Friday, October 26, 2012

kali kedua

aku.. jarang cepat berpuas hati dengan diri sendiri. kadang-kadang terfikir, aku ni terlalu pentingkan kesempurnaan ke? haishh.. tapi kadang-kadang baik jugak benda tu. so, aku akan cuba nak buat yang terbaik dalam hidup aku dan tak akan berputus asa.

al-kisah entry lepas aku ada post yang pasal poster tu kan. hmm, lepas belek-belek poster kat uspot, aku rasa buruk gila poster yang aku buat. tak puas hati seyh! jeles tengok orang lain buat lagi cantik. jadi, dipendekkan cerita, aku buat lagi sekali.

BEFORE



AFTER






aku rasa aku berpuas hati dengan yang kedua tu. hehe. tapi yang kedua tu bukan dengan bantuan GIMP semata-mata. aku edit guna photobucket jugak. sebab buntu nak buat kaler yang warna-warni tu. hmm, pasni kena belajar lagi tu. hehe.

okay. tu je nak share. assalamualaikum :))

Sunday, October 21, 2012

GIMP vs adobe photoshop

assalamualaikum :))

tiba-tiba terasa rajin nak menghapdate blog hari ni :)

GIMP? apa tu?

kebanyakan orang tak tahu apa tu GIMP. aku pun tahu GIMP sebab aku kena belajar benda alah ni masa kat matrix dulu. belajar masa kat kelas komputer.

GIMP ni sebenarnya adik beradik adobe photoshop. yang bezanya GIMP ni open source. ini bermaksud semua orang boleh menggunakannya tanpa perlu membayar 1 sen pun. alaa. susah la nak explain. aku bukan budak science comp. hee :p

sebenarnya dulu aku pernah bercita-cita nak jadi computer programmer. wahh, nama dia pon dah cool. memang osem sungguh bergaya la kalau aku jadi computer programmer kan. *mata pandang ke atas sambil merenung masa depan. hahaha

tapi tu tak mungkin berlaku kot. aku dah ambil keputusan nak jadi kaunselor. yeah!! counselor will be :))

okayla. sebenarnya aku nak cerita bulan 11 ni aku nak pergi pahang. nak jalan-jalan. kaunselor memang suka jalan-jalan. hehe. so, dipendekkan cerita, aku nak kena pergi sekolah. jadi, kitorang pun buatlah poster. nak tampal kat sekolah. tujuannya nak tarik minat pelajar supaya join la program kitorang tu.

apa kaitan dengan adobe photoshop?

sebenarnya kitorang nak buat guna adobe photoshop. aku ada benda alah tu. tapi dah expired. maklumlah. guna yang trial je. malas nak membazir duit beli benda ni. hee :p setelah penat cuba untuk mendownload adobe photoshop kat laptop kawan aku tapi menemui jalan yang buntu, akhirnya aku guna jugak la GIMP ni. sebenarnya aku nak tahu je apa beza GIMP ngan adobe ni. kenapa ramai orang guna adobe? jarang la dengar orang edit pic ke, buat banner ke guna GIMP. kan GIMP free.. kenapa ramai yang guna adobe. best sangat ke adobe tu? tu je sebab aku nak sangat guna adobe. tapi dah benda tu susah sangat nak buat. lastly guna jugak apa yang ada. hehe :))

dan inilah hasilnya.





cantik tak? hmm, saya budak amatur. hanya ini sahaja yang mampu saya lakukan.  buat benda alah ni sampai aku lupa aku tak lunch lagi. hadoi. nampak tak betapa aku fanatik dengan komputer. siyes kalau aku dah dapat komputer benda lain memang kadang-kadang aku dah tak pandang dah. hehe.

okay lah. penat dah ni membebel panjang-panjang. sekian cerita dari aku. assalamualaikum. kalau tak jawab dosa. kalau jawab awak memang sayang saya. hahahaha  :))


Saturday, October 20, 2012

graduation week.

