Tuesday, May 17, 2011

program matrikulasi 2011/2012

sebenarnya dah lama aku nk tulis entry ni. bermula pada sesi 2011/2012, program yg ditawarkan oleh matrikulasi berbeza berbanding tahun sebelumnya.

kalau nak lagi besh sila klik di sini.

Program Matrikulasi Sesi 2011/2012 berwajah baru dengan memberi peluang kepada para pelajar daripada latarbelakang Sains untuk memilih tiga jurusan yang ditawarkan untuk pengambilan yang akan datang. Kursus-kursus berikut adalah:

1. Modul I

2. Modul II

3. Modul III

Permohonan yang telah dilaksanakan akan diproses dan pemilihan terhadap ketiga-tiga modul tersebut akan berlaku di Kolej-kolej Matrikulasi seluruh negara. Walaubagaimanapun, terdapat dua program yang akan berjalan secara langsung iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun untuk jurusan Sains sahaja. Harus diingat Jurusan Sains mengandungi tiga modul yang diterangkan di atas. Pakej mata pelajaran adalah sama bagi kedua-dua Program Satu Tahun (PST) ataupun Program Dua Tahun.

Walaubagaimanapun, jurusan Perakaunan dan Teknikal masih mengekalkan struktur program yang sama seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini.


PAKEJ MATA PELAJARAN.

Senarai Subjek Teras

Modul I

1. Matematik 2. Kimia 3. Fizik 4. Biologi

Modul II

1. Matematik 2. Kimia 3. Fizik 4. Sains Komputer

Modul III

1. Matematik 2. Kimia 3. Biologi 4. Sains Komputer

Senarai Subjek Wajib

1. Bahasa Inggeris 2. Kemahiran Dinamika 3. Pendidikan Islam dan Moral 4. Kokurikulum



oke! itu je nk cakap. tahniah la kepada sesiapa yang akan pergi ke matrix 28 mei ni. belajar rajin-rajin ye. =D


Shoutbox