Wednesday, August 17, 2011

bila novel ada kaki..

saya kaki novel. yup. it is true! tapi dulu laa.. sekarang dah tak ada masa nak baca novel. [alasan]

ingat lagi entry i luv buku? masa kecik-kecik mak aku marah sebab baca buku kann. sumenya sebab aku baca buku novel. ingat lagi time tuu memang gila ngan novel siri penyiasatan salmah. terus berangan-angan nak jadi penyiasat terkenal seperti kogoru maori. tak pon polis. hahaha.

dari situlah timbul minat aku untuk membaca. kalau setakat 300 muka surat tu sehari je aku bole habiskan. aku pernah baca buku novel pasal NATRAH. korang kenal ke sape natrah ni?

natrah adalah seorang budak belanda yg dibesarkan oleh aminah yg berasal dari terengganu. natrah diserahkan kpd aminah semasa aminah tinggal di indonesia. natrah diserahkan oleh ibunya kpd aminah tanpa pengetahuan ayahnya yg masa tu kena tawan ngan tentera jepun. bila natrah da besar berlakulah perebutan hak jagaan natrah antara aminah dan ibu bapa kandung natrah. masa tu jadi kes hangat sebab natrah dibesarkan dalam suasana islam sedangkan ibu bapa nya beragama kristian. lastly, natrah dibawa balik ke belanda dan agamanya ditukar kpd kristian.

sadis cite natrah ni. novel tu tebal gila! masa tu aku skola rendah lagi. mau dekat 2 minggu baru habis baca. aku ni kalau dah baca novel memang aku hayati habis la. macam kita ada kat situ. sedih kot. syukur aku dilahirkan di dalam keluarga islam. kesian natrah. akhirnya mati dalam kafir.

ok laa.. hari tuu aku ada pergi kedai buku. cari novel baru. kat johor ni aku tak jumpa lagi perpustakaan awam. kalau dulu kat selangor banyak gila. kat kampung pon ada. kat sini tak nampak pon. maybe ada kat kawasan bandar je kot. ke aku je yg tak jumpa. hehe

aku nak promote satu novel ni. tajuknya roti cicah susu. mengisahkan tentang persahabatan antara ayim,mai,aris dan elmy. dowg ni dibesarkan di rumah anak yatim. cite ni sweet sgt pada mulanya. yela kann. masa zaman budak-budak. nakal sikit mai ni. asyik berkepit ngan ayim je sampai elmy jeles. mai ni selekeh. pastu kasar cam budak laki. elmy ni pulak lawa. dia jeles nape ayim yg baru pindah kat situ suka kawan ngan mai berbanding dia. aris laa yg selalu jadi org tgh antara mai dan elmy bila elmy jeles. bila dah besar sume dah berubah. sedih sangat ending dia. nak nangis aku dibuatnya.



honestly,novel pasal kawan lagi best drpd novel pasal percintaan sebab novel percintaan ni kadang-kadang terlalu mengarut sangat. kalau kat realiti suah sket nak terjadi. lagipun aku mana penah bercinta. so,tak dapat nak hayati sume tu. haha

*nape laa aku tak bole anggap buku pelajaran tu macam buku novel? kejap je da abes baca. haha

Shoutbox