okaylah. kalau aku tak busy aku update la blog aku ni. assalamualaikum
Showing posts with label bebelan. Show all posts
Showing posts with label bebelan. Show all posts
Friday, September 28, 2012
another blog
yeah. alhamdulillah malam tadi siap jugak aku buat blog untuk BAKA. BAKA stands for biro akademik. azwa dah lama suruh aku buat tapi aku mengaku salah aku. aku yang buat lambat. hehe. oleh kerana aku buat last minute, tak sempat la nak design sendiri header apa semua tu. mula-mula tu memang nak buat sendiri tapi bila tengok balik macam serabut je, aku pun ambil jela template dekat leelou blog. senang, cepat dan cantik. tapi.. macam gegerl sikit. hahaha. takpe kot. kalau rasa cam nak tukar layout ke header ke AJKT BAKA bolehlah rajin-rajinkan diri anda. hehe. tu blog kita bersama :) aku sebenarnya dah lupa nak edit coding apa sume tu. dah lama tak upgrade kan blog sendiri. kalau blog sendiri pun dah terabai memang susahlah. haha. sape-sape yang nak tengok blog BAKA tu boleh la klik disini. tapi takde post lagi. carta organisasi pun tak sempat buat lagi. insyaallah dalam masa terdekat ni akan ada banyak post daripada kitorang. bukan aku sorang sebab tu kan blog bersama ;)
okaylah. kalau aku tak busy aku update la blog aku ni. assalamualaikum
okaylah. kalau aku tak busy aku update la blog aku ni. assalamualaikum
Labels:
bebelan
Friday, August 31, 2012
memories.. SEKINCHAN
aku anak johor tapi aku sayang sekinchan. sebab aku dibesarkan kat sana. walaupun cuma 10 tahun tapi tu satu jangka masa yang panjang kan.
in this week, i back there twice. isnin dan rabu.
sepanjang perjalanan ke sekinchan aku tengok banyak perubahan. highway LATAR, jeti baru kat kuala selangor, dulu tesco je skang dah ada mydin. ohh tu kat kuala selangor. sekinchan pun dah tak macam dulu. kalau dibandingkan dengan 3 tahun dulu, sekinchan dah banyak membangun.
seriously aku rindu sekinchan.
lalu dekat bagan. bau laut dan ikan. dulu naik motor atau kereta ngan arwah ayah. bila besar sikit naik basikal. bila dah remaja naik motor sendiri pulak. dan semalam aku naik kereta sendiri lalu sana. terasa macam dah besar pulak.
lalu dekat depan rumah dulu. berhenti depan tu. rasa macam nak bagi salam n masuk dalam tu. tapi tak boleh. hmm, kenangan. rindu dengan kenangan. teringat ayah.
lalu dekat depan rumah dulu. berhenti depan tu. rasa macam nak bagi salam n masuk dalam tu. tapi tak boleh. hmm, kenangan. rindu dengan kenangan. teringat ayah.
hmm, macam-macam yang berlaku dalam masa 3 hari tu. sepanjang 3 hari tu aku tidur lewat. sembang tak ingat dunia dengan mus dan nisa. hehe.
rabu tu kami pergi beraya kat rumah am. jumpa ijat sekali. aku gembira sangat kita dapat kumpul sama-sama sembang macam dulu walaupun hanya untuk 30 minit. biskut handmade, kawan lain yang mereka dah lupakan, macam mana mus n nisa sampai rumah aku, sesatnya, speed trap..

SPEED TRAP.
i never care about this but now i really care!
sumpah balik tu aku bawak kereta sambil pandang meter je. aku cuba sedaya upaya nak istiqomah. yelakan. kesabaran amat diperlukan disini. ayik teringat dorang kata shopping, servis aircon, betulkan sensor.. haha. tapi tu semua hanya bertahan sampai kat melaka je. hahaha. insyaallah takde pape.
apa pun aku happy sangat sebab dapat jumpa kawan arwah ayah aku, kawan mak aku, kawan adik aku dan yang paling penting dapat jumpa kawan-kawan aku.
*excited tunjuk kat nisa upm masa lalu kat serdang.
*masing-masing pakai spek bila sesat. pastu baca signboard betul-betul.
*pasni mesti pro bila dari upm nak balik sekinchan kan mus. target klang je. yang lain jgn pandang.
*lepas ni datang rumah aku pulak ye. takde alasan jauh sebab aku dah sampai rumah korang. hehe
tu je aku nak tulis. yang lain tu rahsia antara aku ngan dorang. hehe. assalamualaikum
Labels:
ayah,
bebelan,
friends,
jalan-jalan
Saturday, June 23, 2012
last riadah before going back home (:
padang kawad KC
riadah? tak rajin pun nak buat. sebab biasanya balik klas mesti dah petang. kalau takde klas pun sibuk dengan sesi kan. (alasan ;p) lagipun this sem kami amek subjek kokurikulum pendidikan. dah main bola tampar sekali seminggu cukupla. hehe
harini hari sabtu. esok hari ahad. esok, last paper yang akan berakhir pada jam 4 petang dan lepas tu kebanyakkan orang akan balik termasuklah aku. tapi sape-sape yang pergi singapore kene stay la. MTM pun sama - ada camp, mereka sangat busy. kesian MTM. hahahaha
jadi, lepas dapat msg dari FAHIMAH ajak join turun padang kawad aku pun fikir daripada duduk je dalam bilik tengok running man pastu gelak sorang-sorang bosan jugak. join jela. hehe
nak hilangkan pressure esok kena jawab last paper setelah gap selama 4 hari, WANI dengan penuh semangat beli getah nak buat tali. aim: nak main zero point. ada banyak sebutan sebenarnya. zero point ke zero fine ke tak kisahla. orang ganu sebut zero pin. kan FATEHAH kan. hehe.
