Wednesday, July 9, 2014

campak-campak ramadhan :)

assalamualaikum.

heee.. cam dah berabuk je blog ni. meh kita update sket. hahaha.

hmmm.. ramadhan ni merupakan ramadhan pertama aku hidup berdikari. ermm.. ramadhan sebelum-sebelumnya semua kat rumah, asrama, matrix dan rumah balik. hehee. in 1st time tau aku puasa kat universiti.

berdikari kan. huuu.. pagi-pagi dah takde lagi mak kejut bangun sahur. dah takde lagi mak tolong masakkan. sedih sedih.. kadang-kadang bangun pukul 5.30 pagi. bangun-bangun sempat minum air je. yelaa.. penat kot kerja. tidur mati tak ingat dunia. hahahaha.

okay. oleh kerana nak jimat punya pasal.. tiap kali sahur kami akan masak tapi kalau sempat. kalau tak sempat masak.. megi jela jawabnya. hahaha. tiap kali off day pon aku akan masak.

aku.. bukan tak reti masak.. tapi dah lama tak masak.. dan dulu aku pernah taknak masak langsung. tapi sekarang.. hmm.. sampai bila taknak masak. yang lepas tu biarlah lepas dan hidup ni perlu diteruskan :)

jadinya.. sebab dah lama tak masak kan.. maka panduan yang ada hanyalah mr google. maka, aku masak sambil online. kejap kejap tengok resepi. hahaha. so inilah hasil campakkan harini..



ni namanya ayam masak merah. sepatutnya rupa dia begini..


tapi entah apa salah aku.. rupanya jadi lain. terlebih air kot. dah la tu dia suruh letak sos tomato, aku tibai letak jus tomato. hahahaha. 

pastu nak masak sayur.. tapi malas. yang ada dalam peti tu kobis je. nak masak bening ikan bilis takde. hmm.. last-last aku buat telur dadar sayur kobis. hahahaha. asal boleh makan.



ni resepi ni diadaptasi dari resepi ayah. dulu ayah buat telur dadar sayur sawi. pastu dia letak sos, kicap segala bagai dalam telur tu. yang pasti apa yang ayah masak memang sedap! hmmm.. tiba-tiba rindu dia..

okay. apa pun.. inilah hasil campak-campak ramadhan. hehee :p okay bye. selamat berbuka puasa. assalamualaikum :)



*kepada awak yang bakal makan masakan saya sepanjang hidup tu.. saya ni memang suka renovate resepi. dan saya ni memang tak reti masak macam chef kat restauran tu. asal boleh masuk perut je rasa apa yang saya masak ni. harap awak makan semua yang saya masak tanpa komplain. hahahaha :p



Shoutbox