Friday, August 31, 2012

memories.. SEKINCHAN

aku anak johor tapi aku sayang sekinchan. sebab aku dibesarkan kat sana. walaupun cuma 10 tahun tapi tu satu jangka masa yang panjang kan.

in this week, i back there twice. isnin dan rabu.

sepanjang perjalanan ke sekinchan aku tengok banyak perubahan. highway LATAR, jeti baru kat kuala selangor, dulu tesco je skang dah ada mydin. ohh tu kat kuala selangor. sekinchan pun dah tak macam dulu. kalau dibandingkan dengan 3 tahun dulu, sekinchan dah banyak membangun.

seriously aku rindu sekinchan. 

lalu dekat bagan. bau laut dan ikan. dulu naik motor atau kereta ngan arwah ayah. bila besar sikit naik basikal. bila dah remaja naik motor sendiri pulak. dan semalam aku naik kereta sendiri lalu sana. terasa macam dah besar pulak.

lalu dekat depan rumah dulu. berhenti depan tu. rasa macam nak bagi salam n masuk dalam tu. tapi tak boleh. hmm, kenangan. rindu dengan kenangan. teringat ayah.

hmm, macam-macam yang berlaku dalam masa 3 hari tu. sepanjang 3 hari tu aku tidur lewat. sembang tak ingat dunia dengan mus dan nisa. hehe.

rabu tu kami pergi beraya kat rumah am. jumpa ijat sekali. aku gembira sangat kita dapat kumpul sama-sama sembang macam dulu walaupun hanya untuk 30 minit. biskut handmade, kawan lain yang mereka dah lupakan, macam mana mus n nisa sampai rumah aku, sesatnya, speed trap..

SPEED TRAP.

i never care about this but now i really care!

sumpah balik tu aku bawak kereta sambil pandang meter je. aku cuba sedaya upaya nak istiqomah. yelakan. kesabaran amat diperlukan disini. ayik teringat dorang kata shopping, servis aircon, betulkan sensor.. haha. tapi tu semua hanya bertahan sampai kat melaka je.  hahaha. insyaallah takde pape.

apa pun aku happy sangat sebab dapat jumpa kawan arwah ayah aku, kawan mak aku, kawan adik aku dan yang paling penting dapat jumpa kawan-kawan aku. 

*excited tunjuk kat nisa upm masa lalu kat serdang.
*masing-masing pakai spek bila sesat. pastu baca signboard betul-betul.
*pasni mesti pro bila dari upm nak balik sekinchan kan mus. target klang je. yang lain jgn pandang.
*lepas ni datang rumah aku pulak ye. takde alasan jauh sebab aku dah sampai rumah korang. hehe

tu je aku nak tulis. yang lain tu rahsia antara aku ngan dorang. hehe. assalamualaikum




Shoutbox