Saturday, August 27, 2011

kita tak tahu apa yang berlaku esok

diadaptasi dari kisah benar..

suatu pagi di hari raya.

anak: ayah,kita minta maaf ye kalau ada buat silap.
ayah: hari ni minta maaf,esok buat lagi..
anak: tahun depan minta maaf laa lagi. hehe
ayah: kalau tahun depan ayah takde macam mana?
anak: .....

tahun hadapan.
di pagi raya..

anak: ayah,kita minta maaf kalau buat silap. ampunkan kita ayah..
ayah: .......
anak: kenapa ayah diam? cakap laa.

si anak menangis di depan kubur arwah ayahnya. ayahnya sudah tiada lagi di dunia. terngia-ngia perbualan antara mereka setahun yang lalu..

"kalau tahun depan ayah dah takde macam mana?"

*meminta maaf dan memaafkan seseorang bukanlah di hari raya sahaja.
di kala orang bersuka ria ingatlah ada yang menangis hiba. marilah kita sedekahkan AL-FATIHAH kepada ayah saya MOHD ZULKIFLI BIN MOHD NOR dan sesiapa yang sudah tiada lagi di dunia ini.

Shoutbox