kedai. pagi mmg tak bole baca laa kann. harini lap beg. tapi tuu pon tak siap. penat giler kot. esok lap kasut pulak. kalau siap cepat sambung balek lap begnya.

tapi kann..
bosan gak baca buku tuu.. hehe

hmm, doakan aku ye. walaupun aku tak tahu adakah aku layak jadi seorang guru tapi aku nak cuba sebaik mungkin. yala kann.. bak kata pepatah melayu:

"menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan."

hehe~

tu je entry ntok kali ni.

bubbye n assalamualakum

Sunday, May 22, 2011

ini cerita pasal makanan~




nasi goreng pataya!!

i luv it very much~

sebabnya..
sedaplaa~

sebenarnya sebelum ni tak kenal pon apa tuu nasi goreng pataya.

tapi..
masa mula-mula dok kt matrix dulu ternampak menu nasi goreng pataya kt cafe uncle cent. so, hampir tiap-tiap hari aku makan nasi goreng pataya. kalau tak nasi goreng pataya, nasi goreng kampung.

ni menu makan malam taw.

nak taw sebab apa aku pilih 2 menu ni je??

sebab kat uncle cent makanannya cepat siap. kat cafe mesra lambat. kiranya uncle cent ni da jd fav cafe aku laa.

tapi..
lama-lama jemu jugak. so, aku bertukar selera ke cafe mesra pulak. dowg yg keje kt cni memang mesra laa. patut laa nama cafe pon mesra. hahaha

[ini tidak bermaksud abg-abg kt uncle cent tu tak mesra. dowg pon baek gak]

hmm, semalam masa ngah keje tiba-tiba teringat kat nasi goreng pataya uncle cent ni. kann besh kalau dapat makan nasi goreng pataya. sedapnya~

sampai je kat umah mak aku cakap:

"dik,mak beli nasi goreng pataya. makan laa."

wahh, seronoknya. cm taw-taw je aku mengidam nk makan nasi goreng pataya. walaupon bukan dari uncle cent, tak pela. janji dapat makan nasi goreng pataya. hehe.

suka sangat! >.<

i am in dilemma



aku suka dgn keje aku sekarang. >.<

bos baek.
-dia slalu blanje ktowg ble dia bawak banyak barang.

rakan sekerja.
-baek sangat! banyak mulut~ haha

penat??

mana ada kerja yang tak penat!
kann..

tapi..

tadi ada orang offer aku keje. kat kedai makan. dekat je ngan umah aku. sehari rm20.

patut tak aku terima??

aku sayang sangat keje aku skang. walaupun baru nk dekat 2 minggu keje tapi aku suka.

keje baru??

tak taw bos nye cmne. baek cm uncle ke?? hmm~

bole tolong?? bagi pendapat.. hehe

Saturday, May 21, 2011

finally~

selama setahun aku bertungkus-lumus belajar di KOLEJ MATRIKULASI JOHOR, akhirnya segalanya berbalas. walaupun aku tak dapat 4 flat tapi aku tetap happy. 

video,game~
memang taklaa 4 flat kann.

result??

alhamdulillah~

aku sangat berpuas hati dengan apa yang aku dapat. PUAS!!

segala kenangan di matrix tak akan aku lupa. walaupun ada pahitnya tapi manis tetap dirasa. walaupun air mata jadi peneman tidur tapi senyuman tetap terukir di pagi hari. ada kala terasa ingin berputus asa tapi kata-kata ayah membuatkan aku jadi semakin tabah. 

alangkah indahnya kalau aku dapat kongsi kegembiraan aku pada hari ini dengannya. 

tapi aku tahu itu tidak mungkin terjadi.

yang pergi takkan kembali lagi.


 my moment

besh sebenarnya dok matrix ni. macam-macam org yg kita jumpa. yang paling penting pengalaman. betol tak??

Tuesday, May 17, 2011

program matrikulasi 2011/2012

sebenarnya dah lama aku nk tulis entry ni. bermula pada sesi 2011/2012, program yg ditawarkan oleh matrikulasi berbeza berbanding tahun sebelumnya.

kalau nak lagi besh sila klik di sini.