mula-mula ada AKU, WANI, FAHIMAH, FATEHAH, KAK JA NGAN EMY je. pastu HAJAR, AIDA NGAN INA datang. bertambah riuhla orang kampung. haha. AMZAR ada. tapi dia ngantuk. tak nak main. hehe.
the game just started
bersiar-siar dengan motor inchek ANG. hehe
rehat jap. penat!
dah macam umur 10 tahun la pulak main macam tu. teringat time sekolah rendah dulu. biasanya main time sekolah petang. dulu, selalu main kejar-kejar, polis and thief, main rebut tiang, batu seremban, tutup botol. haishh rindula zaman kecik-kecik dulu. waa.. dah besar dah aku sekarang. tapi perangai still masih ditahap kanak-kanak. hehe.
riadah berakhir dengan keluar beli burger dekat flat ikan depan kedai mamak. motif beli dekat situ sebab ada accident dekat depan gerai burger tu. ngeri. sekian cerita kali ini :)
Thursday, June 21, 2012
don't walk. RUN!
today my entry is about lelaki berlari atau dalam bahasa ongputihnya running man. secara jujurnya aku ni sangat la sibuk. tak de masa nak tengok muvie ke main game ke bila dok kat u ni. busy. korang kene paham. aku memang sibuk sangat. (okayy, bajet je lebih. haha)
al-kisahnya sekarang tengah exam. gap antara paper tu pulak jauh. well, as u know, aku ni bukanlah seorang yang suka study cepat-cepat. nanti lupa. sama je macam tak baca buku. (sila jangan tiru. ini tidak elok)
lain orang lain cara sebab manusia itu unik. aku ada cara aku sendiri nak study. so, jangan nak persoalkan pulak. hahahaha
okay okay. dah jauh melalut ni. aku nak citer pasal running man ni. bukan pasal exam ke study ke. takde kena mengena okay.
ehemm. okay, berbalik kepada running man tu. aku ni pelik la. apasal orang dok sebut-sebut pasal bende alah ni. best sangat ke? hmm, ntah pape ntah. buang masa je. (ni sebelum tengok running man)
kenapa aku tiba-tiba nak tengok citer ni?
selain disebabkan gap antara paper tu, ada la sorang kawan aku ni. minat sangat ngan haroro. ntah apasal ntah. sebab curious aku pon tengok la citer ni. hehe. lagipon taknak la nanti orang cakap aku ketinggalan zaman kan. hahahaha
pas tengok citer tu rumate aku marah aku. sebab aku gelak kuat sangat. dia nak tido pon tak boleh. hahaha. aku sebenarnya nak suruh dia bangun. tak de niat lain pon (nak cover ^^)
then now, aku dah tahu kenapa kawan aku tu suka haha a.k.a haroro. dia tak de la ensem macam joong ki tapi dia sangat lawak. spontan pulak tu. haha. i like him.
okayy la. skang nak sambung tengok balik. bubbye and assalamualaikum (:
*sebenarnya aku ada lagi 1 paper exam. arini ari kamis. exam ari ahad. hehehe :p

Sunday, June 10, 2012
actually I still cant' believe it!
OMG OMG!! WHAT? she is pregnant!!
wohooo.. gosh! my ex-roommates at matrix now preggy. wahh, congrats dear. I feel so excited! we only 20 and u'll have a child soon. u'll be a mom and we'll be an aunty!
CONGRATS AGAIN ANNE.
hmm, tahun depan baru bole hengaout dengan kamu anne. but not only us. with ur hubby n baby also. for sure ur baby will be a cutest baby because he/she get a beautiful mummy and handsome daddy.

mummy next year - the one who wear blue-green baju kurung ;)
i miss u nyahh!!
Thursday, April 5, 2012
ohh masalah. pergi jauh-jauh sikit boleh tak?
siapa yang tak ada masalah? even budak kecil yang baru lahir pun ada masalah. masalah komunikasi. yela, mak ayah dia mana faham apa yang dia nak kan. sebab dia tahu menangis je. hehe
masalah membuatkan kita matang. masalah juga membuatkan kita berfikir. mungkin ada silap dimana-mana sebab tu masalah timbul. dan bila masalah timbul tak sah kalau tak STRESS.
