Sunday, October 21, 2012

GIMP vs adobe photoshop

assalamualaikum :))

tiba-tiba terasa rajin nak menghapdate blog hari ni :)

GIMP? apa tu?

kebanyakan orang tak tahu apa tu GIMP. aku pun tahu GIMP sebab aku kena belajar benda alah ni masa kat matrix dulu. belajar masa kat kelas komputer.

GIMP ni sebenarnya adik beradik adobe photoshop. yang bezanya GIMP ni open source. ini bermaksud semua orang boleh menggunakannya tanpa perlu membayar 1 sen pun. alaa. susah la nak explain. aku bukan budak science comp. hee :p

sebenarnya dulu aku pernah bercita-cita nak jadi computer programmer. wahh, nama dia pon dah cool. memang osem sungguh bergaya la kalau aku jadi computer programmer kan. *mata pandang ke atas sambil merenung masa depan. hahaha

tapi tu tak mungkin berlaku kot. aku dah ambil keputusan nak jadi kaunselor. yeah!! counselor will be :))

okayla. sebenarnya aku nak cerita bulan 11 ni aku nak pergi pahang. nak jalan-jalan. kaunselor memang suka jalan-jalan. hehe. so, dipendekkan cerita, aku nak kena pergi sekolah. jadi, kitorang pun buatlah poster. nak tampal kat sekolah. tujuannya nak tarik minat pelajar supaya join la program kitorang tu.

apa kaitan dengan adobe photoshop?

sebenarnya kitorang nak buat guna adobe photoshop. aku ada benda alah tu. tapi dah expired. maklumlah. guna yang trial je. malas nak membazir duit beli benda ni. hee :p setelah penat cuba untuk mendownload adobe photoshop kat laptop kawan aku tapi menemui jalan yang buntu, akhirnya aku guna jugak la GIMP ni. sebenarnya aku nak tahu je apa beza GIMP ngan adobe ni. kenapa ramai orang guna adobe? jarang la dengar orang edit pic ke, buat banner ke guna GIMP. kan GIMP free.. kenapa ramai yang guna adobe. best sangat ke adobe tu? tu je sebab aku nak sangat guna adobe. tapi dah benda tu susah sangat nak buat. lastly guna jugak apa yang ada. hehe :))

dan inilah hasilnya.





cantik tak? hmm, saya budak amatur. hanya ini sahaja yang mampu saya lakukan.  buat benda alah ni sampai aku lupa aku tak lunch lagi. hadoi. nampak tak betapa aku fanatik dengan komputer. siyes kalau aku dah dapat komputer benda lain memang kadang-kadang aku dah tak pandang dah. hehe.

okay lah. penat dah ni membebel panjang-panjang. sekian cerita dari aku. assalamualaikum. kalau tak jawab dosa. kalau jawab awak memang sayang saya. hahahaha  :))



Shoutbox