Program Matrikulasi Sesi 2011/2012 berwajah baru dengan memberi peluang kepada para pelajar daripada latarbelakang Sains untuk memilih tiga jurusan yang ditawarkan untuk pengambilan yang akan datang. Kursus-kursus berikut adalah:

1. Modul I

2. Modul II

3. Modul III

Permohonan yang telah dilaksanakan akan diproses dan pemilihan terhadap ketiga-tiga modul tersebut akan berlaku di Kolej-kolej Matrikulasi seluruh negara. Walaubagaimanapun, terdapat dua program yang akan berjalan secara langsung iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun untuk jurusan Sains sahaja. Harus diingat Jurusan Sains mengandungi tiga modul yang diterangkan di atas. Pakej mata pelajaran adalah sama bagi kedua-dua Program Satu Tahun (PST) ataupun Program Dua Tahun.

Walaubagaimanapun, jurusan Perakaunan dan Teknikal masih mengekalkan struktur program yang sama seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini.


PAKEJ MATA PELAJARAN.

Senarai Subjek Teras

Modul I

1. Matematik 2. Kimia 3. Fizik 4. Biologi

Modul II

1. Matematik 2. Kimia 3. Fizik 4. Sains Komputer

Modul III

1. Matematik 2. Kimia 3. Biologi 4. Sains Komputer

Senarai Subjek Wajib

1. Bahasa Inggeris 2. Kemahiran Dinamika 3. Pendidikan Islam dan Moral 4. Kokurikulum



oke! itu je nk cakap. tahniah la kepada sesiapa yang akan pergi ke matrix 28 mei ni. belajar rajin-rajin ye. =D

Wednesday, May 11, 2011

benda yang aku tak pernah buat seumur hidup

lap kasut sebanyak-banyaknya!

masa hari first keje akak tu da ckp da t ktowg kene lap sume kasut kt kdai tu dari ari isnin smpai ari jumaat. oleh krn aku start keje ari sabtu so aku ingat akak tu gurau je.

tiba-tiba..

mmg betol kene lap kasut kt kdai tuu.

huhu~

tak ku sangka kerja di kedai kasut sukar juga rasanya.

tapi takpe. pengalaman kann

hmm, aku lom cte ag pasal rakan sekerja aku atau lebih dikenali dlm bhs ongputehnya colleagues.

kak nora, jiha, wani, nurul n faizah.

nurul keje hari sabtu je.
faizah keje hari ahad je.

maknanya sebulan keje 4 kali je.

masa 1st time dgr..
biar betol?? tipu ke?

tapi..

itulah hakikat.

mereka still skola lagi.

dua-dua form 4

alasan mereka keje saje suka-suka cari dwet.

tapi mereka bagus. bawak hmwork g tmpat keje. agak-agak customer xde wat keje skola.

sOoOo independent!

jiha n wani~

tak susah bergaul ngan dowg ni. friendly.

tapi..

dowg ni masuk form 6.

seperti yang kamu-kamu sekaliantahu, isnin hari tu form 6 da start. so, dowg nk benti keje.

wani minggu ni last.
jiha minggu dpn.

waaa~

aku baru je nk kenal dowg.
sedey!!
='[

kak nora lak da lme keje kat c2.

tapi..

kalau berdua je ngan kak nora boring gak.

hmm.. i wonder how long i can survive~

i will survive..
[cm lagu la pulak]

konklusinya, mana ada kerja yang senang kalau kita anggap susah. sume ni mindset. kalau aku enjoy keje ni mesti jd senang.

cm tu gak ngan belajar.

kalau tak salah aku budak matrix masuk 28.5 ni n budak u pulak 1.6 ni.

kat cni dowg da cbok shopping kasut. hehe

ingat! bukan senang mak ayah cari dwet nk sekolah kann kita. belajar betul-betul ye.

oke! itu sahaja entry aku ntok arini.

jam sudah menunjukkan pukul 3.27 pagi. aku nak tdo! sok nk keje.

bubbye n assalamualaikum

Saturday, May 7, 2011

hari pertama aku kerja~

khamis:

tokey kedai: awak bole dtg x esok kerja?
aku: xbole. esok ada hal. sabtu la.
tokey kedai : ok la sabtu. 9.30 dtg taw.

sabtu. 9.30 am

bermula la kerj aku sebagai..

hmmm, nk ckp apa ye? nama kerja ni apa ae?

promoter?

sesuai ke?

kerjanya:

  • layan pelanggan
  • susun kasut
  • kemas store
  • kemas kedai
[termasukla menyapu,lap lantai,lap kipas. tp sumenye dilakukan bersama-sama.]

yang pastinya kerja kat kedai kasut.

