Thursday, February 2, 2012

dah terjawab :)

assalamualaikum.

aku dah tahu result aku walaupun sepatutnya tahu 9 feb nanti. apa yang mampu aku cakap, alhamdulillah. aku puas hati. tak dapat dean list tapi aku dapat ingat sesuatu. sesuatu yang aku lupa bila aku masuk u.

belajar bukan sebab nak pass exam tapi belajar nak tahu.
belajar bukan sebab nak kejar dean list tapi belajar sebab enjoy.

bila kita kejar sesuatu dan kita tak dapat mesti rasa depress sangat. yup, aku depress bila tengok result dekat simulasi. aku rasa teruk sangat. aku nangis dan aku fikir. kenapa teruk sangat ni? walhal tak teruk mana pun. aku cari kat mana salah aku. apa yang menyebabkan result aku macam tu. 3.5 pon tak sampai. hmm.. dan selepas berfikir aku ketawa. ada apa dengan pointer tu? yang penting betapa berharganya ilmu yang aku dapat dan apa yang aku aplikasikan dalam kehidupan. mungkin itu rezeki aku. mesti ada hikmah disebalik semua tu. allah tu maha mengetahui segala-galanya. positive zahrah!

alhamdulillah beberapa hari selepas itu pointer kat simulasi tu naik. menjerit bagai nak gila! haha. at least lepas untuk mohon scholarship lepas ni :)

azam sem 2: nak jadi lagi ceria. nak senyum selalu. nak ubah diri menjadi yang lebih baik. nak enjoy bila belajar. nak jadi pelajar yang baik. dan saya nak buat yang terbaik! hidup ni sekali je. apa kata  kita hargai nikmat yang allah kasi :)

pointer tu memang penting tapi tak guna pointer tinggi kalau kita tak aplikasikan apa yang kita belajar dalam kehidupan kita. (peringatan buat diri sendiri)

*saya rindu ayah saya. i always curious what he will say to me when i show my result now. kawan saya kata:

'ayah kau memang dah takde nak cakap dia bangga dengan kau tapi aku ada dan aku bangga dengan kau.'


Shoutbox