Friday, December 28, 2012

kakak baru ^^,

assalamualaikum.

2 minggu lepas abang aku kahwin. percaya tak? tak percaya? aku punn.. hahahaha. rasa macam tak percaya je. macam baru semalam aku kejar dia satu rumah bila dia sakat aku. macam baru semalam je dia menyorok belakang mak bila aku nak pukul dia. macam semalam je.. cepat kan masa berlalu. terlalu cepat. kami dah besar..


ni masa umur aku around 3. comel tak :p
dari kiri: ena,aku
 iman, epah


sekarang semua muka dah lain. semua dah duduk jauh-jauh. ena study kat sarawak. aku kat selangor. iman kat negeri sembilan. epah je yang dah kerja.. kat JB. dan kita dah tentunya susah nak kumpul sama-sama sekali macam dulu. (rasa macam nak nangis pulak)

dan epah dah lalui fasa seterusnya. alam perkahwinan. lepas ni ena pulak ^^, 

okay. aku nak cerita pasal kakak ipar aku la. nama dia sofia. dia cantik. beza umur aku dengan dia 2 tahun je. kakak, welcome to our family. don't be shy okayy. we are family now :)


 before akad nikah

 after akad nikah. hee. ni pic kawan abg aku yg amek. btw cantik kan :)


lepas sah je aku nangis. now u're someone's hubby bro :')


sarung cincin..

 banyak pulak kena sign..


family kak sofia :)

bro, sis, me. find us.. haha

makan beradab



ada banyak lagi pic sebenarnya. tapi uspot sangat lah "laju" jadi silalah faham. konklusinya, sekarang dah ada orang jaga abang aku. haha. 

okaylah. nak study. bubbye. assalamualaikum :))

*minggu lepas aku pergi kenduri kahwin kakak kawan aku --> kenduri kahwin kakak musfirah. balik sekinchan dan jumpa hampir semua kawan aku. nisa, am, muiz, khuzaimah, zahirin, arep, amer, akem, ijat, leha, ana, nisaa, teha, sham. pertemuan yang dirancang dan tak dirancang. sungguh osem kita boleh duduk 1 meja lepak berejam macam dulu lepas 3,4,5, 6 tahun tak jumpa. seriyes aku rindu kat korang semua. okay. next entry pasal ni pas abes exam. heee :p



Saturday, December 22, 2012

bila sakit dah tentunya homesick!

assalamualaikum.

aku sakit. muntah-muntah. dah macam orang pregnant pulak. wahh. haru gila bila tak boleh makan! terseksa jiwa raga aku. nasib baik aku tak makan benda yang berat-berat sangat haritu. kalau tak mau haru aku muntah sampai lebam. nasib baik klas dah nak habis masa tu. lecturer kata boleh balik, aku rasa lain macam terus lari cari toilet.

hmm.. walaupun aku baru balik beberapa hari lepas, aku rasa macam dah lama sangat aku dok kat UPM ni. rasa macam masa tu lambat sangat berlalu. bila sakit dan kena jaga diri sendiri rasanya sangat lah tak best. nasib baik rumate aku ada masa aku muntah buat kali ke dua. good timing. dia masuk, aku terus muntah. baldi dah get ready kat tepi. well, i know my body very well. so get prepared early la baldi sume tu. haha. malam tu, bila suhu badan aku naik dan rumate aku takde g dicussion, classmate aku datang bilik. again, good timing. dia sebenarnya datang nak amek barang je. hmm.. sesungguhnya perangcangan Allah tu sangatlah sempurna. tengs awak.. buatkan saya milo panas, urutkan kaki saya, buat saya gelak. at least tak lah rasa macam... macam sorang-sorang kat dunia ni. haha. ayat tak boleh blah!

seriously, bila aku rasa macam aku ni sorang-sorang kat dunia ni, mesti akan ada orang datang dan temankan aku. buat aku gelak. dan aku sebenarnya tak pernah sorang-sorang kat dunia ni. Allah sentiasa ada dan tahu apa yang terbaik untuk aku.

walaupun mak tak ada kat sisi, walaupun aku tak boleh balik rumah sekarang.. tapi perancangan yang Allah aturkan untuk aku tu ternyata lebih baik :)

bila kita minta matahari, tapi mendung yang kita dapat disertakan dengan ribut petir segala macam, jangan sedih sebab ada pelangi menanti lepas tu.

* i fell much better now. mak jangan risau. anak mak kuat kat sini. (kadang-kadang aku rasa ayat aku macam lah aku ni study kat obersea. exaggerated sangat! haha)

okay. bye. assalamualaikum :))


sambung cerita kurun yang lepas.

assalamualaikum.

aku dah janji kat diri sendiri nak update blog bila esaimen siap. yeah akhirnya siap ^^, wajibla siap. sebab kelas untuk sem ni dah habis. tapi sem ni aku takde la rushing sangat buat esaimen sebab ada orang asyik dok ingatkan aku suruh buat. tengs awak. saya tahu awak sayang saya sebab tu awak asyik marah saya.

ehemm. kawan perempuan aku yang ingatkan aku suruh siapkan esaimen. wahh. kira best jugak buat awal-awal. hehe.

okayy. aku nak sambung cerita pasal debat tu.

yeah! aku berjaya jugak cakap. hmm, kalau nak dicompare kan masa hari first berlatih tu, memang okay sikit la masa hari first tu. dan kami menang. hehe. sedikit sebanyak confident level aku naik la sikit. nak tahu tak, kami lawan sampai ke quarter final. waaahh. sebenarnya tak jangka pun. last game kami adalah game pertembungan adik lawan abang. wahaha. KC A lawan KC B. hmm, haru kan. tapi yang pasti KC tetap akan ke final. dan itu memang jadi kenyataan :))


nampak mcm muka educatedtak? wahahaha. 

 gerun lawan ngan dorang. nampak tak teamwork dorang.

 bila ketua pembangkang berdiri..

dan keputusan debat kali ni mesti KC A menang. kalau tak mesti kami yang pergi ke final. #berangan. wahahaha. tapi ini memang sumpah osem moment. kau hade? takde kan. aku rasa macam bertuah sangat join debat. dapat macam-macam ilmu yang aku sendiri tak jangka. memang best la. 

tengs korang sebab jadi sebahagian daripada kaler kehidupan aku. walaupun aku tak tahu pape korang terima aku. wahh.. penerimaan tanpa syarat sangat. haha. terharu aku. sobsob :')

okay. tu je nak tulis. bubbye korang. assalamualaikum :)

  
 

Wednesday, November 28, 2012

DEBAT. susur galur kehidupan.

debat. hmm.. pengalaman? masa form 3 dulu cikgu aku pilih aku jadi pelapis debat. adalah tengok senior kitorang pergi berlawan. tapi sayangnya masa form 4 aku pindah sekolah dan debat hanya tinggal kenangan.

bila dah duduk kat u ni, memang rugi kalau kita tak belajar semua benda. tu apa yang aku rasa. dan kisah debat pun bermula..

sem 2. baru habis kelas bola tampar, dengan baju lencun sambil pegang bola, beratur nak tempah makanan kat kafe tiba-tiba aku dengar azwa ngan fahimah cakap pasal debat persahabatan. entah kenapa gedik sangat aku ni nak pergi pulak join dorang tu. haishh.. bila fikir-fikir balik memang memalukan diri sendiri je aku masa tu. haha. dahla tak tahu flow yang sebetulnya, main redah je. dan habis je game tu aku tekad nak belajar debat.

sem 3. yup, aku belajar debat. tapi memang aku tak confident langsung la. dan bila azwa cakap ada pertandingan debat interkolej aku buat bodoh je. biarlah budak junior yang pergi. takutlah nak memalukan diri sendiri lagi. haha. tapi.. at the end nama aku ada pulak kat list name debaters. -.-'' rasa macam.. alamak! tapi entah kenapa aku tak suruh pulak azwa buang nama aku. hmm, maybe sebab aku fikir ni langkah pertama aku nak buang perasaan rendah diri aku tu kot. so, tengs azwa sebab masukkan nama aku. kalau nak tunggu aku masuk sendiri memang tak lah. haha.