BEST KE?

best!

sebab ada kawan. xdela bosan sangat. dak2 nye pon baek. tokey pon baek. nak sembahyang pon senang. x banyak songeh la senang cter.

kerja dari kol 9.30 am - 9.30 pm. tapi ada rehat 2 jam. so kiranya kerjanya cuma 8 jam jela.

arini bisnes oke. customer rmai la gak. tapi ktowg ada masa gak dok lepak2. tapi sekejap jela. kasut baru banyak sampai arini. terpaksala susun. oleh krn aku dak baru, x banyak yg aku ley tolong. sebab xtaw nk watpe kann. tapi penat la jugak pasang rak baru kt dlm store. panas! mandi peluh aku. yang beshnye uncle kasi upah. dye kasi dwet kasi ktowg beli pape. huhu. sukanya >.<

aku harap xde masalah la kerja kt kedai ni. hehe

oke! tuu jela entry ntok kali ni. bubbye~

n assalamualaikum

Wednesday, May 4, 2011

my moments

gosh! i really miss them. i've been long time not see them.

when last time i meet them ha??
already forgot~

mybe when spm result come out.

yela kann.
it's a last time i back to sekinchan .
hehe.

mish sekinchan very much!

apa ada dengan sekinchan?

  • sawah padi
  • laut
yang paling penting

KAWAN!

i miss my school.
i miss bio
i miss "chemistry"
i miss addmate

and

i really miss physics!
[walaupon physics xde la bagos sgt]

SEKOLAH?

ada apa dengan sekolah.

ada cikgu
ada motor
ada buku [i luv buku]
ada handphone

ada macam-macam

yang penting

ada mereka!



4d2 & 5d2

gila-gila kot dak kt dlm klas tu. now, i miss them! haha

4b & 5b

kita 1 klas. klas agama. miss uolls. miss ustaz n ustazah. miss lepak together. miss minum n makan jambu batu kt depan umah mus. miss snap pic together.miss tuisyen sama.








hmm, dunno they still remember me or not now. almost 2 years. everything has changed. rite?

Tuesday, May 3, 2011

bila besar adik nak jadi apa?






polis, doktor, profesor, pensyarah, cikgu, akauntan, juruterbang, jurugambar, jururawat..

saya nak jadi semua!

boleh?

keliru~

saya nak jadi apa?

saya tahu apa yang saya minat tapi saya kurang pasti saya nak kerja apa nanti!


KAUNSELOR
ayah saya seorang kaunselor. bila tengok dia, saya nak jadi macam dia! keje dia macam best je. job banyak. duit pon masyuk. (keluar pon laju juga. hahaha). dia best! sebab tu saya nak jadi macam dia. my idol!

tapi..

ada beberapa sebab menyebabkan saya takut nak ceburi bidang ni. salah satunya.. saya kan pernah sekolah kat banyak tempat (sam, smk, smjk). saya suka perhatikan orang. tak semua kaunselor sama macam ayah. macam bosan je saya tengok mereka. hmm, kenapa mereka macam tak gembira je dengan kerjaya mereka?

[fakta: saya tak suka kerja yang bosan]


AKAUNTAN
saya minat account. best!

tapi..

saya tak tahu macam mana sebenarnya kerja akauntan ni. susah ke senang. pergi office nak buat apa je? kira duit je ke kerjanya?

orang kata..

akauntan ni kerjanya duduk je. dari masuk kerja sampailah balik. tak campur orang. betul ke?

