Friday, December 23, 2011

sem 1 --> UPM

tak sangka cepat masa berlalu. dah nak abes sem 1 dah.maknanya dah 4 bulan aku bertapa kat UPM ni. dan selama 4 bulan tu macam-macam berlaku. dengan konflik jiwanya.. hmm, seriously sometimes aku rasa macam aku tak layak masuk kaunseling. aku rasa aku adalah seorang yang teruk. ohh, macam mana nak kaunseling orang kalau diri sendiri teruk? rasa macam nak tukar course. tak pon berhenti terus.

my mom said:

'ara oke x? kalau boleh tukar maths tukar la.'

padahal dialah orang yang paling happy bila aku dapat course ni. dia happy sampai dia nangis. sebab ada jugak anak ayah yang sambung apa yang ayah buat.

then aku fikir.. kenapa aku tak terbuka? counselling is interesting course. best gila course ni sebenarnya. cubalah enjoy. takpe la tak ada maths. tak ada nombor. dah lama sangat ko guna otak kiri tu. guna la pulak otak kanan tu. kenapa aku tak tolerate ngan mak? mak suka sangat. kalau kita buat apa yang orang tua kita suka, insyaallha kita akan dapat keredhaan Allah tu. :)

sebenarnya aku suka je course yang aku amek sekarang ni. cuma aku tak tahan bila aku teringat kat ayah. matlamat aku sebelum ayah aku pergi.


  • masuk matrix setahun
  • amek course kaunseling kat UPSI (sebab ayah aku budak UPSI)
  • minta ayah ajar sume pasal kaunseling. 
  • kalau ada assignment tiru je ayah punya assignment dulu. (aku kan nak masuk UPSI. mesti soalan lebih kurang sama je ngan batch ayah dulu)
  • ayah nak amek Ph.D. aku degree. nanti boleh belajar sama-sama
  • graduate nanti boleh la buka klinik kaunseling ngan ayah
  • nanti ayah boleh ajar cara nak kasi talk
  • yang pasti ayah boleh tolong aku bila aku ada masalah.

tapi..

ayah dah tak ada. sebab tu aku rasa aku tak larat amek kaunseling. impian aku hancur. aku dah tak ada matlamat. itulah yang terjadi bila manusia bergantung pada benda yang hidup.

bukan senang nak bangun. susah sangat. tapi sampai bila nak terduduk dan tanya kenapa aku yang kena hadapi semua ni. bukan orang lain.

ye, hidup kena diteruskan.  aku kena matang. nampaklah egocentrism tu ada. hmm, aku remaja lagi rupanya. tak matang lagi.

aku cuba sesuaikan diri dengan keadaan. oleh kerana aku rasa aku ni difficult child masa kecik-kecik dulu, jadi aku memang amek masa nak sesuaikan diri. biasanya antara 3-6 bulan baru aku oke. 

tahun depan dah start final exam. ko jangan ingat tahun depan tu lama lagi. tinggal 2 minggu je dari sekarang. aku harap aku boleh score. sebab aku tak larat nak bayar duit PTPTN. aku nak scholarship. hmm, minta-minta KPM buka scholarship untuk budak kaunseling. aku harap sangat! 

wish me luck friend :)

  

Shoutbox