Monday, July 18, 2011

suka,tak suka,suka,tak suka. SUKA KE TAK?

lama rasanya tak tulis entry baru. nak tulis tp bz. ble free lupa pulak nak tulis apa. hahahaha

okla. seperti yang korang semua tahu, result intake upu da pon keluar. tahniah kpd yg berjaya. tapi walaupun berjaya, ada yg suka dan ada yang tak suka. kenapa ye?

sebab-sebabnya adalah:

  • dapat course yang dia tak nak. "ko gler ke! ni subjek yg aku tak minat! kenapa ini yg aku terima? kenapa??"
  • dapat universiti yang dia tak suka. "alor, aku nak UPM. ni nape terbalik pulak? UMP? takmo!!"
  • tak dapat sama universiti ngan kawan dia. "aku ngan dia isi sama kot. CGPA pon sama. nape u tak sama ni? nak ngan dia! nak ngan dia jugaak!! huhu."
  • satu pon yang dia mintak dia tak dapat. "eh,mende ni? bila pulak aku mintak kulinari ni? setahu aku semua aku mintak medik. arghh, benci nyah!."

hoho.. tapi, adakah mereka terfikir kepada orang lain yang tidak bernasib baik?

hmm, syukur. kita masih ada tempat di universiti. minat boleh dipupuk. nak seribu daya. taknak seribu dalih. 

dulu aku tak suka chemistry ngan addmath. menyampah gila bila study 2 subjek ni. 

"apasal la aku bengong sangat ni? dak lain senang je buat."

kadang-kadang sampai nangis study subjek ni.tak faham langsung. 1 jam tapi baru baca 2 muka surat. tension sangat. tuition pon tak faham. 

luckily i have a good father, teachers and friends. 

ayah selalu bagun malam. dia tgk aku telentang atas katil ngan buku bersepah-sepah macam gunung. pastu dia tutup lampu. sebenarnya aku belum tido lagi. terdengar dia doakan untuk kami semua. terharu sangat. sejak tu aku janji kat diri aku, walau susah mana pun sesuatu perkara tu aku boleh lakukan. kalau orang lain boleh aku mesti boleh sebab aku hebat! aku takkan kecewakan ayah. dia dah banyak berkorban untuk aku.

aku bersyukur sangat. semua cikgu aku baik. kalau tak faham tanya je kat dorang tu. dengan penuh sabar dorang ajar. kalau malu bertanya sesat jalan.

kawan? bagus gler. ktowg slalu beat. so, mmg study hard la cz taknak kalah. yang peliknya bila ktowg beat mesti aku kalah. kalau tak beat menang pulak. huhu

jgn lupa doa kat pencipta kita. DIA yang maha mengetahui segala-galanya. DIA yang maha pemurah lagi maha penyayang. kalau kita minta kat DIA insyaallah dia akan tunaikan.

percaya tak sesebuah universiti tu tak melambangkan apa-apa?

contohnya: sorang dari UTM sorang lagi dari UMT. amek course yang sama. tapi dak UMT ni dapat 4flat. dak UTM ni pulak cuma dapat 2.00 je. so, agak-agak sape yang dapat keje kalau mohon kat satu company yang sama? tak payah risau oke! belajar je betul-betul.

kawan? kalau satu u pon belum tentu boleh jumpa. aku dapat UPM. x-roomate aku masa kt KMJ tu pon UPM. my best friend yang kat KMS dulu tu pon UPM. tp bila check kolej penmpatan ktowg semua jauh-jauh. UPM tu besar. agak-agak boleh terserempak selalu ke? universiti  ni bkn macam matrix. tak sama taw. lagipon kawan boleh dicari. berkawn biar beribu kan??

ingat. allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya. ada sebab kita tak dapat course yang kita minta tu. hidup kita ni dah diaturkan sempurna. ada hikmah disebalik. kejadian. mungkin course yang ko minta tu tak sesuai sebenarnya ngan diri kowg. jadi apa yang kowg dapat tu adalah yang terbaik. 

jadi bersyukur seadanya. walau kat mana pon kita berada, walau apa pun yang kita dapat insyaallah kita boleh berjaya.  

Shoutbox