Wednesday, April 24, 2013

him :'(

assalamualaikum.

masa aku sekolah dulu, masa form 4 n form 5.. aku rasa susah sangat nak belajar aliran sains. oleh kerana aku yang pilih aliran tu, pilihan sekolah tu.. ayah cakap, aku kena bertanggungjawab atas pilihan yang aku dah buat. menyeluk pekasam biar sampai ke lengan. dah alang-alang amek, baik habiskan.

perit. sangat perit. nangis tu toksah cerita la bila tak tahu buat addmaths. hmm.. cikgu addmaths aku kat sekolah garang. kasi homework bertimbun-timbun. pastu kalau kasi homework arini, esok wajib hantar. okay.. kadang-kadang tak hantar.. kena denda berdiri kat tapak perhimpunan siapkan homework sampai siap. memanglah buat ramai-ramai.. tapi bila aku sorang je kepala putih malu kot.. i mean others do not wear tudung. my school is chinese school..

malu sangat.. kalau ayah lalu cepat-cepat nyorok. lupa nak cakap.. aku satu sekolah ngan ayah aku. memang aku sengaja pilih satu sekolah masa tu. senang. ni kes bila taknak duduk asrama lagi.

bila aku nangis.. tak reti buat homework.. rasa macam nak give up.. ofcoz aku nangis. and only ayah know it. sebab aku start study pukul 3 pagi. takde sape perasan aku nangis. hanya ayah tahu sebab ayah bangun malam. he hug me. give me motivation to make me strong. calm me.. ayah akan cakap..

"ara, ni baru spm. ayah ni amek master masa umur ayah berapa? dah tua pun ayah nak lagi belajar.. kenapa ara taknak belajar? ayah lagi tua dari ara tapi ayah lagi kuat dari ara.. ara kan muda lagi. sepatutnya lagi kuat dari ayah."

ayah buat aku berfikir.. kenapa nak give up cepat sangat? kalau ayah boleh kenapa aku tak boleh? if he can do it, why not me?

ayah.. kita rindu ayah. kita malas nak belajar sekarang. esaimen berlambak tapi kita tak start lagi. tapi takde sape nak motivate kita.. i have to motivate myself and i hate it. i need you but you...

 ayah,epah, mak dan anas


ayah n epah

allah tahu apa yang terbaik untuk kita. i keep remind myself.. ada hikmah disebalik kejadian. redha zahrah. ayah tak kan hidup walau engkau menangis air mata darah sekalipun. zahrah kuat, budak bijak.. ayah memang dah takde nak motivate engkau tapi ayah tinggalkan memori yang boleh memotivasikan engkau. 


 
 listen this song and i start crying..
bila kita gembira, kita hayati rentak lagu. tapi bila kita bersedih kita hayati lirik lagu..

Wednesday, April 17, 2013

belajar dari kesilapan

assalamualaikum.

sekarang minggu esaimen berlambak-lambak. present berderet-deret. report bertimbun-timbun.


karya tak berapa nak seni :p


arrrgghhhhhh!!!

tension oi!!

huu.. ada satu subjek ni. nama dia falsafah pendidikan. sebab cikgu kan.. wajiblah pendidikan tu. masalahnya sekarang aku tahu apa tu falsafah. tapi acane nak buatnye? how to create or write philosophy? i don't know. ohhh, someone please teach me!

seriyes aku rasa "eh betul ke ini falsafah?" bila aku tulis esaimen ni.

DARE TO WRONG!

orang cakap bila kita silap, masa tu lah kita belajar. dan aku paling tak berapa suka buat silap. huuu.. acane ni?

tapi.. lebih baik silap daripada tak buat apa-apa. kann?

lebih baik aku siapkan esaimen tu daripada kosong aje. lebih baik silap sebab nanti aku tahu kat mana salah aku daripada aku tak buat apa-apa dan cakap kat dr aku tak faham. at least i try to do something then be silent and do nothing.

actually i do ask my lecturer but i still can't get it. philosophy is not easy than i though. it is about wisdom. something that we think about it deeply and not roughly.

sesungguhnya saya bukan budak sastera tapi saya belajar untuk menjadi seorang pencinta ilmu. so, better u do your assignment. then ask dr is that correct or not. kalau salah pun masih boleh dibetulkan..

oraite. nak sambung buat esaimen. kbye. assalamualaikum :)


Saturday, April 6, 2013

the little kid, anas.

assalamualaikum.

anas is my youngest brothers. bongsu. manja. hensem. busuk. adik aku yang paling kecil.

ayah pergi tinggalkan aku masa umur aku 18 tahun. tapi anas.. masa tu umur dia baru 5 tahun. he only a little kid when ayah pass away. i ask him bout ayah a few hours ago..

aku: anas rindu ayah tak?
anas: angguk
aku: anas ingat kat ayah lagi tak?
anas: hmm, tak tahu la. aku lupa.

then i start crying.. in silent.. but i still keep asking him.