dan latihan pertama pun bermula. abang maal memang ajar kami apa yang perlu kami tahu masa nak berdebat tapi tak tahu lah.. semua benda tu tak masuk dalam kepala aku. stress! SANGAT STRESS bila kau rasa macam kau ni lampi gila! eh budak kecik, bende senang pon tak boleh nak catch up ke? urgghhh!

well.. itulah yang aku rasa.

dan yang bertambah haru bila dalam latihan pertama tu aku langsung tak boleh nak cakap! kau faham tak perasaan aku bila aku sorang je yang tak boleh bercakap? rasa macam useless gila! malu? tak berapa sangat lah sebab dengan budak-budak tu je. tapi kalau dalam game macam tu memang aku rasa aku taknak balik kat u lagi. berhenti terus lagi bagus daripada balik kat upm ni. haha. rasa macam bodoh pulak.tapi memang aku respect la dorang tak kondem aku. muka tenang je. oleh sebab muka dorang tenang macam air di sungai, aku rasa aku perlu buktikan kat dorang aku boleh buat. hey zahrah, awak manusia, dia manusia. jadi kenapa dia boleh cakap tapi awak kelu lidah?

inche tiub anda. terima kasih kepada anda sebab ada banyak video pasal debat kat situ. download, tengok, salin. tu yang aku buat. aku ni bila stress, aku jadi blank. aku tak dapat fikir pun apa yang orang dalam video tu cakap. memanglah dengar tapi ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan. so, aku salin sebijik-sebijik apa yang orang tu cakap. okay. lepas tu baru tahu macam mana nak cakap.

tapi masalah lain pulak timbul. bia aku try nak cakap, aku rasa malu sangat. even cakap kat depan cermin. homaii.. aku tak tahu bila aku jadi macam ni. sebab sebenarnya dulu aku okay je kalau nak membebel sorang-sorang depan cermin. kalau cakap sorang-sorang pun malu, macam mana aku nak pergi debat ni? kawan aku cakap, "awak kena berlagak sikit kalau nak masuk pertandingan ni. jangan lah rasa rendah diri sangat."

-.-'' berlagak. apa tu? pedulikan fikiran tak rasional awak tentang apa yang orang fikir tentang awak. cakap dengan penuh yakin ibarat semua orang nak dengar apa yang awak cakapkan. bila orang buat muka, lantaklah. ada aku kisah?

itulah definisi belagak bagi aku. ohh lupa nak bagi tahu. latihan tu bermula hari isnin dan pertandingan tu hari jumaat. maknanya aku hanya ada 3 hari untuk practice. apa yang berlaku masa pertandingan pertama tu? boleh ke aku bercakap nanti?

hahaha. tunggu next post ye. assalamualaikum :)


Tuesday, November 6, 2012

maafkan aku, kawan.

kawan.. bagi aku adalah insan yang penting selepas keluarga. yup, kadang-kadang aku rasa aku lebih pentingkan kawan dari keluarga. hmm, masing-masing punya hidup berbeza. bukan aku nak kata keluarga aku tak best. aku bersyukur dapat keluarga yang orang lihat agak sempurna tapi memang sifat aku kot. aku pentingkan kawan.

hmm, bila aku kawan dengan seseorang, aku nak dia bahagia. maknanya, aku taknak benda yang tak elok berlaku kat diri dia. kadang-kadang aku rasa aku macam kongkong hidup kawan aku. aku paksa mereka buat itu dan ini.

dulu masa sekolah, aku paksa dorang pergi tuisyen, paksa dorang buat homework. aku bukan nak kata aku baik. cuma, entahlah.. aku takut kalau dorang gagal. aku takut kalau dorang tak berjaya. sampai satu tahap aku tak fikir apa yang dorang rasa. aku lupa nak fikir hidup dorang tak sama dengan hidup aku. pergi tuisyen.. banyak kot guna duit. aku pernah marah kawan aku bila dia nak berhenti tuisyen. yela, tinggal berapa bulan nak SPM. kenapa perlu berhenti? aku marah bila kalau aku tak dapat join tuisyen waktu malam. bagi aku dia hanya cipta alasan. aku lupa nak tengok keadaan dia tak sama dengan aku. dia bukan macam aku, anak orang senang. dia bukan berani macam aku balik rumah malam-malam. pukul 11 lebih baru sampai rumah.. maafkan aku kawan.

dan sekarang aku ulang lagi perkara yang sama. maaf. mungkin aku hanya lihat di satu belah pihak saja. maaf. aku tak sengaja. bukan niat aku. aku tak sengaja. aku lupa bahawa kita tak sama. aku lupa laluan hidup kita berbeza. aku lupa persekitaran kita berlainan. maafkan aku kawan.

aku cuma nak kau tahu, aku buat semua ni sebab aku sayang kau. itu je. aku takde niat lain. aku sayang sangat kawan aku. sebab bagi aku, bila aku terima kau jadi kawan aku, maknanya kau kawan aku selamanya. bukan senang nak jadi kawan aku sebab aku bukan senang nak percaya dekat orang lain. sebab tu sampai sekarang aku tak pernah lupa kawan lama aku walaupun kami dah jauh. sebab, sekali kawan.. selamanya kawan.

maafkan aku kawan. kalau aku ada terguris perasaan kau. maafkan aku. aku terlupa nak fikir apa yang terbaik untuk aku tak semestinya baik juga untuk kau. ye, aku ego sebab aku hanya fikir apa yang aku rasa betul. aku lupa Allah ciptakan manusia berbeza-beza. maafkan aku. mungkin lain kali aku akan ingat dan tak akan ulang lagi apa yang aku buat. terima kasih sebab berterus-terang dengan aku. terima kasih sebab buat aku terfikir. terima kasih kawan.


Friday, October 26, 2012

kali kedua

aku.. jarang cepat berpuas hati dengan diri sendiri. kadang-kadang terfikir, aku ni terlalu pentingkan kesempurnaan ke? haishh.. tapi kadang-kadang baik jugak benda tu. so, aku akan cuba nak buat yang terbaik dalam hidup aku dan tak akan berputus asa.

al-kisah entry lepas aku ada post yang pasal poster tu kan. hmm, lepas belek-belek poster kat uspot, aku rasa buruk gila poster yang aku buat. tak puas hati seyh! jeles tengok orang lain buat lagi cantik. jadi, dipendekkan cerita, aku buat lagi sekali.

BEFORE



AFTER






aku rasa aku berpuas hati dengan yang kedua tu. hehe. tapi yang kedua tu bukan dengan bantuan GIMP semata-mata. aku edit guna photobucket jugak. sebab buntu nak buat kaler yang warna-warni tu. hmm, pasni kena belajar lagi tu. hehe.

okay. tu je nak share. assalamualaikum :))

Sunday, October 21, 2012

GIMP vs adobe photoshop

assalamualaikum :))

tiba-tiba terasa rajin nak menghapdate blog hari ni :)

GIMP? apa tu?

kebanyakan orang tak tahu apa tu GIMP. aku pun tahu GIMP sebab aku kena belajar benda alah ni masa kat matrix dulu. belajar masa kat kelas komputer.

GIMP ni sebenarnya adik beradik adobe photoshop. yang bezanya GIMP ni open source. ini bermaksud semua orang boleh menggunakannya tanpa perlu membayar 1 sen pun. alaa. susah la nak explain. aku bukan budak science comp. hee :p

sebenarnya dulu aku pernah bercita-cita nak jadi computer programmer. wahh, nama dia pon dah cool. memang osem sungguh bergaya la kalau aku jadi computer programmer kan. *mata pandang ke atas sambil merenung masa depan. hahaha

tapi tu tak mungkin berlaku kot. aku dah ambil keputusan nak jadi kaunselor. yeah!! counselor will be :))

okayla. sebenarnya aku nak cerita bulan 11 ni aku nak pergi pahang. nak jalan-jalan. kaunselor memang suka jalan-jalan. hehe. so, dipendekkan cerita, aku nak kena pergi sekolah. jadi, kitorang pun buatlah poster. nak tampal kat sekolah. tujuannya nak tarik minat pelajar supaya join la program kitorang tu.

apa kaitan dengan adobe photoshop?