STRESS. inilah yang akan berlaku kalau masalah tu tak dapat diselesaikan. hmm, sebenarnya mana ada masalah yang tak dapat diselesaikan. cuma bila wujudnya ego, mekanisma bela diri, masalah menjadi bertambah rumit.
kadang-kadang, kita dah cuba untuk buat yang terbaik tapi.. masalah tetap timbul. bersabar la. mungkin ada petunjuk yang Allah berikan setiap kali masalah timbul.
dalam hidup ni kalau asyik senang je tak best la kan. masalah tu umpama cabaran yang perlu diselesaikan untuk kita naik ke level seterusnya :)
*actually problem make us be a better person :P
Labels:
bebelan
Tuesday, March 20, 2012
fasa baru.
sekarang dah genap la umur aku 20 tahun. hmm, terasa kejap masa berlalu. dah 20 tahun rupanya aku hidup kat bumi ALLAh ni. alhamdulillah, ALLAH masih sayangkan aku. DIA masih beri aku peluang untuk hidup.
kalau tahun lepas aku di KMJ, tahun ni aku di UPM. grand tak sambut birthday kat hotel? haha. dari pagi sampai la malam aku berkampug dekat Equotorial Hotel Bangi-Putrajaya. rugi je free call yang maxis kasi. yela, dah duduk kat dalam dewan, segan pulak aku nak call orang. kang semua orang pandang aku. haha. *perasan :P
okayla. berdosa kan tipu orang. sebenarnya aku bukan celeb birthday aku kat situ. MMMR buat kat situ. aku ni jadi ajk. so, kena la datang awal. MMMR = Majlis Makan Malam Rasmi. event ni dibuat sebab nak meraikan akak-akak n abang-abang final year. hmm, aku ni tak tahu la sempat ke tak nak join majlis ni 3 tahun lagi.
walaupun semalam penat sangat tapi pengalaman yang dapat tu memang berbaloi. pengalaman merupakan cikgu yang terbaik kan :)

erk, memang tak sah la kalau xde pic kan. hehe
Wednesday, March 7, 2012
untung saya cuma belajar di malaysia :)
homesick! dah sebulan tak balik rumah. okay. ini tempoh yang paling lama aku tak balik rumah. MAK, nak balik!
dekat sini penat sangat. nak balik. nak rehat. taknak fikir lagi apa-apa yang berkaitan dengan UPM buat sementara waktu. boleh tak?
rindu dekat mak, dekat budak kecik 2 orang tu yang selalu kena buli ngan aku. rindu nak tengok tv kat rumah. rindu dekat rumah.
paling cepat boleh balik pon bulan 4 nanti. tu pon bila cuti mid sem. seriously, before this 2 minggu ke 3 minggu sekali aku balik rumah. ni macam dah lama je tak balik. tapi syukur lah. at least aku still kat malaysia. kalau aku study kat oberse amek kaw! setahun sekali kot baru aku balik. hmm, sabar lah hati. sebulan lagi. bila lagi nak berjauhan dengan keluarga. at least kau lagi beruntung dari kakak kau tu.
*rasanya tak jumpa aina bila dia balik rumah nanti. sorry. orang busy sangat! tolonglah datang UPM lawat orang kat sini :(

Sunday, March 4, 2012
kisah budak macam tomboy
dulu
perangai dia seperti lelaki. kalau ada budak lelaki kacau sikit habis la budak tu kena pukul. tak kisah la guna buku ke calculator ke, botol air ke semua boleh. apa yang terdekat dengan tangan la yang pastinya. kalau takde bende tu semua, memang guna penumbuk jela. sampai cikgu dekat sekolah pernah tegur dia ganas. cikgu cakap,
"awak tu perempuan. lembut la sikit."
suara? haha. walaupun orang tu dekat sebelah cakap macam sebatu jauhnya. air mata? wah, jatuhla martabat dia kalau menangis depan orang. garang. hmm, itulah yang paling sesuai untuk dia rasanya pada masa tu.
yup. dia macam tomboy. tapi dia masih seorang perempuan. bertudung dan masih menutup aurat walaupun tak sempurna mana. cuma gayanya seperti lelaki.
tapi
kerana suatu kejadian, dia berubah. dia bukan lagi tomboy. dia cuba menjadi seorang perempuan. perempuan yang lemah lembut. ayahnya meninggalkan pesanan sebelum pergi menghadap Ilahi.
kata ayah,
"kamu kena sabar. tak boleh marah-marah selalu. nanti orang takut nak kawan dengan kamu."
beberapa hari sebelum ayah pergi, ayah pernah bertanya,
"bila kamu nak berubah?"
perginya si ayah membawa 1001 perubahan pada dirinya. dia bukan dirinya yang dulu lagi.
cara percakapannya berubah sehingga kawan-kawannya ketika sekolah dahulu tidak mempercayai itu adalah dia bila mereka berhubung melalui telefon. sikapnya juga berubah dari seorang yang agak laser kepada seorang yang pemendam. baginya, buat apa nak balas balik setiap apa yang orang lain perkatakan? bukan boleh mengubah keadaan pun. diam adalah cara yang terbaik. daripada si pemarah bertukar kepada si ciwek. air mata terlalu murah baginya. perasaan marah tentunya ada. cuma dia sudah lupa bagaimana hendak menunjukkannya.
kadang-kadang, dia terfikir untuk kembali menjadi tomboy. siapa berani mahu membuli si tomboy ni? tapi, setelah difikir-fikirkan kembali, dia adalah seorang perempuan. lumrah sifat perempuan adalah lemah-lembut.
sekian.

