Friday, September 3, 2010

hilang satu tapi diganti banyak~

Akhirnya aku dapat terima hakikat bahawa ayah dah tiada dalam dunia ini. Ya allah,terima kasih kerana kau memberi aku petunjuk dan hidayah. Alhamdulillah~ miracle of Allah. Itulah tajuk fatayat masa munggu lepas. Ya Allah,alhamdulillah syukur padaMu ya Allah kerana aku dilahirkan sebagai seorang muslimah. Nak tahu tak?? Allah beri aku macam-macam. Dia beri aku rezeki yang melimpah ruah,keputusan yang cemerlang semasa UPS masa hari tu,kesihatahan tubuh badan,kemudahan untuk belajar dan macam-macam lagi. Dia cuma ambil ayah sahaja dari aku. Sepatutnya aku bersyukur. Patut ke aku jadi tamak? Patut ke aku menyalahkan Dia kerana ambil ayah terlalu awal dari aku? Patut ke aku tak reda dengan ketentuan Ilahi sebab orang yang paling aku sayang pergi tinggalkan aku dalam sekelip mata sahaja di depan mata aku? Patut ke aku marah,takpuas hati,benci? Patut ke?

Tak patut langsung!!! Alhamdulillah akhirnya aku sedar. Setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Alhamdulillah ya Allah. Kalau Allah tak ambil ayah mesti aku dekat KMP sekarang bukan KMJ. Kalau Allah tak ambil ayah dari aku mesti aku tak belajar betul-betul. Yela,nak duit senang je. Ayah,nak duit. Macam tu je. Tak payah belajar betul-betul. Ayah ada. Jangan risaulah. Apabila ayah sudah tiada baru aku sedar. Lepas ni nak minta duit dekat siapa? Mak surirumah je. Duit gaji ayah mestilah tinggal separuh saja. Bayar kereta dengan belanja rumah terus habis duit tu. Macam mana ni? Lepas ni kalau aku ada masalah siapa nak dengar? Siapa nak motivate aku kalau aku malas? Siapa nak tolong aku nanti? Aku ni budak kecil. Ayah selalu ada bila-bila masa saja bila aku perlukan dia. Jadi aku kene belajar betul-betul sebab aku nak dapatkan biasiswa bila nak buat degree nanti. Tak mahu susahkan mak. Adik-adik kecil lagi. Duit yang ada tu biarlah untuk diorang je. Aku tak mahu kerana aku nanti diorang dekat rumah kene bajet. Kesian. Kecil-kecil dah tak dapat kasih sayang ayah. Sekurang-kurangnya kalau aku dapat biasiswa aku tak perlu susahkan mak. lagi,bila ayah dah tak ada aku jadi semakin kuat. Kuat untuk terus menempuh dugaan hidup. Dulu,aku selalu menangis. Kadang-kadang kerana benda yang kecil pun nak menangis. Tak sabar dan cepat marah. Sekarang aku tak boleh sedih selalu sebab telinga aku da hilang. Dulu,setiap masalah aku mesti kongsi dengan ayah aku. Sekarang tak boleh lagi. So,fatimatulzahrah must be strong. Kalau ayah ada mesti aku masih lagi mengambil mudah soal agama. Teringat lebih kurang seminggu sebelum ayah pergi dia pernah tanya aku bila nak berubah? Dia suruh aku pakai tudung labuh. Aku cakap. Nantilah. Tak sampai seru lagi. Bila aku beli baju muslimah guna duit gaji aku yang pertama dia gembira sangat. Dia call kakak aku cakap aku dah berubah. Bila ayah dah tiada,suara ayah selalu terngia-ngia dekat telinga aku. Bila nak berubah?~ Sabar ayah,kita berubah sikit-sikit. Memang aku belum pakai tudung labuh lagi tapi aku ke arah itu. First apa yang aku buat ialah pakai handsock dan stoking bila nak keluar. Second,aku still pakai tudung biasa tapi aku dah tak selempang-selempang. Ayah, sabar ye. Kita cuba.

Banyak kan hikmah di sebalik kejadian ini. Ada sebab kenapa ayah pergi dulu. Lagipun Allah takkan uji hambanya kalau dia tahu aku tak mampu. Lagipun,aku tak boleh sedih selalu sebab nanti mak nangis. Kalau nak dibandingkan dengan aku mesti mak yang paling sedih sebab ayah adalah soul mate dia. Mak dengan ayah jarang berenggang. Kalau keluar pakai baju warna sama. Romantik. Haha. Jadi,aku kena kuat. Untuk mak,adik-adik dan diri sendiri. Sampai bila aku nak bersedih. Nanti mesti ayah susah hati. Sedangkan kalau tengok muka aku monyok pun dia dah tanya banyak inikan pula bila aku nangis. Kalau dia nampak aku nangis jelas terpancar kerisauan dekat wajah dia. Kenapa? Sakit ke? Ada orang buli ke?kalau dia tahu aku menangis sebab dia mesti dia rasa sedih sangat. So,fatimatulzahrah must smile smile and smile always!! Itulah yang ayah cakap bila nampak muka aku masam. Sayangnya ayah dengan aku. Jadi,apa kata aku ikut cakap dia. Aku kene senyum. Aku tak boleh sedih. Aku kena kuat. Aku kena belajar betul-betul sebab ayah kata " Kita tak kaya Ara. Hanya pelajaran yang ayah boleh beri kat kamu supaya kamu boleh terus hidup dekat dunia ini. Mencari ilmu itu merupakan satu ibadah". Jangan risau ayah. I try my best to be the best!! I promise u!!

~I miss u very very much ayah.


Shoutbox