sebenarnya kitorang nak buat guna adobe photoshop. aku ada benda alah tu. tapi dah expired. maklumlah. guna yang trial je. malas nak membazir duit beli benda ni. hee :p setelah penat cuba untuk mendownload adobe photoshop kat laptop kawan aku tapi menemui jalan yang buntu, akhirnya aku guna jugak la GIMP ni. sebenarnya aku nak tahu je apa beza GIMP ngan adobe ni. kenapa ramai orang guna adobe? jarang la dengar orang edit pic ke, buat banner ke guna GIMP. kan GIMP free.. kenapa ramai yang guna adobe. best sangat ke adobe tu? tu je sebab aku nak sangat guna adobe. tapi dah benda tu susah sangat nak buat. lastly guna jugak apa yang ada. hehe :))

dan inilah hasilnya.





cantik tak? hmm, saya budak amatur. hanya ini sahaja yang mampu saya lakukan.  buat benda alah ni sampai aku lupa aku tak lunch lagi. hadoi. nampak tak betapa aku fanatik dengan komputer. siyes kalau aku dah dapat komputer benda lain memang kadang-kadang aku dah tak pandang dah. hehe.

okay lah. penat dah ni membebel panjang-panjang. sekian cerita dari aku. assalamualaikum. kalau tak jawab dosa. kalau jawab awak memang sayang saya. hahahaha  :))


Saturday, October 20, 2012

graduation week.

graduation week is over. dah habis dah. happy sangat tengok senior-senior grad. hmm, lambatnya lagi 2 tahun setengah. lambatnya nak naik atas pentas tu.

bila bila tengok orang grad, teringat kat ayah. aku ingat lagi.. ayah grad master masa umur aku 14 tahun. masa tu aku baru balik camp pengakap. malam tu balik, esoknya ayah bertolak g putrajaya. then lusanya ayah grad. ayah tanya nak ikut tak. aku tolak. penat. baru balik. kalau aku tahu itu kali yang terakhir aku tengok ayah pakai jubah tu amek scroll, aku mesti pergi. hmm, siapa kita nak lawan perancangan allah. Dialah sebaik-baik perancang.

tengok ayah yang gigih sambung master walaupun ayah dah tua buat aku rasa aku mesti kalahkan ayah. ayah pernah kata, kalau ayah yang dah tua ni masih boleh belajar, takde sebab kenapa kami tak boleh nak belajar sama. ye. tu yang buat aku kuat. kuat untuk terus belajar dan tak putus asa. kalau ayah boleh kenapa aku tak boleh? jangan bagi alasan kalau malas itu punca sebenar.

aku rindu ayah. bila time exam besar je ayah selalu berjanji.

ayah: kalau straight a ayah kasi hadiah.
aku:  ayah memang sengaja kan! ayah tahu kita tak boleh buat. sebab tu ayah janji kan.
ayah: eh, tak exam lagi dah give up? mana kamu tahu kamu tak boleh dapat straight a?
aku: alaa.. susah sangat la..
ayah: selagi ada masa, selagi ada peluang, jangan pernah putus asa.

kata-kata ayah yang buat aku kuat. kuat untuk teruskan hidup. walaupun ayah dah takde. walau sesusah mana pun dugaan yang datang, jangan pernah berhenti berjalan. jangan pernah berputus asa. sebab anak ayah kuat.

aku rindu ayah peluk aku bila aku menangis. aku rindu ayah motivated aku bila hampir menyerah. aku rindu semua tu. aku rindu ayah aku.

ayah, kita dah tak boleh nak minta ayah doakan untuk kita. sekarang ayah dah tak boleh buat macam tu kat kita. i just miss u and i really want to hug u. ur hug make me feel comfortable. make me calm.

al-fatihah untuk arwah mohd zulkifli bin mohd nor.


Tuesday, October 16, 2012

akhirnya..

laptop aku rosak lagi. bengang tak baru repair pas 4 hari guna tiba-tiba rosak lagi. dah la repair mahal. kat kedai tu kena rm180. aku survey-survey ada kedai tu nak kasi aku rm120 je. rasa macam @#$%^&*. haishh.. nampak tak bahasa alien dah keluar sebab aku tak tahu nak kata apa. tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata dan tulisan perasaan aku tu. hahaha. -aku bukan kaki mencarut okay-

kawan-kawan aku dok cakap tukarlah laptop baru. aku bukan tak nak. boleh je. kalau dapat VAIO sebijik pon okay. tak pun TOSHIBA. paling lopek pon ASUS la. aku tak kisah kalau ko tolong bayarkan. hahaha. ko pk aku cop duit ke nak beli baru terus? for sure mak aku tak kasi. lagipun kalau korang belikan aku yang baru pun, aku rasa aku still nak guna laptop ni.

macam bodoh kan kalau ada yang baru still nak guna yang lama. tak lah. aku tak bodoh sebab laptop ni ada sentimental value bagi aku. ni laptop ayah aku. ayah aku baru guna bape bulan before dia pergi. ofkos aku sayang gila kat laptop ni. kenangan. kalau ko bagi aku sejuta pun aku taknak treat in ke hape ke. since matrik kot aku guna laptop ni. dah banyak berjasa laptop ni kat aku. so, takkan senang-senang je aku nak tukar yang baru. nampak tak aku setia. hahaha. eh, terpuji diri sendiri pulak.

tapi kan nasib baik ada waranti sebulan masa betulkan laptop hari tu. hmm, nak tak nak kena g lowyat lagi dan lagi dan lagi. orang tu kata 3 hari dah boleh siap. ni seminggu jugak baru boleh ambil. rasa macam @#$%^&*. kan dah keluar bahsa alien lagi. hahaha

and finally i take it back today. thanks kakak coz accompany me. i really appreciate that. sorry kakak sebab saya cakap serdang ngan lowyat tu dekat. bagi saya memang dekat. tak tahu pulak jauh bagi awak. hehe. :p

nasib baik klas cancel. kalau tak kena tunggu hari jumaat la jawabnya. bosan gila takde laptop. kena merempat bilik orang buat esaimen, on9. huu. sangat menyedihkan. segan kot.. yela, dalam hidup ni jangan selalu menyusahkan orang. tak elok. hee :))

so, the conclusion is student without laptop = paper without pen. aku terpaksa penuhkan hari-hari aku dengan main sudoku. jeles tengok orang lain on9. haha

okay. buat masa ni tu je yang mampu aku tulis. esok-esok cerita lagi. hehe. assalamualaikum :)




Saturday, October 6, 2012

MY LUNA :)

different college. different university. different course. different scholarship.. eh, aku loan je. hahaha

walaupun ada banyak yang berbeza tapi masih ada satu yang sama. kita pegang satu ikatan yang sama. friendship :)

kita bertiga rancang nak hengout sama-sama sejak sem 1 tahun 1 kat u lagi. tapi hampeh.. memang tak hengout pon. masing-masing bizi. kalau cakap pasal bizi mesti korang tunding jari kat aku. hahaha. nak buat macam mana.. jadual kita tak sama. agak susah la nak lepak sama-sama. lagilah susah nak jumpa bila aku ni dah pindah kat johor. takpelah. rezeki aku duduk kat johor. saya bangga jadi anak johor. #tiba-tiba.

tengs awak dan awak sebab keluar dengan saya hari ni. walaupun banyak sangat dugaan nak keluar dengan awak dan awak tadi. inche MH abes klas lambat, nak kuar pakcik kete sewa tak angkat fon, bas takde, ktm lambat gila tadi, inche AA nak balik rumah, lappy saya buat hal tadi..

hampir saje tadi nak cancel kan pergi midvalley. hampir saje nak call inche AA dan cakap eh jom lepak kat lowyat. tapi tiba-tiba lappy saya hidup dengan sendirinya. terasa macam tengah bergurau senda dengan lappy sendiri! eh, main-main pulak inche lappy ni. taw la waranti tak abes lagi..

sorry la inche AA sebab kami lambat. hee :p tapi best kan walaupun kita cuma ada sejam lebih je lepak sama-sama. walaupun kita cuma sempat main bowling je tadi. hmm, sape kalah kena belanja makan. hahaha. tapi kita tak sempat makan pun kan. next time ye :)

next time nak lepak mana?

kenny. soul garden. johnny. pizza?

tak payah la.

mamak sudah. kalau kita spend rm50 makan sampai 3 hari pun kenyang. hahaha.