Sunday, January 22, 2012
saya suka sangat dia!
siapa?
limau mandarin. hahahaha
masa sekolah cina dulu, aku selalu minta kat kawan aku limau. taknak sebiji tapi nak sekotak. hahaha. (demand)
aku teringat bila aku pernah minta ngan cikgu tuisyen aku,
aku: sir, nak limau boleh?
sir: sure. i'll give u on next class.
aku: i taknak sikit. i nak banyak.
sir: oke. i'll give u more than 1. haha
aku: -.-'' sir, i nak 1 kotak.
sir: boleh. i kasi u 1 kotak. dalamnya ada 2 biji limau.
aku: -.-'' (speechless + geram) hahaha
ayat tu xdela sama tapi lebih kurang mcm tu la conversation ktowg. he is 1 of the best teacher i ever have :P
my fwens baik. cz nanti dia mesti bawak limau untuk aku. mee chin, ai ching, siew lee, chi ken, lai hua.. erk, ramai kot dak cina klas aku. tak muat kalau nak mention semua. haha. dowg ingt jugak la kat aku. bawak limau banyak-banyak untuk aku. then bila lapar aku makan. oleh krn aku dok belakang skali so xde sapela yg perasan. tapi salah. sebab bila aku kupas je buah limau tu mesti 1 klas bau sebab klas aku guna air-con. haha.
skang dah tak dapat limau lagi. sedih. huhu.

Monday, January 16, 2012
setiap orang ada kelebihannya (:
hari ni jadi cikgu tuisyen terjun. means tak bercadang pon nak mengajar. tetiba je.
sebab kenapa, bagaimana benda ni semua berlaku takyah la tahu. malas nak tulis panjang-panjang. hehe
studentnya sorang je. sebab dia special la aku dapat dia. dia tak reti membaca. oke lupa nak cakap. aku ajar BM td. aku da try ajar 2 suku kata tapi macam tak boleh je sebab dia macam tak faham. emm, umur dia 12 tahun.
seriously masa aku ajar dia tu aku da terbayang muka dr. samsilah, lecturer yang ajar psikologi kanak-kanak & remaja. asyik teringat dyslexia je.
sedikit info tentang dyslexia:
dyslexia merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
ciri-ciri
aku tak sure la dia dyslexia ke tak. sebab aku bukan doktor. hehe

- Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
- Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
- Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
- Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
- Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
- Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
- Sering berlaku di kalangan lelaki.
- Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
- Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.
aku tak sure la dia dyslexia ke tak. sebab aku bukan doktor. hehe
so, oleh kerana aku takde alat bantuan mengajar, aku pon tukar dari sesi belajar BM kepada sesi penerokaan. melalui sesi penerokaan, dia ni masa kecik-kecik kena demam panas, pastu ada urat terputus then kena kancing gigi pulak tu.
tapi.. dia sangat suka n pandai melukis. (aku takde la suruh dia melukis tadi, ni berdasarkan apa yang dia cakap) hmm, dia ada bakat kot. tapi, oleh kerana dia tak reti membaca itu yang menjadi masalahnya.
kenapa orang hanya menilai seseorang itu pandai bila dia dapat straight A's dalam exam? kalau tak pandai akademik tu bodoh ke? sistem pembelajaran di malaysia lebih menekankan pencapaian akademik melalui peperiksaan. tapi sekarang ni dah berubah sikit la. dorang dah tak guna grade A, B, C tu. sekarang guna band. macam muet tu. sampai band 6 je ae. tak de sampai band10. nanti bertukar pulak. haha
emm, aku kan tak mengajar sangat tadi. so, aku tanya la budak tu nanti lepas ni nak sekolah kat mana. dia cakap ayah dia suruh masuk asrama penuh. kesian dia sebab pressure. hmm, kalau budak ni masuk sekolah seni mesti bakat seni dia boleh digilap kan? tapi nak masuk sekolah seni pon minimum kene dapat 3B dalam UPSR.
aku rasa aku dah jauh melalut ni. sebenarnya aku nak cakap aku tak tahu nak ajar apa kat budak ni sebab aku dah lupa macam mana aku belajar membaca dulu. yang aku ingat sambung titik-titik jadi huruf, pastu tetiba aku dah reti membaca. macam mana la nak ajar dia. kang kalau ajar phonetic symbols rasa dia boleh ke ikut?
konpius la -.-''

dyslexia,
psychology
Wednesday, January 11, 2012
jauh ke dekat?
dulu, masa dekat matrix.. aku selalu cakap dengan abang aku macam ni:
'kalau tak nak amek, aku tak nak balik!'
sebab abang aku suruh balik naik bas. so, dengan alasan aku ni baru pindah dekat muar, tak reti sistem bas kat situ, tak de kawan nak balik dan sebagainya minda aku pon berkata tak boleh dan aku taknak!
tapi, bila kat UPM ni no more hantar-hantar lagi ye sayang. abang aku cakap jauh.
erkk, 2jam tu jauh ae?
