Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Wednesday, August 31, 2011

last puasa last kerja

bekerja bersama

raya time. memang bz sampai nak susun kasut pon tak sempat.


tempat solat. at least ada kann?

hmm.. sedey bila ramadhan berlalu. terasa amal tak banyak masa time ramadhan. [bukan time ramadhan je nak beramal ye.]

oke. bila last ramadhan tu bermakna berakhirla tugas aku sebagai seorang penjual kasut. sedey sangat. lagi-lagi time minta maaf ngan kak nora. yela. dia kan pekerja paling lama kat situ. masa minta kerja dulu aku jumpa dia dulu la. hmm,menitis air mata ku. adoi. cover-cover bila ada customer masuk. aku ni bila dah menangis susah nak berhenti. huhu

honestly,aku bersyukur sangat dapat kerja kat situ. nak tahu tak?? uncle kasi kitorang duit raya. RM100 + kasut raya. terharu beb! tak sangka dapat bos yang sangat baik. teringat first week keje kat situ. tiap-tiap malam aku mimpi pasal kasut. maybe sebab aku masuk je kasut banyak sampai. ohh,sangat penat! tapi first week kann. so,xdela nak merungut bagai.. alhamdulillah ada juga orang nak amek aku keje. maklumlah.. bukan senang nak dapat keje ni.

bila dah keje baru tahu penat keje ngan belajar lain sangat. teringat kata-kata ayah..

"ayah suruh belajar je. bukan kene angkat batu pon kann."

ni bila aku merungut penat belajar. tak tahan laa. nanges-nanges tak suka chemistry masa skola dulu. hahaha. betul kata ayah. belajar lagi senang dari keje. at least belajar xdela lenguh-lenguh kaki,badan apa sume. just pening kepala je bila tak dapat jawapan. kerja?? ya allah.. sampai sekarang kaki aku sakit sebab berdiri terlalu lama.

hari ni 30 ogos 2011. seminggu lagi sebelum bergelar seorang mahasiswi di Universiti Putra Malaysia (UPM). apa pon tak prepared. nak kata mood raya tak jugak. takde perasaan la. hmm.. mybe penat keje tak ilang lagi kot. nak rest untuk sehari dua ni sebelum pergi shopping kat mana-mana.

*ingat tak aku pernah tulis entry pasal kasut raya yang maybe aku tu? aku amek kasut lain. nanti aku cite lagi ye. =]

Wednesday, August 17, 2011

high heels? hmmm..

penat gila keje. ramai customer. banyak kerenah. sekarang aku nak cite pasal kasut febret budak-budak zaman sekarang. ko taw dowg suka pakai kasut apa?

HIGH HEELS!

gila kot. umo baru bape tahun dah reti pakai high heels. tak pon kasut yg ada heels sikit. sekolah rendah tuu. adoi! aku memang da pening bila jumpa budak camni. ada yg sampai amek kasut org dewasa semata-mata nak kasut yg ada heels. tak kesah la besa sikit. nak jugak!

"adek,ko tu kecik lagi. kang jatuh terpelecok padam muka." kata aku di dalam hati. kang cakap terus-terang lari pulak customer. haha

kecik-kecik dah pandai. akak yg dah umo 19 tahun ni pon tak reti pakai high heels. takde satu pon high heels kat umah ni. ingat nak beli wedges raya tahun ni. saje je nak jadi tinggi sikit. baru jalan sikit dah nak jatuh. memang ko dah berjaya kalahkan akak laa dek oi.

kan uncle suruh amek je mana-mana kasut. ingat nak amek kasuk ni. hmm..

masa nak masuk matrix dulu kan dia suruh beli kasut pvc. aku pon beli laa kasut yg ada tumit. satu inci je kot. ya allah! terseksa jiwa raga aku pakai kasut tu. saket gila!! tu laa. sume kasut aku flat je selama ni. huhu..

*kowg reti ke pakai high heels?

Wednesday, June 15, 2011

bila da keje apa yang paling orang suka??

mestilaa time gaji. hehe =)

td dapat gaji. suka suka suka >.<

tapi tak banyak. yela keje baru 18 hari pastu da cuti 2 minggu. hahahaha. c wa [anak uncle yg comel dan baik] kata cm daa lama je aku keje kat situ. hehe

oke laa. cakap pasal keje ni tadi kami-kami semua mangadakan mesyuarat kasut kat kedai.

nape namanya mesyuarat kasut?

sebab wat mesyuarat kat depan kasut. hahaha

tapi..
ktowg tak bincang pasal kasut pon. ktowg bincang pasal pekerja. hmm, tak cukup orang laa. WANI n JIHA takde daa. maklum laa.. da masuk matrix kann. KMJ pulak tuu. amek course accounting lagi. sama ngan aku. hehe =p

KAK NORA  da bising-bising kat C WA kenapa tak amek Y. Y ni dulu pena keje kt situ. tapi C WA tak suka dia sebab masalah disiplin. yela kann. chinese sangat menjaga masa. KAK NORA bising bukan apa. da nak puasa tak lama lagi. takde orang nak jaga kedai nanti. setakat 3 orang ni je memang tak cukup tangan laa. KAK NORA kata tahun lepas 6 orang pon kelam-kabut daa kedainya. dia nak tahun ni sekurang-kurangnya ada 8 orang jaga kedai.

mak'aih! ramainya..

tiba-tiba terbuka cerita bahawa masa bulan puasa kedai tuu biasanya tutup pukul 12 malam.

mak datok! gila apa?

terkejut aku! 12 malam.

aku perempuan kot. naseb baek aku tak naek moto g keje. kalau tak..

ish! takot gila!

jalan sunyi. gelap. takde lampu jalan. tepi semak-semak. takut takut takut.

tapi..

gaji double. kalau keje penuh boleh dapat rm1000. [bagi budak kecik macam aku, rm1000 tu dikira banyak oke.]

rasanya nanti puasa aku keje jugak kot. walaupun penat.. takpe laa. nak cari duit lebih sikit. yela kann.. da nak masuk u. banyak duit kene guna.

oke laa. tu je nak share.

bubbye n assalamualaikum.

Saturday, April 23, 2011

i luv buku!




saya bukan ulat buku tapi saya suka buku.

masa saya kecik-kecik dulu mak saya mara saya sebab baca buku.

tapi dia suruh saya baca buku.

paham tak ayat diatas?

mak saya mara saya baca buku sebab saya baca buku penyiasatan. bukan buku pelajaran.

tapi..
buku jugak kann??

bila saya besa,saya suka beli buku. tapi ayah saya mara.

saya beli buku pelajaran taw. bukan buku cerita. buku cerita pinjam kat perpustakaan awam je. kadang-kadang pinjam tanpa kebenaran. bukan mencuri taw. pastu saya pulangkan la balek. hehe

na taw sebab apa ayah saya mara??

sebab saya beli je. buatnyer tak. hahahaha

bila da besa lagi sket, saya da kurang suka baca buku.

sebab sume org tak support saya.
sedey2 ='[

tapi saya jadi pembaca blog.
suka suka suka baca blog org. hehe


bw now~


macam budak2! hahaha
lama beno x buat ayat BM. cmne na jd cikgu ni? hehe

ini adalah entry yang dibuat oleh seseorang yang dilanda kebosanan tahap kritikal. yela.. nak kacau org t dowg mara.

weh kawan! ko ktne hah? tak nmpak pon batang idung?
lupe lak. aku da jauh dr kowg.. (",)

Shoutbox