weyh korang. we know each other since primary school. almost 11 years kan. u are like my LUNA. always colouring my life. tengs for today :)

nanti bulan 11 kita hengout lagi taw. tapi kalau bulan 11 bizi, kita postpone bulan 12. tapi kalau dah bulan 12 tu, baik pergi terus rumah aku. ini jemput serius. bukan main-main. inche MH, anda diwajibkan datang rumah saya. inche AA, awak dikehendaki ikut inche MH. dikehendaki tu kalau dalam bahasa ongputehnya wanted. wanted tu macam adek beradek wajib. jadi silalah pergi ke rumah saya. hee :p macam kena paksa pulak.

konklusinya, saya gembira sebab dapat jumpa kawan lama saya hari ini. kawan saya yang paling baik dengan saya. kawan saya yang gojes n osem. kawan saya yang.. okayy dah takde idea nak puji mereka. hahaha. tengs kawan. nanti kita hengout lagi ye :)
 

Friday, September 28, 2012

another blog

yeah. alhamdulillah malam tadi siap jugak aku buat blog untuk BAKA. BAKA stands for biro akademik. azwa dah lama suruh aku buat tapi aku mengaku salah aku. aku yang buat lambat. hehe. oleh kerana aku buat last minute, tak sempat la nak design sendiri header apa semua tu. mula-mula tu memang nak buat sendiri tapi bila tengok balik macam serabut je, aku pun ambil jela template dekat leelou blog. senang, cepat dan cantik. tapi.. macam gegerl sikit. hahaha. takpe kot. kalau rasa cam nak tukar layout ke header ke AJKT BAKA bolehlah rajin-rajinkan diri anda. hehe. tu blog kita bersama :) aku sebenarnya dah lupa nak edit coding apa sume tu. dah lama tak upgrade kan blog sendiri. kalau blog sendiri pun dah terabai memang susahlah. haha. sape-sape yang nak tengok blog BAKA tu boleh la klik disini. tapi takde post lagi. carta organisasi pun tak sempat buat lagi. insyaallah dalam masa terdekat ni akan ada banyak post daripada kitorang. bukan aku sorang sebab tu kan blog bersama ;)

okaylah. kalau aku tak busy aku update la blog aku ni. assalamualaikum 


Friday, August 31, 2012

memories.. SEKINCHAN

aku anak johor tapi aku sayang sekinchan. sebab aku dibesarkan kat sana. walaupun cuma 10 tahun tapi tu satu jangka masa yang panjang kan.

in this week, i back there twice. isnin dan rabu.

sepanjang perjalanan ke sekinchan aku tengok banyak perubahan. highway LATAR, jeti baru kat kuala selangor, dulu tesco je skang dah ada mydin. ohh tu kat kuala selangor. sekinchan pun dah tak macam dulu. kalau dibandingkan dengan 3 tahun dulu, sekinchan dah banyak membangun.

seriously aku rindu sekinchan. 

lalu dekat bagan. bau laut dan ikan. dulu naik motor atau kereta ngan arwah ayah. bila besar sikit naik basikal. bila dah remaja naik motor sendiri pulak. dan semalam aku naik kereta sendiri lalu sana. terasa macam dah besar pulak.

lalu dekat depan rumah dulu. berhenti depan tu. rasa macam nak bagi salam n masuk dalam tu. tapi tak boleh. hmm, kenangan. rindu dengan kenangan. teringat ayah.

hmm, macam-macam yang berlaku dalam masa 3 hari tu. sepanjang 3 hari tu aku tidur lewat. sembang tak ingat dunia dengan mus dan nisa. hehe.

rabu tu kami pergi beraya kat rumah am. jumpa ijat sekali. aku gembira sangat kita dapat kumpul sama-sama sembang macam dulu walaupun hanya untuk 30 minit. biskut handmade, kawan lain yang mereka dah lupakan, macam mana mus n nisa sampai rumah aku, sesatnya, speed trap..

SPEED TRAP.

i never care about this but now i really care!

sumpah balik tu aku bawak kereta sambil pandang meter je. aku cuba sedaya upaya nak istiqomah. yelakan. kesabaran amat diperlukan disini. ayik teringat dorang kata shopping, servis aircon, betulkan sensor.. haha. tapi tu semua hanya bertahan sampai kat melaka je.  hahaha. insyaallah takde pape.

apa pun aku happy sangat sebab dapat jumpa kawan arwah ayah aku, kawan mak aku, kawan adik aku dan yang paling penting dapat jumpa kawan-kawan aku. 

*excited tunjuk kat nisa upm masa lalu kat serdang.
*masing-masing pakai spek bila sesat. pastu baca signboard betul-betul.
*pasni mesti pro bila dari upm nak balik sekinchan kan mus. target klang je. yang lain jgn pandang.
*lepas ni datang rumah aku pulak ye. takde alasan jauh sebab aku dah sampai rumah korang. hehe

tu je aku nak tulis. yang lain tu rahsia antara aku ngan dorang. hehe. assalamualaikum



Monday, August 20, 2012

pin pin.. POSTO POSTO

assalamualaikum

tak jawab dosa. kalau jawab sayang. eh, saya bukan maria elena. nama saya zahrah. hehe

lama tak merepek kat sini. rindu nak tulis panjang-panjang, banyak-banyak macam dulu. hehe. #bajet orang baca je entry aku tu.

okayla. sebenarnya tak de apa nak cerita pun. cuma nak pos kad raya je kat sini. sorry ye. tahun ni aku tak kasi kad raya. bukan tak de bajet cuma tak de masa nak pergi kedai. maklumlah. aku keluar rumah masa stationary belum buka. pastu balik rumah time stationary tu dah tutup. ingat nak buat sendiri tapi bila balik rumah terus tidur. hahahaha. kiranya PM pun kalah dengan kebizian aku ni :p

hmm, tapi aku ganti dengan ni boleh tak?




ingat nak letak pic pakai baju raya tapi baru aku sedar tak de rupanya. haha. kira okay la ye baju ni. hehe.

akhir kata  SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI (:
jangan main mercun ye. nanti putus jari tak tahu. hehe


Sunday, July 1, 2012

dear ayah..

ayah, semalam epah bertunang. hmm, anak ayah dah besar. tak lama lagi dia nak kahwin. sekejap je. bulan 12 ni.

ayah, semua orang happy semalam. tapi kita rasa sedih. sebab ayah takde kat situ. rasa sedih sebab ayah tak sempat nak tengok semua ni. hmm, nasib baik epah tu lelaki. kalau perempuan mesti kita dah nangis. sebab ayah lah yang sepatutnya bincang dengan pihak lelaki apa semua tu. kita tak dapat bayangkan kalau ena kahwin nanti. bukan ayah yang shake hand tangan bakal menantu ayah tu. bukan ayah. orang lain.. takpelah. epah ada..

bukan tak redha, cuma kita rindu sangat kat ayah. if u still alive... what will happen huh? macam mana keadaannya kalau ayah masih ada? tapi Allah dah tetapkan semuanya. ayah cuma ada dengan kita sampai umr kita 18 tahun je. Allah tahu apa yang terbaik  untuk kita. kan ayah..


aku tahu, ayah memang tak akan dapat baca semua ni.. tapi ni lah yang aku nak cakap kat dia kalau ayah ada kat depan ak sekarang.. ak cuma rindu dia.

Friday, June 29, 2012

cantiknya dia..

 pakcik google punya ihsan

bertudung labuh? hanya satu perkataan yang boleh aku cakapkan. CANTIK. nampak suci je kalau pandang perempuan bertudung labuh. tapi aku bukan sebahagian daripada mereka.

bukan tak pernah bertudung labuh. pernah. tapi hanya beberapa bulan. itu pun sebab aku bersekolah di sekolah agama masa sekolah menengah. ya cuma beberapa bulan di situ.  bertudung labuh disebabkan peraturan semata-mata. bukan disebabkan kehendak hati sendiri.

berjalan-jalan menjengah dr cinta punya belog membaca entry baru yang ditulis. how about tudung labuh? or tudung yang lebih labuh dari biasa?

Awak, nak berubah slow-slow, akan ada sahabat yang sudi pimpin tangan dan guide awak along this journey. Tak mampu pakai tudung labuh, pakailah tudung yang lebih labuh sikit yang boleh cover apa-apa yang patut. Gembirakan diri apabila menutup aurat. Tutup aurat bukan tandanya tersekat tapi supaya selamat. Allah tahulah apa yang terbaik buat hamba-Nya, kita tinggal ikut dan amalkan dalam kehidupan seharian. Allah nak didik kita dengan bermacam-macam cara.