dengan membawa perasaan sedih bak di hiris sembilu, aku pun pergi membawa hati yang parah ke UPM dengan menaiki bas setiap kali aku nak balik rumah. (ceh, ayat sastera betul. haha)
cuti semestar dah nak mula. jadi, semua barang kena bawak balik. (sebenarnya boleh je tinggal kat store tapi aku taknak) yeah! mak aku datang amek. suka suka suka.
tiba-tiba teringat kakak aku yang ada kat sarawak tu. naik flight, bawak beg yang besar gedabak tu, pastu kalau nak balik maktab kena tunggu kawan balik sama-sama. sebab dia kata kalau naik teksi sensorang dari airport ke maktab tambangnya RM100++. GILA kan.
dulu, aku jelesgila kat dia. dia dapat study jauh-jauh. aku ni dulu nak study kat perlis pon tak dapat. padahal, perlis tu still semenanjung malaysia. tapi.. bila difikir-fikirkan balik, ada hikmah semua tu berlaku. dan aku bersyukur sangat aku dapat study dekat UPM, bukan UUM seperti yang aku nak sangat masa aku kat matrix dulu.
duduk dekat ada banyak kelebihannaya.
'kalau tak nak amek, aku tak nak balik!'
sebab abang aku suruh balik naik bas. so, dengan alasan aku ni baru pindah dekat muar, tak reti sistem bas kat situ, tak de kawan nak balik dan sebagainya minda aku pon berkata tak boleh dan aku taknak!
tapi, bila kat UPM ni no more hantar-hantar lagi ye sayang. abang aku cakap jauh.
erkk, 2jam tu jauh ae?
dengan membawa perasaan sedih bak di hiris sembilu, aku pun pergi membawa hati yang parah ke UPM dengan menaiki bas setiap kali aku nak balik rumah. (ceh, ayat sastera betul. haha)
cuti semestar dah nak mula. jadi, semua barang kena bawak balik. (sebenarnya boleh je tinggal kat store tapi aku taknak) yeah! mak aku datang amek. suka suka suka.
tiba-tiba teringat kakak aku yang ada kat sarawak tu. naik flight, bawak beg yang besar gedabak tu, pastu kalau nak balik maktab kena tunggu kawan balik sama-sama. sebab dia kata kalau naik teksi sensorang dari airport ke maktab tambangnya RM100++. GILA kan.
dulu, aku jeles
duduk dekat ada banyak kelebihannaya.
- boleh balik rumah selalu
- kalau ada emergency case senang sikit nak balik
- silap hari bulan tak payah la ko naik bas balik rumah. parents boleh amek ko nanti
- tambang nak balik kalau naik bas ke apa ke murah sikit.
duduk jauh pun best jugak. dapat tengok negeri orang. hmm.. jadi, sebelum korang buat keputusan nak study kat mana lepas ni, fikir-fikir kan la ye dulu. jangan fikir nak seronok je. fikir orang lain jugak. kalau ada apa-apa yang berlaku nanti kena menyusahkan orang lain tak..(kakak aku independent. tiket flight pon bayar sendiri)
panjang pulak aku tulis. hehe (:
*adeq aku yang baru lepas SPM tu pilih mana la ye. hmm, dia lelaki.. kalau tercampak kat mana-mana pon mak tak risau sangat :P
Labels:
bebelan,
me + edu,
my siblings,
study
Monday, January 9, 2012
aku sayang ko. Happy birthday (:
dulu masa kat sekolah rendah, kita bukan rapat sangat pon. sebab ko tak sama sekolah pagi ngan aku. ko sekolah cina. aku sekolah melayu. kita sama sekolah petang je. antara ko ngan amira, aku lagi banyak cakap dengan amira. hmm, kenapa ntah. haha
dulu, ko selalu bawak kerja rumah sekolah pagi kat sekolah petang. buat tulisan yang pelik tu. haha. sumpah aku tak faham. hmm, dulu aku tak suka sekolah petang. maybe sebab tu aku tak rapat sangat dengan orang yang tak sama sekolah pagi ngan aku. lagi pon ko selalu ponteng sekolah petang. kan? aku pon. haha
tapi, ko selalu kasi aku kad raya. dan bila aku dapat je kad raya dari ko mesti aku bengang! sebab ko pecahkan nama aku kepada 3. Fatimah Tul Zahrah. ko ingat nama aku nama cina ke hah? ingat sampai mati ye. nama aku ada 1 je. FATIMATULZAHRAH.
macam mana kita boleh jadi rapat sangat ae?
terlalu rapat.
macam-macam benda yang kita buat bersama. walaupun lepas sekolah kita masuk lain-lain matrix, kita still rapat. ko baik. tapi takde la baik sangat. hahahaha
kalau aku tulis semua benda yang ko ngan aku buat sama-sama memang tak muat 1 entry. biar kita jela yang tahu ae. :)
SITI MUSFIRAH BINTI NOR HADI
SELAMAT HARI LAHIR
- anda dah tua
- dah 20 tahun. saya 19 je. hahaha
- u're not teen anymore.
- hmm, dah boleh jadi mak orang dah
- semoga panjang umur
- murah rezeki
- dapat kahwin cepat-cepat
- dapat baby
- nanti aku kasi hadiah yang besar punya bila ko dapat anak yang ke 10. hahaha
- semoga ko berjaya dunia dan akhirat
- semoga ko terus jadi kawan aku.
