Wednesday, November 28, 2012

DEBAT. susur galur kehidupan.

debat. hmm.. pengalaman? masa form 3 dulu cikgu aku pilih aku jadi pelapis debat. adalah tengok senior kitorang pergi berlawan. tapi sayangnya masa form 4 aku pindah sekolah dan debat hanya tinggal kenangan.

bila dah duduk kat u ni, memang rugi kalau kita tak belajar semua benda. tu apa yang aku rasa. dan kisah debat pun bermula..

sem 2. baru habis kelas bola tampar, dengan baju lencun sambil pegang bola, beratur nak tempah makanan kat kafe tiba-tiba aku dengar azwa ngan fahimah cakap pasal debat persahabatan. entah kenapa gedik sangat aku ni nak pergi pulak join dorang tu. haishh.. bila fikir-fikir balik memang memalukan diri sendiri je aku masa tu. haha. dahla tak tahu flow yang sebetulnya, main redah je. dan habis je game tu aku tekad nak belajar debat.

sem 3. yup, aku belajar debat. tapi memang aku tak confident langsung la. dan bila azwa cakap ada pertandingan debat interkolej aku buat bodoh je. biarlah budak junior yang pergi. takutlah nak memalukan diri sendiri lagi. haha. tapi.. at the end nama aku ada pulak kat list name debaters. -.-'' rasa macam.. alamak! tapi entah kenapa aku tak suruh pulak azwa buang nama aku. hmm, maybe sebab aku fikir ni langkah pertama aku nak buang perasaan rendah diri aku tu kot. so, tengs azwa sebab masukkan nama aku. kalau nak tunggu aku masuk sendiri memang tak lah. haha.

dan latihan pertama pun bermula. abang maal memang ajar kami apa yang perlu kami tahu masa nak berdebat tapi tak tahu lah.. semua benda tu tak masuk dalam kepala aku. stress! SANGAT STRESS bila kau rasa macam kau ni lampi gila! eh budak kecik, bende senang pon tak boleh nak catch up ke? urgghhh!

well.. itulah yang aku rasa.

dan yang bertambah haru bila dalam latihan pertama tu aku langsung tak boleh nak cakap! kau faham tak perasaan aku bila aku sorang je yang tak boleh bercakap? rasa macam useless gila! malu? tak berapa sangat lah sebab dengan budak-budak tu je. tapi kalau dalam game macam tu memang aku rasa aku taknak balik kat u lagi. berhenti terus lagi bagus daripada balik kat upm ni. haha. rasa macam bodoh pulak.tapi memang aku respect la dorang tak kondem aku. muka tenang je. oleh sebab muka dorang tenang macam air di sungai, aku rasa aku perlu buktikan kat dorang aku boleh buat. hey zahrah, awak manusia, dia manusia. jadi kenapa dia boleh cakap tapi awak kelu lidah?

inche tiub anda. terima kasih kepada anda sebab ada banyak video pasal debat kat situ. download, tengok, salin. tu yang aku buat. aku ni bila stress, aku jadi blank. aku tak dapat fikir pun apa yang orang dalam video tu cakap. memanglah dengar tapi ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan. so, aku salin sebijik-sebijik apa yang orang tu cakap. okay. lepas tu baru tahu macam mana nak cakap.

tapi masalah lain pulak timbul. bia aku try nak cakap, aku rasa malu sangat. even cakap kat depan cermin. homaii.. aku tak tahu bila aku jadi macam ni. sebab sebenarnya dulu aku okay je kalau nak membebel sorang-sorang depan cermin. kalau cakap sorang-sorang pun malu, macam mana aku nak pergi debat ni? kawan aku cakap, "awak kena berlagak sikit kalau nak masuk pertandingan ni. jangan lah rasa rendah diri sangat."

-.-'' berlagak. apa tu? pedulikan fikiran tak rasional awak tentang apa yang orang fikir tentang awak. cakap dengan penuh yakin ibarat semua orang nak dengar apa yang awak cakapkan. bila orang buat muka, lantaklah. ada aku kisah?

itulah definisi belagak bagi aku. ohh lupa nak bagi tahu. latihan tu bermula hari isnin dan pertandingan tu hari jumaat. maknanya aku hanya ada 3 hari untuk practice. apa yang berlaku masa pertandingan pertama tu? boleh ke aku bercakap nanti?

hahaha. tunggu next post ye. assalamualaikum :)



Shoutbox