Monday, January 16, 2012

setiap orang ada kelebihannya (:

hari ni jadi cikgu tuisyen terjun. means tak bercadang pon nak mengajar. tetiba je.


sebab kenapa, bagaimana benda ni semua berlaku takyah la tahu. malas nak tulis panjang-panjang. hehe


studentnya sorang je. sebab dia special la aku dapat dia. dia tak reti membaca. oke lupa nak cakap. aku ajar BM td. aku da try ajar 2 suku kata tapi macam tak boleh je sebab dia macam tak faham. emm, umur dia 12 tahun.


seriously masa aku ajar dia tu aku da terbayang muka dr. samsilah, lecturer yang ajar psikologi kanak-kanak & remaja. asyik teringat dyslexia je.


sedikit info tentang dyslexia:


dyslexia merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.


ciri-ciri


  1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
  2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
  3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
  4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
  5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
  6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
  7. Sering berlaku di kalangan lelaki.
  8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
  9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.


sumber: cik wiki




ni contoh dyslexia. 



aku tak sure la dia dyslexia ke tak. sebab aku bukan doktor. hehe

so, oleh kerana aku takde alat bantuan mengajar, aku pon tukar dari sesi belajar BM kepada sesi penerokaan. melalui sesi penerokaan, dia ni masa kecik-kecik kena demam panas, pastu ada urat terputus then kena kancing gigi pulak tu. 

tapi.. dia sangat suka n pandai melukis. (aku takde la suruh dia melukis tadi, ni berdasarkan apa yang dia cakap) hmm, dia ada bakat kot. tapi, oleh kerana dia tak reti membaca itu yang menjadi masalahnya.

kenapa orang hanya menilai seseorang itu pandai bila dia dapat straight A's dalam exam? kalau tak pandai akademik tu bodoh ke? sistem pembelajaran di malaysia lebih menekankan pencapaian akademik melalui peperiksaan. tapi sekarang ni dah berubah sikit la. dorang dah tak guna grade A, B, C tu. sekarang guna band. macam muet tu. sampai band 6 je ae. tak de sampai band10. nanti bertukar pulak. haha


emm, aku kan tak mengajar sangat tadi. so, aku tanya la budak tu nanti lepas ni nak sekolah kat mana. dia cakap ayah dia suruh masuk asrama penuh. kesian dia sebab pressure. hmm, kalau budak ni masuk sekolah seni mesti bakat seni dia boleh digilap kan? tapi nak masuk sekolah seni pon minimum kene dapat 3B dalam UPSR.


aku rasa aku dah jauh melalut ni. sebenarnya aku nak cakap aku tak tahu nak ajar apa kat budak ni sebab aku dah lupa macam mana aku belajar membaca dulu. yang aku ingat sambung titik-titik jadi huruf, pastu tetiba aku dah reti membaca. macam mana la nak ajar dia. kang kalau ajar phonetic symbols rasa dia boleh ke ikut?


konpius la -.-''




Shoutbox