-dr cinta-


wow. interesting.

-saya bukan budak baik tapi saya nak berubah menjadi yang lebih baik-

Saturday, June 23, 2012

last riadah before going back home (:

padang kawad KC

riadah? tak rajin pun nak buat. sebab biasanya balik klas mesti dah petang. kalau takde klas pun sibuk dengan sesi kan. (alasan ;p) lagipun this sem kami amek subjek kokurikulum pendidikan. dah main bola tampar sekali seminggu cukupla. hehe

harini hari sabtu. esok hari ahad. esok, last paper yang akan berakhir pada jam 4 petang dan lepas tu kebanyakkan orang akan balik termasuklah aku. tapi sape-sape yang pergi singapore kene stay la. MTM pun sama - ada camp, mereka sangat busy. kesian MTM. hahahaha

jadi, lepas dapat msg dari FAHIMAH ajak join turun padang kawad aku pun fikir daripada duduk je dalam bilik tengok running man pastu gelak sorang-sorang bosan jugak. join jela. hehe

nak hilangkan pressure esok kena jawab last paper setelah gap selama 4 hari, WANI dengan penuh semangat beli getah nak buat tali. aim: nak main zero point. ada banyak sebutan sebenarnya. zero point ke zero fine ke tak kisahla. orang ganu sebut zero pin. kan FATEHAH kan. hehe.

mula-mula ada AKU, WANI, FAHIMAH, FATEHAH, KAK JA NGAN EMY je. pastu HAJAR, AIDA NGAN INA datang. bertambah riuhla orang kampung. haha. AMZAR ada. tapi dia ngantuk. tak nak main. hehe.

the game just started






bersiar-siar dengan motor inchek ANG. hehe


rehat jap. penat!



dah macam umur 10 tahun la pulak main macam tu. teringat time sekolah rendah dulu. biasanya main time sekolah petang. dulu, selalu main kejar-kejar, polis and thief, main rebut tiang, batu seremban, tutup botol. haishh rindula zaman kecik-kecik dulu. waa.. dah besar dah aku sekarang. tapi perangai still masih ditahap kanak-kanak. hehe.

riadah berakhir dengan keluar beli burger dekat flat ikan depan kedai mamak. motif beli dekat situ sebab ada accident dekat depan gerai burger tu. ngeri. sekian cerita kali ini :)

Thursday, June 21, 2012

don't walk. RUN!

today my entry is about lelaki berlari atau dalam bahasa ongputihnya running man. secara jujurnya aku ni sangat la sibuk. tak de masa nak tengok muvie ke main game ke bila dok kat u ni. busy. korang kene paham. aku memang sibuk sangat. (okayy, bajet je lebih. haha)

al-kisahnya sekarang tengah exam. gap antara paper tu pulak jauh. well, as u know, aku ni bukanlah seorang yang suka study cepat-cepat. nanti lupa. sama je macam tak baca buku. (sila jangan tiru. ini tidak elok)

lain orang lain cara sebab manusia itu unik. aku ada cara aku sendiri nak study. so, jangan nak persoalkan pulak. hahahaha

okay okay. dah jauh melalut ni. aku nak citer pasal running man ni. bukan pasal exam ke study ke. takde kena mengena okay.

ehemm. okay, berbalik kepada running man tu. aku ni pelik la. apasal orang dok sebut-sebut pasal bende alah ni. best sangat ke? hmm, ntah pape ntah. buang masa je. (ni sebelum tengok running man)

kenapa aku tiba-tiba nak tengok citer ni?

selain disebabkan gap antara paper tu, ada la sorang kawan aku ni. minat sangat ngan haroro. ntah apasal ntah. sebab curious aku pon tengok la citer ni. hehe. lagipon taknak la nanti orang cakap aku ketinggalan zaman kan. hahahaha

pas tengok citer tu rumate aku marah aku. sebab aku gelak kuat sangat. dia nak tido pon tak boleh. hahaha. aku sebenarnya nak suruh dia bangun. tak de niat lain pon (nak cover ^^)

then now, aku dah tahu kenapa kawan aku tu suka haha a.k.a haroro. dia tak de la ensem macam joong ki tapi dia sangat lawak. spontan pulak tu. haha. i like him.

okayy la. skang nak sambung tengok balik. bubbye and assalamualaikum (:

*sebenarnya aku ada lagi 1 paper exam. arini ari kamis. exam ari ahad. hehehe :p

Monday, June 11, 2012

u left me so soon.

SO SOON BY maher zain

Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around (x2)
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever

Chorus:
You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon
Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever

CHORUS
There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return, oo



this song is same like my story. too soon my ayah left me.  i miss him so much.

Sunday, June 10, 2012

actually I still cant' believe it!

OMG OMG!! WHAT? she is pregnant!!

wohooo.. gosh! my ex-roommates at matrix now preggy. wahh, congrats dear. I feel so excited! we only 20 and u'll have a child soon. u'll be a mom and we'll be an aunty!

CONGRATS AGAIN ANNE.

hmm, tahun depan baru bole hengaout dengan kamu anne. but not only us. with ur hubby n baby also. for sure ur baby will be a cutest baby because he/she get a beautiful mummy and handsome daddy.



  mummy next year - the one who wear blue-green baju kurung ;)

i miss u nyahh!!


Saturday, June 9, 2012

dear my ex..

assalamualaikum..

hye gurls, long time no see u. how are u now? i'm not verry well. hmm, da nak pekse time ni la sakit. exam fever. hehe.

almost setahun kita kat u ni kan. dah nak masuk tahun 2 dah pon. dah setahun lebih tinggalkan dunia matrix. dah nk dekat setahun jugakla kita tak tido sama-sama, makan sama-sama (except hasya), hengout kat tangkak tu sama-sama, makan pizza, kejutkan subuh, cop kan shower, bangun malam pukul 3 pagi n dengar alarm syaza yang menakutkan tu. hahaha. ofcoz saya rindu semua tu. rindu nak bawak kamu-kamu semua lepak kat rumah saya lagi. hmm, anne je yang belum pernah sampai rumah kita. sekarang bukan miss anne lagi. dah jadi puan anne pun.

anne, i miss to hear ur voice. ur nyah, ur beta, dayang-dayang sekalian. hahaha. teringat masa 1st time jumpa kamu nyahh!

same like hasya.. i'm sorry cz x g ur wedding aritu. really sorry dear. 

gurls, walaupun kita dah lama tak jumpa tapi kita tak pernah lupa kamu-kamu semua :)

okayy, lets dating this holiday. just one day its enough maybe. or a couples of days. hee :) we hengout together like before.

Friday, June 8, 2012

exam fever = uhuk uhuk @.@

adoyai. sape ntah yang sebarkan virus kat aku ni. tak pasal-pasal batuk memanjang pas sampai upm.

*hmm, sakit tu sume dtg dari Allah.

erkk.. syukur alhamdulillah. baru sakit sikit. jgn nak merungut zahrah. ada orang tu lagi teruk :p

aku sangat tak suka nak jumpa doktor. makan ubat segala bagai tu. tapi.. leceh la batuk-batuk ni. so, nak tak nak rasanya petang ni nak g dating kat PKU. sape nak ikot? hee :p

*buku tak baca lagi. pekse dah dekat. kalau setakat tawakal tapi tak usaha tak guna jugak. haishh, penyakit lama datang balek la.. penyakit malas ;p


Wednesday, June 6, 2012

M.E.L.A.K.A

kami memang suka jalan-jalan. dulu, masa tiap kali balek kampung, mesti kitorang suruh ayah berenti dekat melaka. alasannya.. 'ayah, kita ni harap je lalu kat melaka tu. tapi singgahnya tak pon. nak nengok a famosa'.

budak-budak sangat. maklumla. kami kecik lagi. ayah.. kadang-kadang layan je kami ni. memang masuk melaka tu tapi tak berenti pon kat a famosa tu. yela, cuti skolah kan. mana ada parking. crowded pulak tu. berenti jugak la. tapi bukan dekat bandar hilir. bandar hulu kot. hikhik. ayah cakap, nanti dah besar pergi sendiri. bukan setakat melaka, perlis,sabah, sarawak pon boleh.

