Tuesday, May 3, 2011

bila besar adik nak jadi apa?






polis, doktor, profesor, pensyarah, cikgu, akauntan, juruterbang, jurugambar, jururawat..

saya nak jadi semua!

boleh?

keliru~

saya nak jadi apa?

saya tahu apa yang saya minat tapi saya kurang pasti saya nak kerja apa nanti!


KAUNSELOR
ayah saya seorang kaunselor. bila tengok dia, saya nak jadi macam dia! keje dia macam best je. job banyak. duit pon masyuk. (keluar pon laju juga. hahaha). dia best! sebab tu saya nak jadi macam dia. my idol!

tapi..

ada beberapa sebab menyebabkan saya takut nak ceburi bidang ni. salah satunya.. saya kan pernah sekolah kat banyak tempat (sam, smk, smjk). saya suka perhatikan orang. tak semua kaunselor sama macam ayah. macam bosan je saya tengok mereka. hmm, kenapa mereka macam tak gembira je dengan kerjaya mereka?

[fakta: saya tak suka kerja yang bosan]


AKAUNTAN
saya minat account. best!

tapi..

saya tak tahu macam mana sebenarnya kerja akauntan ni. susah ke senang. pergi office nak buat apa je? kira duit je ke kerjanya?

orang kata..

akauntan ni kerjanya duduk je. dari masuk kerja sampailah balik. tak campur orang. betul ke?

[fakta: saya suka bercakap]


PENSYARAH
saya suka kerjaya sebagai seorang pensyarah. sebab bagi saya mengajar orang dewasa lagi senang berbanding kanak-kanak atau remaja.

tapi..

betul ke? cuti bila pelajar u cuti. kerja tak menentu. kalau ada kelas adalah.. kawan saya kata kelas kt u ada sampai malam. hmm, tak sempat nak tanya ayah untuk memastikan kesahihannya. (dulu.. ayah saya tutor dekat UPSI. hehe) masalahnya, saya kena dapatkan Ph.D. kalau belajar terus menerus mybe umur 30 baru abes belajar. bila la aku nak kahwin kalau macam tu (ke situ pulak! hehe). bilanya nak tolong mak ni?

[fakta: saya ada adik-beradik yang ramai]


CIKGU
mak dengan ayah tak pernah paksa saya nk jadi apa. tapi mereka selalu kata..

"perempuan ni sesuainya jadi cikgu."

sebabnya nanti kalau da kahwin senang. ada masa dengan keluarga.

tapi..

saya takut nak jadi cikgu. cikgu ni tanggungjawabnya besar.

"kak, cikgu dengan pensyarah bukan sama ke?"

lainlah..

pernah dengar tak peribahasa ni..

"melentur buluh biarlah dari rebungnya."

cikgu..

mereka mendidik budak yang tak tahu apa-apa. sabar je. perlahan-lahan dia ajar budak tu sampai berjaya.

pensyarah..

bila budak tu dah pandai, dah tahu berfikir.. baru jadi tugas pensyarah untuk ajar mereka pulak. senang cerita macam ni la.. kerja pensyarah lagi senang berbanding cikgu.

cikgu tu mulia sangat pekerjaannya. saya macam tak layak je jadi cikgu. cukup ke kesabaran yang ada ni?

[fakta: saya garang]


saya tak tahu saya nak jadi apa tapi saya mohon semua course yang saya minat. apa yang saya dapat itulah saya di masa hadapan.

kesimpulannya, jangan jadi macam saya. hidup ini perlu ada cita-cita supaya kita tahu arah tuju kita.




Shoutbox