Tuesday, July 26, 2011

long journey

seperti yang korang-korang tahu, muar ngan melaka 45minit da sampai. harini aku cuti. so dengan berlagaknya aku g melaka. saje je. g mydin. maklumlaa. kat muar apa ada? [kerek betul minah ni.]

masa pergi tu ok je. maklumla. ada signboard kan. ikut jela. lagipon haritu aku da pergi ngan kawan aku. sampai kat mydin adalah shopping sikit-sikit. tapi time balik tu yang haru. aku tak jumpa jalan keluar. pusing punya pusing punya pusing ko tahu aku sampai kat mana?? simpang ampat!! jauh gila kot! da nak dekat negeri sembilan.

sebenarnya aku tak g sorang. aku g ngan mak n adeq-adeq aku kali ni. adoi. penat sungguh perjalan tu. signboard pon aku tak berapa faham nak tengok. ada ke patut yg kat depan aku tulis terus menuju ke highway. yg tepi pulak tunjuk kiri kl kanan jb. masa tu da pening da. mana aku nak pergi ni?? kang salah jalan pulak kalau u-turn. yela kann. jalan kat melaka tak tahu sangat. main jalan je. minyak yg tinggal separuh tu pun da jadi E. memang nasib la.

moral of the story: kalau tak tahu tanya. kan tak pasal-pasal ngabes duit lagi. huhu

Thursday, July 21, 2011

aku cuma takut..

there is no reason to be afraid! u can do it zahrah!

pada mulanya aku gembira sangat. dapat masuk u. dah tu dapat course yang sama macam ayah. masa tu senyum sampai ke telinga.

tapi..

tu semua sekejap je.

lepas tu aku nangis nangis dan nangis..

aku takut. macam-macam ada kat kepala aku sekarang.

"boleh ke aku bawak course ni nanti?"
"boleh ke aku jadi sehebat ayah?"
boleh ke aku jadi lagi hebat dari ayah?"
"boleh ke aku bimbing orang lain sedangkan diri sendiri tak mampu dibimbing?"
"boleh ke aku tabah?"

aku takut aku akan menangis lagi masa study. kang tiba-tiba orang ingat aku gila sebab nangis tanpa sebab. aku terlalu rindukan dia sekarang. dia dah tak de nak bagi nasihat. aku hanya mampu memujuk diri sendiri.

''big girl cannot cry. u are not childish anymore.''

*if u have ever lost someone very important to u, then u already know how it feels. and if u haven't, u cannot possibly imagine it.

Tuesday, July 19, 2011

saya rasa...

hmm,ble dpt msk u rae suka gler!! yes, happy kot!

tapi..

bila tgk fees..

mak'aih.. mahal kot. upsi murah gila berbanding upm. jeles seyh ngan dak upsi.

tapi..

rezeki aku kt upm. bukan upsi. so, terima seadanya. alhamdulillah.

nak story sikit pasal scholarship.

oke! kepada budak fakulti pendidikan xley amek jpa. mara pon tak bole amek unless ko amek private college.

aku pilih ipta. amek pendidikan lak tu. af coz aku tak ley apply jpa and mara. sadis kot ble dgr. tak kan nak buat ptptn pulak. mahal kot.t da keje abes dwet baya pt je. dala gaji cikgu tak berapa nak mewah sangat. setakat 2-3 k je kann.

pengetahuan pasal scholarship memang cetek sikit. da sedey da. cmne ni. yuran mahal kot. tak kan nak nyusahkan mak. dala ada orang cakap duit pt tu tak laa sebanyak mana. da tension da.

hmmm, luckily aku masuk group upm intake 2011. cik hasya yang recommend kat aku. melalui senior-senior upm, kpm ada sediakan biasiswa atau pinjaman untuk sape yang amek pendidikan. biasanya sholarship ni tak kira laa jpa ke ape pihak u akan inform bila kita da masuk u.

ni satu ilmu baru yang aku dapat.

"owh, begitu. patut laa fakulti pendidikan tak bole mohon jpa."

tapi..

takut jugak kalau terlepaskan. rugi je kalau tak dapat mohon..
[padahal pointer bukan bagus mana. cm dapat je.]

sekarang tengah men'google search'. mne la taw jumpa apa-apa yang patut. huhu

oke.

tu je nak share.

bubye n assalamualaikum

Monday, July 18, 2011

memang itu takdirnya.

dulu masa aku form 5 aku pernah cakap dengan ayah macam ni:

"ayah,nanti kita nak amk kaunseling. pastu ayah kene ajar kita taw. mesti senang nak buat assgment kan. buku pun dah ada. tak payah susah-susah keluarkan duit beli buku beratus-ratus. kann??"

ayah cuma cakap:

"jadi apa yang kau nak. jangan ikut orang lain."

