Sunday, March 4, 2012

kisah budak macam tomboy

dulu

perangai dia seperti lelaki. kalau ada budak lelaki kacau sikit habis la budak tu kena pukul. tak kisah la guna buku ke calculator ke, botol air ke semua boleh. apa yang terdekat dengan tangan la yang pastinya. kalau takde bende tu semua, memang guna penumbuk jela. sampai cikgu dekat sekolah pernah tegur dia ganas. cikgu cakap,

"awak tu perempuan. lembut la sikit."

suara? haha. walaupun orang tu dekat sebelah cakap macam sebatu jauhnya. air mata? wah, jatuhla martabat dia kalau menangis depan orang. garang. hmm, itulah yang paling sesuai untuk dia rasanya pada masa tu.

yup. dia macam tomboy. tapi dia masih seorang perempuan. bertudung dan masih menutup aurat walaupun tak sempurna mana. cuma gayanya seperti lelaki.

tapi

kerana suatu kejadian, dia berubah. dia bukan lagi tomboy. dia cuba menjadi seorang perempuan. perempuan yang lemah lembut. ayahnya meninggalkan pesanan sebelum pergi menghadap Ilahi.

kata ayah,

"kamu kena sabar. tak boleh marah-marah selalu. nanti orang takut nak kawan dengan kamu."

beberapa hari sebelum ayah pergi, ayah pernah bertanya,

"bila kamu nak berubah?"

perginya si ayah membawa 1001 perubahan pada dirinya. dia bukan dirinya yang dulu lagi.

cara percakapannya berubah sehingga kawan-kawannya ketika sekolah dahulu tidak mempercayai itu adalah dia bila mereka berhubung melalui telefon. sikapnya juga berubah dari seorang yang agak laser kepada seorang yang pemendam. baginya, buat apa nak balas balik setiap apa yang orang lain perkatakan? bukan boleh mengubah keadaan pun. diam adalah cara yang terbaik. daripada si pemarah bertukar kepada si ciwek. air mata terlalu murah baginya. perasaan marah tentunya ada. cuma dia sudah lupa bagaimana hendak menunjukkannya.

kadang-kadang, dia terfikir untuk kembali menjadi tomboy. siapa berani mahu membuli si tomboy ni? tapi, setelah difikir-fikirkan kembali, dia adalah seorang perempuan. lumrah sifat perempuan adalah lemah-lembut.

sekian.

Shoutbox