graduation week is over. dah habis dah. happy sangat tengok senior-senior grad. hmm, lambatnya lagi 2 tahun setengah. lambatnya nak naik atas pentas tu.

bila bila tengok orang grad, teringat kat ayah. aku ingat lagi.. ayah grad master masa umur aku 14 tahun. masa tu aku baru balik camp pengakap. malam tu balik, esoknya ayah bertolak g putrajaya. then lusanya ayah grad. ayah tanya nak ikut tak. aku tolak. penat. baru balik. kalau aku tahu itu kali yang terakhir aku tengok ayah pakai jubah tu amek scroll, aku mesti pergi. hmm, siapa kita nak lawan perancangan allah. Dialah sebaik-baik perancang.

tengok ayah yang gigih sambung master walaupun ayah dah tua buat aku rasa aku mesti kalahkan ayah. ayah pernah kata, kalau ayah yang dah tua ni masih boleh belajar, takde sebab kenapa kami tak boleh nak belajar sama. ye. tu yang buat aku kuat. kuat untuk terus belajar dan tak putus asa. kalau ayah boleh kenapa aku tak boleh? jangan bagi alasan kalau malas itu punca sebenar.

aku rindu ayah. bila time exam besar je ayah selalu berjanji.

ayah: kalau straight a ayah kasi hadiah.
aku:  ayah memang sengaja kan! ayah tahu kita tak boleh buat. sebab tu ayah janji kan.
ayah: eh, tak exam lagi dah give up? mana kamu tahu kamu tak boleh dapat straight a?
aku: alaa.. susah sangat la..
ayah: selagi ada masa, selagi ada peluang, jangan pernah putus asa.

kata-kata ayah yang buat aku kuat. kuat untuk teruskan hidup. walaupun ayah dah takde. walau sesusah mana pun dugaan yang datang, jangan pernah berhenti berjalan. jangan pernah berputus asa. sebab anak ayah kuat.

aku rindu ayah peluk aku bila aku menangis. aku rindu ayah motivated aku bila hampir menyerah. aku rindu semua tu. aku rindu ayah aku.

ayah, kita dah tak boleh nak minta ayah doakan untuk kita. sekarang ayah dah tak boleh buat macam tu kat kita. i just miss u and i really want to hug u. ur hug make me feel comfortable. make me calm.

al-fatihah untuk arwah mohd zulkifli bin mohd nor.


Tuesday, October 16, 2012

akhirnya..

laptop aku rosak lagi. bengang tak baru repair pas 4 hari guna tiba-tiba rosak lagi. dah la repair mahal. kat kedai tu kena rm180. aku survey-survey ada kedai tu nak kasi aku rm120 je. rasa macam @#$%^&*. haishh.. nampak tak bahasa alien dah keluar sebab aku tak tahu nak kata apa. tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata dan tulisan perasaan aku tu. hahaha. -aku bukan kaki mencarut okay-

kawan-kawan aku dok cakap tukarlah laptop baru. aku bukan tak nak. boleh je. kalau dapat VAIO sebijik pon okay. tak pun TOSHIBA. paling lopek pon ASUS la. aku tak kisah kalau ko tolong bayarkan. hahaha. ko pk aku cop duit ke nak beli baru terus? for sure mak aku tak kasi. lagipun kalau korang belikan aku yang baru pun, aku rasa aku still nak guna laptop ni.

macam bodoh kan kalau ada yang baru still nak guna yang lama. tak lah. aku tak bodoh sebab laptop ni ada sentimental value bagi aku. ni laptop ayah aku. ayah aku baru guna bape bulan before dia pergi. ofkos aku sayang gila kat laptop ni. kenangan. kalau ko bagi aku sejuta pun aku taknak treat in ke hape ke. since matrik kot aku guna laptop ni. dah banyak berjasa laptop ni kat aku. so, takkan senang-senang je aku nak tukar yang baru. nampak tak aku setia. hahaha. eh, terpuji diri sendiri pulak.