sampai la umur aku 20 tahun, barulah aku jejak kaki kat kota a famosa tu. bukannya ada apa pun kat situ. cuma, nak tengok betul ke apa yang ada kat buku sejarah tu je :)

kiranya impian aku dah tercapai la ni. hehe :p

cuti study week bukanla study tapi balek kampung dan masa aku sangatlah pack dengan macam-macam hal. sampai nak balek upm pon kena postpone. hehe. hmm, nak cerita semua. memang tak muat la. tapi apa yang aku mampu tulis, di setiap gambar ada ceritanya :)

 





aina's fwens

me + siblings



-teringat dekat ayah. kalau dia masih ada.. mesti best. tapi.. we must letting go someone we love right :')




Monday, May 21, 2012

i love u mak.

ayah selalu beri kebebasan kepada aku untuk aku membuat keputusan. dengan syarat aku bertanggungjawab atas keputusan yang aku buat. sebab ayah tahu aku suka memberontak kalau ayah larang aku secara keras. nanti aku merajuk susah nak pujuk.

mak pula, selalu menentang aku. apa yang aku nak buat biasanya mak tak beri aku lakukannya.

kontra kan mak ngan ayah aku ni.

aku selalu rasa mak tak percaya dekat aku. mak tak percaya anak mak ni boleh buat apa yang dia nak buat. dan satu sifat buruk aku ialah lagi kuat mak aku halang lagi nak aku cuba benda tu.

sampai la satu hari ti, aku tersedar. mak bukan tak percaya dekat aku. mak bukan tak sayang aku. cuma mak risau sangat pasal aku. mak taknak aku sakit. dulu, masa kecil-kecil aku selalu kena pergi klinik. kalau hospital tu kronik sangat. sakit aku tak kronik. so, klinik cukup la. hehe. sebab aku ni nakal sangat aku selalu kena pergi klinik. lepas tu kena telan ubat yang berdozen tu. sampai sekarang aku fobia dengan ubat.  mak halang sebab mak tak mahu benda buruk berlaku kat aku.

mak halang aku buat itu dan ini sebab mak tak mahu aku penat. mak tak mahu aku sedih kalau apa yang aku harapkan tak jadi kenyataan. mak tak mahu pelajaran aku terganggu. hmm, anak mak ni memang nakal, degil pulak tu. selalu tak dengar cakap mak. mesti mak selalu risau kan.  

ayah pernah cakap, mak cuma nak yang terbaik untuk anak-anak dia sebab penat dia mengandungkan kami. habis tu ayah tak sayang kami ke? ayah selalu beri apa yang kami mahu lakukan. ayah cakap, sayang ayah dengan sayang mak berbeza. sekarang baru aku faham macam mana mak sayang aku :')

mak, i'm sorry cz always make u worry. i promise i'll be ur good girl now :)

Tuesday, May 15, 2012

kalau orang lain boleh, AKU PUN BOLEH!

BOLA TAMPAR..

ohh, aku benci kau. sejak dari sekolah rendah lagi. sebab aku tak tahu macam mana nak main. bila tengok oang lain tahu main, membuatkan aku makin benci kau. sebab terasa betapa bodohnya diri ini.

tapi, ada orang pernah cakap dekat aku..

"never give up till the end. we don't know what happened at the end. selagi ada masa, selagi ada peluang, selagi ada kemungkinan untuk berjaya walaupun tipis, berusahalah dan jangan pernah berputus asa.

semalam ada tournament bola tampar. aku jadi player. sebab terpaksa.

1st game.

kalah. dan aku rasa akulah punca kekalahan itu. walaupun mereka tidak berkata-kata.  

aku taknak jadi punca. aku taknak dipersalahkan. manusia semua sama. kalau mereka boleh  aku pun boleh. time break, dorang makan aku pulun pukul bola tu. aim: mesti lepas net. tak kisah la bola tu senget ke tak. janji lepas net & in.

result: yeah! berjaya.

lepas tu aku terus jatuh cinta kat bola tampar. HAHAHA :p

moral of the story: never give up till the end. berusaha dulu, baru tawakal. kalau orang lain boleh, takde sebab aku tak boleh!

Monday, April 23, 2012

YES. i'm still childish.

perangai saya memang macam budak-budak. bila saya ada masalah saya mesti mengadu dekat ayah saya. saya tahu apa yang dia akan cakap dekat saya tapi saya still nak dengar.

dear ayah,
i miss all your word. i  miss the way you motivate me. seriously i'm not strong enough to motivate myself. cause you always beside me when i have a problem. now, i have to face it by myself. you're not beside me anymore. but don't worry ayah. because i'm not alone :)

ika,
kamu berjaya buat kita berhenti menangis. kamu berjaya buat kita ingat balik apa yang kita lupa.

BELAJAR BUKAN SEMATA-MATA SEBAB NAK PRESENT. BUKAN JUGAK SEMATA-MATA NAK SIAPKAN ASSIGNMENT. BUKAN UNTUK POINTER JUGAK. TAPI BELAJAR SEBAB KITA NAK BELAJAR. DON'T PRESSURE YOURSELF.

thanks kakak. you repeat my ayah words again. THANK YOU CAUSE YOU BELIEVE ME! i really appreciate that. i miss our matrix moment. even we are from different course but you always help me to solve my problem. thanks again kakak :')

*i miss numbers. but i have to accept and realize that now i have to be ulat buku :)

Thursday, April 5, 2012

ohh masalah. pergi jauh-jauh sikit boleh tak?



siapa yang tak ada masalah? even budak kecil yang baru lahir pun ada masalah. masalah komunikasi. yela, mak ayah dia mana faham apa yang dia nak kan. sebab dia tahu menangis je. hehe

masalah membuatkan kita matang. masalah juga membuatkan kita berfikir. mungkin ada silap dimana-mana sebab tu masalah timbul. dan bila masalah timbul tak sah kalau tak STRESS.

STRESS. inilah yang akan berlaku kalau masalah tu tak dapat diselesaikan. hmm, sebenarnya mana ada masalah yang tak dapat diselesaikan. cuma bila wujudnya ego, mekanisma bela diri, masalah menjadi bertambah rumit.

kadang-kadang, kita dah cuba untuk buat yang terbaik tapi.. masalah tetap timbul. bersabar la. mungkin ada petunjuk yang Allah berikan setiap kali masalah timbul.

dalam hidup ni kalau asyik senang je tak best la kan. masalah tu umpama cabaran yang perlu diselesaikan untuk kita naik ke level seterusnya :)

*actually problem make us be a better person :P

Tuesday, March 20, 2012

fasa baru.

sekarang dah genap la umur aku 20 tahun. hmm, terasa kejap masa berlalu. dah 20 tahun rupanya aku hidup kat bumi ALLAh ni. alhamdulillah, ALLAH masih sayangkan aku. DIA masih beri aku peluang untuk hidup.

kalau tahun lepas aku di KMJ, tahun ni aku di UPM. grand tak sambut birthday kat hotel? haha. dari pagi sampai la malam aku berkampug dekat Equotorial Hotel Bangi-Putrajaya. rugi je free call yang maxis kasi. yela, dah duduk kat dalam dewan, segan pulak aku nak call orang. kang semua orang pandang aku. haha. *perasan :P

okayla. berdosa kan tipu orang. sebenarnya aku bukan celeb birthday aku kat situ. MMMR buat kat situ. aku ni jadi ajk. so, kena la datang awal. MMMR = Majlis Makan Malam Rasmi. event ni dibuat sebab nak meraikan akak-akak n abang-abang final year. hmm, aku ni tak tahu la sempat ke tak nak join majlis ni 3 tahun lagi.

walaupun semalam penat sangat tapi pengalaman yang dapat tu memang berbaloi. pengalaman merupakan cikgu yang terbaik kan :)


erk, memang tak sah la kalau xde pic kan. hehe













Wednesday, March 7, 2012

untung saya cuma belajar di malaysia :)

homesick! dah sebulan tak balik rumah. okay. ini tempoh yang paling lama aku tak balik rumah. MAK, nak balik!

dekat sini penat sangat. nak balik. nak rehat. taknak fikir lagi apa-apa yang berkaitan dengan UPM buat sementara waktu. boleh tak?

rindu dekat mak, dekat budak kecik 2 orang tu yang selalu kena buli ngan aku. rindu nak tengok tv kat rumah. rindu dekat rumah.

paling cepat boleh balik pon bulan 4 nanti. tu pon bila cuti mid sem. seriously, before this 2 minggu ke 3 minggu sekali aku balik rumah. ni macam dah lama je tak balik. tapi syukur lah. at least aku still kat malaysia. kalau aku study kat oberse amek kaw! setahun sekali kot baru aku balik. hmm, sabar lah hati. sebulan lagi. bila lagi nak berjauhan dengan keluarga. at least kau lagi beruntung dari kakak kau tu.

