Tuesday, November 6, 2012

maafkan aku, kawan.

kawan.. bagi aku adalah insan yang penting selepas keluarga. yup, kadang-kadang aku rasa aku lebih pentingkan kawan dari keluarga. hmm, masing-masing punya hidup berbeza. bukan aku nak kata keluarga aku tak best. aku bersyukur dapat keluarga yang orang lihat agak sempurna tapi memang sifat aku kot. aku pentingkan kawan.

hmm, bila aku kawan dengan seseorang, aku nak dia bahagia. maknanya, aku taknak benda yang tak elok berlaku kat diri dia. kadang-kadang aku rasa aku macam kongkong hidup kawan aku. aku paksa mereka buat itu dan ini.

dulu masa sekolah, aku paksa dorang pergi tuisyen, paksa dorang buat homework. aku bukan nak kata aku baik. cuma, entahlah.. aku takut kalau dorang gagal. aku takut kalau dorang tak berjaya. sampai satu tahap aku tak fikir apa yang dorang rasa. aku lupa nak fikir hidup dorang tak sama dengan hidup aku. pergi tuisyen.. banyak kot guna duit. aku pernah marah kawan aku bila dia nak berhenti tuisyen. yela, tinggal berapa bulan nak SPM. kenapa perlu berhenti? aku marah bila kalau aku tak dapat join tuisyen waktu malam. bagi aku dia hanya cipta alasan. aku lupa nak tengok keadaan dia tak sama dengan aku. dia bukan macam aku, anak orang senang. dia bukan berani macam aku balik rumah malam-malam. pukul 11 lebih baru sampai rumah.. maafkan aku kawan.

dan sekarang aku ulang lagi perkara yang sama. maaf. mungkin aku hanya lihat di satu belah pihak saja. maaf. aku tak sengaja. bukan niat aku. aku tak sengaja. aku lupa bahawa kita tak sama. aku lupa laluan hidup kita berbeza. aku lupa persekitaran kita berlainan. maafkan aku kawan.

aku cuma nak kau tahu, aku buat semua ni sebab aku sayang kau. itu je. aku takde niat lain. aku sayang sangat kawan aku. sebab bagi aku, bila aku terima kau jadi kawan aku, maknanya kau kawan aku selamanya. bukan senang nak jadi kawan aku sebab aku bukan senang nak percaya dekat orang lain. sebab tu sampai sekarang aku tak pernah lupa kawan lama aku walaupun kami dah jauh. sebab, sekali kawan.. selamanya kawan.

maafkan aku kawan. kalau aku ada terguris perasaan kau. maafkan aku. aku terlupa nak fikir apa yang terbaik untuk aku tak semestinya baik juga untuk kau. ye, aku ego sebab aku hanya fikir apa yang aku rasa betul. aku lupa Allah ciptakan manusia berbeza-beza. maafkan aku. mungkin lain kali aku akan ingat dan tak akan ulang lagi apa yang aku buat. terima kasih sebab berterus-terang dengan aku. terima kasih sebab buat aku terfikir. terima kasih kawan.



Shoutbox