tapi kan nasib baik ada waranti sebulan masa betulkan laptop hari tu. hmm, nak tak nak kena g lowyat lagi dan lagi dan lagi. orang tu kata 3 hari dah boleh siap. ni seminggu jugak baru boleh ambil. rasa macam @#$%^&*. kan dah keluar bahsa alien lagi. hahaha

and finally i take it back today. thanks kakak coz accompany me. i really appreciate that. sorry kakak sebab saya cakap serdang ngan lowyat tu dekat. bagi saya memang dekat. tak tahu pulak jauh bagi awak. hehe. :p

nasib baik klas cancel. kalau tak kena tunggu hari jumaat la jawabnya. bosan gila takde laptop. kena merempat bilik orang buat esaimen, on9. huu. sangat menyedihkan. segan kot.. yela, dalam hidup ni jangan selalu menyusahkan orang. tak elok. hee :))

so, the conclusion is student without laptop = paper without pen. aku terpaksa penuhkan hari-hari aku dengan main sudoku. jeles tengok orang lain on9. haha

okay. buat masa ni tu je yang mampu aku tulis. esok-esok cerita lagi. hehe. assalamualaikum :)




Saturday, October 6, 2012

MY LUNA :)

different college. different university. different course. different scholarship.. eh, aku loan je. hahaha

walaupun ada banyak yang berbeza tapi masih ada satu yang sama. kita pegang satu ikatan yang sama. friendship :)

kita bertiga rancang nak hengout sama-sama sejak sem 1 tahun 1 kat u lagi. tapi hampeh.. memang tak hengout pon. masing-masing bizi. kalau cakap pasal bizi mesti korang tunding jari kat aku. hahaha. nak buat macam mana.. jadual kita tak sama. agak susah la nak lepak sama-sama. lagilah susah nak jumpa bila aku ni dah pindah kat johor. takpelah. rezeki aku duduk kat johor. saya bangga jadi anak johor. #tiba-tiba.

tengs awak dan awak sebab keluar dengan saya hari ni. walaupun banyak sangat dugaan nak keluar dengan awak dan awak tadi. inche MH abes klas lambat, nak kuar pakcik kete sewa tak angkat fon, bas takde, ktm lambat gila tadi, inche AA nak balik rumah, lappy saya buat hal tadi..

hampir saje tadi nak cancel kan pergi midvalley. hampir saje nak call inche AA dan cakap eh jom lepak kat lowyat. tapi tiba-tiba lappy saya hidup dengan sendirinya. terasa macam tengah bergurau senda dengan lappy sendiri! eh, main-main pulak inche lappy ni. taw la waranti tak abes lagi..

sorry la inche AA sebab kami lambat. hee :p tapi best kan walaupun kita cuma ada sejam lebih je lepak sama-sama. walaupun kita cuma sempat main bowling je tadi. hmm, sape kalah kena belanja makan. hahaha. tapi kita tak sempat makan pun kan. next time ye :)

next time nak lepak mana?

kenny. soul garden. johnny. pizza?

tak payah la.

mamak sudah. kalau kita spend rm50 makan sampai 3 hari pun kenyang. hahaha.

weyh korang. we know each other since primary school. almost 11 years kan. u are like my LUNA. always colouring my life. tengs for today :)

nanti bulan 11 kita hengout lagi taw. tapi kalau bulan 11 bizi, kita postpone bulan 12. tapi kalau dah bulan 12 tu, baik pergi terus rumah aku. ini jemput serius. bukan main-main. inche MH, anda diwajibkan datang rumah saya. inche AA, awak dikehendaki ikut inche MH. dikehendaki tu kalau dalam bahasa ongputehnya wanted. wanted tu macam adek beradek wajib. jadi silalah pergi ke rumah saya. hee :p macam kena paksa pulak.

konklusinya, saya gembira sebab dapat jumpa kawan lama saya hari ini. kawan saya yang paling baik dengan saya. kawan saya yang gojes n osem. kawan saya yang.. okayy dah takde idea nak puji mereka. hahaha. tengs kawan. nanti kita hengout lagi ye :)
 


Shoutbox