Monday, June 6, 2011

bermimpilah setinggi-tingginya

ayah pernah kata,

"dari mimpi itulah terciptanya kenyataan."

dulu, bila ayah kata nak sambung belajar lagi mak kata,

"berangan je awak ni."

tapi ayah buktikan.

dulu bila kereta avanza baru keluar ayah kata suatu hari nanti ayah akan beli kereta tu. mak kata,

"berangan je awak ni."

tapi ayah buktikan.

dari mimpi itulah segalanya bermula.

dulu, masa UPSR ayah pernah tanya..

ayah: nanti nak berapa a ?
aku: at least 4.
ayah: kenapa sikit sangat?
aku: macam boleh je dpt 5a.
ayah: kita mestilah letak target yg tinggi dlm hidup kita supaya kita akan dapat yg terbaik.

aku selalu rasa rendah diri. aku selalu rasa aku bodoh. ramai lagi orang di sekeliling aku yg pandai. aku tak pandai cm mereka. terasa diri ni kecik je. aku selalu fikir siapalah aku di mata cikgu. kalau aku tak ada pun cikgu tak perasan.

hal ini berlanjutan sehingga aku masuk ke sekolah menengah. perasaan rendah diri itu makin menebal.

tapi..

ayah selalu ada mendorong aku. meniup kata-kata semangat. dia kata,

"jadilah yg terbaik diantara yg baik."
"kenapa kita hendak berputus asa sedangkan harapan masih ada?"
"selagi ada waktu segalanya mungkin terjadi."
"jangan fikir apa orang lain kata. bayangkan ada tembok besar disebelah kau dan kau tak mendengar apa yang mereka katakan."

sekarang, aku faham apa maksud ayah. allah menjadikan manusia itu istimewa. dikurniakan akal untuk menilai mana baik dan mana buruk. semua manusia adalah sama kerana allah itu maha adil. bagi aku tiada istilah ada orang pandai dan ada orang bodoh. semuanya sama.

bila orang pandang kita jangan fikir dia pandang kerana kita pelik tapi fikirlah dia pandang kerana kita HEBAT!


jangan pernah berasa kecil kerana itu hanya akan mematahkan semangat kita untuk terus melangkah ke hadapan. yakinlah dengan diri sendiri. dengan itu barulah kita dapat mencapai mimpi. berusaha dan yg paling penting berdoa kepada yg maha esa. sesungguhnya dia maha mendengar.

bermimpilah setinggi-tingginya kerana tidak mustahil kita dapat mencapainya.


"mimpi adalah kunci, untuk kita menaklukkan dunia berlarilah tanpa lelah sampai engkau meraihnya. Menarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindah surga bersyukurlah pada yang kuasa cinta kita di dunia" -laskar pelangi-


Shoutbox