- may allah bless u always dear
- i luv u so much (:
*sekolah pagi-sekolah kebangsaan
sekolah petabg-sekolah agama
Sunday, January 1, 2012
no longer TEEN
sebelum feymesnya facebook, kitorang suka sangat hapdete status dekat myspace.
(kitorang merujuk kepada kawan-kawan aku time sekolah cina)
kadang-kadang sebelum pergi sekolah on9 dulu. hapdate status yang entah apa-apa (ala, kat fb skang pon camtu gak). kebanyakan status macam nak telan orang tak pon tanya pasal homework dan tuisyen. seriously aku rindu gila kat zaman tu.
myspace sekarang dah banyak berubah. dah tak macam dulu dah. aku dah lupa camne rupa myspace yang dulu.
hmm, membelek-belek photo album yang ada kat situ. comel jugak kan kita time sekolah dulu. hakhak (perasan habis)
sekarang kita dah besar kan. dah nak masuk 20 tahun. rasa kejap je masa berlalu. macam baru semalam je umur aku 16 tahun. pindah sekolah cina tu. main-main dengan korang. mengarow (ayat muiz). hmm, lepas ni dah tak boleh perangai macam budak-budak. sebab kita dah diketogorikan sebagai orang dewasa. :)

Saturday, December 31, 2011
2011
apa je yang dah berlaku tahun ni?
sepanjang 4 bulan aku cuti tu aku kerja kat kedai kasut. teringat masa mula-mula kerja dulu. mimpi kasut hampir tiap malam. fobia kot dengan kasut sebab kena lap semuanaya. hahaha. hmm, masa puasa pon still kerja lagi. yang paling best dapat kasut murah kalau beli dekat kedai tu.
kalau nak cerita semua memang tak habis. macam-macam berlaku. yang pastinya apa yang berlaku mesti ada hikmahnya. walaupun kadang-kadang rasa tak larat je nak hadapi dugaan yang datang tapi ALLAH dah pilih aku untuk melaluinya. I AM THE CHOSEN ONE :)
- habis matrix.
terasa macam dah lama je habis matrix ni. baru tahun ni rupanya. matrix, tempat yang penuh dengan air mata. dan gelak ketawa. macam-macam dugaan yang kita lalui bersama kan my roomates. dan yang pastinya muvie dan games adalah ubat yang paling mujarab bila habis jawab paper. walaupun tak habis exam lagi. haha. konon-konon tak nak fikir la pasal paper yang dah jawab tu. kat sini jugaklah belajar main tenis dengan kuzahier n squash dengan bukhari.
to bukhari,
'weyh, roomate ko yang main sama-sama dengan kita tu satu U dengan aku.'
- kerja
sepanjang 4 bulan aku cuti tu aku kerja kat kedai kasut. teringat masa mula-mula kerja dulu. mimpi kasut hampir tiap malam. fobia kot dengan kasut sebab kena lap semuanaya. hahaha. hmm, masa puasa pon still kerja lagi. yang paling best dapat kasut murah kalau beli dekat kedai tu.
- masuk UPM
kalau nak cerita semua memang tak habis. macam-macam berlaku. yang pastinya apa yang berlaku mesti ada hikmahnya. walaupun kadang-kadang rasa tak larat je nak hadapi dugaan yang datang tapi ALLAH dah pilih aku untuk melaluinya. I AM THE CHOSEN ONE :)
Friday, December 30, 2011
i miss uolss
ingat tak aku pernah hasut korang tukar kelas acc bila rasa macam bengapnya la belajar kat kelas sains. tapi sebab kita sayangkan cikgu norizan tak jadi. bio best kan time tu. bedah-bedah katak. i loike! haha.
ingat tak ramai yang anti aku sebab aku hasut korang tukar sekolah. wahh, rasa masa tu cam berjaya je plan nak tukar sekolah tu.
tapi ada macam-macam sebab kenapa kita tak jadi buat semua tu. salah satunya ayah aku la.
oleh kerana dia kaunselor, mestilah aku minta pendapat dia. dan jawapan dia tidak.
so, dengan semangat untuk buktikan melayu boleh, kita pun belajar dengan.. erkk, hard ke? boleh la jugak. tuisyen tak tinggal. hehe. sape lambat akan berderinglah telefon korang. best tak dengar suara aku yang merdu tu? haha. study group kat library. perpustakaan awam tu dah jadi port febret kita kan. kalau tak tahu buat addmaths memang siaplah am. aku msg n call dia sampailah siap semuanya. tu semua gara-gara takut dengan THP. kalau tak kita mesti datang awal-awal n tiru jawapan budak cina. ingat tak lagi kita terketar-ketar nak jumpa THP tanya soalan addmaths. tak siap buat addmaths kena denda berdiri dekat tapak perhimpunan. buat sampai siap. owhh, sungguh sadis bila atikah tak datang dan kepala aku je yang berwarna putih. malu siot! bila nampak ayah aku lalu mesti rasa macam nak nyorok. segannya! bila mus ngan nisa taknak pergi tuisyen bm dan sejarah, aku sanggup pergi rumah dowg. kita naik motr bertiga. hahaha. bestkan. bila nak balik segangila.
bila melayu jadi minoriti, kita kuat bersatu. sebab kita nak tunjukkan kita boleh. betul tak?
aku jumpa video ni kat youtube. rasa dulu dah pernah tengok.
time ni tengah nak dekat spm kan. nampaklah am ngan paan n muiz rajin. haha. aku rindu kat korang. rindu kat tyka yang dah lama tak dengar kabo. dah jadi bini orang pon dia. hahaha. teringat macam mana kita menentang sekeras-kerasnya hubungan dia ngan pakwe dia dulu [skang dah jadi suami dia da pon].
