Saturday, September 27, 2014

bila kaki berhenti melangkah..

Apa yang jadi bila kaki berhenti melangkah? Hmmm.. ibarat kau terkaku pada dunia yang laju berjalan. Termenung, menangis.. macam mana nak terus melangkah?

Ya.. aku pernah rasa perasaan tu. Rasa tak kuat untuk berdepan dengan dunia. Rasa kerdil bila berdiri di hadapan manusia.. tapi aku lupa.. lupa yang aku tak pernah sendiri.

Ya Allah.. sesungguhnya kaulah pemilik segala yang ada di alam ni. Maafkan aku ya Allah kerana selalu mengeluh. Maafkan aku ya Allah. Maafkan aku ya Allah. Aku bersyukur dengan nikmat yang kau kurniakan. Ya Allah.. bantu aku hambamu yang lemah ini. Pinjamkan aku sedikit kekuatanmu ya Allah. Bantu aku ya Allah. Permudahkanlah urusan hidupku.

Kerana setiap yang bernyawa akan mati.. maka berserah dirilah kepada allah atas setiap perkara yang kita lakukan.

Shoutbox