Showing posts with label up and down. Show all posts
Showing posts with label up and down. Show all posts

Sunday, July 1, 2012

dear ayah..

ayah, semalam epah bertunang. hmm, anak ayah dah besar. tak lama lagi dia nak kahwin. sekejap je. bulan 12 ni.

ayah, semua orang happy semalam. tapi kita rasa sedih. sebab ayah takde kat situ. rasa sedih sebab ayah tak sempat nak tengok semua ni. hmm, nasib baik epah tu lelaki. kalau perempuan mesti kita dah nangis. sebab ayah lah yang sepatutnya bincang dengan pihak lelaki apa semua tu. kita tak dapat bayangkan kalau ena kahwin nanti. bukan ayah yang shake hand tangan bakal menantu ayah tu. bukan ayah. orang lain.. takpelah. epah ada..

bukan tak redha, cuma kita rindu sangat kat ayah. if u still alive... what will happen huh? macam mana keadaannya kalau ayah masih ada? tapi Allah dah tetapkan semuanya. ayah cuma ada dengan kita sampai umr kita 18 tahun je. Allah tahu apa yang terbaik  untuk kita. kan ayah..


aku tahu, ayah memang tak akan dapat baca semua ni.. tapi ni lah yang aku nak cakap kat dia kalau ayah ada kat depan ak sekarang.. ak cuma rindu dia.

Tuesday, May 15, 2012

kalau orang lain boleh, AKU PUN BOLEH!

BOLA TAMPAR..

ohh, aku benci kau. sejak dari sekolah rendah lagi. sebab aku tak tahu macam mana nak main. bila tengok oang lain tahu main, membuatkan aku makin benci kau. sebab terasa betapa bodohnya diri ini.

tapi, ada orang pernah cakap dekat aku..

"never give up till the end. we don't know what happened at the end. selagi ada masa, selagi ada peluang, selagi ada kemungkinan untuk berjaya walaupun tipis, berusahalah dan jangan pernah berputus asa.

semalam ada tournament bola tampar. aku jadi player. sebab terpaksa.

1st game.

kalah. dan aku rasa akulah punca kekalahan itu. walaupun mereka tidak berkata-kata.  

aku taknak jadi punca. aku taknak dipersalahkan. manusia semua sama. kalau mereka boleh  aku pun boleh. time break, dorang makan aku pulun pukul bola tu. aim: mesti lepas net. tak kisah la bola tu senget ke tak. janji lepas net & in.

result: yeah! berjaya.

lepas tu aku terus jatuh cinta kat bola tampar. HAHAHA :p

moral of the story: never give up till the end. berusaha dulu, baru tawakal. kalau orang lain boleh, takde sebab aku tak boleh!

Saturday, November 12, 2011

saya manusia biasa. mudah lupa.

isnin ni SPM.

adeq aku amek SPM tahun ni. gudluck epit!

tiba-tiba teringat time aku SPM dulu. air mata murah kot time tu. yela, abes SPM da kena pindah. sedey gila nak tinggalkan kawan-kawan aku yang havoc bagai nak mati tu. haha.

dan seperti yang korang sume tahu, aku memang sayang sangat life aku masa skola dulu. yg sweet+sour-bitter time=happy. huhu

best sangat time tu. dan semestinya lagi best sebab time tu ayah still ada. air mata da start mengalir.

bestnya la orang lain ada ayah. aku takde.

my other side say: untunglah ada mak. ada orang takde mak ngan ayah.



*Allah maha mengetahui segala-galanya. maafkan aku sbb meragui rancangan yang telah Kau atur sebelum aku lahir lagi. sesungguhnya aku seorang yang pelupa. lupa bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. :'(



Sunday, October 30, 2011

think positive

ada hikmah disebalik kejadian. kau dah besar. kau patut belajar berdikari. kenapa nak harapkan orang lain sedangkan kau boleh buat sendiri? kenapa nak fikir yang semua yang kau minta akan dipenuhi macam dulu?

ZAHRAH, do not depend on others. or you will be hurt later. you should realize it :')

Tuesday, October 25, 2011

dugaan yang datang.

mungkin situasi kita berbeza

tapi

apa yang kita rasa sama.

Sunday, October 23, 2011

wake up ZAHRAH!

dalam sebulan lebih aku dok kat UPM ni dah 3 kali aku pergi MID, 2 kali aku pergi MINES. kalau stress je mesti keluar. tak tahan nak duduk kat U ni. serabut otak aku.

'jangan jadikan MID dan MINES tu kiblat kowg.'
-daripada kawan aku dipetik dari kata-kata senior kami.

thanks friend! u make me realize something.

aku jauh dari DIA. dah makin jauh. dah berubah sikit. dah tak macam dulu.

kalau tension bukan pergi MID atau MINES. tapi tak pergi jumpa DIA.
kalau serabut bukan sepatutnya kita cuci mata dekat MID atau MINES tapi bersihkan mata kita dengan mengadu kepadanya.

aku bertuah ALLAH masih sayang kepada aku. DIA tolong aku masa aku susah. DIA hantar orang beri peringatan kepada aku masa aku lalai. DIA beri segala-galanya kepada aku. ALHAMDULILLAH.

kuatkan lah iman aku YA ALLAH.