lepas ayah takde, aku rasa aku taknak jadi kaunselor. kau takut sangat! macam mana nak bimbing orang lain, bagi nasihat kat mereka sedangkan aku sendiri tak boleh nak nasihatkan diri sendiri? aku sedih sangat! kehilangan ayah macam satu mimpi ngeri. aku hilang telinga aku. dia yang selalu dengar masalah aku. siapa yang akan tolong aku lagi lepas ni? aku rasa macam-macam. sakit hati,geram,kecewa,sedih semua ada. ada satu tahap aku tak nak ingat lagi kisah hidup dulu. biarlah aku hilang ingatan daripada mengingati perkara lalu.

tapi..

ayah pernah cakap, jangan lari dari masalah. kita kena tabah. kalau kita lari sampai bila pun masalah itu tetap ada.

akhirnya aku redha. allah lebih sayangkan dia. keredhaan itu membuatkan aku tenang. cuma kadang-kadang air mata mengalir kerana rindukan dia.

sepatutnya ayah pergi canada. sambung master kat sana. aku ingat lagi. masa tu aku darjah 4 atau 5. tapi disebabkan kami adik-beradik dia lepaskan saja peluang itu. kalau pergi canada hanya boleh bawak isteri dan seorang anak. adik-beradik aku ramai kott. jadi ayah cakap,

"malaysia pon apa kurangnya?"

sepatutnya ayah sambung Ph.D tahun lepas. tapi allah lagi sayangkan dia. dia pergi tanpa sempat mencapai impiannya. sebenarnya ayah nak jadi pensyarah. aku rasa yang itu sudah tercapai sebab ayah merupakan seorang tutor sambilan kat UPSI. tutor tu macam pensyarah la. cuma tutor hanya mengajar di bilik tutorial. pensyarah bole mengajar di dewan kuliah. tutor tak boleh.

aku nak capai semua impian ayah. aku nak belajar kat oversea n aku nak belajar sampai Ph.D then nak jadi pensyarah kat universiti.

alhamdulillah. aku ditawarkan bacelor pendidikan (bimbingan dan kaunseling) di UPM. bukan tak mahu sambung lagi dalam bidang akaun atau matematik. nak sangat sebab aku minat sangat nombor tapi masa isi borang upu dulu aku dah niat. aku mohon semua yang aku minat. apa yang aku dapat aku redha. aku tak kisah. sebab masa tu betul-betul dalam dilema. aku nak jadi apa sebenarnya?

betul ke nak jadi cikgu? boleh ke aku jadi cikgu?

akauntan? sesuai ke dengan diri aku ni?

matematik? lepas tu aku nak jadi apa? tak kan nak sambung terus amek Ph.D? macam lama sangat la pulak.

sakarang aku dah tahu. aku adalah bakal cikgu. bakal menjadi seorang pembimbing. insyaallah i'll try my best! mak ngan ayah tak kisah aku nak jadi apa tapi dorang pernah cakap anak perempuan ni sesuai jadi cikgu. bila dorang cakap camtu aku cakap,

"apa barang jadi cikgu?"

huhu. sekarang hmmm.. amek pendidikan jugak.

kita hanya merancang tapi allah yang menentukan. yang penting aku suka sangat dan mak aku pun bahagia.

aku harap aku tak terkena kejutan budaya. maklumlah.. UPM kan dekat dengan bandar. takut jugak.

hmm, nasib baik IKA ngan MUS pun dapat UPM. mesti seronok ada budak 2 orang ni. hehe. tapi kolej ktowg jauh-jauh laa. weekend jela jumpa. hmmm... at least boleh jumpa.

SYAZA ngan SYAKIRA tak tahu la bila boleh jumpa lagi.

SYAZA - UNIMAS
SYAKIRA - UTHM

UNIMAS dalam nama panjangnya universiti malaysia sarawak. jauh tuu. bestla SYAZA naik belon je bila nak balik semenanjung nanti. huhu

SYAKIRA pulak dekat batu pahat. muar - batu pahat sebelah je. hmmm,ada harapan jumpa dia lagi. haha

apapon aku bersyukur sangat sebab dapat apa yang aku nak! memang ini yang paling sesuai untuk diri aku. alhamdulillah. hmmm, tak sabar rasanya nak perah otak lagi. dah nak berkarat cuti 4 bulan ni. huhu

suka,tak suka,suka,tak suka. SUKA KE TAK?

lama rasanya tak tulis entry baru. nak tulis tp bz. ble free lupa pulak nak tulis apa. hahahaha

okla. seperti yang korang semua tahu, result intake upu da pon keluar. tahniah kpd yg berjaya. tapi walaupun berjaya, ada yg suka dan ada yang tak suka. kenapa ye?

sebab-sebabnya adalah:

  • dapat course yang dia tak nak. "ko gler ke! ni subjek yg aku tak minat! kenapa ini yg aku terima? kenapa??"
  • dapat universiti yang dia tak suka. "alor, aku nak UPM. ni nape terbalik pulak? UMP? takmo!!"
  • tak dapat sama universiti ngan kawan dia. "aku ngan dia isi sama kot. CGPA pon sama. nape u tak sama ni? nak ngan dia! nak ngan dia jugaak!! huhu."
  • satu pon yang dia mintak dia tak dapat. "eh,mende ni? bila pulak aku mintak kulinari ni? setahu aku semua aku mintak medik. arghh, benci nyah!."

hoho.. tapi, adakah mereka terfikir kepada orang lain yang tidak bernasib baik?

hmm, syukur. kita masih ada tempat di universiti. minat boleh dipupuk. nak seribu daya. taknak seribu dalih. 

dulu aku tak suka chemistry ngan addmath. menyampah gila bila study 2 subjek ni. 