*rasanya tak jumpa aina bila dia balik rumah nanti. sorry. orang busy sangat! tolonglah datang UPM lawat orang kat sini :(

Sunday, March 4, 2012

kisah budak macam tomboy

dulu

perangai dia seperti lelaki. kalau ada budak lelaki kacau sikit habis la budak tu kena pukul. tak kisah la guna buku ke calculator ke, botol air ke semua boleh. apa yang terdekat dengan tangan la yang pastinya. kalau takde bende tu semua, memang guna penumbuk jela. sampai cikgu dekat sekolah pernah tegur dia ganas. cikgu cakap,

"awak tu perempuan. lembut la sikit."

suara? haha. walaupun orang tu dekat sebelah cakap macam sebatu jauhnya. air mata? wah, jatuhla martabat dia kalau menangis depan orang. garang. hmm, itulah yang paling sesuai untuk dia rasanya pada masa tu.

yup. dia macam tomboy. tapi dia masih seorang perempuan. bertudung dan masih menutup aurat walaupun tak sempurna mana. cuma gayanya seperti lelaki.

tapi

kerana suatu kejadian, dia berubah. dia bukan lagi tomboy. dia cuba menjadi seorang perempuan. perempuan yang lemah lembut. ayahnya meninggalkan pesanan sebelum pergi menghadap Ilahi.

kata ayah,

"kamu kena sabar. tak boleh marah-marah selalu. nanti orang takut nak kawan dengan kamu."

beberapa hari sebelum ayah pergi, ayah pernah bertanya,

"bila kamu nak berubah?"

perginya si ayah membawa 1001 perubahan pada dirinya. dia bukan dirinya yang dulu lagi.

cara percakapannya berubah sehingga kawan-kawannya ketika sekolah dahulu tidak mempercayai itu adalah dia bila mereka berhubung melalui telefon. sikapnya juga berubah dari seorang yang agak laser kepada seorang yang pemendam. baginya, buat apa nak balas balik setiap apa yang orang lain perkatakan? bukan boleh mengubah keadaan pun. diam adalah cara yang terbaik. daripada si pemarah bertukar kepada si ciwek. air mata terlalu murah baginya. perasaan marah tentunya ada. cuma dia sudah lupa bagaimana hendak menunjukkannya.

kadang-kadang, dia terfikir untuk kembali menjadi tomboy. siapa berani mahu membuli si tomboy ni? tapi, setelah difikir-fikirkan kembali, dia adalah seorang perempuan. lumrah sifat perempuan adalah lemah-lembut.

sekian.

Friday, February 10, 2012

hmm..

assalamualaikum

ada banyak sangat benda yang ada kat kepala tapi tak boleh diluah melalui kata-kata. okay, esok balek UPM. padahal kuliah lambat lagi start. i nak g camping. jangan jeles ae. hehe :)

okbai. tu je nak cakap :))

Thursday, February 2, 2012

dah terjawab :)

assalamualaikum.

aku dah tahu result aku walaupun sepatutnya tahu 9 feb nanti. apa yang mampu aku cakap, alhamdulillah. aku puas hati. tak dapat dean list tapi aku dapat ingat sesuatu. sesuatu yang aku lupa bila aku masuk u.

belajar bukan sebab nak pass exam tapi belajar nak tahu.
belajar bukan sebab nak kejar dean list tapi belajar sebab enjoy.

bila kita kejar sesuatu dan kita tak dapat mesti rasa depress sangat. yup, aku depress bila tengok result dekat simulasi. aku rasa teruk sangat. aku nangis dan aku fikir. kenapa teruk sangat ni? walhal tak teruk mana pun. aku cari kat mana salah aku. apa yang menyebabkan result aku macam tu. 3.5 pon tak sampai. hmm.. dan selepas berfikir aku ketawa. ada apa dengan pointer tu? yang penting betapa berharganya ilmu yang aku dapat dan apa yang aku aplikasikan dalam kehidupan. mungkin itu rezeki aku. mesti ada hikmah disebalik semua tu. allah tu maha mengetahui segala-galanya. positive zahrah!

alhamdulillah beberapa hari selepas itu pointer kat simulasi tu naik. menjerit bagai nak gila! haha. at least lepas untuk mohon scholarship lepas ni :)

azam sem 2: nak jadi lagi ceria. nak senyum selalu. nak ubah diri menjadi yang lebih baik. nak enjoy bila belajar. nak jadi pelajar yang baik. dan saya nak buat yang terbaik! hidup ni sekali je. apa kata  kita hargai nikmat yang allah kasi :)

pointer tu memang penting tapi tak guna pointer tinggi kalau kita tak aplikasikan apa yang kita belajar dalam kehidupan kita. (peringatan buat diri sendiri)

*saya rindu ayah saya. i always curious what he will say to me when i show my result now. kawan saya kata:

'ayah kau memang dah takde nak cakap dia bangga dengan kau tapi aku ada dan aku bangga dengan kau.'

Sunday, January 22, 2012

saya suka sangat dia!

siapa?

limau mandarin. hahahaha

masa sekolah cina dulu, aku selalu minta kat kawan aku limau. taknak sebiji tapi nak sekotak. hahaha. (demand)

aku teringat bila aku pernah minta ngan cikgu tuisyen aku,

aku: sir, nak limau boleh?
sir: sure. i'll give u on next class.
aku: i taknak sikit. i nak banyak.
sir: oke. i'll give u more than 1. haha
aku: -.-'' sir, i nak 1 kotak.
sir: boleh. i kasi u 1 kotak. dalamnya ada 2 biji limau.
aku: -.-'' (speechless + geram) hahaha

ayat tu xdela sama tapi lebih kurang mcm tu la conversation ktowg. he is 1 of the best teacher i ever have :P

my fwens baik. cz nanti dia mesti bawak limau untuk aku. mee chin, ai ching, siew lee, chi ken, lai hua.. erk, ramai kot dak cina klas aku. tak muat kalau nak mention semua. haha. dowg ingt jugak la kat aku. bawak limau banyak-banyak untuk aku. then bila lapar aku makan. oleh krn aku dok belakang skali so xde sapela yg perasan. tapi salah. sebab bila aku kupas je buah limau tu mesti 1 klas bau sebab klas aku guna air-con. haha.

skang dah tak dapat limau lagi. sedih. huhu.

Monday, January 16, 2012

setiap orang ada kelebihannya (:

hari ni jadi cikgu tuisyen terjun. means tak bercadang pon nak mengajar. tetiba je.


sebab kenapa, bagaimana benda ni semua berlaku takyah la tahu. malas nak tulis panjang-panjang. hehe


studentnya sorang je. sebab dia special la aku dapat dia. dia tak reti membaca. oke lupa nak cakap. aku ajar BM td. aku da try ajar 2 suku kata tapi macam tak boleh je sebab dia macam tak faham. emm, umur dia 12 tahun.


seriously masa aku ajar dia tu aku da terbayang muka dr. samsilah, lecturer yang ajar psikologi kanak-kanak & remaja. asyik teringat dyslexia je.


sedikit info tentang dyslexia:


dyslexia merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.


ciri-ciri


  1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
  2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
  3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
  4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
  5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
  6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
  7. Sering berlaku di kalangan lelaki.
  8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
  9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.


sumber: cik wiki




ni contoh dyslexia. 



aku tak sure la dia dyslexia ke tak. sebab aku bukan doktor. hehe

so, oleh kerana aku takde alat bantuan mengajar, aku pon tukar dari sesi belajar BM kepada sesi penerokaan. melalui sesi penerokaan, dia ni masa kecik-kecik kena demam panas, pastu ada urat terputus then kena kancing gigi pulak tu. 