[fakta: saya suka bercakap]


PENSYARAH
saya suka kerjaya sebagai seorang pensyarah. sebab bagi saya mengajar orang dewasa lagi senang berbanding kanak-kanak atau remaja.

tapi..

betul ke? cuti bila pelajar u cuti. kerja tak menentu. kalau ada kelas adalah.. kawan saya kata kelas kt u ada sampai malam. hmm, tak sempat nak tanya ayah untuk memastikan kesahihannya. (dulu.. ayah saya tutor dekat UPSI. hehe) masalahnya, saya kena dapatkan Ph.D. kalau belajar terus menerus mybe umur 30 baru abes belajar. bila la aku nak kahwin kalau macam tu (ke situ pulak! hehe). bilanya nak tolong mak ni?

[fakta: saya ada adik-beradik yang ramai]


CIKGU
mak dengan ayah tak pernah paksa saya nk jadi apa. tapi mereka selalu kata..

"perempuan ni sesuainya jadi cikgu."

sebabnya nanti kalau da kahwin senang. ada masa dengan keluarga.

tapi..

saya takut nak jadi cikgu. cikgu ni tanggungjawabnya besar.

"kak, cikgu dengan pensyarah bukan sama ke?"

lainlah..

pernah dengar tak peribahasa ni..

"melentur buluh biarlah dari rebungnya."

cikgu..

mereka mendidik budak yang tak tahu apa-apa. sabar je. perlahan-lahan dia ajar budak tu sampai berjaya.

pensyarah..

bila budak tu dah pandai, dah tahu berfikir.. baru jadi tugas pensyarah untuk ajar mereka pulak. senang cerita macam ni la.. kerja pensyarah lagi senang berbanding cikgu.

cikgu tu mulia sangat pekerjaannya. saya macam tak layak je jadi cikgu. cukup ke kesabaran yang ada ni?

[fakta: saya garang]


saya tak tahu saya nak jadi apa tapi saya mohon semua course yang saya minat. apa yang saya dapat itulah saya di masa hadapan.

kesimpulannya, jangan jadi macam saya. hidup ini perlu ada cita-cita supaya kita tahu arah tuju kita.



Sunday, May 1, 2011

bahasa oh bahasa~

korang tahu bahasa apa selain bahasa melayu dan bahasa inggeris?

aku??

hmm,sebenarnya lemah sikit bab bahasa-bahasa ni. hehe

mak aku orang jawa.
ayah aku orang kelantan.

tapi..
aku dua-dua x pro.

maknanya tak tahu cakap laa.

kesian aku.

setakat faham sikit-sikit boleh la.

aku sekolah cina masa sekolah menengah.

tapi..
jangan ingat aku faham bahasa mandarin.

maklumlaa..
sekolah kt situ 2 tahun je.
hehe.

sebelum tu,aku pernah sekolah agama.
masa sekolah rendah.
sekolah menengah pon pernah juga.

tapi..
yang sekolah menengah tuu
setakat 4 bulan je.
hehe

BAHASA ARAB??

hmm..
tahu sikit-sikit je.

ma is muki?
[siapa nama kamu]

ana zahrah.
[saya zahrah]

kaifahaluki?
[apa khabar?]

ana bikhair.
[saya baik]

tu jela.

apa pentingnya tahu banyak bahasa??

  • kalau g shopping dapat murah.
  • dapat ramai kawan.
  • kalau orang nak ngumpat tak jadi.
  • tak mudah diperbodohkan.

bila kat johor

orang tanya..

"iso ngomong jowo ngak?"
[tahu cakap jawa tak]

aku cakap..

"orak ngerti!"
[tak tahu]

bila kat kelanta

orang tanya..

"mu tahu kecek klate dok?"
[kamu tahu cakap kelantan tak?]

aku cakap..

"dok tahu."
[tak tahu]

bila kawan cina aku ckp mandarin aku selalu cakap..

"wo putong."
[saya tak faham]


best taw dapat tahu banyak bahasa.
sesungguhnya aku tergolong dalam kalangan orang yang rugi sebab tak tahu banyak bahasa.

kalau laa ada kamus bahasa jawa ngan klante kan bagus.
mandarin tak apa. SITI MUSFIRAH boleh membantu. hehe



nama aku dalam bahasa arab

فطيمة الزهرة

nama aku dalam bahasa mandarin

法蒂玛

ni antara benda yang aku belajar masa kat sekolah dulu. =]

Shoutbox