'tyka, nanti kat U jumpa orang yang lagi bagus la'
tapi..
kalau dah jodoh tak ke mana. hmm, sekarang boleh jumpa mus je. hengout dengan dia. lepas ni am study kat shah alam. boleh la hengout bertiga pulak. :)
*manusia sentiasa rindu akan benda yang dah lepas. ke aku je yang rasa macam tu?
ingat tak ramai yang anti aku sebab aku hasut korang tukar sekolah. wahh, rasa masa tu cam berjaya je plan nak tukar sekolah tu.
tapi ada macam-macam sebab kenapa kita tak jadi buat semua tu. salah satunya ayah aku la.
oleh kerana dia kaunselor, mestilah aku minta pendapat dia. dan jawapan dia tidak.
so, dengan semangat untuk buktikan melayu boleh, kita pun belajar dengan.. erkk, hard ke? boleh la jugak. tuisyen tak tinggal. hehe. sape lambat akan berderinglah telefon korang. best tak dengar suara aku yang merdu tu? haha. study group kat library. perpustakaan awam tu dah jadi port febret kita kan. kalau tak tahu buat addmaths memang siaplah am. aku msg n call dia sampailah siap semuanya. tu semua gara-gara takut dengan THP. kalau tak kita mesti datang awal-awal n tiru jawapan budak cina. ingat tak lagi kita terketar-ketar nak jumpa THP tanya soalan addmaths. tak siap buat addmaths kena denda berdiri dekat tapak perhimpunan. buat sampai siap. owhh, sungguh sadis bila atikah tak datang dan kepala aku je yang berwarna putih. malu siot! bila nampak ayah aku lalu mesti rasa macam nak nyorok. segannya! bila mus ngan nisa taknak pergi tuisyen bm dan sejarah, aku sanggup pergi rumah dowg. kita naik motr bertiga. hahaha. bestkan. bila nak balik segan
bila melayu jadi minoriti, kita kuat bersatu. sebab kita nak tunjukkan kita boleh. betul tak?
aku jumpa video ni kat youtube. rasa dulu dah pernah tengok.
time ni tengah nak dekat spm kan. nampaklah am ngan paan n muiz rajin. haha. aku rindu kat korang. rindu kat tyka yang dah lama tak dengar kabo. dah jadi bini orang pon dia. hahaha. teringat macam mana kita menentang sekeras-kerasnya hubungan dia ngan pakwe dia dulu [skang dah jadi suami dia da pon].
'tyka, nanti kat U jumpa orang yang lagi bagus la'
tapi..
kalau dah jodoh tak ke mana. hmm, sekarang boleh jumpa mus je. hengout dengan dia. lepas ni am study kat shah alam. boleh la hengout bertiga pulak. :)
*manusia sentiasa rindu akan benda yang dah lepas. ke aku je yang rasa macam tu?
Wednesday, December 28, 2011
exam fever
owhh, exam.. bila nak exam ni akan muncul la satu perasaan --> M.A.L.A.S
studylah sebab kamu nak belajar. bukan study sebab exam.
*rindu dekat roomates kat matrix. mereka sangatlah rajin study. pastu aku hasut janganlah study. kang stress. hohoho. miss hasya, jom g jalan-jalan pusing UPM nak?
Saturday, December 24, 2011
bimbingan dan kaunseling. FIRST YEAR
aku suka sangat amek pic. candid la yang pastinya. baru best. haha. sebenarnya banyak sangat pic candid yang aku amek. tapi fon aku kena virus aritu. so, sume pic da ilang. rugi betol. hmm, ni je yang aku ada. enjoy~
PHILOSOPHY CLASS
our beloved lecturer
dr halimatun halaliah mokhtar :)
dr with us
cake time
posing time :)
classmates :)
jejaka HOT
SWEET lady
couples :)
AGRICULTURE CLASS
suasanaedaran
wah, study hard na..
gambar berangkai
presentation
*banyak lagi pic nya ni. tapi tak larat la nak edit. hohoho
Friday, December 23, 2011
pakcik bikin cuak la
bas pukul 6. klas abes pukul 5. ohh, mana sempat ni. oke. 4.30 cabut la. hehe. dala last kuliah. hmm, sory prof. laen kali tak buat lagi sbb da xde da klas tu. hahahaha
oke la. berbalik kepada tajuk di atas. apa yang aku nak ceritakan sebenarnya pasal pakcik driver bas tu. sebenarnya aku nak balek pukul 8. malas nak kelam-kelibut ni. tapi tiket bas dah abes. so, aku pon amek jela tiket pukul 6. bas td tak penuh pon. ada banyak seat kosong.