tapi.. dia sangat suka n pandai melukis. (aku takde la suruh dia melukis tadi, ni berdasarkan apa yang dia cakap) hmm, dia ada bakat kot. tapi, oleh kerana dia tak reti membaca itu yang menjadi masalahnya.

kenapa orang hanya menilai seseorang itu pandai bila dia dapat straight A's dalam exam? kalau tak pandai akademik tu bodoh ke? sistem pembelajaran di malaysia lebih menekankan pencapaian akademik melalui peperiksaan. tapi sekarang ni dah berubah sikit la. dorang dah tak guna grade A, B, C tu. sekarang guna band. macam muet tu. sampai band 6 je ae. tak de sampai band10. nanti bertukar pulak. haha


emm, aku kan tak mengajar sangat tadi. so, aku tanya la budak tu nanti lepas ni nak sekolah kat mana. dia cakap ayah dia suruh masuk asrama penuh. kesian dia sebab pressure. hmm, kalau budak ni masuk sekolah seni mesti bakat seni dia boleh digilap kan? tapi nak masuk sekolah seni pon minimum kene dapat 3B dalam UPSR.


aku rasa aku dah jauh melalut ni. sebenarnya aku nak cakap aku tak tahu nak ajar apa kat budak ni sebab aku dah lupa macam mana aku belajar membaca dulu. yang aku ingat sambung titik-titik jadi huruf, pastu tetiba aku dah reti membaca. macam mana la nak ajar dia. kang kalau ajar phonetic symbols rasa dia boleh ke ikut?


konpius la -.-''



Wednesday, January 11, 2012

jauh ke dekat?

dulu, masa dekat matrix.. aku selalu cakap dengan abang aku macam ni:

'kalau tak nak amek, aku tak nak balik!'

sebab abang aku suruh balik naik bas. so, dengan alasan aku ni baru pindah dekat muar, tak reti sistem bas kat situ, tak de kawan nak balik dan sebagainya minda aku pon berkata tak boleh dan aku taknak!

tapi, bila kat UPM ni no more hantar-hantar lagi ye sayang. abang aku cakap jauh.

erkk, 2jam tu jauh ae?

dengan membawa perasaan sedih bak di hiris sembilu, aku pun pergi membawa hati yang parah ke UPM dengan menaiki bas setiap kali aku nak balik rumah. (ceh, ayat sastera betul. haha)


cuti semestar dah nak mula. jadi, semua barang kena bawak balik. (sebenarnya boleh je tinggal kat store tapi aku taknak) yeah! mak aku datang amek. suka suka suka.

tiba-tiba teringat kakak aku yang ada kat sarawak tu. naik flight, bawak beg yang besar gedabak tu, pastu kalau nak balik maktab kena tunggu kawan balik sama-sama. sebab dia kata kalau naik teksi sensorang dari airport ke maktab tambangnya RM100++. GILA kan.

dulu, aku jeles gila kat dia. dia dapat study jauh-jauh. aku ni dulu nak study kat perlis pon tak dapat. padahal, perlis tu still semenanjung malaysia. tapi.. bila difikir-fikirkan balik, ada hikmah semua tu berlaku. dan aku bersyukur sangat aku dapat study dekat UPM, bukan UUM seperti yang aku nak sangat masa aku kat matrix dulu.

duduk dekat ada banyak kelebihannaya.

  • boleh balik rumah selalu
  • kalau ada emergency case senang sikit nak balik
  • silap hari bulan tak payah la ko naik bas balik rumah. parents boleh amek ko nanti
  • tambang nak balik kalau naik bas ke apa ke murah sikit.

duduk jauh pun best jugak. dapat tengok negeri orang. hmm.. jadi, sebelum korang buat keputusan nak study kat mana lepas ni, fikir-fikir kan la ye dulu. jangan fikir nak seronok je. fikir orang lain jugak. kalau ada apa-apa yang berlaku nanti kena menyusahkan orang lain tak..(kakak aku independent. tiket flight pon bayar sendiri)

panjang pulak aku tulis. hehe (:

*adeq aku yang baru lepas SPM tu pilih mana la ye. hmm, dia lelaki.. kalau tercampak kat mana-mana pon mak tak risau sangat :P



Monday, January 9, 2012

aku sayang ko. Happy birthday (:





dulu masa kat sekolah rendah, kita bukan  rapat sangat pon. sebab ko tak sama sekolah pagi ngan aku. ko sekolah cina. aku sekolah melayu. kita sama sekolah petang je. antara ko ngan amira, aku lagi banyak cakap dengan amira. hmm, kenapa ntah. haha

dulu, ko selalu bawak kerja rumah sekolah pagi kat sekolah petang. buat tulisan yang pelik tu. haha. sumpah aku tak faham. hmm, dulu aku tak suka sekolah petang. maybe sebab tu aku tak rapat sangat dengan orang yang tak sama sekolah pagi ngan aku. lagi pon ko selalu ponteng sekolah petang. kan? aku pon. haha

tapi, ko selalu kasi aku kad raya. dan bila aku dapat je kad raya dari ko mesti aku bengang! sebab ko pecahkan nama aku kepada 3. Fatimah Tul Zahrah. ko ingat nama aku nama cina ke hah? ingat sampai mati ye. nama aku ada 1 je. FATIMATULZAHRAH.

macam mana kita boleh jadi rapat sangat ae?

terlalu rapat.

macam-macam benda yang kita buat bersama. walaupun lepas sekolah kita masuk lain-lain matrix, kita still rapat. ko baik. tapi takde la baik sangat. hahahaha

kalau aku tulis semua benda yang ko ngan aku buat sama-sama memang tak muat 1 entry. biar kita jela yang tahu ae. :)

SITI MUSFIRAH BINTI NOR HADI

SELAMAT HARI LAHIR


  • anda dah tua
  • dah 20 tahun. saya 19 je. hahaha
  • u're not teen anymore.
  • hmm, dah boleh jadi mak orang dah
  • semoga panjang umur
  • murah rezeki
  • dapat kahwin cepat-cepat
  • dapat baby
  • nanti aku kasi hadiah yang besar punya bila ko dapat anak yang ke 10. hahaha
  • semoga ko berjaya dunia dan akhirat
  • semoga ko terus jadi kawan aku.
  • may allah bless u always dear 
  • i luv u so much (:
*sekolah pagi-sekolah kebangsaan
sekolah petabg-sekolah agama

Thursday, January 5, 2012

first paper

pandang-pandang kiri kanan.. kenapa dorang ni tulis tak berhenti-henti? panjang gila kot. amende la yang dorang tulis panjang-panjang ni. kang kalau tenung lama-lama kang kena tangkap pulak sebab disyaki meniru. haha.

paper tadi alhamdulillah boleh buat. cuma tu lah.. coursemates aku semua tulis panjang-panjang. aku rasa jawapan aku tu pendek je. hmm, yang tak boleh blah ada sorang kawan aku aku ni cakap dia tak baca buku pon. tapi tadi.. mak'aih, sampai minta kertas tambahan lagi. penuh buku jawapan dia. apa yang aku boleh cakap tentang dia adalah:

hye girl, u memang osem + cool la. i loike. haha :D 

Sunday, January 1, 2012

no longer TEEN

sebelum feymesnya facebook, kitorang suka sangat hapdete status dekat myspace.
(kitorang merujuk kepada kawan-kawan aku time sekolah cina)

kadang-kadang sebelum pergi sekolah on9 dulu. hapdate status yang entah apa-apa (ala, kat fb skang pon camtu gak). kebanyakan status macam nak telan orang tak pon tanya pasal homework dan tuisyen. seriously aku rindu gila kat zaman tu. 

myspace sekarang dah banyak berubah. dah tak macam dulu dah. aku dah lupa camne rupa myspace yang dulu.

hmm, membelek-belek photo album yang ada kat situ. comel jugak kan kita time sekolah dulu. hakhak (perasan habis)

sekarang kita dah besar kan. dah nak masuk 20 tahun. rasa kejap je masa berlalu. macam baru semalam je umur aku 16 tahun. pindah sekolah cina tu. main-main dengan korang. mengarow (ayat muiz). hmm, lepas ni dah tak boleh perangai macam budak-budak. sebab kita dah diketogorikan sebagai orang dewasa. :)



Shoutbox