Thursday, October 13, 2011

apa yang saya rasa

mungkin ada hikmah bila dia pergi dan saya yang melihat dia pergi, menguruskan jenzah dia, dan buat semua yang tak pernah saya buat. seriosly, saya rasa ada satu batu besar kat bahu ni. saya rasa saya bukan seorang budak lagi.

I AM A BIG GIRL NOW. big girl cannot cry.

itulah yang saya cakap kat diri saya.

penat? ofcoz la.
putus asa? never!!

sebab saya kuat.

cuba baca dr cinta punya blog.

"Namun, perpisahan yang kita lalui merupakan satu titik mula pada satu kehidupan. Bukan satu pengakhiran. Bukan jua noktah kehidupan. Boleh jadi, kita berpisah dengan kedua ibu bapa kita untuk tempoh belajar ini ialah supaya kita menjadi lebih berdikari. If selama ini kita sentiasa hidup dengan bantuan mereka, sekarang kita perlu belajar hidup sendiri, mengurus hidup sendiri. Dan mungkin jua Allah ingin melatih kita hidup di atas kaki sendiri supaya apabila satu hari nanti apabila kedua orang tua kita diambil Ilahi, kita tidak cepat melatah untuk terus hidup. See? =)"
-dr cinta yang tulis 


saya manja sangat. ayah saya kasi semua yang saya nak [kalau mampu la]. saya nak pergi mana dia yang hantarkan. bas? jarang sekali oke.

tapi..

saya kene independent bila dia dah takde. saya menangis bila kene drive alone masa buat medical checkup. saya rasa saya sorang-sorang.

tapi saya lupa..

maafkan saya sebab saya lupa ada orang yang lebih teruk ujian yang mereka terima.

takpe. saya belajar berdikari. saya belajar jadi kuat. saya belajar kenali diri [walaupun saya tertanya-tanya siapa saya ni]

ALLAH takkan uji hambanya kalau DIA tahu hambanya itu tak kuat.

maknanya saya sangat TABAH untuk hadapi ujian ni.

walaupun sudah setahun lebih perkara itu berlaku, saya rasa macam semalam ia terjadi. 

Saturday, October 1, 2011

siapa aku?

siapa aku?

ada sape-sape nak citer tak sape aku ni? aku tak kenal sape aku sebab aku dah delete memory yang dulu.

END

Saturday, August 27, 2011

kita tak tahu apa yang berlaku esok

diadaptasi dari kisah benar..

suatu pagi di hari raya.

anak: ayah,kita minta maaf ye kalau ada buat silap.
ayah: hari ni minta maaf,esok buat lagi..
anak: tahun depan minta maaf laa lagi. hehe
ayah: kalau tahun depan ayah takde macam mana?
anak: .....

tahun hadapan.
di pagi raya..

anak: ayah,kita minta maaf kalau buat silap. ampunkan kita ayah..
ayah: .......
anak: kenapa ayah diam? cakap laa.

si anak menangis di depan kubur arwah ayahnya. ayahnya sudah tiada lagi di dunia. terngia-ngia perbualan antara mereka setahun yang lalu..

"kalau tahun depan ayah dah takde macam mana?"

*meminta maaf dan memaafkan seseorang bukanlah di hari raya sahaja.
di kala orang bersuka ria ingatlah ada yang menangis hiba. marilah kita sedekahkan AL-FATIHAH kepada ayah saya MOHD ZULKIFLI BIN MOHD NOR dan sesiapa yang sudah tiada lagi di dunia ini.

Friday, June 17, 2011

mari mengundi~


like me please


saya telah join my BFF contest.. minta khidmat like anda..

step 1 : like eight design >> http://www.facebook.com/eightdesigns

step 2 : like my pic BFF >> http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150192637325808&set=at.10150192591695808.303732.130763970807.1444877270&type=1&theater

step 3 : sebarkan..
thanx for ur liking.. so appriceated

Friday, September 3, 2010

hilang satu tapi diganti banyak~

Akhirnya aku dapat terima hakikat bahawa ayah dah tiada dalam dunia ini. Ya allah,terima kasih kerana kau memberi aku petunjuk dan hidayah. Alhamdulillah~ miracle of Allah. Itulah tajuk fatayat masa munggu lepas. Ya Allah,alhamdulillah syukur padaMu ya Allah kerana aku dilahirkan sebagai seorang muslimah. Nak tahu tak?? Allah beri aku macam-macam. Dia beri aku rezeki yang melimpah ruah,keputusan yang cemerlang semasa UPS masa hari tu,kesihatahan tubuh badan,kemudahan untuk belajar dan macam-macam lagi. Dia cuma ambil ayah sahaja dari aku. Sepatutnya aku bersyukur. Patut ke aku jadi tamak? Patut ke aku menyalahkan Dia kerana ambil ayah terlalu awal dari aku? Patut ke aku tak reda dengan ketentuan Ilahi sebab orang yang paling aku sayang pergi tinggalkan aku dalam sekelip mata sahaja di depan mata aku? Patut ke aku marah,takpuas hati,benci? Patut ke?