aku: anas tahu tak.. dulu ko susah sangat nak bangun pagi. nak pergi sekolah. pastu aku mesti marah ko. pastu nanti ayah mesti marah aku. ayah cakap, nak kejutkan anas bukan macam tu. kalau kejut macam tu sampai bila pun anas tak bangun. kene kejut elok-elok. pastu ayah amek ko bawak masuk dalam bilik air. mandikan terus.

then i keep talking about ayah. and tell him about what ayah always do in his life.

i hope anas will continue what ayah always do. poor him. he lack of love from ayah. he just spend 5 years of his life with ayah.

i miss my ayah..

kalau ayah masih ada mungkin kita tak jadi seorang yang tahu akan tanggungjawab kita.
kalau ayah masih ada mungkin kita masih lagi tak tahu berdikari.
kalau ayah masih ada mungkin kita masih lagi menjadi seorang yang suka bergantung pada orang lain.
kalau ayah masih ada mungkin kita tak jadi seorang manusia.

yes, i really miss u ayah but i have continue my life and looking forward. kalau anas boleh, kenapa aku tak boleh..

ayah, anas makin hensem. anak ayah tu bukan budak kecil lagi. tak lama lagi ayah nak dapat cucu. anas suka sangat sebab nanti dia boleh dapat kawan baru. i hope you were here. with us. tapi siapa kita nak lawan takdir Allah. sesungguhnya perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan.




Wednesday, April 3, 2013

sony xperia la pulak

assalamualaikum.

sekarang ni semua orang guna henfon touch screen. iolls pun nak jugak. hehe *gedik.

okayokay. ni bukan entry aku guna henfon baru ke hape. cukuplah nokia ni dengan samsung torch light ni. nak beli henfon mahal-mahal ni rasa macam tak berbaloi je. sebab kejap je nanti keluar henfon yang lagi canggih.

stop membebel.

aku nak cerita aku baru siapkan customer aku punya casing. aritu aku buat casing samsung galaxy s advance, ariniaku buat casing untuk sony xperia pulak. hee.. suka suka suka. sebab try n error menjadi :D

ni adalah casing yang ketiga yang aku dah buat.


1st casing. ninetology


2nd casing. samsung galaxy s advance

3rd casing. sony xperia 

mencari magnet untuk buat casing. sampai sekarang tak jumpa lagi. yang casing untuk samsung galaxy s advance dan sony xperia aku guna magnet tapi magnet tu aku dapat dari tuan empunya henfon. hee.. tengs korang sebab menggunakan khidmat aku.

okay. settle pasal casing. cuti nanti siapkan keychain pulak. dah terdeley dah keychain orang ni. sekarang fokus test. esok ada test moral. huu.. tak prepared apa-apa lagi.


okay.bye.assalamualaikum :)


Tuesday, April 2, 2013

dugaan. jangan mengeluh.

assalamualaikum.

sejak akhir-akhir ni aku rasa banyak sangat dugaan. lagi-lagi bila dah start berniaga ni.

dugaan minggu pertama: takde tapak berniaga
dugaan minggu ke dua: kanopi terbang. 2 kali pulak tu.
dugaan minggu ke tiga: kanopi patah. kena ribut.
dugaan minggu ke empat: peti sejuk rosak.

tu baru dugaan berniaga. belum lagi dugaan yang lain. gaduh, tak puas hati, pendrive kena virus, test..

Ya Allah, aku tertanya-tanya kenapa dugaan datang bertimpa-timpa. sampai satu tahap aku nak berputus asa. stop la buat semua ni. stop lah berniaga. stop lah baca buku. aku taknak fikir lagi.

but i found something..

Allah uji kita supaya kita ingat padanya. Kesenangan itu satu ujian. Bila kita senang, biasanya kita lupa pada Allah. Dan bila kita susah barulah merangkak-rangkak, menangis mengadu pada Allah. Allah sayang kita. Sebab tu Allah uji kita. Supaya kita selalu ingat padaNya dan tak lalai dengan dunia.

analogi daripada program motivasi dalam tv:

jiwa (soul) itu ibarat bekas yang berisi air.
masalah itu ibarat garam.

kalau kita letak garam segenggam dalam mug, masinkan. tapi kalau kita letak garam dengan kuantiti yang sama dalam periuk besar, rasanya taklah semasim air yang dalam mug tu.

maksudnya, kalau jiwa kita besar, kita boleh hadapi apa-apa masalah yang datang. kalau jiwa kecil, mulalah mengeluh.

credit to cik mel

konklusinya, jangan mengeluh zahrah. take it easy. kalau dulu awak boleh cool, kenapa sekarang nak emo sangat? tak macho la kakak. hahahaha

#minggu lepas, kebanyakan orang kena marah dengan aku. i'm sorry. aku marah sebab aku nak korang tahu korang pun perlu bertanggungjawab :)

adios. assalamualaikum. kalau tak jawab dosa, kalau jawab aku memang comel. hahahaha #perasan :p



Shoutbox