Thursday, June 26, 2014

pertemuan

assalamualaikum..

hmm.. aku pernah cerita betapa suatu ketika dahulu aku cukup benci bila terpaksa naik bas bila nak balik universiti. menangis-nangis taknak naik bas. sedih tahap gila nak mampus kritikal bila time nak balik universiti. hahahaha. ya.. budak manja macam aku mana biasa naik bas. okay. terasa diri gedik seketika.

orang pernah cakap.. benda yang kita benci, boleh jadi benda yang kita suka. dan benda yang kita suka boleh jadi benda yang kita benci.

pengalaman mematangkan aku. hmm.. bila aku naik bas, aku jumpa dengan macam-macam jenis manusia. dan itu semua mengajar aku erti kehidupan. dan hari ini aku jumpa seseorang yang punya kisah seperti aku. berjumpa dengannya buat aku teringat masa silam aku. disaat aku lemah, terasa macam tiada sesiapa di sisi.

ya.. situasi yang kami hadapi sama. pada umur yang sama. aku pernah alaminya. cuma dia.. cukup kuat untuk menahan jatuhnya air mata. dan aku.. begitu murahnya air mata mengalir menandakan aku tidak cukup kuat untuk hadap semua ujian yang aku terima. mungkin kerana dia seorang lelaki dan aku seorang perempuan..

cuma satu pesan aku pada dia untuk hadapi ujian ini..

"kalau kau tak cukup kuat, dah lama kau takde kat dunia ni"

weyhh, aku harap Allah permudahkan urusan kau, aiman..

-disaat kita terasa lemahnya diri nak hadapi ujian yang Allah beri, pandang ke bawah. masih ramai lagi yang menerima ujian yang lebih hebat berbanding dirimu-



Shoutbox