Tak patut langsung!!! Alhamdulillah akhirnya aku sedar. Setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya. Alhamdulillah ya Allah. Kalau Allah tak ambil ayah mesti aku dekat KMP sekarang bukan KMJ. Kalau Allah tak ambil ayah dari aku mesti aku tak belajar betul-betul. Yela,nak duit senang je. Ayah,nak duit. Macam tu je. Tak payah belajar betul-betul. Ayah ada. Jangan risaulah. Apabila ayah sudah tiada baru aku sedar. Lepas ni nak minta duit dekat siapa? Mak surirumah je. Duit gaji ayah mestilah tinggal separuh saja. Bayar kereta dengan belanja rumah terus habis duit tu. Macam mana ni? Lepas ni kalau aku ada masalah siapa nak dengar? Siapa nak motivate aku kalau aku malas? Siapa nak tolong aku nanti? Aku ni budak kecil. Ayah selalu ada bila-bila masa saja bila aku perlukan dia. Jadi aku kene belajar betul-betul sebab aku nak dapatkan biasiswa bila nak buat degree nanti. Tak mahu susahkan mak. Adik-adik kecil lagi. Duit yang ada tu biarlah untuk diorang je. Aku tak mahu kerana aku nanti diorang dekat rumah kene bajet. Kesian. Kecil-kecil dah tak dapat kasih sayang ayah. Sekurang-kurangnya kalau aku dapat biasiswa aku tak perlu susahkan mak. lagi,bila ayah dah tak ada aku jadi semakin kuat. Kuat untuk terus menempuh dugaan hidup. Dulu,aku selalu menangis. Kadang-kadang kerana benda yang kecil pun nak menangis. Tak sabar dan cepat marah. Sekarang aku tak boleh sedih selalu sebab telinga aku da hilang. Dulu,setiap masalah aku mesti kongsi dengan ayah aku. Sekarang tak boleh lagi. So,fatimatulzahrah must be strong. Kalau ayah ada mesti aku masih lagi mengambil mudah soal agama. Teringat lebih kurang seminggu sebelum ayah pergi dia pernah tanya aku bila nak berubah? Dia suruh aku pakai tudung labuh. Aku cakap. Nantilah. Tak sampai seru lagi. Bila aku beli baju muslimah guna duit gaji aku yang pertama dia gembira sangat. Dia call kakak aku cakap aku dah berubah. Bila ayah dah tiada,suara ayah selalu terngia-ngia dekat telinga aku. Bila nak berubah?~ Sabar ayah,kita berubah sikit-sikit. Memang aku belum pakai tudung labuh lagi tapi aku ke arah itu. First apa yang aku buat ialah pakai handsock dan stoking bila nak keluar. Second,aku still pakai tudung biasa tapi aku dah tak selempang-selempang. Ayah, sabar ye. Kita cuba.

Banyak kan hikmah di sebalik kejadian ini. Ada sebab kenapa ayah pergi dulu. Lagipun Allah takkan uji hambanya kalau dia tahu aku tak mampu. Lagipun,aku tak boleh sedih selalu sebab nanti mak nangis. Kalau nak dibandingkan dengan aku mesti mak yang paling sedih sebab ayah adalah soul mate dia. Mak dengan ayah jarang berenggang. Kalau keluar pakai baju warna sama. Romantik. Haha. Jadi,aku kena kuat. Untuk mak,adik-adik dan diri sendiri. Sampai bila aku nak bersedih. Nanti mesti ayah susah hati. Sedangkan kalau tengok muka aku monyok pun dia dah tanya banyak inikan pula bila aku nangis. Kalau dia nampak aku nangis jelas terpancar kerisauan dekat wajah dia. Kenapa? Sakit ke? Ada orang buli ke?kalau dia tahu aku menangis sebab dia mesti dia rasa sedih sangat. So,fatimatulzahrah must smile smile and smile always!! Itulah yang ayah cakap bila nampak muka aku masam. Sayangnya ayah dengan aku. Jadi,apa kata aku ikut cakap dia. Aku kene senyum. Aku tak boleh sedih. Aku kena kuat. Aku kena belajar betul-betul sebab ayah kata " Kita tak kaya Ara. Hanya pelajaran yang ayah boleh beri kat kamu supaya kamu boleh terus hidup dekat dunia ini. Mencari ilmu itu merupakan satu ibadah". Jangan risau ayah. I try my best to be the best!! I promise u!!

~I miss u very very much ayah.


Shoutbox