oke. pendahuluan terover panjang.
hah, yang ni baru nak masuk isi..
bila sampai kat seremban, pakcik driver bas ni call someone. dia cakap macam ni,
'saya rasa bas ni rosak la. macam ada bunyi pelik sikit. saya bawak slow je ni. ada bas spare x?'
ya Allah! aku rasa semua orang kat situ terkejut. mau tak nya. pakcik tu cakap kuat kot. aku yang nak tertido ni pon terus tak jadi tido. kalaula bas ni benti kat tepi jalan abes basah kuyup la kitowg. kalau pakcik tu tros je takot accident pulak. masa tu da fikir wasiat dah. dah terbayang keadaan bas yang remuk-redam macam kat paper tu. kalau aku mati macam mana ni. dosa banyak ni. janganlah accident. ishh, macam mana ni..
dalam hati tak putus-putus zikir. masa tu la baru nak ingat Allah. nasib baik Allah berminat lagi nak sambung nyawa aku. alhamdulillah selamat sampai. ishh, memang cuak la naik public transport ni. maklumlaa, aku kan tak biasa naik public transport ni. biasanya ayah aku yang hantr pergi mana-mana. hehe.. baru la best ada pengalaman kan.
*kesian kepada kawan-kawan aku yang lain sebab bas delay. sabar ae. hujan kan. nak buat macam mana :)
Labels:
bebelan,
friends,
jalan-jalan,
upm
sem 1 --> UPM
tak sangka cepat masa berlalu. dah nak abes sem 1 dah.maknanya dah 4 bulan aku bertapa kat UPM ni. dan selama 4 bulan tu macam-macam berlaku. dengan konflik jiwanya.. hmm, seriously sometimes aku rasa macam aku tak layak masuk kaunseling. aku rasa aku adalah seorang yang teruk. ohh, macam mana nak kaunseling orang kalau diri sendiri teruk? rasa macam nak tukar course. tak pon berhenti terus.
my mom said:
'ara oke x? kalau boleh tukar maths tukar la.'
padahal dialah orang yang paling happy bila aku dapat course ni. dia happy sampai dia nangis. sebab ada jugak anak ayah yang sambung apa yang ayah buat.
then aku fikir.. kenapa aku tak terbuka? counselling is interesting course. bestgila course ni sebenarnya. cubalah enjoy. takpe la tak ada maths. tak ada nombor. dah lama sangat ko guna otak kiri tu. guna la pulak otak kanan tu. kenapa aku tak tolerate ngan mak? mak suka sangat. kalau kita buat apa yang orang tua kita suka, insyaallha kita akan dapat keredhaan Allah tu. :)
sebenarnya aku suka je course yang aku amek sekarang ni. cuma aku tak tahan bila aku teringat kat ayah. matlamat aku sebelum ayah aku pergi.
my mom said:
'ara oke x? kalau boleh tukar maths tukar la.'
padahal dialah orang yang paling happy bila aku dapat course ni. dia happy sampai dia nangis. sebab ada jugak anak ayah yang sambung apa yang ayah buat.
then aku fikir.. kenapa aku tak terbuka? counselling is interesting course. best
sebenarnya aku suka je course yang aku amek sekarang ni. cuma aku tak tahan bila aku teringat kat ayah. matlamat aku sebelum ayah aku pergi.
- masuk matrix setahun
- amek course kaunseling kat UPSI (sebab ayah aku budak UPSI)
- minta ayah ajar sume pasal kaunseling.
- kalau ada assignment tiru je ayah punya assignment dulu. (aku kan nak masuk UPSI. mesti soalan lebih kurang sama je ngan batch ayah dulu)
- ayah nak amek Ph.D. aku degree. nanti boleh belajar sama-sama
- graduate nanti boleh la buka klinik kaunseling ngan ayah
- nanti ayah boleh ajar cara nak kasi talk
- yang pasti ayah boleh tolong aku bila aku ada masalah.
tapi..
ayah dah tak ada. sebab tu aku rasa aku tak larat amek kaunseling. impian aku hancur. aku dah tak ada matlamat. itulah yang terjadi bila manusia bergantung pada benda yang hidup.
bukan senang nak bangun. susah sangat. tapi sampai bila nak terduduk dan tanya kenapa aku yang kena hadapi semua ni. bukan orang lain.
ye, hidup kena diteruskan. aku kena matang. nampaklah egocentrism tu ada. hmm, aku remaja lagi rupanya. tak matang lagi.
aku cuba sesuaikan diri dengan keadaan. oleh kerana aku rasa aku ni difficult child masa kecik-kecik dulu, jadi aku memang amek masa nak sesuaikan diri. biasanya antara 3-6 bulan baru aku oke.
tahun depan dah start final exam. ko jangan ingat tahun depan tu lama lagi. tinggal 2 minggu je dari sekarang. aku harap aku boleh score. sebab aku tak larat nak bayar duit PTPTN. aku nak scholarship. hmm, minta-minta KPM buka scholarship untuk budak kaunseling. aku harap sangat!
wish me luck friend :)
Subscribe to:
Posts (Atom)