Monday, February 17, 2014

that nanny is me :)

assalamualaikum..

esok, dah start kuliah. maksudnya cuti sem yang sebulan tu dah habis. lepas ni akan mula menghadap buku, buat assignment, presentation dan segala macam program yang ada. oppss.. lupa. sem ni dah start buat proposal FYP. so, sem ni dah kena rajinkan diri jumpa supervisor dan start mengarang research proposal yang panjang berjela tu.

sepanjang cuti ni.. mula-mula plan nak duduk serdang je. cari kerja kat sini. tapi masalah timbul apabila aku takde transport. ingatkan nak kerja dalam universiti je. tapi rasa macam leceh lah pulak. then at last balik kampung tanam anggur. hehehe :p

tapi.. 2 minggu sebelum start kuliah, tiba-tiba aku dapat kerja. jaga rayyan.

rayyan.. dia ni anak buah 1st aku. berapa kali aku jumpa dia? hmm.. boleh dibilang dengan jari. sebab aku kan study kat serdang. dia pulak tinggal kat JB. so, bila aku balik kampung, rayyan kat JB. bila rayyan balik kampung, aku kat serdang.

jaga rayyan.. itu adalah pengalaman yang tak boleh dilupakan :)


  • buat susu rayyan - 3 oz je setiap kali buat
  • mandikan rayyan - part ni.. 2 kali aku kena kencing ngan rayyan masa mandikan dia. lepas tu boleh dia senyum kat aku.. biasa dia ni! (tiru cakap tomok)
  • tidurkan rayyan - kadang-kadang rayyan tak boleh tidur. maybe sebab perut dia tak selesa. so acik dia ni kena dukung dia tepuk-tepuk belakang dia sampai dia tertidur. sian rayyan.
  • main dengan rayyan - rayyan suka senyum n gelak. comel sangat!!
  • tukar pampers rayyan - bila dia dah taknak minum susu.. bila tiba waktu sepatutnya dia tidur tapi tak tidur.. hmm.. maybe pampers dia basah. so kena tukarkan. nanti lepas tu inshaallah dia tidur.


pictures of rayyan :)

senyum :)

pandang sini.

senyum dulu :)

lepas tu gelak :D

berhenti gelak :)

saya laparlah acik..

dia tidur.

senyum lagi :)

hee.. main air liur la pulak dia ni. 

muka macam terkejut.

huh?

senyum :)

hmmm..

saya ngantuklah acik..


rayyan.. dia tidur ganas. elok-elok letak tegak atas bantal. tak lama lepas tu dia melintang la pulak. hehee

rayyan.. acik rindu kamulah.. macam mana ni.. huhuuuu :( semoga kamu membesar menjadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat :)

okay. takmau merepek panjang-panjang. esok pagi ada klas. kbye. assalamualaikum :)




Shoutbox