"apasal la aku bengong sangat ni? dak lain senang je buat."

kadang-kadang sampai nangis study subjek ni.tak faham langsung. 1 jam tapi baru baca 2 muka surat. tension sangat. tuition pon tak faham. 

luckily i have a good father, teachers and friends. 

ayah selalu bagun malam. dia tgk aku telentang atas katil ngan buku bersepah-sepah macam gunung. pastu dia tutup lampu. sebenarnya aku belum tido lagi. terdengar dia doakan untuk kami semua. terharu sangat. sejak tu aku janji kat diri aku, walau susah mana pun sesuatu perkara tu aku boleh lakukan. kalau orang lain boleh aku mesti boleh sebab aku hebat! aku takkan kecewakan ayah. dia dah banyak berkorban untuk aku.

aku bersyukur sangat. semua cikgu aku baik. kalau tak faham tanya je kat dorang tu. dengan penuh sabar dorang ajar. kalau malu bertanya sesat jalan.

kawan? bagus gler. ktowg slalu beat. so, mmg study hard la cz taknak kalah. yang peliknya bila ktowg beat mesti aku kalah. kalau tak beat menang pulak. huhu

jgn lupa doa kat pencipta kita. DIA yang maha mengetahui segala-galanya. DIA yang maha pemurah lagi maha penyayang. kalau kita minta kat DIA insyaallah dia akan tunaikan.

percaya tak sesebuah universiti tu tak melambangkan apa-apa?

contohnya: sorang dari UTM sorang lagi dari UMT. amek course yang sama. tapi dak UMT ni dapat 4flat. dak UTM ni pulak cuma dapat 2.00 je. so, agak-agak sape yang dapat keje kalau mohon kat satu company yang sama? tak payah risau oke! belajar je betul-betul.

kawan? kalau satu u pon belum tentu boleh jumpa. aku dapat UPM. x-roomate aku masa kt KMJ tu pon UPM. my best friend yang kat KMS dulu tu pon UPM. tp bila check kolej penmpatan ktowg semua jauh-jauh. UPM tu besar. agak-agak boleh terserempak selalu ke? universiti  ni bkn macam matrix. tak sama taw. lagipon kawan boleh dicari. berkawn biar beribu kan??

ingat. allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya. ada sebab kita tak dapat course yang kita minta tu. hidup kita ni dah diaturkan sempurna. ada hikmah disebalik. kejadian. mungkin course yang ko minta tu tak sesuai sebenarnya ngan diri kowg. jadi apa yang kowg dapat tu adalah yang terbaik. 

jadi bersyukur seadanya. walau kat mana pon kita berada, walau apa pun yang kita dapat insyaallah kita boleh berjaya.  

Friday, July 1, 2011

kasut untuk MUSFIRAH HADI =]

haritu aku ada call mus, aku ckp aku nk belikn dia terompah. mesti dia ingat terompah yg kt masjid tu. haha


terompah masjid. ihsan pakcik google.



skang terompah da maju taw. da tak pesen cm kat masjid tu. bunyi dia pon tak ketak-ketuk. haha. comel la terompah kt kedai tu. masa first time kerja kat situ tengok terompah tu cm pelik je. ada ke orang nk beli? tiba-tiba aku pulak yang terjatuh hati kt terompah tu. tapi aku tak bole beli untuk diri sendiri disebabkan beberapa masalah teknikal. bukan sebab terompah tu tak cantek taw. 

ni la dia terompah tuu.. 



terompah yang cantek! kelas gitu. haha

hmm,mus kata dia nak wedges. oke! ni ada wedges yang cantek! terpikat aku! tapi tak taw la dia suka ke tak. hmm..


yang kiri tu ringan sikit. drpd yg kanan tu. tapi dua-dua aku suka!

tapi ni bukan yang latest taw. ni da sebulan kat kedai. yang paling latest yang ni.


the latest one. tapi aku tak suka sangat la dengan designnya.



mus kata taknak yang colourful. hmm, yang ni corak bunga-bunga ala-ala english style. aku rasa mus taknak. haha.

ada kasut tu tinggi sangat. mus tu dala tinggi. kalau pakai kasut tu sure tinggi gila. hantu galah pon kalah. haha.


kalah am kalau mus pakai kasut ni. haha


oke. tu jela untuk entry pasal kasut mus ni. aku tak taw lagi nak kasi yang mana satu. tunggu jela ye mus. t agak-agak ko dapat kasut lain ke harap ko suka. hahaha.

tu je nak share.

bubbye n assalamualaikum.


Shoutbox